Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 16-MIMPI SEMALAM

LANGKAH diatur masuk ke dalam rumah.

"Assalamu'alaikum!" ucap Faiz Azzudin.

"Wa'alaikumussalam. Baru balik?" balas Aisyah Maisarah muncul di depan lelaki itu.

"Ha'ah! Aku nak tidur ni. Jangan kacau aku pula," pesan Faiz Azzudin terlebih dahulu.

"Okey!" Aisyah Maisarah merapatkan ibu jarinya dengan jari telunjuk.

Langkah diatur ke tingkat atas, meluru ke bilik tidur utama. Pintu bilik dibiarkan terbuka. Beg sekolah dicampak ke tepi. Tilam yang memanggil dari tadi, dihampiri Faiz Azzudin. Badan serta-merta rebah ke atas tilam empuk itu. Dengkuran dilepaskan. Aisyah Maisarah yang melihat lelaki itu terlelap, mendekatinya. Dia memperbetulkan kedudukan badan Faiz Azzudin lalu menutup badannya dengan kain selimut.

"Selamat malam!" ucap Aisyah Maisarah tersenyum lalu memberi kucupan pada dahi Faiz Azzudin.

Aisyah Maisarah terus berbaring di sebelah Faiz Azzudin yang penat dari semalam itu. Dia pun turut melelapkan matanya, tidur juga.

⭐⭐⭐

LANGKAH Faiz Azzudin diatur keluar dari sekolah rendah. Kanak-kanak seusia 8 tahun itu melihat orang ramai berkumpul di tengah jalan.

"Ada apa tu?" kata Faiz Azzudin, hairan.

Faiz Azzudin berjalan ke lokasi itu. Dia melihat seorang gadis cedera parah. Beg plastik 7Eleven terjatuh di tar jalan. Barang-barang bertaburan. Darah jelas mengalir dari lebam itu. Kamilah melihat anaknya menjenguk lantas mendekatinya.

"Faiz, bahaya!" ujar Kamilah.

Faiz Azzudin melihat wajah gadis yang ditimpa kemalangan itu. Van putih yang melanggar gadis itu terus melarikan diri. Orang ramai cuba menghalang van tersebut tetapi gagal.

"Tak guna punya van!!" jerit seorang saksi di situ.

Jeritan itu membuatkan gadis itu sedar sedikit. Matanya dibuka perlahan-lahan lalu melihat Faiz Azzudin memerhatikan dirinya yang nazak.

"Tolong!" pinta gadis itu, lemah.

Faiz Azzudin berdiam sahaja. Dia memandang ibunya. "Mak, dia minta tolong!"

"Betulkah?" Kamilah terpegun lalu melihat gadis itu membuka mata sedikit.

Kamilah memandang orang ramai di situ. "Sesiapa tolong telefon ambulans!"

⭐⭐⭐

FAIZ Azzudin berasa kurang senang dengan mimpinya itu, masih nyenyak tidurnya. Aisyah Maisarah yang tidur di sebelah Faiz Azzudin, turut berasa kurang senang dengan mimpinya.

⭐⭐

MATA Aisyah Maisarah dibuka perlahan-lahan lalu melihat seorang kanak-kanak lelaki memerhatikan dirinya yang nazak.

"Tolong!" pinta Aisyah Maisarah, lemah.

Kanak-kanak itu berdiam sahaja. Dia memandang ibunya. "Mak, dia minta tolong!"

"Betulkah?" Si ibu itu terpegun lalu melihat Aisyah Maisarah membuka mata sedikit.

Si ibu memandang orang ramai di situ. "Sesiapa tolong telefon ambulans!"

Mata Aisyah Maisarah tertutup semula buat seketika. Dalam kegelapan itu dia mendengar bunyi siren ambulans. Matanya kembali dibuka.

Ni! No! Ni! No!

Aisyah Maisarah diangkat dengan tandu lalu dibawa masuk ke dalam van ambulans. Sempat lagi melihat kanak-kanak tadi itu, seperti dia mahu setia dengan dirinya yang nazak itu. Matanya kembali berpejam.

⭐⭐⭐

AISYAH Maisarah terjaga dari tidurnya lalu bangun. Dia memicitkan kepalanya. Siapa budak tu? Kenapa pandang aku macam nak makan aku? Macam pernah alami sebelum ni.

Faiz Azzudin bangun dari tidurnya lalu melihat Aisyah Maisarah sakit kepala. "Kenapa ni? Mimpi buruk ke?"

"Taklah! Saya mimpi kemalangan," balas Aisyah Maisarah.

"Hmm... aku pun sama. Aku nampak ada budak perempuan terlibat kemalangan langgar lari," kata Faiz Azzudin mengimbas balik mimpi yang dialaminya tadi.

"Budak perempuan? Kemalangan?" Aisyah Maisarah memandang Faiz Azzudin seraya mengerutkan dahi.

"Kau nampak apa pula dalam mimpi tu?"

"Hmm... saya nampak budak lelaki dengan ambulans. Itu je."

"Budak laki? Ambulans?" Faiz Azzudin mengerutkan dahi.

"Mimpi kita ni ada kaitan ke?" soal Aisyah Maisarah berfikir.

"Boleh jadi kemungkinan."

"Saya rasa, saya macam pernah alami mimpi tu sebelum ni."

"Aku pun."

"Déjà vu."

"Haih, macam-macamlah! Mimpi je pun. Alang-alang aku dah tidur siang sampai Asar ni, aku tak tidur rasanya malam ni," kata Faiz Azzudin, dingin.

"Kalau macam tu, saya teman awak. Boleh, tak?" kata Aisyah Maisarah.

"Boleh juga!"

#vote

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro