BAB 26.1-SIASAT SEMULA
PINTU bilik dibuka. Faiz Azzudin melangkah masuk masuk ke dalam. Aisyah Maisarah yang menyembunyikan kepala di bawah bantal itu terlihat Faiz Azzudin tiba.
"Faiz, kan saya dah cakap..." kata Aisyah Maisarah merajuk.
"Ssshh... Cukuplah tu!" tegas Faiz Azzudin.
Meja tulis dihampiri. Manuskrip yang giat ditulis Faiz Azzudin sebelum ini terus ditolak ke tepi. Laci diselak. Sebuah buku nota kecil dijumpai lalu diambil. Sebatang pen turut diambil. Faiz Azzudin menulis sesuatu pada nota lalu mengoyakkannya, terus menampalnya ke dinding satu per satu. Aisyah Maisarah melihat nota yang tertampal itu.
-Dungun-
-10 tahun dulu-
-Culik-
"Apa ni!" kata Aisyah Maisarah mengerutkan dahinya.
"Nota tentang awak dengan si Helmi tu. Tadi, saya baru jumpa Helmi," kata Faiz Azzudin, serius.
Mata Aisyah Maisarah terbuntang luas. "Seriuslah!?"
"Yalah! Takkan aku nak tipu pula!?"
"Habis tu, kenapa tak panggil saya!?" marah Aisyah Maisarah.
"Dah kau lari! Macam mana aku nak panggil!!?" balas Faiz Azzudin, marah.
Aisyah Maisarah membisu terus. Faiz Azzudin mengeluh kecil.
"Sekarang, ada apa-apa nak tambah, tak ni?" soal Faiz Azzudin menunjuk nota yang tertampal itu.
Aisyah Maisarah melihat nota tersebut lalu berfikir sesuatu. "Kemalangan tu!"
"Hah!?"
"Mimpi kita tu. Saya kemalangan depan sekolah awak tu. Mungkin ada kaitan."
Faiz Azzudin berfikir sejenak. Ada betul juga tu. Nota ditulis lagi lalu ditampal.
-Kemalangan-
-Sekolah rendah-
-Van putih-
-Ambulans-
-Plastik 7Eleven-
"Plastik 7E?" kata Aisyah Maisarah, hairan.
"Aku nampak plastik tu jatuh dari raga moto kau tu," jelas Faiz Azzudin.
"Lagi? Apa lagi yang kita nampak masa tu?" tambah Faiz Azzudin.
Aisyah Maisarah berfikir lagi lalu melihat wajah Faiz Azzudin. "Apa kata, kita pergi sekolah rendah awak tu? Mungkin saya boleh ingat serba sedikit."
"Ha'ahlah! Kenapalah aku tak terfikir benda ni dari awal!?" Faiz Azzudin menampar dahinya.
⭐⭐⭐
MOTOSIKAL 125ZR berhenti di tepi jalan. Faiz Azzudin dan Aisyah Maisarah melihat sekolah rendah di sebelah kirinya. Mereka memandang jalan raya pula.
"Rasanya, inilah dia!" kata Faiz Azzudin, yakin.
"Kejap!" ujar Aisyah Maisarah mendapat idea.
Faiz Azzudin melihat Aisyah Maisarah berjalan ke tengah jalan yang hening itu. Aisyah Maisarah berbaring di tengah jalan itu, mengambil tempatnya yang tercedera sebelum ini. Faiz Azzudin bergerak turun dari motosikalnya lalu berjalan mendekati Aisyah Maisarah.
Mata Aisyah Maisarah dipejam buat seketika, mengimbas kisah silamnya. Dia melihat orang ramai mengelilinginya lalu ternampak seorang kanak-kanak mendekatinya. Matanya dibuka semula. Faiz Azzudin mendekatinya.
"Berhenti!" arah Aisyah Maisarah.
Faiz Azzudin berhenti melangkah. "Kenapa?"
"Awak berdiri dekat situ waktu dulu. Apa yang awak nampak sekarang?"
Mata Faiz Azzudin meliar melihat sekeliling. Matanya ditutup seketika, mengimbas memori silamnya. Dia melihat van putih melarikan diri, plastik 7Eleven di atas jalan dan...
"Faiz, bahaya!" kata Kamilah memeluk si anak, Faiz Azzudin.
"Mak!" ucap Faiz Azzudin membuka matanya.
Air mata bergelinang lalu menitis membasahi bumi. Aisyah Maisarah melihat Faiz Azzudin melutut menghadapnya. Tangan Faiz Azzudin menutup wajah. Aisyah Maisarah menghampiri lelaki itu. Dia bercangkung di depan Faiz Azzudin.
"Dahlah tu!" kata Aisyah Maisarah menepuk bahu kiri Faiz Azzudin.
Faiz Azzudin cuba menahan tangisannya. Dia melihat Aisyah Maisarah di depannya. Air matanya dikesat oleh tangan roh tak berjasad itu. Lelaki itu dipeluk seeratnya. Tangisannya mulai reda.
"Menangislah saya ada sekarang!" pinta Aisyah Maisarah menepuk belakang badan Faiz Azzudin.
Serta-merta, Faiz Azzudin mengeluarkan air matanya dengan sungguhnya. Teriakannya makin kuat didengar.
"Mak!!" teriak Faiz Azzudin.
Aisyah Maisarah mengeluh kecil. "Dahlah tu!"
"Ada tisu, tak?" pinta Faiz Azzudin menangis teresak-esak.😭
"Jangan sedih! Jangan sedih! Nanti, tak macho! Hmm... takde tisulah. Lap jelah dengan lengan baju," pujuk Aisyah Maisarah.
Faiz Azzudin cuba menahan tangisannya. Pelukan dilepaskan. Faiz Azzudin mengesat air matanya dengan lengan bajunya.
"Berhentilah menangis tu!" kata Aisyah Maisarah.
"Kenangan dowh dekat sini!" ujar Faiz Azzudin mengesat air mata.
"Kenangan eh!?"
Tiba-tiba, Aisyah Maisarah menerkam Faiz Azzudin secara mengejut. Faiz Azzudin terbaring. Aisyah Maisarah terus meniarap di atas badan lelaki itu lalu mengucup bibir cintanya. Faiz Azzudin terdiam sahaja. Pipinya merona merah menyala. Aisyah Maisarah melepaskan kucupannya selepas 10 saat. Dia mengukirkan senyuman manis.
"Amacam? Sekarang, kita dah letak kenangan 10 saat dekat sini. Awak nak buat apa sekarang?" kata Aisyah Maisarah tersengih.
Faiz Azzudin terdiam seketika lalu menolak Aisyah Maisarah jatuh dari badannya. Dia bangun lalu menyapu badannya, geram. "Apa ni!? Kita nak cari punca kau mati? Bukannya nak letak kenangan bagai!"
Aisyah Maisarah yang terjatuh tadi terus bangun. "Okay, fine! Sekarang, apa yang awak nampak?"
Hilang juga tangisan lelaki ini, desis hati Aisyah Maisarah puas hati.
Faiz Azzudin melihat sekitarnya. Dia mengimbas semula memori silamnya.
Ni! No! Ni! No!
Matanya dibuka semula. Jari telunjuk ditunding ke arah kiri.
"Ambulans pergi ke arah sana!" kata Faiz Azzudin.
"Dah tu?! Jom! Kita dah dekat dengan mayat saya tu!" kata Aisyah Maisarah.
"Tunggu!" Faiz Azzudin melihat Aisyah Maisarah menaiki motosikalnya.
Aisyah Maisarah memandang Faiz Azzudin. "Apa?"
"Daripada kita ke depan, lebih baik kita ke belakang. Tengok kau dari mana!?"
"Boleh juga!"
"Tak silap aku ada kedai 7Eleven dekat sini. Apa kata kita pergi sana!?" ajak Faiz Azzudin.
"Jomlah!"
Faiz Azzudin menaiki motosikalnya lalu menunggang di laluan bertentangan, meluru ke sebuah kedai serbaneka yang pernah dilawat Aisyah Maisarah. Motosikal berhenti di depan kedai 7Eleven itu. Faiz Azzudin terfikir sesuatu tentang kedai tersebut.
"Inikan tempat kita jumpa Yati!"
#vote
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro