Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 16-PERANG

LANGKAH diatur ke tempat tinggi. Kumpulan Alpha yang daripada Minatozaki dan Alexander Monroe, diketuai oleh Ayano Hiruka berjalan ke aras bumbung sebuah bangunan usang. Mereka mengambil tempat di sudut bangunan. Ayano Hiruka bersedia dengan sniper Barrett M82A1 (seperti di bawah).

Minatozaki pula memakai cincin warnanya, mengaktifkan kuasa anak panahnya. Alexander Monroe pula dari tadi berdoa.

"Alpha ready!" kata Ayano Hiruka kepada Aisyah Maisarah menerusi walkie talkie.

"Baik!" ujar Aisyah Maisarah.

Aisyah Maisarah memandang anak buahnya yang terdiri daripada Faiz Azzudin dan Feradossa Anvell. "Semua dah sedia?"

"Dah!" jawab mereka bertiga.

"Kami dah sedia," kata Aisyah Maisarah kepada Ayano Hiruka.

"Okey, tunggu kiu dari kami dulu," pesan Ayano Hiruka.

"Baik."

Ayano Hiruka terus meneropong ke arah barat daerah. Satu bala tentera sedang mara ke 'markas' mereka a.k.a. hospital sakit jiwa.

Bang!! Satu tembakan dilepaskan.

Sebutir peluru dilancarkan lalu dibawa arus angin. Sasaran sejauh 869.35 meter tepat terkena dahi.

"HEADSHOT!!" jerit Ayano Hiruka teruja.

"Itu kiu dia. Dah jom! Gerak! Gerak!!" ujar Aisyah Maisarah.

Kumpulan Beta terus bergerak keluar dari markas,  menyerang musuh mereka.

"DEMI ANAK PATUNG KAMI!!!" jerit Feradossa Anvell bersemangat sambil memegang pisau belati.

Aisyah Maisarah menyerang musuh musuh di situ dengan pedangnya. Sempat lagi melemparkan shuriken sebelum menyerang secara rakus. Faiz Azzudin membaca pergerakan 5 saat ke depan setiap seorang. 2 orang menyerang dari belakang, 2 dari kiri, 1 dari kanan dan 4 dari hadapan. Matanya dipejam seketika. Senyuman sinis tercalit di bibir. Mata dicelik semula. Kelihatan anak mata berwarna merah jelas memaparkan angin dia tak seberapa elok. Satu cengkaman maut mengenai muka lawan.

"Aku nak siapkan novel aku. Dan aku ada dekat sini. Macam mana aku nak kerja kalau macam ni!!?" kata Faiz Azzudin geram.

Kepala lawan yang dipegang Faiz Azzudin terus ditumbuk rakus. Faiz Azzudin terus menunjukkan ekor syaitannya yang sudah lama tidak keluar. Serangan demi serangan dipatahkan lalu dibalas. Tiada seorang pun yang hidup.

Dari jauh, Hamashita Natsume memerhatikan dua pihak berperang. Dalam kekecohan itu, mata Hamashita Natsume tertumpu pada susuk tubuh yang amat dikenalinya, Death Dracula. Machine gun (seperti gambar di bawah) diambil.

Langkah lelaki tinggi itu diatur ke tingkat bawah bangunan lalu berjalan ke arah musuh ketatnya. Death Dracula pula mengatur langkah ke arah Hamashita Natsume. Mereka bertemu kembali setelah lama berpisah.

"Hamashita Natsume," kata Death Dracula.

"Death Dracula," kata Hamashita Natsume pula.

Satu serangan hitam dari Death Dracula terus dilancarkan. Hamashita Natsume sempat mengelak lalu membalas serangan menerusi tembakan rambang. Death Dracula mengelak peluru senjata api itu. Dia berlindung di sebalik dinding.

"Oi, jangan menyoroklah!!!" ujar Hamashita Natsume kepada Death Dracula.

Satu bayangan hitam tiba-tiba memegang kaki Hamashita Natsume.

"Apakah?" Hamashita Natsume terkejut kerana tidak boleh bergerak lagi.

Death Dracula terus mengambil kesempatan untuk menyerang lawannya. "Ambil ni!!"

Gedushh!!! Satu tumbukan kuat mengenai dua biji telur.🍳

Fakta: Death Dracula adalah watak paling rendah. Hamashita Natsume pula watak paling tinggi. So, fahamkanlah ya.

Hamashita Natsume terjatuh melutut di hadapan Death Dracula seraya cuba mencari ketahanan dalam kesakitannya.

"Akhirnya,... kau melutut depan aku juga, Natsume!"  kata Death Dracula angkuh.

Hamashita Natsume tersengih walaupun kesakitan menguasai diri.

"Kau pasti?"

#vote

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro