Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 12.5-PERTEMUAN SEMULA

SUASANA menjadi seperti dahulu kala di mana Hamashita Natsume menjadi detektif sedangkan Death Dracula menjadi insan berguna. Mereka sudah jarang bertemu sampailah mereka berjumpa di rumah Alexander Monroe.

"Ada sesiapa di dalam?" kata Hamashita Natsume setelah beberapa kali mengetuk pintu.

Pintu dibuka. Death Dracula melihat kawan lamanya tiba.

"Hai, lama tak jumpa!" kata Hamashita Natsume gembira.

"Hai!" balas Death Dracula. "Datang sini ada apa?"

"Nak jumpa Alexander. Ada benda penting ni. Aku rasa kau patut join kami sekali," terang Hamashita Natsume serius.

"Benda apa?"

GAMBAR Violet Alexander dilempar di atas meja. Alexander Monroe melihat gambar kanak-kanak perempuan dalam gambar itu, terkejut. Death Dracula terfikir sesuatu.

"Inikan... budak perempuan yang Rozepa jaga tu!" kata Death Dracula meneka.

"Memang ya," kata Hamashita Natsume mengiakan. "Aku rasa kau tahu dia ni anak siapa, kan?"

Alexander Monroe mengambil sekeping gambar anaknya itu. "Memang dia. Violet namanya."

"Jadi, kau mengaku, kau pernah bunuh isteri kau sendiri?" tanya Hamashita Natsume menyilang tangan paras dada.

"Aku tak bunuh dialah!" kata Alexander Monroe menengking.

Death Dracula hanya berdiam, melihat permainan psikologi antara detektif dan pembunuh.

"Okey, kalau macam tu, apa kita main satu permainan khas yang direka oleh puak Psycho?" cadang Hamashita Natsume tersengih.

"Hah!?" Alexander Monroe kehairanan.

"Kali terakhir kau gosok gigi?" soal Hamashita Natsume pantas.

"Pagi tadi," jawab Alexander Monroe pantas.

"Kali terakhir kau sembahyang?"

"Tengah hari tadi."

"Kali terakhir kau makan?"

"Petang tadi."

"Kali terakhir kau bunuh orang?"

"Tahun lepas." Alexander Monroe terlepas cakap. "Alamak!"

"Yeah!! Aku menang. So, kau mengaku jelah yang kau tu pembunuh?"

Alexander Monroe menundukkan pandangan. "Ya."

Death Dracula hanya diam memerhati. Alexander Monroe perlahan-lahan menghulurkan tangannya, sedia untuk digari. Hamashita Natsume melihat suspek menitis air mata.

"Bawalah saya ke lokap," kata Alexander Monroe berserah.

"Tak," nafi Hamashita Natsume. "Aku tak patut bawa kau ke lokap."

Alexander Monroe memandang Hamashita Natsume, hairan. "Apa?"

~★★★~

VIOLET Alexander berjalan di samping Rozepa. Mereka berjalan di sepanjang tembok seraya melihat lautan biru.

"Baiklah,  pelajaran kita hari ni bertajuk 'Seru'," kata Rozepa menjadi jurulatih kepada Violet Alexander.

"Okey!" balas Violet Alexander bersemangat.

"Baik, tengok dan belajar."

Rozepa terus bersiul mengikut irama melodi 'Marry Had A Little Lamb'. Sebaik sahaja melodi itu berhenti, datang pula ikan paus gergasi. Violet Alexander takjub dengan kuasa tersebut.

"Sambil bersiul tu, Violet kena bayangkan haiwan apa yang nak dipanggil. Kena fokus tau! Kalau tak fokus nanti tak menjadi," pesan Rozepa. "Sekarang, Violet cuba."

Violet Alexander menghampiri tebing lalu bersiul mengikut melodi yang ditetapkan. Dia membayangkan sesuatu dengan fokus.

Tiba-tiba, ikan belacak hinggap ke muka Violet Alexander. Tangan Violet Alexander terus menepis ikan itu dari mukanya. Ikan tersebut melompat-lompat di permukaan lantai, masih bernafas.

"Euww!!! Ikan apa ni!?" kata Violet Alexander terasa geli.

"Hahaha!!! Ikan belacaklah. Ikan ni boleh hidup di dalam air dan atas darat," terang Rozepa. "Cuba Violet bayangkan ikan yang lebih besar."

Violet Alexander bersiul sekali lagi. Kali ini, ikan yang digelar The Meg muncul di depan mata Violet Alexander. Terbeliak mata terus kanak-kanak itu sampai terduduk.

"Apakah!?" kata Violet Alexander tergamam.

Rozepa tertawa sahaja. "Itu Meg, ikan jerung paling besar di dunia."

"Sebenarnya, ada ikan apa lagi dalam laut ni."

Rozepa berfikir sejenak. "Hmm... ada The Meg, Loch Ness, Kraken, hmm... banyaklah juga."

"Whoa! Akak ni dari puak mana?"

"Puak Mermaid. Lagipun,..." Rozepa mendekati Violet Alexander lalu berbisik. "...akak ni permaisuri."

Violet Alexander terbeliak mata. Dia serta-merta melutut menghadap Rozepa. "Min... minta ampun!"

"Eh! Eh, tak payahlah macam ni! Lagipun, akak pun nak jadi macam orang biasa juga. Sebab tu, akak ambil keputusan untuk rasai dunia luar Atlantis dengan adik akak."

"Adik akak? Akak ada adik ke?" Violet Alexander bangun semula lalu merenung tepat ke muka Rozepa.

"Ada tapi sekarang tak ada."

Dari raut wajah Rozepa, Violet Alexander dapat membaca perasaannya. Perlahan-lahan, dia mendakap tubuh Rozepa yang kurus itu. "Tak apa. Violet ada sekarang."

Rozepa tersenyum terharu dengan Violet Alexander. "Terima kasih."

"ROZEPA!!!" jerit seseorang dari belakang wanita itu.

Rozepa menoleh ke belakang. Violet Alexander melepaskan pelukannya lalu melihat punca suara itu. Dua lelaki yang dikenali Rozepa datang bersama Alexander Monroe.

"Yo! Ada apa datang sini?" soal Rozepa tersenyum.

"Err... Violet ada dengan kau, kan?" tanya Death Dracula.

Violet Alexander munculkan diri dari belakang tubuh Rozepa. Mereka melihat kanak-kanak itu berdiri di sisi Rozepa.

"Kenapa nak jumpa Violet pula ni?" kata Rozepa kehairanan.

"Ada orang nak jumpa dengan dia," jawab Hamashita Natsume.

Alexander Monroe munculkan diri. Violet Alexander melihat bapa kandungnya muncul di depan mata.

"Violet, lama tak jumpa," kata Alexander Monroe mengukirkan senyuman biarpun pudar.

Violet Alexander terdiam seketika. Wajah Alexander Monroe masih dikenalinya.

"Walaupun dah setahun lebih ayah hilangkan diri, ayah tak pernah lupa pasal Violet. Harap Violet dapat maafkan ayah," kata Alexander Monroe berharap.

Violet Alexander mengatur langkah menghampiri bapanya. Alexander Monroe duduk meringkuk.

Pakk!! Satu tamparan kuat melekat di pipi Alexander Monroe.

"Oh, my..." kata Death Dracula terpegun.

"Ayah jahat!! Kenapa ayah tinggalkan Violet? Kenapa ayah tinggalkan ibu macam tu? Kenapa?" tanya Violet Alexander kecewa seraya menangis.

Hamashita Natsume membimbing Death Dracula pergi dari situ lalu mengajak Rozepa ikut sekali, tidak mahu mengganggu perbualan dia beranak itu. Tiga sekawan itu bergerak ke satu tempat yang tidak jauh dari situ.

"Siapa laki tu?" tanya Rozepa ingin tahu.

"Alexander Monroe, ayah budak tu," kata Hamashita Natsume.

"Dan kawan aku," sambung Death Dracula. "Budak tu siapa pula?"

"Violet Alexander, anak yatim," jawab Rozepa.

"Patutlah Natsume boleh perasan pasal dua beranak ni. Sebab nama rupanya. Tapi macam mana Natsume tahu nama budak tu?" kata Death Dracula mengangkat kening.

"Ini detektiflah," kata Hamashita Natsume angkuh.

"Ceh, berlagak!"

Dum!!! Bunyi dentuman kuat jelas kedengaran dari jauh.

Suara orang menjerit turut kedengaran, menarik perhatian tiga sekawan itu.

"Bunyi apa tu?" kata Death Dracula terkejut.

Susuk tubuh Alexander Monroe berlari ke arah mereka dapat dilihat. Violet Alexander didukung olehnya.

"Cepat lari!!" arah Alexander Monroe, cemas.

"Kenapa ni?" kata Rozepa kebingungan.

"Ada sesuatu datang meny...!!"

Kaboom!!! Satu serangan dari angkasa hampir mengenai mereka berlima.

Suasana terus gelap gelita.

#vote

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro