Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 9-MAKAM BONDA

SURAH Yasin dilafazkan dan disedekahkan untuk arwah bonda Faiz Azzudin setelah menunaikan solat Jumaat.

"Amin," ucap Faiz Azzudin setelah membaca do'a selepas baca Yasin.

Faiz Azzudin bingkas lalu beredar dari situ. Dia melangkah ke motosikalnya lalu menaikinya. Dia memerhatikan kubur ibunya dari jauh, terlihat susuk tubuh berjubah putih berdiri di depan kubur tersebut. Pandangan dibuang ke arah lain, enggan melihat roh wanita itu. Enjin motosikal dihidupkan lalu mengaum kecil. Faiz Azzudin menunggang motosikalnya beredar dari situ.

⭐⭐⭐

MOTOSIKAL diletakkan di bawah anjung rumah. Faiz Azzudin menuruni motosikalnya. Langkah diatur masuk ke dalam rumah. Pintu depan dilepasi.

"Assalamu'alaikum!" ucap Faiz Azzudin melihat Aisyah Maisarah leka menonton televisyen, hairan. "Hantu tengok TV???"

Aisyah Maisarah tiba-tiba ketawa mengilai menonton program yang kelakar yang sedang bersiaran langsung itu. Faiz Azzudin terkejut dengan ketawa ilai itu. Dia mendekati gadis itu.

"HOI! Orang bagi salam tak dengar ke?" sergah Faiz Azzudin mengejut.

"Oh, mak kau dah mati!" latah Aisyah Maisarah terkejut.

Pandangan tajam direnung ke arah Faiz Azzudin yang berbaju Melayu biru. Aisyah Maisarah menampar badan lelaki itu, geram. Faiz Azzudin menahan serangan itu, tersengih.

"Awak ni kan!? Ish!" kata Aisyah Maisarah berwajah masam lalu berpaling muka seraya menyilang tangan.

"Alolo!! Comelnya dia marah!" usik Faiz Azzudin senyum sampai nampak lesung pipit.

Pipi Aisyah Maisarah dicubit lelaki itu. Aisyah Maisarah sekilas memandang lelaki itu lalu menolak tangan lelaki itu.

"Sakitlah!" ujar Aisyah Maisarah, geram.

Pipinya disentuh, diraba. Faiz Azzudin tertawa kecil.

"Assalamu'alaikum!" ucap Faiz Azzudin sekali lagi.

"Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarokatuh!" balas Aisyah Maisarah, puas hati.

"Panjangnya."

"Lebih afdal, kan?" Aisyah Maisarah berlagak dingin.

Faiz Azzudin terdiam seketika lalu bersuara. "Aku nak keluar ni. Nak ikut, tak?"

"Pergi mana?" Tangan dialihkan dari pipi.

"Bersih kubur."

Aisyah Maisarah membulat mulutnya. "Oh, boleh juga!"

⭐⭐⭐

AISYAH Maisarah memerhatikan lelaki itu menyapu sampah kawasan kubur itu dari bawah pokok rendang.

"Assalamu'alaikum!" ucap seorang wanita berjubah  dari belakang Aisyah Maisarah.

Aisyah Maisarah menoleh ke belakang, terlihat wanita berusia lingkungan 30-an. Dia kekok sebenarnya, memandang ke belakang balik. Dia seorang sahaja di situ. Pandangan dibuang ke arah wanita itu semula.

"Mak cik cakap dengan siapa?" soal Aisyah Maisarah, kekok.

"Dengan adiklah," jawab wanita itu, mesra.

"Oh, wa'alaikumussalam! Macam mana…"

"Mak cik ni mak Faiz," pintas wanita itu.

Mata Aisyah Maisarah membulat. "Oh!"

"Anak ni nama siapa?" soal wanita itu mengukirkan senyuman.

"Aisyah Maisarah."

"Oh, Aisyah! Aisyah yang mati kemalangan tu ke? Tak silap mak cik, mak cik pernah dengar nama kamu ni," kata ibu Faiz Azzudin itu ingin kepastian.

"Ehh… Sebenarnya, Shah tak tahu punca Shah mati macam mana," balas Aisyah Maisarah menggosok belakang lehernya.

"Oh, sayangnya! Tapi, mak cik yakin, Aisyah mati kemalangan." Yakin.

"Macam mana boleh kemalangan?"

Wanita itu menyentuh dahi Aisyah Maisarah lalu mengimbas masa silamnya.

MEI 2009
MOTOSIKAL ditunggang sederhana menuju ke sekolah rendah. Ibu Faiz Azzudin memberhentikan motosikal di depan pintu pagar. Ibubapa pelajar menunggu di luar kawasan sekolah, menanti loceng sekolah berbunyi.

Sskkrreeeeettt!!! Kepush!!

Kemalangan itu menarik pandangan orang ramai di situ. Sebuah van terlanggar sebuah motosikal. Ibu Faiz Azzudin yang turut melihat kemalangan itu menjadi terkejut. Dia bergerak turun dari motosikalnya lalu bergegas mendekati kemalangan itu. Kelihatan seorang pelajar perempuan sekolah menengah tersungkur di atas jalan tar jelas hampir nazak. Langkah diatur menghampiri gadis malang itu.

"Ya Allah!" ucap ibu Faiz Azzudin kaget duduk di sebelah gadis itu.

Mata si ibu itu melihat teg nama gadis itu. Aisyah Maisarah namanya.

APRIL 2018
"MAK cik ingat lagi masa tu!" kata ibu Faiz Azzudin itu, yakin.

"Shah mati depan sekolah rendah Faiz. Masa tu, Faiz darjah berapa? Tahun berapa masa tu?" kata Aisyah Maisarah inginkan jawapan.

"Ya, Shah. Masa tu, Faiz darjah dua, tahun 2009."

Aisyah Maisarah berfikir sejenak. Bahu kiri Aisyah Maisarah dipegang. Gadis itu memandang tepat ke wajah wanita berusia itu.

"Shah cakaplah dengan Faiz tu. Dia pun nampak Shah masa tu. Dia boleh cerita serba sedikit," pinta ibu Faiz Azzudin, lembut.

"Hah?! Dia pun nampak Shah? Tapi, mak cik tau kan perangai dia tu? Dia cepat berubah angin," komplen Aisyah Maisarah mencebik.

"Sabarlah, nak! Dia memang macam tu. Shah boleh bezakan angin dia elok ke tak melalui mata dia."

"Mata dia?"

"Kalau mata dia hijau, itu tandanya angin dia elok. Kalau mata dia merah, tandanya angin tak elok. Tapi, yang paling jarang sekali berlaku, bila mata dia hitam dan putih."

"Mata dia boleh jadi hitam putih ka?" kata Aisyah Maisarah kehairanan.

"Mata putih, tandanya dia dihasut malaikat. Mata hitam pula, tandanya dia dirasuk syaitan. Hati-hati bila mata dia hitam! Dia boleh buat macam-macam. Roh macam kita ni pun boleh dia bunuh," terang ibu Faiz Azzudin, serius.

Aisyah Maisarah tertelan air liurnya. "Baik, mak cik."

"Satu lagi, bila mata dia biru. Itu tanda dia neutral. Macam separuh baik, separuh jahat lebih kurang. Dia lebih dingin," terang ibu Faiz Azzudin itu.

"Dingin? Selama Shah jaga si Faiz tu, dia selalu dingin bila mata hijau, bukannya biru. Lagi satu, dia selalu buli Shah. Mak cik pujuklah dia," kata Aisyah Maisarah, jujur dan manja.

Ibu Faiz Azzudin tertawa kecil, membuatkan Aisyah Maisarah kehairanan. Gadis itu mengangkat kening kanannya.

"Ada apa, mak cik? Apa yang kelakar?" kata Aisyah Maisarah, hairan.

"Ada maknalah tu dia buat macam tu!" kata ibu Faiz Azzudin tersenyum.

"Hah?!"

"Shah!" seru Faiz Azzudin dari belakang.

Aisyah Maisarah menoleh ke belakang, melihat Faiz Azzudin muncul. "Oh, Faiz! Ada apa?"

"Sembang dengan siapa tadi?" soal Faiz Azzudin berlagak dingin.

Aisyah Maisarah melirik tepat ke mata hijau Faiz Azzudin. "Saya sembang dengan mak…" Toleh ke belakang.

Wanita berjubah putih tadi hilang entah ke mana. Aisyah Maisarah berpaling muka ke arah lelaki itu semula.

"Siapa?" soal Faiz Azzudin sepatah.

"Mak awak," jawab Aisyah Maisarah, jujur.

"Kau kenal ke rupa mak aku macam mana?"

Aisyah Maisarah berdiam seketika lalu kembali bersuara. "Dia cakap…"

"Dah! Dah! Dah! Senang-senang je kau kena tipu, kan? Cepat percaya sana-sini," tegas Faiz Azzudin, serius.

Aisyah Maisarah menunduk. "Minta maaflah!"

"Assalamu'alaikum, Faiz!" ucap seorang lelaki berkopiah putih.

Faiz Azzudin menoleh ke punca suara itu, melihat Tok Salleh. "Wa'alaikumussalam, tok!"

"Buat apa dekat situ dari tadi?" soal Tok Salleh menghampiri pemuda itu.

"Oh, panaslah, tok! Baru habis bersih kubur ni tadi."

"Oh, yalah! Ni… tok nak bagitau ni. Ada orang baru meninggal. Jadi, atok nak Faiz bawa mayat tu sampai Johor Bahru sebab atok ada hal nak meminang anak dara tok dekat Pasir Puteh ni. Faiz boleh buat kerja ni seorang-seorang, kan?" pinta Tok Salleh.

"InsyaAllah, tok! Faiz boleh buat kerja ni. Van jenazah mana?"

"Ada dekat belakang masjid," jelas Tok Salleh lalu memberikan kunci van jenazah. "Nah!"

Kunci van jenazah bertukar tangan.

"Jalankan tanggungjawab ni elok-elok. Atok do'akan perjalanan Faiz selamat," ucap Tok Salleh.

"Amin," ucap Faiz Azzudin tersenyum lalu menjeling ke arah Aisyah Maisarah di sisinya.

Aisyah Maisarah melirik ke mata hijau Faiz Azzudin itu, berdiam sahaja.

Petang nanti, kau ikut aku ya, desis hati Faiz Azzudin, nakal.

#vote

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro