BAB 26-CYBORG
SEMUA orang berkumpul untuk melihat tetamu yang tak diundang. Hamashita Natsume melihat tubuh Hoshiko Friday yang separuh bionik itu.
"Siapa dia ni?" tanya Hamashita Natsume kehairanan.
"Kau tanya soalan tu macamlah orang lain tahu," kata Alexander Monroe dingin.
Ayano Hiruka melihat tubuh gadis itu seperti pernah dilihatnya sebelum ini.
~Throwback 1~
"SAYA Hoshiko Friday dari puak Cyborg tahun 2118. Selamat berkenalan!" ucap Hoshiko Friday mengukirkan senyuman.
~Throwback 2~
HOSHIKO Friday menukar tangan kanannya menjadi pistol lantas membidik ke arah Ayano Hiruka.
Bang! Segalanya gelap-gelita.
~End Throwbacks~
WALAUPUN semua itu hanyalah mimpi, Ayano Hiruka masih ingat lagi wajah gadis itu. "Hoshiko!"
Kai memandang Ayano Hiruka, terdengar kata Ayano Hiruka tadi. "Siapa tadi?"
Ayano Hiruka terkejut sedikit. "Ah, rasanya, dialah Hoshiko. Dah dua kali aku jumpa dia dalam satu mimpi."
"Itu mimpi kau, bukannya betul. Mainan tidur semua tu!" kata Violet Alexander dingin.
"Memang betullah. Memang dia!" Ayano Hiruka tidak menipu sungguh.
Mata gadis itu dicelik sedikit lalu terbuka luas. Dia melihat mereka mengelilinginya. Dia terus bangun.
"Siapa kamu semua ni hah!?" kata gadis itu cemas.
"Bawa bertenang! Kami ni orang baik," kata Minatozaki berlembut.
"Hoshiko!" kata Ayano Hiruka tegas.
Gadis itu terdiam seketika lalu memandang Ayano Hiruka. "Macam mana kau tahu nama aku?"
"Memang betullah mimpi tu."
Ayano Hiruka melangkah keluar dari situ dengan tangisannya. Dia berlari keluar dari apartmen. Kai mengejar Ayano Hiruka.
"Hiruka, tunggu!" ujar Kai mengejar kawannya itu.
Larian Kai lebih pantas. Tangan Ayano Hiruka ditangkap. Ayano Hiruka terhenti langkah. Dia enggan menoleh ke belakang.
"Kenapa dengan kau ni? Cuba cerita dekat aku apa hubungan kau dengan dia!" kata Kai cuba berlembut.
Ayano Hiruka menggeleng lantas melepaskan tangannya dari genggaman tangan Kai. Dia terus berlari. Kai tercegat di situ. Keluhan dilepaskan.
★★★
AYANO Hiruka duduk di atas buaian sambil melihat lantai.
"Ayano," panggil seseorang berdiri di depan Ayano Hiruka.
Ayano Hiruka mendongak lalu melihat Hoshiko Friday muncul di depannya. Hampir terkejut dibuatnya.
"Ho... Hoshiko!" Ayano Hiruka tergagap sedikit. "Betul, kan?"
"Ya. Macam mana kau tahu nama aku?" Hoshiko Friday berwajah dingin, tidak sedingin Violet Alexander.
"Sebab... aku jumpa kau dalam mimpi."
"Begitu ya. Apakah semua ini ditakdirkan?"
"Maksud kau?"
"Mungkin kaulah yang menjadi pemerintah kami nanti."
"Apa yang kau cakap ni?"
"Kau Ayano Hiruka, bukan?"
"Ya, sayalah tu."
"Memang betullah kau pemerintah kami nanti."
"Apa yang kau merepek ni? Aku belum sedia lagilah!"
"Sekarang, memang kau belum sedia tapi sampai masa nanti, kau akan sedia."
"Ish, budak ni!" Ayano Hiruka menahan kemarahan tahap psikonya.
"Kau nak tahu tak kenapa aku datang sini semata-mata nak berjumpa dengan kau?"
"Tak perlu. Aku tak nak ambil tahu."
"Tapi..."
"Tak perlu nak tapi tapi lagi. Aku nak pergi ni."
Ayano Hiruka mengatur langkah tetapi sempat dihalang Hoshiko Friday. Dia menoleh ke belakang.
"Ikut saya!" pinta Hoshiko Friday.
"Pergi mana?" Ayano Hiruka mengerutkan dahi.
"Hei!" Violet Alexander muncul tiba-tiba, mencelah perbualan. "Korang sembang apa ni?"
Bahu Violet Alexander dipegang Hoshiko Friday.
"Kau pun ikut sekali!" pinta Hoshiko Friday dingin.
"Pergi mana?" kata Violet Alexander seraya menghirup air kotak.
Zapp!!! Mereka bertiga lesap dari pandangan.
★★★
TAHUN: 2118
MEREKA bertiga melihat sekeliling mereka.
"Kita di mana ni?" tanya Violet Alexander masih menikmati minuman dalam kotak.
"Creepy World, dunia selepas Freaky World," jelas Hoshiko Friday. "Semuanya 100 tahun akan datang."
"Maksud kau, kita di masa depan?" kata Ayano Hiruka seperti kurang percaya.
"Ya, tepat sekali."
#vote
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro