Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 26.4-THROWBACK (MEI 2009)

AISYAH Maisarah menemani Sharifah Azizah memasuki tandas.

"Aku tunggu dekat sini tau!" kata Aisyah Maisarah berdiri di luar tandas.

"Haa... okey!" kata Sharifah Azizah, ceria.

Sharifah Azizah memasuki tandas lalu melangkah masuk ke kubikel.

Dum! Pintu kubikel ditutup.

Tiba-tiba, seseorang munculkan diri dari hujung kubikel. Gunting digenggam pelajar lelaki itu. Hanya lelaki itu dan Sharifah Azizah sahaja di dalam tandas perempuan itu. Pelajar lelaki itu berdiri di depan kubikel yang Sharifah Azizah berada sekarang. Sharifah Azizah yang sedang melepaskan hajat, terlihat satu bayang berada di luar kubikel.

"Aisyah ke tu?" kata Sharifah Azizah salah tekaan.

Dum! Dum! DUM!!! Pintu dirempuh kuat.

Sharifah Azizah terkejut sakan melihat seorang pelajar lelaki berada di dalam tandas perempuan. Gunting yang digenggam lelaki itu dilihatnya.

"Kau buat apa?" kata Sharifah Azizah mula resah.

Pelajar lelaki itu melangkah mendekati gadis itu.

"Tolong! Lepaskan aku!" teriak Sharifah Azizah, cemas.

Aisyah Maisarah yang terdengar teriakan itu terus memasuki tandas.

"Tak nak! Jangan dekat! JANGAAAAAAANNN!!!!" teriak Sharifah Azizah lagi.

Aisyah Maisarah melangkah menghampiri suara itu, berdiri di depan kubikel yang Sharifah Azizah berada.

"Ughh!" keluh Sharifah Azizah, lemah.

Aisyah Maisarah menutup mulutnya sebaik melihat kawannya ditikam pada perut. Sharifah Azizah menjadi longlai di atas mangkuk tandas itu. Lelaki itu memusingkan badannya ke belakang, melirik tepat ke mata Aisyah Maisarah.

"Kau ni dah kenapa, Zack!?" tempik Aisyah Maisarah kepada Razak Zakwan.

Razak Zakwan berdiam sahaja.

"Kenapa kau bunuh dia!? Kau memang gila! KAU GILA!!!" kata Aisyah Maisarah, marah.

"Ya, memang aku gila. Sebab aku GILA cintakan kau!" ujar Razak Zakwan mendekati Aisyah Maisarah.

Tubuh badan Razak Zakwan kian dekat dengan tubuh Aisyah Maisarah. Gunting yang dipegang Razak Zakwan itu diacu ke arah gadis itu, membuatkan gadis itu mula ketakutan. Aisyah Maisarah mengundurkan langkah lalu tersandar pada dinding.

"Kau kena ikut aku!" Badan Razak Zakwan mula menghimpit badan Aisyah Maisarah.

"Tak nak!" balas Aisyah Maisarah menangis.

Hujung gunting tajam itu menyentuh perut Aisyah Maisarah lalu menusuk perlahan-lahan.

"Sakitlah!" Aisyah Maisarah menepis tangan Razak Zakwan ke tepi dengan kasar.

Gunting tersebut terus menusuk perut Razak Zakwan. Aisyah Maisarah terbeliak mata dengan perbuatannya tadi. Razak Zakwan mengeluarkan darah dari mulutnya lalu rebah. Aisyah Maisarah terduduk dengan matanya yang terbuntang luas.

"KYAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!" jerit Aisyah Maisarah ketakutan.

Gadis yang terselamat itu melangkah keluar dari tandas perempuan itu. Dia berlari ke tempat letak motosikal pelajar. Motosikal Yamaha RXZ dicapainya. Enjin dihidupkan terus. Aisyah Maisarah terus menunggang keluar dari kawasan sekolah.

"Woi, sekolah tak habis lagi!" jerit pengawal di pondok, melihat Aisyah Maisarah menunggang keluar dari sekolah.

Jeritan itu tidak menghiraukan Aisyah Maisarah. Motosikal ditunggang ke kedai berdekatan.

"Aduh, sakit ni!" keluh Aisyah Maisarah masih terasa sisa kesakitan pada perutnya.

Motosikal diletakkan di hadapan kedai 7Eleven. Aisyah Maisarah melangkah terus masuk ke dalam kedai itu. Dia melihat Yati melangkah ke stor, mungkin mahu mengemas barang. Dia berjalan ke kaunter, terlihat tauke kedai mengeluarkan pemutar skru.

"Bang, ada kain kapas, tak? Dengan plaster?"

"Oh, adik masuk hujung sana! Dekat sana ada kain kapas. Plaster pula ada dekat sini," kata tauke lelaki itu menunjuk ke rak simpan kain kapas.

"Terima kasih, bang!" ucap Aisyah Maisarah lalu berjalan ke tempat yang ditunjuk tadi.

Langkah diatur perlahan mendekati rak simpan kain kapas. Takut terlepas pandang pula.

"Kain kapas mana ni?" monolog Aisyah Maisarah memcari dengan teliti.

Bingo!

Sekotak kain kapas diambil lalu dibawa ke kaunter. Tauke tadi sudah tiada pula. Mana pula dia ni pergi?

"Ya, adik! Dah jumpa kain kapas?" kata tauke itu berjalan mendekati kaunter.

"Haa… dah jumpa! Bagi plaster sekali. Sekotak punya."

Tauke itu mengambil sekotak plaster dari rak belakangnya lalu meletakkannya di atas kaunter.

"Berapa semua?" Aisyah Maisarah mengeluarkan dompetnya.

"RM5.70."

Duit 6 ringgit dikeluarkan dari dompet lalu diletakkan di atas kaunter. Duit diambil lalu duit berbaki 30 sen dihulurkan.

"Okey, terima kasih!" ucap Aisyah Maisarah, mesra.

Barang diambil lalu berjalan keluar dari kedai itu. Tauke tadi sempat melirik tajam ke teg nama gadis itu—Aisyah Maisarah.

"Aisyah Maisarah? Dia tu kan anak… Ah, tak boleh jadi ni! Lebih baik aku settle mayat Yati tu!" monolog tauke berfikir.

⭐⭐⭐

PLASTER sudah ditampal pada muka yang tercedera kecil. Luka disapu dengan kain kapas. Pita pelekat diambil. Luka perut itu ditutup dengan kain kapas.

"Argh!" rintih Aisyah Maisarah duduk di tepi jalan, merawat lukanya pada perut.

Nafasnya laju turun naik. Rawatan ringkas selesai. Tak sia-sia dia menjadi ahli St. John Ambulance. Motosikal dinaikinya lalu ditunggang pergi dari situ. Dari jauh, van putih penghantar barang dapat dilihat mengejar Aisyah Maisarah.

"Kau nak ke mana, budak? Sebab ayah kau, kau takkan macam ni!" monolog tauke tadi.

Pandangan tauke itu dibuang ke belakang, melihat mayat Yati masih terkaku di situ. Pandangan kembali ke hadapan. Mata tauke itu terbeliak.

Sskkrreeeeettt!!! Kepush!!

Kemalangan itu menarik pandangan orang ramai di situ. Sebuah van terlanggar sebuah motosikal. Kamilah yang turut melihat kemalangan itu menjadi terkejut. Dia bergerak turun dari motosikalnya lalu bergegas mendekati kemalangan itu. Kelihatan seorang pelajar perempuan sekolah menengah tersungkur di atas jalan tar jelas hampir nazak. Langkah diatur menghampiri Aisyah Maisarah..

"Ya Allah!" ucap Kamilah kaget duduk di sebelah Aisyah Maisarah lalu melihat teg namanya—Aisyah Maisarah.


Langkah Faiz Azzudin diatur keluar dari sekolah rendah. Kanak-kanak seusia 8 tahun itu melihat orang ramai berkumpul di tengah jalan.

"Ada apa tu?" kata Faiz Azzudin, hairan.

Faiz Azzudin berjalan ke lokasi itu. Dia melihat Aisyah Maisarah cedera parah. Beg plastik 7Eleven terjatuh di tar jalan. Barang-barang bertaburan. Darah jelas mengalir dari lebam itu. Kamilah melihat anaknya menjenguk lantas mendekatinya.

"Faiz, bahaya!" ujar Kamilah.

Faiz Azzudin melihat wajah Aisyah Maisarah yang ditimpa kemalangan itu. Van putih yang melanggar Aisyah Maisarah itu terus melarikan diri. Orang ramai cuba menghalang van tersebut tetapi gagal.

"Tak guna punya van!!" jerit seorang saksi di situ.

Jeritan itu membuatkan Aisyah Maisarah sedar sedikit. Matanya dibuka perlahan-lahan lalu melihat Faiz Azzudin memerhatikan dirinya yang nazak.

"Tolong!" pinta Aisyah Maisarah, lemah.

Faiz Azzudin berdiam sahaja. Dia memandang ibunya. "Mak, dia minta tolong!"

"Betulkah?" Kamilah terpegun lalu melihat Aisyah Maisarah membuka mata sedikit.

Kamilah memandang orang ramai di situ. "Sesiapa tolong telefon ambulans!"

Mata Aisyah Maisarah tertutup semula buat seketika. Dalam kegelapan itu dia mendengar bunyi siren ambulans. Matanya kembali dibuka.

Ni! No! Ni! No!

Aisyah Maisarah diangkat dengan tandu lalu dibawa masuk ke dalam van ambulans. Sempat lagi melihat Faiz Azzudin, seperti dia mahu setia dengan dirinya yang nazak itu. Matanya kembali berpejam.

Ni! No! Ni! No!

Faiz Azzudin melihat ambulans itu bergerak pergi dari situ.

"Jom Faiz! Kita balik!" ujar Kamilah memegang tangan anaknya itu.

Mereka terus beredar. Faiz Azzudin masih terfikir tentang kemalangan itu tadi.

"Tolong!" pinta Aisyah Maisarah, lemah.

Kata Aisyah Maisarah itu terngiang-ngiang di fikiran kanak-kanak lelaki itu.

"Siapa dia tu?"

#vote

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro