BAB 12.2-PAHLAWAN TIGA SERANGKAI
"MENURUT dalam kitab, Pahlawan Tiga Serangkai ni ada tiga generasi. Generasi yang pertama, dua lelaki dan satu perempuan. Mereka ni terdiri dari puak Psycho, Voodoo dan Mermaid. Mereka berganding bahu untuk membanteras kuasa jahat dari dunia luar. Setelah peperangan tu, pahlawan dari puak Psycho dan Mermaid berkahwin. Akibat sifat cemburu, puak Voodoo terus mengambil kuasa dari dunia luar dan cuba menguasai dunia ni.
Beberapa tahun kemudian, muncul pula Pahlawan Tiga Serangkai generasi kedua. Kali ni, dua perempuan dan satu lelaki di mana dua perempuan merupakan adik beradik kacukan, Psycho-Human dan Human-Mermaid. Lelaki tu pula dari puak Human. Mereka-mereka ni akan bangkit untuk menentang puak Voodoo yang cuba kuasai dunia ni sejak generasi pertama. Ketika peperangan itu berlaku, muncullah Pahlawan Tiga Serangkai generasi pertama di mana pahlawan dari puak Psycho dan Mermaid turun padang untuk mengalahkan puak Voodoo. Sayangnya, tiga pahlawan dari generasi pertama tu mati bersama setelah peperangan itu terjadi.
Generasi ketiga pula akan muncul lebih lama dari generasi kedua di mana dunia ni tidak lagi menjadi Freaky World, tetapi menjadi Creepy World. Setelah kematian generasi kedua, generasi ketiga muncul dari satu tempat yang dinamakan sebagai Ganu yang terletak di dunia luar. Mereka ni puak kacukan Skull-Doll, Killjoy-Suicide dan Voodoo-Alone. Mereka akan masuk ke Creepy World untuk pulihkan dunia ni semula dengan bangkitkan semula pahlawan generasi pertama dan kedua. Sayangnya, generasi pertama tidak lagi berbaik seperti dahulu dan mereka juga akan cuba kuasai Creepy World bersama. Generasi kedua pula masih tersisa semangat setiakawan untuk tumpaskan generasi pertama bersama generasi ketiga. Peperangan yang melibatkan pertumpahan darah yang dahsyat itu meragut banyak nyawa sampaikan bayi baru lahir menjadi mangsa.
Akhir cerita, hanya seorang sahaja yang akan hidup di dunia ni. Cuma, dia akan berhijrah ke Ganu dan menetap di dunia luar. Dia ni merupakan pahlawan terakhir dan merupakan cucu kepada Tiga Pahlawan Serangkai generasi ketiga menerusi generasi kacukan. Dan di situlah, titik noktah untuk Pahlawan Tiga Serangkai dan bermulalah Pahlawan Solo generasi pertama dan terakhir."
Hamashita Natsume tertarik dengan kisah yang disampaikan oleh Alexander Monroe dengan panjang lebar itu.
"Sebab tu, DD tak suka dengar cerita ni sebab melibatkan puak dia. Kau tahu kan puak Voodoo merupakan puak paling baik di dunia ni," kata Alexander Monroe.
"Nanti dulu! Puak Mermaid tu asal dari mana?" tanya Hamashita Natsume.
"Saya tak ada data tentang puak ni. Setengah mengatakan dari dunia luar. Setengah lagi kata dari dunia ni juga."
"Hmm..." Hamashita Natsume berfikir sesuatu.
"Fikir pasal apa tu?"
"Rasanya, aku pernah jumpa puak Mermaid." Hamashita Natsume teringat semula dengan kejadian tadi. "Perempuan tu ada sisik dekat leher dia."
"Dialah tu. Puak Mermaid memang ada sisik pada leher."
Hamashita Natsume terus bergerak keluar dari rumah paderi itu. Alexander Monroe menggaru kepalanya sendiri.
★★★
ROZEPA berdiri di hadapan makam, meratapi pusara adiknya. "Semoga di sana."
Langkah Rozepa diatur keluar dari tapak perkuburan. Selendang yang dipakainya terus menutup lehernya yang bersisik. Hamashita Natsume mengekori wanita itu dalam diam. Dari kawasan perkuburan, mereka berjalan ke kawasan pantai. Rozepa menanggalkan selendangnya lalu melemparkannya ke udara. Hamashita Natsume menyambut selendang itu lalu melihat Rozepa semula. Wanita itu sudah tiada dari pandangannya.
"Terlepas pula," keluh Hamashita Natsume, kecewa.
"Terlepas apa?" ujar seseorang dari belakang lelaki itu.
"Perempuan tadi tu!" Hamashita Natsume enggan menoleh ke belakang.
"Perempuan yang mana satu ni?"
Barulah Hamashita Natsume menoleh ke belakang lalu terlihat Rozepa berada di depan matanya. "Kau!"
Rozepa tertawa kecil. "Rasanya, engkaulah yang tolong saya tadi, kan?"
"Ya, saya dengan Dracula tadi."
Rozepa melihat kiri dan kanan Hamashita Natsume. "Mana Dracula?"
"Dia tidur. Rehat sekejap."
Tiba-tiba, satu suara mencelah perbualan mereka. "Siapa kata Dracula tidur?"
Dua insan itu memandang ke arah punca suara itu, terlihat Death Dracula muncul.
"Dalam hidup Dracula, tak pernah tidur untuk sesaat okey! Kami ni berjaga malam," kata Death Dracula, dingin.
"Hmm... yelah tu," kata Hamashita Natsume acuh tak acuh.
"Err... terima kasihlah, kamu berdua sebab tolong saya tadi," ucap Rozepa tersenyum.
"Eh, tak ada hal."
"Kami ni memang suka tolong. Kan Natsume!" kata Death Dracula tersengih.
"Ah, ya! Ya!" Hamashita Natsume terus memeluk bahu dengan Death Dracula. "Kami ni setia membantu. Kalau ada apa-apa masalah, kami akan tolong."
Death Dracula terasa sesak dalam dakapan Hamashita Natsume. "Lepaskan akulah!"
Rozepa tertawa kecil, membuatkan mereka terdiam seketika. "Kamu berdua ni kelakarlah! "
Muka dua lelaki itu merah menyala, terasa segan pula. "Err... nama saudari siapa?" Serentak.
Dua kawan itu saling memandang, pucat.
"Panggil je Rozepa," kata Rozepa, ringkas.
Rozepa ketika dulu
(Cuba bezakan dengan yang sekarang dalam bab 7)
Dua lelaki itu memandang Rozepa.
"Kau dari puak mana? Mermaid, kan? Sebab aku perasan dekat leher kau tu," kata Hamashita Natsume ingin tahu.
Rozepa tertawa kecil. "Ya, sayalah tu. Pandai juga awak ni."
"Hehe... biasa je. Lagipun, saya bekerja sebagai detektif dekat sini."
Death Dracula menyiku pinggang Hamashita Natsume. "Kau tak cerita pun pasal kau dekat aku! Patutlah kau ada pistol."
"Hehe... minta maaflah!"
Death Dracula berdengus kasar. Rozepa hanya melihat telatah mereka berdua.
"Kamu berdua ni kawan rapat ke? Tengok macam dah rapat sangat hubungan kamu berdua ni," celah Rozepa.
"Baru je kenal," kata Death Dracula, dingin.
"Hmm... alang-alang kamu baru nak kenal dan kita baru nak kenal, apa kata kita jadi kawan?" cadang Rozepa, ceria.
"Okey, boleh juga!" Death Dracula tersengih.
"Kita jadi Pahlawan Tiga Serangkai!!! Nak, tak?"
"On je!" kata Hamashita Natsume spontan.
Rozepa tertawa kecil lalu menghulurkan tangan kanannya. "Pahlawan..."
Death Dracula meletakkan tangan kanannya di bawah tangan Rozepa. "...Tiga..."
Hamashita Natsume terfikir sesuatu.
"Menurut dalam kitab, Pahlawan Tiga Serangkai ni ada tiga generasi. Generasi yang pertama, dua lelaki dan satu perempuan. Mereka ni terdiri dari puak Psycho, Voodoo dan Mermaid. Mereka berganding bahu untuk membanteras kuasa jahat dari dunia luar. Setelah peperangan tu, pahlawan dari puak Psycho dan Mermaid berkahwin. Akibat sifat cemburu, puak Voodoo terus mengambil kuasa dari dunia luar dan cuba menguasai dunia ni."
Tak mungkin, desis hati Hamashita Natsume sebaik teringat tentang lagenda yang diceritakan Alexander Monroe.
Rozepa kehairanan melihat Hamashita Natsume termenung lama. "Fikir apa lagi tu?"
Hamashita Natsume terlepas dari kotak fikiran lalu melihat mereka menantikan dirinya. Tangan kanannya diletakkan di atas tangan Rozepa. "...Serangkai!"
"Hooray!" sorak Rozepa, ceria.
Hamashita Natsume dan Death Dracula terus menjeling sesama sendiri.
Kau fikir tak apa yang aku fikir sekarang? Desis hati Hamashita Natsume bertelepati.
Aku rasa aku pun fikir apa yang kau fikir sekarang," desis hati Death Dracula bersependapat.
Nampaknya, lagenda tu betul.
#vote
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro