BAB 23-LUAHAN
SEKALI lagi Ayano Hiruka bangun lalu terjatuh dari katil. Kepalanya terhempap di lantai.
"Aduh!!" keluh Ayano Hiruka menggosok belakang kepala.
Ayano Hiruka bangun. "Mimpi apa tadi tu? Sekali lagi, perempuan tu muncul!"
Matanya melihat dua kawannya tiada. Tangannya diperhatikan.
"Aku bunuh kawan aku dalam mimpi ke tadi?" tanya Ayano Hiruka pada diri sendiri. "Kenapa ni? Sebab Kai ke? Tolonglah!! Kau mana ada perasaan dekat dia pun!"
Ayano Hiruka berdiam seketika.
"Tak... aku silap... Walaupun mulut sendiri kata 'tak ada perasaan dekat dia' tapi hati sendiri kata 'ada perasaan dekat dia'. Aku tak boleh tipu diri sendiri."
"Hiruka!" panggil Kai muncul di muka pintu.
Ayano Hiruka memandang lelaki itu. Tiba-tiba sahaja, jantungnya berdegup kuat.
Walaupun orang lain selalu panggil aku Ayano, tapi Kai... dia seorang sahaja panggil aku Hiruka. Dan buatkan aku makin suka bila dia panggil aku macam tu, desis hati Ayano Hiruka memendam perasaan.
"Hiruka, kau okey, tak?" kata Kai melihat Ayano Hiruka mengelamun.
Ayano Hiruka sedar dari lamunan lalu memandang Kai. "Hah?! Aku okey ja."
"Kau... ingat lagi tak waktu kita jumpa dulu?" Kai menyilang tangan paras dada lalu bersandar pada dinding.
Ayano Hiruka menundukkan pandangan lalu mengangguk. Dia ingat lagi detik berjumpa dengan Kai dulu.
~Throwback~
ROZEPA berjalan-jalan seraya berpegangan tangan dengan Hamashita Natsume. Dia melihat Ayano Hiruka berlari di tanah lapang itu.
"Jangan lari jauh sangat! Nanti, sesat pula!" pinta Rozepa.
Ayano Hiruka ketika kecil
Ayano Hiruka berlari dengan girang gembiranya sambil bermain dengan pisau mainannya. Dia bernyanyi keriangan.
"Andai ku pegang pisau, dunia kan mula risau. Andai ku genggam pedang, setiap nyawa kan hilang."
Suara kanak-kanak perempuan 5 tahun itu menarik perhatian seorang kanak-kanak lelaki yang sebaya dengannya. Kai memerhatikan Ayano Hiruka dari dahan pokok.
Kai waktu kecil (Maaf kalau muka macam remaja✌😂)
"Seronoknya main. Untunglah dia ada mak ayah sekali," kata Kai bersendirian.
Setiap gerak-geri Ayano Hiruka diperhatikan.
"Tapi... dia ada kawan ke?" kata Kai lagi.
Ayano Hiruka melambai tangan seperti menyapa seseorang. Feradossa Anvell mendekati Ayano Hiruka. Minatozaki pun ada bersama. Tiga sekawan itu bermain bersama.
Feradossa Anvell ketika kecil
Minatozaki ketika kecil
"Kita nak main apa hari ni?" tanya Minatozaki.
"Main sorok-sorok," cadang Feradossa Anvell.
"Kalau macam tu, kau jadi!" ujar Ayano Hiruka nakal.
Feradossa Anvell terkaku. "Apakah?"
"Kau kiralah cepat!" kata Minatozaki terus mencari tempat menyorok.
Feradossa Anvell mengeluh lalu menutup matanya sambil mengira. "1... 2... 3..."
Minatozaki melompat masuk ke dalam tong sampah.
"4... 5... 6..."
Ayano Hiruka terus memanjat pokok yang Kai berada.
"7... 8... 9..."
Ayano Hiruka duduk berehat di dahan pokok. Dia melihat Kai muncul di depan mata.
"10!!! Sedia atau tak aku datang ni!" Feradossa Anvell berjalan mengelilingi taman.
Ayano Hiruka melihat Kai dengan matanya sendiri. "Comelnya!♥"
Kai terkejut dengan kata Ayano Hiruka. "Dah kenapa kau ni?"
"Awak ni siapa? Saya Ayano Hiruka. Panggil saja Ayano."
"Ayano? Kalau aku panggil kau Hiruka boleh kan? Nama aku Kai."
"Kai? Pendeknya nama. Nama panjang apa dia?"
"Err... dah mak aku bagi nama aku Kai. Kai jelah nama aku tu."
"Mana mak awak?"
"Dia... mana ada. Dah tak ada. Ayah aku pun."
"Dah tu kau tinggal dengan siapa?"
Tiba-tiba, satu sergahan dari belakang Ayano Hiruka dibuat oleh Feradossa Anvell.
"Haa... dah jumpa!!" sergah Feradossa Anvell.
Ayano Hiruka hilang imbangan lalu jatuh dari dahan pokok. Mujurlah Minatozaki sempat menyambut kawannya yang ringan.
"Terkejut aku dibuatnya," kata Ayano Hiruka perlahan.
Mata Ayano Hiruka memandang dahan di mana Kai berada tadi. Sayangnya, Kai sudah tiada di situ lagi.
~End Throwback~
"LEPAS tu, kau lari," kata Ayano Hiruka tersengih.
"Kau ingat lagi ya!" balas Kai tersenyum.
"Mestilah! Kau ingat lagi tak waktu tembok sempadan tu muncul?"
Kai tersengih. "Kau lepasi sempadan waktu tu."
~Throwback~
AYANO Hiruka berjalan ke sempadan daerah. Kai duduk meringkuk menghadap sempadan. Mereka kini tidak boleh melepasi sempadan atas sumpahan Death Dracula.
"Kai!" panggil Ayano Hiruka lembut.
Kai memandang Ayano Hiruka. "Hiruka!"
"Kai sihat?"
"Aku okey je."
Ayano Hiruka duduk menghadap remaja bertopeng gas itu. Sempadan menjadi penghalang bagi mereka tetapi bukan bagi Ayano Hiruka.
Kai mengeluh kecil. "Bilalah sempadan ni nak hilang? Teringin juga nak bergerak bebas macam dulu."
"Bagi aku, memang dah bebas," kata Ayano Hiruka tersengih.
"Hah? Apa maksud kau 'dah bebas'? Kita dah tak boleh lepasi sempadan dah."
Ayano Hiruka bangun lalu menghampiri Kai.
"Hiruka, jangan dekat! Nanti, kau mele..." kata Kai belum habis bicara.
Ayano Hiruka melepasi sempadan dengan senyuman manis. Dia berdiri betul-betul di depan Kai. "Nanti, aku mele apa??"
"...tup!"
Tangan Ayano Hiruka dihulurkan. Kai menyambut tangan gadis itu. Dia bangun.
"Dah. Jom main!" ajak Ayano Hiruka tersenyum riang.
~End Throwback~
KAI mengeluh kecil dengan senyumannya. "Mati-mati aku ingatkan kau dah mati waktu tu. Rupanya, kau Pahlawan Tiga Serangkai."
"Ya, aku, kakak aku dan laki kakak aku tu. Kami ni Pahlawan Tiga Serangkai," kata Ayano Hiruka.
Kai menundukkan kepala. "Aku rasa segan bila cakap dengan kau."
"Eh, kenapa pula?"
"Dah kau tu Pahlawan Tiga Serangkai. Aku terasa rendah diri dengan kau."
"Haih, tak perlulah macam tu! Lagipun, aku ada benda nak bagi tau dekat kau ni."
"Apa dia?" Kai seperti tidak sabar untuk mendengarnya.
Inilah masanya, desis hati Ayano Hiruka biarpun kurang yakin.
"Aku... cintakan awak."
#vote
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro