BAB 18-DALAM HATI
SEBUAH rumah kecil dihampiri. Kai membuka pintu pagar. Mereka berarak ke pintu depan rumah.
"Minta maaf ya. Rumah aku taklah besar sangat," kata Kai sedar diri.
"Sekecil-kecil manapun dah cukup untuk kami menginap," pesan Minatozaki menggatal.
"Ermm... Betul tu! Betul!" kata Feradossa Anvell merah muka.
Kai terasa kurang selesa dengan dua gadis itu. "O...key."
Pintu dibuka. Mereka semua melangkah masuk ke dalam. Kai melangkah ke dapur.
"Buatlah macam rumah sendiri. Aku nak masak," kata Kai melangkah masuk ke dapur.
Feradossa Anvell tertarik dengan kata-kata jejaka itu. "Uuu... Pandai masak rupanya."
Ayano Hiruka menggulingkan matanya. "Aku nak keluar kejap! Akak, jom teman Ayano."
Aisyah Maisarah mengangguk setuju. "Okey."
Dua beradik itu melangkah keluar dari rumah itu.
Hamashita Natsume terasa kekok sedikit di situ. "Err... Kami pergi ke bilik dulu ya. Nak susun strategi."
"Okey," balas Faiz Azzudin.
Feradossa Anvell membuka langkah ke dapur. "Saya nak tolong Kai masak."
"Saya nak keluar sekejap." pinta Minatozaki sedikit segan dengan Kai.
Faiz Azzudin bersendirian di ruang tamu, tidak tahu hendak melakukan apa. Keluhan dilepaskan.
★★★
AISYAH Maisarah berjalan di samping adiknya. Dia mula terfikir sesuatu. "Ayano suka dekat Kai ke?"
Ayano Hiruka menjadi merah muka sebaik mendengar persoalan itu. Dia memandang kakaknya. "Mana adalah!"
Aisyah Maisarah tersengih. "Manalah tahu. Adik ni jenis Tsundere. Garang dari luar, tapi dalam hati ada taman."
"Eh!!"
"Akak ingat kan adik ni jenis Yandere. Baik peramah dari luar, tapi dalam hati macam psycho atau pembunuh."
"Adik ni jenis Yandere lah!!! Cuma, belum sampai masanya nanti."
Aisyah Maisarah menggulingkan matanya. "Rasanya, dah sampai masanya sekarang."
"Hah?! Daklah! Belum lagi! Adik mana tahu pasal cinta ni. Cuba akak ceritakan kisah cinta akak dengan si Faiz tu."
"Hmm... nak mula dari mana ya. Setahu akak, pertama kali berjumpa di hospital, tapi Faiz kata pertama kali berjumpa di depan sekolah rendah. Itu pun Faiz baru 7 ke 8 tahun tak silap akak."
"Apa!? Waktu kecil pun dah mula suka akak!? Biar betul."
"Waktu tu, kami tak kenal lagi. Lepas beberapa tahun, dia kata, dia tolong akak cari jasad akak. Tu yang buat akak terasa pelik dengan laki akak tu. Dia kata yang akak ni koma. Jadi, di hospital tempat akak koma tu jadi tempat kami bertemu buat kali pertama."
"Wah~ Laki yang sanggup buat apa sahaja demi cinta. Memang sweet sangat😆."
"Tapi akak reject pada mulanya."
Senyuman Ayano Hiruka menjadi pudar tiba-tiba. "Apa ni akak?!"
"Cerita belum habis lagilah! Lepas setahun tak berjumpa, kami berjumpa di jeti nelayan. Di situ, Faiz... lamar akak." Muka Aisyah Maisarah menjadi merah.
Senyuman Ayano Hiruka kembali lagi. "Wah, romantiknya laki akak tu!"
"Dia penulis. Ayat dia pun akak boleh lemas. Jadi, akak pun kena 'psycho' balik dengan ayat cinta."
"Hmm..." Ayano Hiruka berfikir sejenak.
"Ayano fikir apa? Pasal Kai ke?"
Ayano Hiruka sekilas memandang kakaknya. "Eh, tak ada apa!"
★★★
KAI hanya melihat Feradossa Anvell memasak seorang diri.
"Mari sini. Aku potong lobak merah!" kata Kai cuba membantu.
"Eh, tak usahlah! Biar aku potong lobak merah!" balas Feradossa Anvell mengugut Kai dengan pisau belatinya. "Kalau tak, saya bedah hati awak. Aumm!"
Naik seram aku dengan perempuan ni, desis hati Kai kurang senang.
"Hei, Kai!" ujar Ayano Hiruka dari muka pintu dapur. "Teman aku keluar sekejap."
Mereka berdua memandang Ayano Hiruka.
"Ada apa, Hiruka? Selama ni, kau..." kata Kai kurang senang.
"Keluar jelah!" kata Ayano Hiruka sedikit dingin.
Kai mengikut arahan, melangkah keluar dari dapur. Dia sedar, Ayano Hiruka memang kaki buli. Feradossa Anvell melihat pencuri hatinya pergi.
"Oh, cintaku~" kata Feradossa Anvell.
"Jangan nak mengada! Pergi masak tu sebelum aku masak kau jadi lauk malam ni!" arah Ayano Hiruka, dingin.
Feradossa Anvell terpaku dengan kata-kata itu. "Apakah!?"
★★★
MINATOZAKI berucap sesuatu di tepi curam.
Dandere mode
"Hei, Kai! Boleh tak kita keluar jalan-jalan?" kata Minatozaki berlatih bersuara, segan dan malu lalu sedar dari lamunan. "Ah, apa ni!? Malu sangat kau ni. Cuba jadi macam Anvell!"
Tsundere mode
"Woi, Kai! Nak keluar dengan aku, tak?" Minatozaki berlakon seperti Feradossa Anvell. "Kasar sangat! Cuba jadi macam Ayano!"
Yandere mode
"Kai, boleh keluar dengan aku, tak? Kalau tak nak keluar, saya keluarkan hati awak dari tubuh badan awak tu." Minatozaki berlakon seperti Ayano Hiruka pula. "Kejam lagi psycho pula dibuatnya. Cuba jadi... siapa lagi? Oh, Violet!"
Kuudere mode
Minatozaki berlakon seperti Violet Alexander pula, dingin. "Kai, nak keluar dengan aku, tak?" Dingin.
Krik! Krik!
"Okey, tak nak keluar tak apa," kata Minatozaki dingin.
Minatozaki sedar dari lakonannya. "Dingin betullah!! Aku patut jadi siapa ni?"
"Jadilah diri sendiri," pesan Ayano Hiruka memegang bahu dari belakang.
Minatozaki menoleh ke belakang, melihat Ayano Hiruka muncul. "Ayano, bila sampai?"
Kai turut menampilkan diri, buatkan Minatozaki bertambah terkejut.
"Kai pun datang!" kata Minatozaki.
"Kami memang nak datang ke sini sebab tempat ni kami selalu lepak bersama," terang Ayano Hiruka. "Apapun,..."
"...pandai kau lakon gaya aku tadi!" bisik Ayano Hiruka ke telinga Minatozaki.
"Eh, mana ada!" kata Minatozaki menafikannya. "Lagipun, aku nak pergi dah ni. Maaf mengganggu."
Minatozaki membuka langkah beredar tetapi Kai menghalangnya. Dia memandang Kai, cintanya.
"Lepaklah dengan kami sekali," ajak Kai lembut suaranya. Padahal, dalam hati, 'Tolonglah aku!!!'
"Err... Tak apa ke?" kata Minatozaki.
"Tak apa. Lagipun, kau nak cakap sesuatu dekat Kai, kan?" kata Ayano Hiruka.
"Eh, mana adalah!"
"Baik kau cakap sebelum peluru aku hinggap ke dahi kau tu!"
"Err... Ba- Baik!"
Kai terasa kekok seketika. Dia melihat Minatozaki malu segan untuk bercakap. "Kau nak cakap apa?"
Ayano Hiruka mengalihkan pandangan ke Battleship Island yang jauh nun di tengah lautan, enggan mengganggu.
"Saya... nak... Boleh tak kita keluar jalan-jalan?" kata Minatozaki malu segan lalu berterus-terang.
"Erk... Kita memang dekat luar sekarang ni. Nak jalan ke mana lagi?" kata Kai kehairanan.
"Saya nak jalan ke hati awak."
Kai terpaku seketika. Ayano Hiruka pula terus memandang Minatozaki dengan renungan tajam.
"Disebabkan hati awak kosong, saya pun nak jalan ke hati awak. Nak isi apa yang kosong tu," tambah Minatozaki.
Renungan Ayano Hiruka semakin tajam.
"Awak kekosongan rasa cinta, kan? Tak apa. Saya sedia mencintai awak," kata Minatozaki lagi.
Minda Ayano Hiruka semakin kurang waras sebaik mendengar kata-kata Minatozaki itu. Minatozaki memandang Ayano Hiruka, melihat kawannya mengawal perasaan.
"Ayano, kau okey, tak?" kata Minatozaki lembut.
"Aku okey. Aku nak balik dulu. Korang berbual jelah," pinta Ayano Hiruka berjalan ke rumah Kai.
Minatozaki dan Kai melihat gadis psiko itu meninggalkan mereka berdua. Ayano Hiruka cuba mengawal kewarasannya.
"Nampaknya,..." Ayano Hiruka terfikir sesuatu.
"...sifat lama dah muncul lagi."
#vote
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro