Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 7.2-PENGHUNI TAMAN

JANTUNG Safiyah Zulaikha berdegup kencang bagai hendak gugur. Perasaan seram pun ada.

"Faiz, cuba kau tengok buaian tu! Kau ada nampak 'benda' tu, tak?" pinta Safiyah Zulaikha menguji.

Faiz Azzudin mengalihkan pandangan ke arah buaian yang dikatakan oleh si gadis itu. Dia melihat seorang kanak-kanak lelaki berkaki kanan sahaja. Kaki kiri budak itu tiada. Satu tompokan darah besar pada baju kanak-kanak itu jelas dilihat Faiz Azzudin. Mungkin budak malang itu pernah diculik satu ketika dulu. Jantung budak tersebut pasti dibawa keluar atau dijual. Kanak-kanak itu memandang Faiz Azzudin dengan wajahnya yang berdarah, mungkin kerana diseksa, dicakar seekor anjing liar. Faiz Azzudin membuang pandangan ke buku latihan semula.

"Angin je tu! Mana ada hantu siang-siang macam ni!" kata Faiz Azzudin berbohong.

"Angin? Aku tak rasa angin pun! Lagi panas adalah!" balas Safiyah Zulaikha mengerutkan dahinya.

"Haa... ni mesti buat dosa banyak ni! Doktor Danial Zainal Abidin pernah berkata dalam program Halaqah. Manusia baik akan rasai angin sejuk dari syurga sebelum dia mati. Wallahu'alam. Dah rasa panas tu, bertahanlah. Api neraka nanti, belum tentu boleh tahan ke tidak panasnya. Betul, tak?"

Safiyah Zulaikha tersentap dengan tazkirah ringkas dari Faiz Azzudin itu tadi. Tiada apa yang boleh dikatakan lagi. Dia berlagak dingin.

"Okey, antara ciri-ciri orang munafik adalah apabila dia berkata, dia berdusta. Jadi, sampaikan salam ke lubuk api neraka ya nanti," balas Safiyah Zulaikha tersengih.

Giliran Faiz Azzudin tersentap pula. Dia memandang Safiyah Zulaikha dengan wajah kosong. Safiyah Zulaikha menggulingkan matanya. Faiz Azzudin mengeluh kecil.

"Yelah... Yelah! Ada budak dalam kira-kira 5 ke 6 tahun tengah main buaian tu. Dia nampak murung saja. Kaki kiri tak ada. Jantung dia mungkin tak ada. Muka dia berdarah sebab kena cakar dengan anjing," jelas Faiz Azzudin, jujur.

Safiyah Zulaikha memandang buaian itu semula, melihat buaian itu masih bergerak. "Ya Allah, kesiannya!"

"Lagi satu, dia tak ada kawan nak main. Dia cuma perhati saja budak-budak lain main kat taman tu."

Pandangan Safiyah Zulaikha dibuang ke muka Faiz Azzudin dengan wajah terkejut, pucat. "What do you mean?"

"Nak aku lukis tak taman ni ikut apa yang mata aku nampak?" pinta Faiz Azzudin menutup buku latihannya lalu memandang Safiyah Zulaikha.

"Haa... boleh juga!"

15 minit kemudian...

"Okey, siap! Nah!" ujar Faiz Azzudin memberikan lukisannya itu.

Safiyah Zulaikha mengambil buku latihan milik Faiz Azzudin itu lalu melihat lukisan pada muka surat belakang sekali itu. Dia melihat beberapa orang kanak-kanak dalam lukisan itu. "Satu! Dua! Tiga! Empat! Lima! Enam! Tujuh! Kalau termasuk budak tadi tu, dah lapan. Tapi, kenapa dia orang tak nak kawan dengan budak tu?"

"Manalah aku tahu?!" balas Faiz Azzudin mengambil buku latihannya semula.

Safiyah Zulaikha bingkas lalu berjalan masuk ke taman permainan itu. Faiz Azzudin kehairanan, hanya sekadar memerhati. Budak kurang upaya itu didekati Safiyah Zulaikha. Gadis itu melihat buaian bergerak dari tadi lalu melabuhkan punggung di buaian sebelahnya. Dia memandang buaian sebelahnya itu.

"Adik, kenapa tak main sekali?" soal Safiyah Zulaikha.

Faiz Azzudin melihat gadis itu bercakap seorang diri, cuba berbual dengan budak itu sebenarnya. Dia mendekati mereka berdua. Safiyah Zulaikha melihat rakannya datang. Faiz Azzudin duduk bercangkung di depan budak itu.

"Adik, kenapa adik tak main sekali dengan kawan adik tu?" soal Faiz Azzudin pula.

"Adik tak mau mainlah, abang!" jawab hantu cilik itu.

Faiz Azzudin mengangguk kecil, faham lalu memandang Safiyah Zulaikha. "Dia tak mau mainlah!"

"Sebab kaki adik mana ada. Nak main kejar-kejar tak boleh. Main bola sepak tak boleh. Main tali skipping pun tak boleh," luah hantu itu.

"Sebab kaki dia tak ada, dia tak boleh main apa-apa," kata Faiz Azzudin kepada Safiyah Zulaikha.

Safiyah Zulaikha mengangguk faham lalu berkata, "Dik, semua orang hidup tak pernah sempurna. Semua orang ada kelebihan, ada kekurangan sendiri. Contohnya, macam abang ni."

Faiz Azzudin sekilas memandang Safiyah Zulaikha, terpegun. "Apasal aku pula?"

"Abang ni ada kelebihan, boleh tengok... hantu macam adik-adik ni. Tapi, akak tak boleh! Sebab tu, kekurangan akak! Kekurangan adik mungkin ada kat kaki, tapi kelebihan adik mungkin ada kat tangan adik. Betul, tak? Syukurlah apa yang ada tu," kata Safiyah Zulaikha tersenyum manis.

Kanak-kanak mendapat semangat dari kata-kata itu. Sungguh menyentuh jiwa dan kalbunya yang sudah lama mati. Dia memandang kawan hantu yang lain. Dia bergerak turun dari buaian lantas bergerak ke arah sekumpulan hantu yang lain, menembusi badan Faiz Azzudin. Faiz Azzudin bangun lalu melihat kanak-kanak itu bergaul dengan hantu yang lain.

"Kau ni pandai juga bagi semangat kat budak-budak!" kata Faiz Azzudin tersengih.

"Of courselah!" balas Safiyah Zulaikha bangun dari buaian lalu menyilang tangannya di dada. "Tapi, kan? Kenapa ada hantu waktu siang-siang macam ni?"

"Kenapa nak ambil tahu pula? Kau mana ada deria keenam."

"Alah, nak tahu juga!"

Faiz Azzudin mengeluh kecil. "Dekat mana-mana pun akan ada syaitan, bukannya hantu. Hantu tak wujud, tapi syaitan dan malaikat saja yang wujud."

"Habis tu, budak-budak dekat sini apa pula?" kata Safiyah Zukaikha melihat jongkang-jongket bergoyang sendiri.

"Dia orang tu cuma roh. Roh tak aman. Mungkin sebab mayat dia orang tak masuk kubur."

Safiyah Zulaikha hanya mengangguk tanda faham.

"Dah, jomlah sambung belajar! Tak pasal-pasal orang taman pandang kita ni kacang hantu pula," kata Faiz Azzudin melangkah ke pondok, tempat mereka belajar tadi.

Safiyah Zulaikha mengekori lelaki itu. "Weh, tunggu aku!"

#vote

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro