Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 2-FREAKY WORLD

LANGKAH diatur mengelilingi taman tema terbiar itu. Pasangan suami isteri itu memegang tangan seerat-eratnya. Masing-masing mencampur perasaan takut dan gelisah.

"Abang, sayang rasa, kita tengah berpusing-pusinglah. Sudah sejam kita lalu tempat sama," kata Aisyah Maisarah memecahkan kesunyian.

"Itulah. Abang pun perasan," balas Faiz Azzudin melihat persekitarannya.

Tiba-tiba, Faiz Azzudin merasai sesuatu di luar mindanya. Langkahnya berhenti. Begitu juga dengan Aisyah Maisarah.

"Kenapa berhenti?" kata Aisyah Maisarah kehairanan.

"Abang rasa,... bukan kita berdua saja di sini," kata Faiz Azzudin, serius.

"Abang jangan main-main! Abang gurau nanti, sayang tampar muka abang dengan kaki kang!!"

"Betullah! Abang tak tipu!"

Bunyi suara orang berbual jelas didengar dari jauh. Suara itu dari Roda Ferris yang pernah Aisyah Maisarah kunjungi tadi. Mata mereka tertumpu pada puncak Roda Ferris. Dahi masing-masing dikerut. Susuk tubuh itu sukar dilihat dengan jelas. Mereka berpaling muka.

"Nak minta jalan balik ke lari?" kata Faiz Azzudin, perlahan.

"Lari!" balas Aisyah Maisarah, selamba.

Langkah diatur beredar dari tempat itu.

"Hei, kamu berdua! Mari sini!" kata susuk tubuh dari puncak Roda Ferris itu.

Kata-kata itu tidak dihiraukan. Langkah diatur dengan pantas.

"Jangan dengar apa yang dia kata!" pesan Faiz Azzudin.

Mereka semakin jauh dari taman tema itu, melangkah keluar dari kawasan tersebut.

"Woi, kamu dengar tak ni!?" jerit susuk tubuh yang tidak dikenal pasti itu.

Aisyah Maisarah menyeluk tangannya ke poket seluar treknya. Dia mengeluarkan fon telinganya lalu memakainya di telinga kanan dan menyumbatkan sebelah lagi ke telinga kiri Faiz Azzudin. Telefon Faiz Azzudin dikeluarkan. Wayar disambungkan tanpa ragu-ragu. Lagu dimainkan serta-merta.

"Lagu apa ni?" kata Aisyah Maisarah mendengar lagu yang dimainkan.

"Lagu favourite sayanglah," jawab Faiz Azzudin.

Aisyah Maisarah mendengar dengan teliti. Baru dia tersenyum. "Oh, lagu ni!"

"Kanashimi" wa mada oboerarezu
"Setsunasa" wa ima tsukami hajimeta
Anata e to daku kono kanjou mo
Ima "kotoba" ni kawatte iku

Michi naru sekai no yume* kara mezamete
Kono hane wo hiroge tobitatsu

Blue bird
Ikimono Gakari

Faiz Azzudin hanya mampu mendengar nyanyian dari isterinya itu.

"WOI, KAMU NAK KE MANA TU!!!?? DENGAR TAK AKU KAT SINI!!??" jerit susuk tubuh itu, geram.

Nasib baik ada earphone. Kalau tak, naya kita ni nanti, desis hati Faiz Azzudin.

Jeritan dari susuk tubuh itu diabaikan. Langkah diatur keluar dari taman tema itu. Pasangan itu memandang sekeliling. Mereka sudah berada di sebuah bandar, bandar yang sunyi ibarat sudah ditinggalkan. Nyanyian dari mulut Aisyah Maisarah terhenti tiba-tiba.

"Abang sedar dari pengsan dekat sana," kata Faiz Azzudin menunding jari ke arah taman permainan kanak-kanak seraya berjalan terus.

Aisyah Maisarah sekadar mengangguk. Dia melihat sekitarnya. "Rasanya, kita dekat Pripyat, Ukraine."

Faiz Azzudin memandang wajah isterinya. "Apa?"

"Kita dekat Pripyat, tempat yang dah lama ditinggalkan disebabkan bencana Chernobyl. Tempat ni tempat yang paling freak di dunia."

"Bencana Chernobyl?" Faiz Azzudin mengangkat kening kanannya.

Aisyah Maisarah mengeluh kecil. "Kita tak boleh duduk sini lama sangat. Radiasi dari kilang nuklear mesti tersisa lagi."

Langkah mereka terhenti secara spontan.

"Kenapa kita berhenti?" kata Faiz Azzudin kehairanan.

Mata Aisyah Maisarah tertumpu pada papan tanda destinasi. Faiz Azzudin melihat apa yang dilihat isterinya.

"Apakah?!" Mata Faiz Azzudin terbeliak terus.

"HEI, KAMU BERDUA!! TUNGGU!!!" jerit susuk tubuh misteri tadi seraya mengejar mereka berdua.

Pasangan itu menoleh ke belakang lalu melihat makhluk misteri itu berlari ke arah mereka. Ketakutan menguasai diri.

"Jom lekas!!" kata Faiz Azzudin memegang erat tangan Aisyah Maisarah.

Langkah dibuka merentasi sempadan. Kini, mereka memasuki kawasan Gyeonggi pula. Masing-masing menoleh ke belakang. Makhluk misteri tadi berdiri betul-betul di hadapan garis sempadan.

"JANGAN TINGGALKAN AKU!!" jerit makhluk itu.

Langkah diatur jauh dari sempadan itu. Pandangan dibuang ke arah lain. Apa yang dilihat mereka sekarang hanyalah pekan kecil.

"Sekarang, kita di..." kata Faiz Azzudin, perlahan.

"...Gyeonggi, Korea Selatan," pintas Aisyah Maisarah. "Tempat ni ada hospital sakit jiwa yang dah diabaikan sebab kes misteri kehilangan pesakit."

"Hospital!!" kata Faiz Azzudin terkejut.

"Hai, di sana!" tegur satu suara dari belakang.

Lantas, pandangan dibuang ke belakang. Mata mereka tertumpu pada seorang lelaki yang berpakaian seperti raja. Mungkin dia pemerintah di sini. Rambut lelaki tinggi itu kemas. Badannya kelihatan sasa. Mata kirinya merah terang manakala mata kanannya berbentuk jam biru.

"Kamu berdua dari mana?" soal raja itu dengan senyuman ala Joker.

Pasangan itu terkaku seketika melihat senyuman yang sukar ditafsir itu.

"Ka... Kami sebenarnya dah sesat. Kami dekat mana sekarang?" kata Faiz Azzudin cuba memberanikan diri.

Lelaki itu kehairanan. "Kamu bukan penduduk sini?"

"Eh, tak! Kami dari..." ujar Faiz Azzudin belum habis katanya.

Aisyah Maisarah cepat-cepat menutup mulut suaminya. Dia terus berbisik. "Abang jangan cakap kita asal mana? Kalau dia pengganas, macam mana?"

"Err... Kamu berdua ni dari puak mana? Setahu beta, dekat sini cuma puak Psycho. Tak ada puak lain selain dari kami. Lagipun, beta nampak kamu lepasi sempadan. Tak pernah beta tengok ada makhluk kat dunia ni boleh lepasi sempadan antara daerah," kata lelaki tinggi itu.

"Lepasi daerah?" kata Aisyah Maisarah mengerutkan dahi.

"Tengok ni."

Tiba-tiba, lelaki itu mengeluarkan klon dari tubuhnya. Klon itu melangkah ke sempadan. Pasangan itu hanya memerhati sahaja klon berupa lelaki tersebut. Klon itu semakin dekat dengan sempadan dan...

Keboomm!!! Letupan depan mata membuatkan pasangan itu terbeliak.

"Setiap puak di dunia ni tak boleh keluar dari sempadan masing-masing. Kalau lepasi sempadan, itulah akibatnya," terang lelaki itu.

Pasangan itu memandang lelaki itu dengan wajah pucat lesi.

"Oh, lupa pula! Nama beta Hamashita Natsume, pemerintah di Freaky World. Selamat berkenalan!" kata Hamashita Natsume menunduk hormat.

~Info watak~

Hamashita Natsume ZaiAmin
- Raja puak Psycho
- Mahir berlawan dengan senjata tajam
- Senjata kegemarannya, AK-47
- Mampu membuat klon masa sama ada ke depan mahupun ke belakang

~Back to story~

"Selamat... berkenalan," kata Faiz Azzudin tersekat-sekat.

"Tunggu! Kami di mana sekarang?" kata Aisyah Maisarah kurang faham.

"Freaky World," balas Hamashita Natsume.

Masing-masing mengerutkan dahi.

"Kamu berdua ni mesti dua antara tiga yang terpilih menjadi Pahlawan Tiga Serangkai sebab kamu dah lepasi sempadan tadi," kata Hamashita Natsume.

"Apa? Kami tak faham apa-apapun di sini! Tolong bagi penjelasan boleh, tak?" kata Aisyah Maisarah, tegas.

Hamashita Natsume terdiam buat seketika. "Jadi, ini kali pertama kamu kembara dunia luar?"

"Faham, tak? Kami tak faham sepatah haram pun yang kau cakap!" Kemarahan wanita itu meletus.

"Baik. Baiklah, bawa bertenang," kata Hamashita Natsume cuba menenangkan keadaan.

Faiz Azzudin turut cuba menenangkan Aisyah Maisarah. "Sabar!"

"Sebelum beta terangkan semuanya, jemputlah datang ke istana beta!"

"Tak payah nak berkias bahasa istana sangatlah. Cakap kau aku sudahlah. Haishh!!" Aisyah Maisarah melangkah ke depan.

Faiz Azzudin dan Hamashita Natsume saling memandang.

"Minta maaf pasal isteri patik tu. Dia agak sensitif sikit dengan hal remeh macam tadi," ucap Faiz Azzudin mengurut belakang lehernya.

"Tak apa. Lagipun, sifat dia mengingatkan beta pada seseorang," kata Hamashita Natsume.

Faiz Azzudin mengedipkan matanya. "Siapa?"

"Kita pergi ke istana dulu. Nanti, beta ceritakan."

#vote

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro