BAB 22-SAVAGE
AYANO Hiruka bangun dari perbaringan. Nafasnya turun naik. Mimpi rupanya tadi.
"Fuh... mimpi buruk apakah! Siapa perempuan tadi tu? Perlukah aku bunuh dia?" monolog Ayano Hiruka terkejut dengan mimpinya.
Gadis itu melihat sekeliling. Feradossa Anvell dan Minatozaki sudah tiada di sebelahnya, barangkali sudah bangun. Ayano Hiruka serta-merta bangun lalu melangkah keluar dari bilik.
"Ohayo gozaimasu, Ayano-chan!" ucap Aisyah Maisarah menyapa adiknya serata memotong sayur.
"Ohayo!" balas Ayano Hiruka berwajah suram. "Mana Kai?"
"Haih?! Pagi-pagi dah sebut pasal Kai? Ada apa ni? Muka suram je"
"Tak ada apa. Cuma, nak sembang-sembang kosong je."
Psycho + Yandere mode🔛
Mangsa #1: Aisyah Maisarah
"Daripada sembang kosong dengan Kai, lagi elok tolong akak potong sayur ni."
"Yalah." Dalam hati Ayano Hiruka sebenarnya. 'Jangan nak halang aku berjumpa dengan Kai!'
"Okey, akak nak masak lauk ni. Tolong potong sayur sekejap."
"Okey."
Pisau dapur diambil.
"Nanti, tengah hari, panggillah kawan kita yang lain," pesan Aisyah Maisarah.
"Sebenarnya, mereka pergi mana ni?" tanya Ayano Hiruka tertanya-tanya.
"Keluar. Tinggal akak seorang je dalam apartmen ni."
Akak seorang je. Peluang dah ni, desis hati Ayano Hiruka makin tidak keruan.
"Sebenarnya, akak pun suka Kai juga. Kenapa Ayano tak suka sangat Kai tu? Dahlah tampan, baik pula tu. Kenapa?" kata Aisyah Maisarah.
Ayano Hiruka mengukirkan senyuman yang sukar ditafsir. "Akak pun suka Kai."
"Ya. Kenapa?" Aisyah Maisarah memandang adiknya.
Satu tikaman bertubi-tubi menusuk ke badan Aisyah Maisarah. Si kakak terkejut dengan tikaman dari adiknya.
"Ke... kenapa?" kata Aisyah Maisarah.
Mayat Aisyah Maisarah rebah ke lantai. Ayano Hiruka berdiri menghadap mayat kakaknya.
"Tak ada siapa boleh sukakan Kai. Tak ada siapa boleh cintakan Kai... melainkan aku." Ayano Hiruka terus ketawa dengan psikonya.
Mangsa #2: Faiz Azzudin
Mangsa #3: Alexander Monroe
"Jangan kacau kami main boleh, tak?" kata Faiz Azzudin sebaik Ayano Hiruka mengganggu mereka bermain bola lisut.
"Entahnya. Pergilah main dengan kawan kau tu," kata Alexander Monroe pula.
"Err... aku nak ke tandas dulu. Tak tahan dah ni," ujar Kai meminta diri.
"Haa... okey," balas Faiz Azzudin.
Kai berlari ke tandas berdekatan.
Sebaik sahaja Kai hilang dari pandangan, mereka kembali 'berbincang'.
"Okey, balik ke perbincangan kita, jangan kacau kami," pesan Faiz Azzudin.
Dbokk!! Satu pukulan mengenai kemaluan Faiz Azzudin.
Faiz Azzudin terbongkok badan, cuba menahan kesakitan. Kepalanya terus dipukul kuat. Lelaki itu rebah jua. Alexander Monroe terkejut.
"Hei, bawa bertenang dulu!" pinta Alexander Monroe.
Ayano Hiruka memusingkan badannya seraya menghayunkan kayu besbol. Pukulannya mengenai kepala Alexander Monroe terus. Lelaki itu rebah tak terkata.
"Jangan nak halang aku bercinta... dengan Kai!" kata Ayano Hiruka semakin psiko.
Mangsa #4: Feradossa Anvell
"Kau seriuslah tak ada apa-apa perasaan dekat Kai tu?" kata Feradossa Anvell berdiri menghadap kolam air pancut.
"Tak. Memang tak ada. Dia cuma 'hamba' aku," kata Ayano Hiruka selamba.
"Kalau macam tu, aku ada peluanglah nak pikat hati dia. Aku sebenarnya tak tahu nak cakap lembut dengan dia. Jadi, aku guna cara kasar. Tu pun kalau dia terima aku."
Dia takkan terima kau, desis hati Ayano Hiruka.
"Kau rasa, dia akan terima aku, tak?" tanya Feradossa Anvell terfikir.
"Mungkin ya," kata Ayano Hiruka.
Feradossa Anvell terasa gembira mendengar kata-kata kawannya itu.
"Dan mungkin tak!" kata Ayano Hiruka dengan senyuman sukar ditafsir.
Serta-merta, Ayano Hiruka melemaskan Feradossa Anvell dengan memasukkan muka kawannya ke air kolam. Feradossa Anvell semakin kekurangan oksigen lalu mati kelemasan. Ayano Hiruka membiarkan mayat kawannya di situ.
Mangsa #5: Hamashita Natsume
Ayano Hiruka melangkah masuk ke dalam balai polis yang terbiar di pulau itu seraya membawa baldi berisi minyak tanah. Hamashita Natsume berada di dalam pejabat. Dia melihat Ayano Hiruka muncul.
"Oh, Ayano! Macam mana dengan tempat ni? Boleh jadi markas baru kita nanti," kata Hamashita Natsume meminta pendapat.
"Boleh tahan jugalah," balas Ayano Hiruka dingin.
"Mana Kai?" tanya Hamashita Natsume ringkas.
Jelingan maut dituju ke arah bapanya.
"Kenapa ayahanda nak ambil tahu pasal Kai?" kata Ayano Hiruka bersahaja menghampiri bapanya.
"Dia kan boleh jadi orang bawahan kita juga, kan?" kata Hamashita Natsume.
Tak ada siapa boleh jadikan cinta aku sebagai orang bawahan, desis hati Ayano Hiruka, psiko.
Ayano Hiruka tergelincir ke depan. Minyak tanah dari baldi itu disimbah ke muka bapanya. Ayano Hiruka bangun dari jatuh.
"Oh, minta maaf, ayahanda!" ucap Ayano Hiruka bermuka.
"Tak apa. Ayahanda pergi balik dulu ya. Nanti, ayahanda datang balik," pinta Hamashita Natsume melangkah keluar dari pejabat itu.
Sayangnya, kau takkan datang balik, desis hati Ayano Hiruka kian menggila.
Mancis dikeluarkan. Batang mancis dinyalakan lalu dicampak ke tubuh Hamashita Natsume dari belakang. Lelaki itu dimamah api, meraung kesakitan. Ayano Hiruka hanya berdiam melihat bapanya dibakar.
"What did you done!?" kata Hamashita Natsume kepada Ayano Hiruka.
Lelaki itu rentung di lantai. Ayano Hiruka berjalan keluar dari balai polis itu tanpa menghiraukan mayat bapanya.
"Tak ada siapa boleh jadikan Kai sebagai hamba... kecuali aku!"
Mangsa #6: Minatozaki
Ayano Hiruka menghampiri Minatozaki yang berdiri menghadap lautan. Minatozaki memandang Ayano Hiruka.
"Oh, Ayano! Kenapa ni?" kata Minatozaki melihat wajah lesu Ayano.
"Mina, ikut aku boleh, tak?" pinta Ayano Hiruka.
"Boleh je. Nak ke mana?"
"Ikut jelah." Ayano Hiruka berjalan pergi dari situ.
Minatozaki hanya mengekori gadis itu sahaja. Dia mula terfikir sesuatu. "Err... yang lain mana? Rasa macam sunyi sahaja."
"Mereka tengah tunggu kau. Tu yang aku ajak kau ikut aku sekali."
Minatozaki mengangguk faham. Barangkali, dia tidak faham dengan tindakan kawannya itu.
Tidak jauh dari situ, mereka tiba di satu destinasi. Sebuah stor lama dimasuki Ayano Hiruka. Minatozaki turut memasuki stor tersebut. Ayano Hiruka menutup pintu stor. Sifat psikonya muncul.
"Err... kenapa kita datang sini?" kata Minatozaki kehairanan.
"Sebelum berjumpa dengan Kai, aku ada ayat istimewa untuk kau. Kau suka dia, kan?" kata Ayano Hiruka berhelah.
"Oh, apa dia?"
Ayano Hiruka mengambil satu mesin gergaji dari sebuah kotak. Senyuman sinis terukir. "Sampaikan salam aku ke neraka!"
Badan Minatozaki dibedah dari depan. Minatozaki rebah terkaku. Ayano Hiruka menghampiri mayat itu.
"Tolong sampaikan ya!"
Serta-merta, Ayano Hiruka memotong tangan, kaki dan kepala mayat itu menjadi 6 bahagian. Peluh pada dahi dikesat.
Mangsa #7: Violet Alexander
"Kau suka Kai, kan?" tanya Violet Alexander dengan wajah dingin.
"Mana adalah," balas Ayano Hiruka pucat wajah.
"Jangan nak tipulah sebab kau selalu buli dia waktu dulu!"
"Apa pula kaitannya?"
"Marah-marah tanda sayang tu."
"TAKLAH!" tengking Ayano Hiruka geram. "Entah-entah kau pun suka dia?"
"Eh, baik-baik sikit! Violet Alexander menggulingkan matanya.
"Budak ni kan!"
Ayano Hiruka terus menyerang Violet Alexander depan-depan. Mereka bergaduh di atas bumbung apartmen.
"Sakitlah!" kata Violet Alexander apabila rambutnya ditarik.
Ayano Hiruka ditolak jauh-jauh. Violet Alexander mengeluarkan kuasa rantai. Rantai dari tangan terus meluru ke arah Ayano Hiruka. Gadis dari puak Psycho itu mengeluarkan pedangnya pula lantas memotong setiap rantai yang muncul. Langkahnya diatur laju mendekati gadis puak Alone.
Shing! Ching! Tang! Cing! Setiap rantai dipotong dengan pedang.
Sedar-sedar sahaja Ayano Hiruka sudah di depan mata Violet Alexander.
"Apakah!?" Violet Alexander terkejut.
Shhiiiiinnngggg!!!!!
Violet Alexander melutut di depan Ayano Hiruka. Kepalanya terjatuh di lantai.
"HIRUKA!!!" jerit Kai munculkan diri dari belakang.
Ayano Hiruka menoleh ke belakang, melihat Kai muncul. "Alamak!"
"Apa yang kau dah buat!?" Kai mula menggeletar.
"Kai, tolong dengar dulu!"
"Ah, tak ada masa nak dengar kau!"
"Kai, tolonglah!" rayu gadis itu.
"Dah! Jangan dekat dengan aku!"
Ayano Hiruka hilang kata. Matanya tertumpu pada susuk tubuh wanita elegan yang pernah dia temui dalam mimpinya.
"Jom Hoshiko! Kita tinggalkan pembunuh ni!" ujar Kai kepada Hoshiko Friday.
Ayano Hiruka menggenggam senjatanya dengan kuat. "Kau..."
"AMBIL NI!!" Ayano Hiruka membuat serangan.
Hoshiko Friday menukar tangan kanannya menjadi pistol lantas membidik ke arah Ayano Hiruka.
Bang! Segalanya gelap-gelita.
#vote
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro