BAB 13.4-DAKWAT DARAH
SITUASI menjadi buntu bagi tiga sekawan itu. Mereka bertiga mula berbincang.
'Aku rasa, biar aku duduk sini!' kata Aisyah Maisarah dengan rela hati.
'Tak boleh! Biar aku duduk sini!' balas Faiz Azzudin, tegas.
Safiyah Zulaikha melihat mereka berdua bertikam lidah tanpa mengeluarkan suara. Dia mencelah, 'Biarlah aku duduk sini! Aku punca semua ni, kan?'
Pasangan itu memandang wajah Safiyah Zulaikha dengan mata merah menyala. 'TAK BOLEH!!!' Bisu.
Safiyah Zulaikha tertelan air liur melihat mata merah mereka berdua. Dia membisu. Mereka berdua pula kembali bertentang mata.
'Kau keluar. Biar aku settle dekat sini!' tegas Faiz Azzudin.
'Saya takkan keluar tanpa awak!' balas Aisyah Maisarah.
Faiz Azzudin berdiam seketika lalu mengeluh. 'Kalau awak sayang saya, tolong keluar!'
Aisyah Maisarah terdiam mendengar kata-kata itu. Buku latihan milik Safiyah Zulaikha dihulurkan. Faiz Azzudin mengambilnya lalu memberikannya kepada Aisyah Maisarah.
'Tolong keluar!' arah Faiz Azzudin.
Safiyah Zulaikha memegang lengan Aisyah Maisarah lalu bergerak keluar dari perpustakaan itu. Faiz Azzudin melihat mereka berdua beredar. Dia kembali memandang pustakawan itu. Hanya mereka berdua sahaja di dalam perpustakaan gelap itu.
"Jadi, sudah rela hati?" kata pustakawan itu berdiri seraya memegang sebatang pen.
Faiz Azzudin membuka langkah silatnya. Dia mencemuh hantu itu. Pustakawan itu bingkas lalu menerkam lelaki itu dengan pennya. Faiz Azzudin mengelak serangan maut itu. Dia membalas serangan dengan tangan kosong. Pustakawan itu mengerang kesakitan lalu menolak Faiz Azzudin. Lelaki itu berundur, melihat wanita itu bangun. Bunyi tulang-temulang yang patah dari badan wanita itu jelas kedengaran.
'Kenapa kau bunuh ulat buku dekat sini?' soal Faiz Azzudin dengan bahasa isyarat.
"Kau tanya aku kenapa??" Pustakawan itu merenung tajam ke muka Faiz Azzudin lalu menjadi hodoh. "SEBAB DIA ORANG BUAT BISING!!"
Pustakawan itu menyerang lagi.
Di luar perpustakaan,...
Dua gadis itu berdiri menghadap pintu masuk perpustakaan, menunggu ketibaan Faiz Azzudin. Safiyah Zulaikha melihat roh itu biasa-biasa sahaja.
"Kak ni girlfriend Faiz ke?" soal Safiyah Zulaikha cuba beranikan suara.
Aisyah Maisarah memandang Safiyah Zulaikha lalu mengukirkan senyuman manis. "Bukan girlfriend, tapi ghost friend."
Safiyah Zulaikha terasa kekok sedikit. "Okey."
"Adik ni girlfriend Faiz juga ke?" soal Aisyah Maisarah.
"Eh, mana ada! Saya dah adalah yang lain." Safiyah Zulaikha tersengih.
"Okey, baguslah macam tu."
"Kak hidup berapa tahun dah?" soal Safiyah Zulaikha ingin tahu.
"16 tahun, tak silap akaklah. Sofea umur berapa sekarang ni?" balas Aisyah Maisarah.
"17 tahun, sama macam Faiz."
"Oh, tua setahun je!"
"Akak ke yang buat nasi goreng tu untuk Faiz? Dia selalu bawa bekal tu pergi sekolah."
"Ya, akak yang buat nasi goreng tu. Dia kata apa?"
"Dia kata sedap. Ada pedas sikit."
"Pedas? Setahu akak, Faiz boleh tahan pedas sebab dia suka makanan pedas."
"Oh! Sebenarnya, saya makan sedikit nasi tu! Kita orang kongsi makanan waktu rehat. Pedas gila nasi tu. Kak letak apa?"
"Oh, akak letak cili padi, cabai melaka, cili merah, cili hijau, cabai hidup... banyak jugalah akak letak."
Safiyah Zulaikha hilang kata. "Akak tak gurau, kan?"
"Nak gurau apa pula? Tanyalah Faiz tu!"
Tiba-tiba, Faiz Azzudin dicampak keluar dari perpustakaan. Dia terjatuh tertiarap di depan dua gadis itu.
"Faiz!" kata dua gadis itu menghampiri lelaki itu.
Faiz Azzudin dibimbing dua gadis itu lalu berdiri. "Aku okey."
"Macam mana tadi?" soal Safiyah Zulaikha.
Faiz Azzudin menunjukkan sebatang pen yang diambilnya. Hujung pen tersebut dibasahi dakwat merah. Eh, bukan, darah merah!
"Kau bunuh betina tu dengan pen!?" kata Aisyah Maisarah mengerutkan dahi.
"Dah! Jomlah blah!" ujar Faiz Azzudin.
Mereka bertiga melangkah beredar dari situ tetapi seseorang menghalang mereka sebaik memghampiri pagar utama.
"Hei, tunggu!" seru pengawal keselamatan yang tidur di dalam pondok pengawal tadi.
Pandangan dibuang ke muka pengawal itu. Safiyah Zulaikha mula cemas.
"Macam mana ni? Aku tak nak masuk lokap!" kata Safiyah Zulaikha, panik.
"Tak apa! Biar aku settle mamat ni!" kata Aisyah Maisarah tersenyum menghampiri pengawal itu.
Aisyah Maisarah berdiri di depan pengawal itu.
"Kamu buat apa dekat perpustakaan ni malam-malam buta macam ni?" soal pengawal itu.
"Kami sebenarnya nak cari..." kata Aisyah Maisarah dengan lembut santun ayunya lalu terus berubah wajah yang mengerikan. "...BUKU!!!"
"Allahuakbar!" ucap pengawal itu terkejut lalu rebah ke belakang, pengsan.
Aisyah Maisarah kembali berwajah biasa, ayu seperti gadis remaja. Dia menoleh ke belakang lalu mengukirkan senyuman manis.
"Settle masalah!" kata Aisyah Maisarah tersenyum simpul.
Safiyah Zulaikha menggigil ketakutan lalu rebah ke atas badan kawannya. Faiz Azzudin menampar dahinya.
#vote
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro