Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 18-SERUAN

HAMPIR sejam mereka berdua menunggu di pintu pagar depan rumah. Hakikatnya, tiada sesiapa pun di situ. Hanya kesunyian malam menguasai kawasan perumahan itu.

"Aku rasa, dia dah pergi," kata Faiz Azzudin mengalah setelah lama bersandar pada pagar.

Aisyah Maisarah melihat Faiz Azzudin melemparkan puntung rokok ke atas tanah. "Nak buat apa sekarang ni?"

Faiz Azzudin memijak puntung rokok yang masih menyala dengan baha api itu. "Sia-sia kita tunggu!"

Roh itu melihat Faiz Azzudin melangkah masuk ke dalam rumah semula. Dia melihat sekelilingnya, takut-takut ada yang sedang memerhati mereka berdua. Padahal, tiada seorang pun di situ. Dia mengatur langkah membelakangi Faiz Azzudin, memasuki rumah. Pintu pagar ditutup lalu dikunci. Mereka kembali menghuni bilik tidur utama.

"Haih, siapalah tadi tu!?" ujar Aisyah Maisarah berbaring di atas tilam.

"Entahlah nak. Kalau aku jumpa dia, aku kerjakan terus!" balas Faiz Azzudin, geram sedikit.

"Anyway, balik pada perbualan kita tadi,… kau suka aku ke tidak?" kata Faiz Azzudin lagi, duduk menghadap manuskrip.

"Awak nak saya luahkan perasaan ke?" kata Aisyah Maisarah tersenyum sinis.

"Luah jelah! Cuma aku dan kau saja, kan?"

Tika Faiz Azzudin sibuk menulis manuskrip dalam tulisan Jawi, Aisyah Maisarah memberi dakapan mesra dari belakang. Faiz Azzudin terhenti penulisannya. Matanya menjeling ke kanan, melihat kepala Aisyah Maisarah di atas bahunya.

"Apa kau buat ni?" kata Faiz Azzudin kehairanan.

Perut lelaki itu dipeluk erat.

"Ku jejak langkahmu kasih kerana nafasmu adalah nyawaku," ucap Aisyah Maisarah menggoda.

Faiz Azzudin terpaku. "Hebat ayat kau, hah! Ada lagi?"

"Biarlah hati berjauhan, asalkan cinta berkekalan… Setinggi-tinggi pangkat sultan Diraja, setinggi-tinggi lagi cinta kita bertakhta… Sedalam-dalam Lautan Hindi, sedalam-dalam lagi cinta ke hati." Satu demi satu ayat romantis dilontarkan ke telinga jejaka itu.

Awak bukan gadis biasa-biasa nampaknya, desis hati Faiz Azzudin tertawan.

"Darah mudamu seperti darahku tika muda," ucap Aisyah Maisarah.

"Lain macam je bunyi tu," kata Faiz Azzudin, hairan.

"Hehe… ayat cinta berdarah katakan."

"Apa-apalah. Ayat Sarah tu boleh buat pickup-line. Cia! Cia! Cia!" Faiz Azzudin menyambung semula manuskrip Jawi itu.

Aku tersalah dengar ke? Desis hati Aisyah Maisarah.

"Awak panggil saya apa tadi?" soal Aisyah Maisarah ingin kepastian.

"Sarah. Kenapa? Tak bolehkah?" balas Faiz Azzudin, dingin.

"Bukan tak boleh. Nama Sarah ni,… tak semua orang panggil saya macam tu. Cuma, seorang saja panggil saya dengan nama ni." Aisyah Maisarah berdiri di sebelah lelaki itu pula.

"Akulah tu yang seorang tu."

"Jangan perasan eh! Tak silap sayalah, kan? Ada budak laki panggil saya Sarah waktu dulu."

"Haa… tu mesti memori kau sebelum mati! Cuba ingat betul-betul! Mungkin tu membantu sikit nak cari mayat kau," kata Faiz Azzudin memandang tepat ke wajah Aisyah Maisarah.

Aisyah Maisarah merenung buat seketika. "Sarah?"

"Kak Sarah!"

Kepala Aisyah Maisarah tiba-tiba sakit. Bengang telinga dibuatnya. Cepat-cepat Aisyah Maisarah menutup telinganya.

"Aduh!" rintih Aisyah Maisarah terasa sakit kepala.

Mata Faiz Azzudin terbuka luas melihat Aisyah Maisarah sebegitu. "Kenapa ni?"

"Sakit kepala," ucap Aisyah Maisarah semakin lemah.

Faiz Azzudin terus bingkas lalu membimbing Aisyah Maisarah ke tilam. "Awak rehatlah dulu."

Tiba-tiba, badan Aisyah Maisarah menjadi lemah serta-merta lalu rebah ke atas tilam, terbaring terus. Faiz Azzudin yang membimbing roh itu turut terjatuh, tertiarap di atas badan gadis itu.

"Aduh, macam mana boleh terjatuh pula ni!?" keluh Faiz Azzudin.

Aisyah Maisarah terbatuk sedikit, menarik perhatian lelaki itu. Faiz Azzudin baru perasan dia atas badan siapa. Aisyah Maisarah melihat wajah Faiz Azzudin sehampir 10 cm. Mata mereka bertentangan.

Perlukah aku buat? Desis hati Faiz Azzudin terfikir sesuatu.

"Awak nak buat apa ni?" kata Aisyah Maisarah kehairanan.

Faiz Azzudin mendekatkan mukanya ke muka roh itu.

"Faiz?" Aisyah Maisarah semakin hairan.

Satu kucupan diberikan kepada roh tidak berjasad itu. Aisyah Maisarah terbeliak matanya sebaik menerima kucupan itu lantas menolak tubuh badan Faiz Azzudin. Lelaki itu berundur ke belakang sedikit.

"BERANI KAU CIUM AKU!!!" kata Aisyah Maisarah, tegas.

"Sarah, kenapa ni?" kata Faiz Azzudin kehairanan dengan sikap Aisyah Maisarah.

Aisyah Maisarah berdiri menghadap Faiz Azzudin.

"TAK ADA SIAPA YANG BOLEH CIUM AKU!!!" tegas Aisyah Maisarah lagi dengan wajah mengerikan.

Faiz Azzudin hilang kata, tertunduk kepala.

"…MELAINKAN SI HELMI TU!"  sambung Aisyah Maisarah dengan suara kasar lalu ketawa mengilai.

"Helmi?" kata Faiz Azzudin mendongak semula, hairan.

"JANGAN KAU SERU NAMA DIA!!!"

#vote

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro