Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 6.1-TANDAS BLOK A

LANGKAH diatur memasuki kelas.

"Hai, Faiz!" ucap Safiyah Zulaikha, ceria berdiri di depan lelaki itu.

Faiz Azzudin melihat rakan sekelasnya itu lalu melabuhkan punggung di tempat duduknya. "Wa'alaikumussalam!" Dingin.

Safiyah Zulaikha melabuhkan punggung di tempatnya, sebelah Faiz Azzudin. Dia melihat lelaki itu mengeluarkan novel seram dari rumahnya itu. "Kau suka baca novel seram eh?"

"Ya. Lagipun, aku ni penulis, masih baru," balas Faiz Azzudin menyelak muka surat ke bahagian yang tertangguh.

"Wah, tak sia-sia aku berkawan dengan kau! Aku pun minat novel seram juga, macam Sumpahan Ling Chi, Atok, Manuskrip,Qarin, Novel, Banglo Seksyen 2, dan macam-macamlah. Lagi-lagi, novel Projek Seram bersiri tu. Memang… pergh!! Best seram tak terkata."

Faiz Azzudin melihat karenah Safiyah Zulaikha yang banyak membebel pasal perkara yang seram dan menakutkan. "Kau ni… memang minat hantu rasanya."

"Aip!" tegas Safiyah Zulaikha menjeling tajam ke mata Faiz Azzudin. "Bukan minat hantu! Tapi, minat benda yang seram."

"Seram?" kata Faiz Azzudin sepatah lalu tertawa kecil.

"Apasal?" kata Safiyah Zulaikha, hairan.

"Kalau kau minat benda seram, kau masuklah tandas blok A tu," celah Farisya Hamidah, angkuh.

"Hoi, Farisya! Kau gila ke apa?" tegas Faiz Azzudin, geram.

"Ada apa dekat tandas blok A tu?" kata Safiyah Zulaikha ingin tahu.

Faiz Azzudin berdiam, tidak mahu memberitahu kebenarannya.

"Alah, pergi jelah kalau nak tahu!" kata Farisya Hamidah, dingin.

Farisya Hamidah bergerak ke tempat duduknya. Safiyah Zulaikha memandang Faiz Azzudin.

"Ada apa dekat sana?" soal Safiyah Zulaikha.

"Lebih baik jangan pergi!" amar Faiz Azzudin, tegas dengan mata merahnya.

Safiyah Zulaikha tertelan air liur melihat mata merah menyala. Dia berpaling muka.

⭐⭐⭐

MURID-murid bergerak ke kantin sebaik loceng waktu rehat berbunyi. Faiz Azzudin dan Safiyah Zulaikha makan bersama di tempat biasa. Mereka berbual seperti biasa sahaja seraya berkongsi makanan.

"Nasi goreng yang kau bawa ni sedap! Siapa masak?" kata Safiyah Zulaikha tersenyum.

"Ehh…" Faiz Azzudin agak ragu-ragu untuk menjawabnya.

Aisyah yang masak, desis hati Faiz Azzudin, jujur.

"Faiz?" kata Safiyah Zulaikha, hairan.

"Ya, Aisyah yang masak!" latah Faiz Azzudin, terperanjat.

"Aisyah?" Safiyah Zulaikha mengangkat kening kanannya lalu tersenyum malu. "Girlfriend eh!?

Faiz Azzudin sekilas memandang Safiyah Zulaikha. " Mana adalah!"

"Eleh, cakaplah dah berpunya! Aku pun dah ada boyfriend."

"Oh!" Faiz Azzudin berwajah kosong. "Siapa dia?

" Faruq," jawab Safiyah Zulaikha.

"Ouhh…"

"Tunggu sekejap boleh, tak? Aku nak pergi beli air kejap. Boleh tahan pedas juga nasi kau tu!" Safiyah Zulaikha bingkas lalu bergerak ke kantin.

"Sofea, beli untuk aku sekali!" jerit Faiz Azzudin.

"Baiklah!"

Langkah Safiyah Zulaikha diatur masuk ke kantin, mendekati gerai jual minuman.

"Teh 'o' ais dua!" pesan Safiyah Zulaikha menunjukkan jari peace.

Dua cawan air teh tanpa susu dihulurkan. Dua keping wang kertas RM1 dikeluarkan lalu bertukar tangan. Minuman diambil. Safiyah Zulaikha memusingkan badan lalu terlanggar seorang pelajar perempuan.

"Oh! Sorry! Tak sengaja!" ucap Safiyah Zulaikha, terkejut.

"Eh, tak apa!" kata Farisya Hamidah yang dilanggar Safiyah Zulaikha sebentar tadi.

"Tudung kau dah basah! Habis kena air aku!"

Eh, tak apa! Tak apa! Aku bayar balik air kau tu!"

"Alah, tak payahlah! Sikit je ni!"

"Sikit je kau kata? Air kau tu bukan tumpah sikit, tapi tinggal sikit."

Safiyah Zulaikha melihat airnya yang tinggal sedikit itu. "Habis tu, macam mana?"

"Tak apa! Biar aku settle!" Farisya Hamidah menghampiri gerai minuman.

Safiyah Zulaikha melihat rakan sekelasnya membuat pesanan. Dua cawan air teh diambil Farisya Hamidah. Farisya Hamidah menoleh ke belakang, melihat Safiyah Zulaikha menunggunya lalu menaburkan sesuatu serbuk ke dalam salah satu air, ada udang di sebalik batu rupanya! Farisya Hamidah kembali ke arah Safiyah Zulaikha.

"Nah!" ujar Farisya Hamidah mengukirkan senyuman palsu seraya memberi dua cawan air.

Safiyah Zulaikha melihat dua cawan air teh di tangan Farisya Hamidah. "Alah, susahkan kau je!"

"Ambil!"

Dua cawan air teh bertukar tangan.

"Hati-hati sikit!"

"Yalah!" ucap Safiyah Zulaikha membawa dua cawan air pergi dari situ.

Farisya Hamidah menutup mulutnya, menyembunyikan ketawanya. "Nak pergi tandas blok A sangat, kan?"

⭐⭐⭐

DUA cawan teh 'o' ais diletakkan di atas meja bulat. Faiz Azzudin yang baru menghabiskan hidangannya, melihat minuman tiba.

"Kenapa lama?" kata Faiz Azzudin, hairan.

"Oh, tadi, lepas beli air, terlanggar Farisya! Lepas tu, air tumpah. Dia pun belanjalah air baru," jelas Safiyah Zulaikha.

Farisya? Dia belanja? Lain macam bunyi. Dia kan samseng dalam kelas? Macam mana boleh berlagak baik ni? Desis hati Faiz Azzudin berfirasat buruk.

Salah satu air teh hendak dicapai Safiyah Zulaikha. Terlebih dahulu, Faiz Azzudin mencapai secawan air teh yang hendak diambil Safiyah Zulaikha lalu menghirupnya, selamba. Safiyah Zulaikha terdiam melihat tindakan pantas lelaki itu.

"Laju bukan main lagi. Pedas sangatkah?" kata Safiyah Zulaikha, dingin.

"Yalah," jawab Faiz Azzudin, selamba.

Safiyah Zulaikha mengambil air teh yang satu lagi lalu menghirupnya. Sedap! Faiz Azzudin menghidu air teh yang diminumnya itu, terhidu sesuatu yang masam. Racun😵!

"Wah, leganya!" ujar Safiyah Zulaikha, lega setelah minum sampai habis.

Safiyah Zukaikha melihat jam tangannya. Masa rehat hampir tamat.

"Jomlah masuk kelas! Nak habis waktu rehat dah ni!"

"Ah, jomlah!"

Mereka mengangkat punggung masing-masing lalu membuka langkah ke kelas bersama. Perut Faiz Azzudin mula terasa berputar-putar, sakit. Faiz Azzudin mengaduh kecil, terhenti langkah lalu memegang perutnya. Safiyah Zulaikha melihat kawannya membongkokkan badan.

"Kenapa ni?" tanya Safiyah Zulaikha, hairan.

"Aku nak ke tandas kejap!" pinta Faiz Azzudin mengerutkan mukanya.

"Haa… pergilah! Tengok muka macam tak tahan dah!"

Faiz Azzudin membuka langkahnya ke tandas. Safiyah Zulaikha meneruskan langkahnya ke kelas.

⭐⭐⭐

TANDAS lelaki blok A dihampiri. Faiz Azzudin melihat pintu tandas terkunci.

Ah, sudah! Macam mana ni? Dah terdesak dah ni! Desis hati Faiz Azzudin, kecut.

Mata Faiz Azzudin melihat pintu tandas perempuan yang terbuka luas di sebelah tandas lelaki itu. Disebabkan terlampau terdesak, langkah diatur masuk ke tandas itu. Sebuah kubikel kosong dimasuki terus. Pintu kubikel ditutup lantas dikunci. Seluar dilondeh. Punggung dihempas ke mangkuk tandas.

Brruuuuttt!! Brrrrreeehhh!! Errghh!!

Faiz Azzudin masih terasa sakit pada perutnya. Hidungnya terbau sesuatu yang teramat busuk. Bau itu bukan dari najis ciritnya, malah bukan dari mana-mana kubikel tandas. Baunya seperti bau mayat.

"Tolong! Lepaskan aku!" teriak seorang gadis dari kubikel sebelah Faiz Azzudin.

Siapa pula dalam tandas ni? Padahal, aku seorang je dalam tandas ni, desis hati Faiz Azzudin, hairan.

"Tak nak! Jangan dekat! JANGAAAAAAANNN!!!!" teriaknya lagi.

"Ughh!" keluh gadis tersebut, lemah.

Teriakan itu terhenti. Mata Faiz Azzudin tertumpu pada lantai. Dia terlihat darah mengalir dari kubikel sebelahnya itu. Air liur ditelan. Takkanlah ada orang mati dibunuh kot?!

#vote

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro