Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 10.3-GEGAR

ENJIN berderum kuat di Lebuhraya Utara-Selatan. Guruh dari langit jelas dilihat. Angin sejuk pula jelas dirasai di dalam van jenazah.

"Fuh, sejuk gila malam ni!" kata Aisyah Maisarah menggigil.

"Itulah sejuk lain macam. Kita berhenti dulu dekat R&R nanti nak?" kata Faiz Azzudin memandu.

"Eh, tak apa ke? Kalau saya dengan awak nanti, orang lain kata apa pula?" kata Aisyah Maisarah sedikit terpegun.

"Ada aku ajak kau makan sekali ke?"

Mata biru Faiz Azzudin jelas dilihat. Dia kelihatan dingin sekali. Aisyah Maisarah berdiam.

"Nanti, aku beli nasi untuk kau. Kau makanlah dalam van ni. Aku nak rehat je nanti," kata Faiz Azzudin lagi.

⭐⭐⭐

VAN diletakkan di tempat parkir yang disediakan. Enjin dimatikan.

"Okey, kau tunggu sini. Aku nak makan dulu. Nanti, aku beli nasi untuk kau. Okey?" pesan Faiz Azzudin.

"Yalah," balas Aisyah Maisarah acuh tak acuh.

Faiz Azzudin menuruni van mayat lalu mengunci pintu. Langkah diatur ke ruang makan, meninggalkan Aisyah Maisarah. Gadis itu bersendirian sekarang ini. Dia menoleh ke belakang, melihat keranda masih teguh di situ. Pandangan dibuang ke depan semula.

"Haih, nak buat apa sekarang ni!?" monolog Aisyah Maisarah.

Dum!

Bunyi dari belakang itu menarik pandangan Aisyah Maisarah. Tiada apa yang hendak dihairankan. Cuma peliknya, bunyi itu datang dari mana?

"Bunyi apa tu?"

Pandangan dibuang ke depan semula.

Dum! Dum!

Aisyah Maisarah menoleh ke belakang lagi dengan jelingan tajam ke arah keranda.

Dum! Dum!

Keranda itu bergerak dengan sendirinya. Aisyah Maisarah terbeliak mata melihat kejadian itu.

Tak mungkin! Keranda seberat melebihi 50 kg mampu bergerak dengan sendiri! Ya Allah, apa yang sedang berlaku ni!? Desis hati Aisyah Maisarah, resah.

Tuk! Tuk! Tuk!

"Opocong mak kau!" latah Aisyah Maisarah sekilas memandang cermin tepi.

Faiz Azzudin menaiki van itu balik. Dia melabuhkan punggung di atas kusyen pemandu. Dia berikan bungkusan nasi kepada Aisyah Maisarah. "Nah!"

"Awal beli. Tak makan ke?" kata Aisyah Maisarah, hairan.

"Orang ramai. Tu yang minta bungkus tu," jelas Faiz Azzudin.

Aisyah Maisarah membelek bungkusan itu. Dia mengambil sebungkus nasi lalu membuka bungkusan itu. "Faiz makanlah sekali!"

"Eh, tak apalah! Aku nak tidur sekejap!"

"Hmm… yelah."

Faiz Azzudin memperbetulkan kusyen, membaringkan badannya. Matanya dilelap buat seketika. Aisyah Maisarah menikmati bungkusan nasi lemak seorang diri. Dia makan seperti manusia, sepertimana Faiz Azzudin mengajarnya dulu, tidak gopoh dan gelojoh.

"Faiz!" seru Aisyah Maisarah dengan mulutnya dipenuhi nasi.

"Bagi habis dalam mulut tu dulu kalau nak bersembang pun," tegas Faiz Azzudin memalingkan badannya.

Aisyah Maisarah terdiam, mengunyah hidangannya sampai habis. Dia memandang ke belakang, melihat keranda itu berkeadaan biasa sahaja. Kening kanannya diangkat. "Hah?!"

"Apa yang 'hah' tu?" kata Faiz Azzudin, selamba.

Aisyah Maisarah sekilas memandang lelaki itu, melihat lelaki itu masih bersantai. "Tadi, waktu awak keluar, keranda ni gerak sendiri."

"Seumur hidup aku, tak pernah dengar keranda gerak sendiri," kata Faiz Azzudin, selamba.

"Betul! Sumpah!"

Faiz Azzudin mengeluh lalu mengalihkan badannya, menghadap gadis itu. "Kalau betul apa yang kau ceritakan tu, mesti aku dah perasan dah tadi keranda bergerak."

"Kalau macam tu, jom kita gerak! Manalah tahu 'dia' buat lagi," cabar Aisyah Maisarah.

Faiz Azzudin bingkas. "Ah, jomlah!"

⭐⭐⭐

MATAHARI terbenam sepenuhnya. Sekarang sudah pukul 8 malam. Van jenazah itu sudah tiba Johor Bahru. Terlebih dahulu Faiz Azzudin menghubungi pihak masjid, ingin tahu laluan ke destinasi.

"Masjid Al-Madrasah ya! Baik, saya akan datang ke sana," ujar Faiz Azzudin menelefon lalu menamatkan panggilan.

Faiz Azzudin memandang Aisyah Maisarah. "Dah sampai JB dah ni. Keranda nampak okey je."

"Betul! Tak tipu!" balas Aisyah Maisarah bersungguh-sungguh.

"Yalah! Yalah!" kata Faiz Azzudin acuh tak acuh.

#vote

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro