BAB 13.2-PERMAINAN PUSTAKAWAN
MASING-masing menumpukan mata ke arah pustakawan itu. Safiyah Zulaikha pula masih dalam dakapan Faiz Azzudin. Dia menoleh ke belakang lantas terlihat susuk tubuh yang mengerikan. Dia kembali memeluk.
"Apa 'benda' tu?" kata Safiyah Zulaikha ketakutan.
"SAYA KATA, 'JANGAN BISING!'," tempik wanita 30-an itu berlari ke arah meraka bertiga.
Faiz Azzudin berdiri di depan Safiyah Zulaikha, melindungi gadis itu. Aisyah Maisarah bersedia untuk berentap.
"SIAPA BISING, KELUAR!" amar pustakawan itu.
Faiz Azzudin memberi bahasa isyarat. 'Berhenti!'
Pustakawan itu berhenti berlari, berdiri di depan mereka bertiga, menghadap Faiz Azzudin.
Rasanya, benda ni berkesan, desis hati Faiz Azzudin, yakin.
'Kita orang sebenarnya nak cari buku dia yang tertinggal dekat sini. Kami janji, kami tak buat bising,' kata Faiz Azzudin menggunakan bahasa isyarat.
"Oh, kamu cari buku ni ke!?" Pustakawan itu menunjukkan buku latihan milik Safiyah Zulaikha.
Faiz Azzudin mengangguk, mengiakan. Safiyah Zulaikha melihat bukunya di tangan makhluk halus itu, berdiam diri sahaja dek ketakutan.
"Sebelum kamu boleh ambil buku ni, kamu semua kena main satu permainan," kata pustakawan itu lagi.
'Permainan apa?' soal Faiz Azzudin mengunci mulut sahaja.
"Cari buku bernombor. Peraturannya cari buku yang ada nombor satu hingga tujuh mengikut urutan. Tak susah, kan? Cuma, jangan buat bising saja! Tiga kali kamu buat bising, kamu kalah. Saya perhatikan kamu!"
'Baik, puan.'
Pustakawan itu beredar, hilang dari pandangan. Safiyah Zulaikha memandang muka Faiz Azzudin.
"A..." kata Safiyah Zulaikha mahu bersuara.
Tangan Faiz Azzudin pantas menutup mulut gadis itu. Kepala digeleng, seperti memberi amaran, 'Jangan bising!'
Safiyah Zulaikha mengangguk, faham. Faiz Azzudin memandang Aisyah Maisarah.
Kita cari buku tu sampai dapat, desis hati Faiz Azzudin berkomunikasi.
Aisyah Maisarah menggulingkan matanya. Takkanlah aku pun terlibat juga.
Mereka bertiga melangkah mengelilingi perpustakaan itu. Besar juga perpustakaan itu. Bagaimana hendak cari tujuh buku di dalam perpustakaan besar sebegini?
Bahu Faiz Azzudin ditepuk, menarik pandangan lelaki itu. Aisyah Maisarah menunding jari ke arah satu buku di sebuah rak. Mata Faiz Azzudin melihat buku yang ditunjuk roh itu. Faiz Azzudin mengambil buku dari rak sebelahnya itu. Safiyah Zulaikha melihat buku yang diambil itu.
-Satu Mawar Berdarah-
"Permainan dah bermula!" ujar pustakawan muncul dari depan mereka.
Jantung Safiyah Zulaikha berdegup kuat. Mulutnya sempat ditutup dengan tangan Faiz Azzudin bagi mengelak jeritan berbunyi. Bukan sahaja sebab wajah pustakawan yang mengerikan, tetapi mayat seorang remaja lelaki dibawa pustakawan itu dengan tikaman sebatang pen pada leher. Safiyah Zulaikha memegang lehernya, takut-takut ada sebatang pen tertusuk pada leher.
"Teruskan cari ya! Ada ramai lagi yang tunggu," kata pustakawan itu mengukirkan senyuman syaitan.
Pustakawan itu menghilang lagi. Mereka bertiga melangkah pergi ke rak lain. Safiyah Zulaikha mahu berkomunikasi dengan Faiz Azzudin sebenarnya dari tadi. Telefon Samsung Galaxy J7 Prime dikeluarkan. Dia mengesetkan telefonnya kepada mod meeting. Dia menghantar mesej menerusi WhatsApp. Telefon Faiz Azzudin berbunyi.
"Sudah satu kali bunyi bising." Pustakawan itu muncul lagi seraya memegang kepala seorang wanita dengan mulut berjahit.
Safiyah Zulaikha menutup mulutnya, mahu menangis dibuatnya dengan kemunculan pustakawan itu. Pustakawan itu hilang semula. Faiz Azzudin memandang Safiyah Zulaikha, melihat gadis itu menangis. Telefonnya dikeluarkan. Mata Faiz Azzudin melihat mesej yang baru diterima.
~WhatsApp POV📱~
Sofea BFF💗
Faiz, kita chat kt sini ya
Sorry pasal fon kau bunyi tadi
Aq xtau pun kau x silent fon kau tu
Aq takut weii😭
Alah
Jgn takutlh!!
Aq ad kt sini
Kita nk cari buku tu kt mna skrang ni?
Xpe, jgn risau!
Kwn aq akan tlong kita
Kwn kau?
Siapa?😕
Xperlu ambil taulh
Kita nk ambil balik buku kau tu
Bukannya nk menyembang pasal kwn aq!!
😠
Jgnlh marah
Kau buat aq lagi takut adlh
😭😭😭
~End WhatsApp POV📴~
Faiz Azzudin mengeluh, menggulingkan matanya lalu melihat Safiyah Zulaikha masih di dakapannya. Dia melihat sekeliling, terasa kehilangan sesuatu.
Mana Aisyah!? Desis hati Faiz Azzudin baru perasan.
#vote
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro