Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 1-RUMAH SEWA RM100

Al-kisah bermula di sini,...

BARANG-barang diletakkan di dalam rumah teres dua tingkat. Faiz Azzudin melihat semua perabot kelihatan kemas dan teratur sahaja.

"Okey, ada apa lagi?" kata lelaki yang bekerja sebagai pengangkut barang.

"Rasanya, tak ada apa dah! Nah, upah kau orang!" ujar Faiz Azzudin memberi duit upah.

"Alright, terima kasih, bos!"

Dua lelaki yang telah mengangkut segala barang itu tadi berlalu keluar dari rumah itu. Faiz Azzudin berjalan di sekitar rumah yang baru disewanya itu. Ada tiga bilik tidur, satu bilik mandi, dapur luas, ruang tamu pun luas dan stor kecil.

"Pelik? Rumah elok macam ni pun boleh sewa RM100?" monolog Faiz Azzudin, hairan.

Ding! Dong!

Faiz Azzudin melangkah ke pintu depan. "Sekejap!"

Lelaki kurus itu muncul di muka pintu lalu melihat seorang wanita berusia berdiri di luar pagar. "Oh, Puan Maslinda!"

Langkah Faiz Azzudin diatur mendekati Puan Maslinda, tuan rumah itu. "Ada apa puan datang ni?"

"Macam mana? Jadi tak sewa rumah ni?" kata Puan Maslinda.

"Hmm... Okey je. Saya sewa rumah ni. RM100 sebulan, kan?"

"Ermm... Hari pertama memanglah okey. Kau tunggulah malam pertama pula nanti."

"Malam pertama? Ada apa? Lain macam je bunyi."

"Kau tengoklah nanti."

Faiz Azzudin mengeluarkan dompetnya tetapi dihalang Puan Maslinda.

"Kau tinggal dulu satu malam. Kalau okey nanti, esok, baru kau bayar," pinta Puan Maslinda yang sudah berusia 40-an itu.

"Haa... Boleh juga," kata Faiz Azzudin, akur.

⭐⭐⭐

MALAM sunyi sudah tiba. Faiz Azzudin terhibur menonton televisyen biarpun sudah larut malam. Matanya dialihkan ke jam dinding. Sudah hampir pukul 12 tengah malam! Hampir terlupa pula esok hari persekolahan. Televisyen ditutup. Faiz Azzudin mengatur langkah ke bilik tidurnya di tingkat atas. Anak tangga dipijak satu per satu. Lelaki itu terasa ada satu hentakan kuat di belakangnya ketika memanjat tangga itu lalu menoleh ke belakang. Tiada seorang pun di belakang Faiz Azzudin. Apatah lagi, dia seorang sahaja yang tinggal di dalam rumah itu. Pandangan ditoleh ke depan semula. Langkah diteruskan sampai ke puncak tangga. Pintu bilik utama dihampiri.

"Mak cik nak pesan ni. Jangan tidur dekat bilik utama!"

Kata-kata dari Puan Maslinda petang tadi jelas bermain di fikiran Faiz Azzudin. Pintu bilik tidur utama dibuka. Mata Faiz Azzudin meliar melihat sekeliling. Bilik utama yang luas lagi indah itu membuatkan langkah Faiz Azzudin diatur masuk ke dalam. Pintu tiba-tiba ditutup kuat dengan sendiri. Faiz Azzudin terkejut sedikit lalu melihat pintu bilik dikatup rapat di belakangnya, tidak gentar pun.

Sebaik pandangan dialihkan ke depan, mata Faiz Azzudin tertumpu pada seorang gadis beruniform sekolah menengah yang berdarah mata dan mulut pada wajah itu. Faiz Azzudin bermuka selamba sahaja. Gadis berkulit putih itu masih berdiri di depan lelaki itu, merenung tepat ke matanya.

"Sikitpun tak takut," ujar Faiz Azzudin memjongketkan keningnya.

Faiz Azzudin melangkah mendekati rak yang menyimpan buku-buku. Gadis tadi mendekati jejaka itu lalu memegang bahu. Perlahan-lahan menyentuh leher. Faiz Azzudin mengeluh dengan perbuatan gadis sesat itu lalu mengambil sebuah kamus tebal. Dia terus memukul kepala gadis itu, kuat. Gadis itu tersungkur ke lantai lalu merintis.

"Menangis pula dia ni," kata Faiz Azzudin berpaling muka.

Faiz Azzudin membimbing gadis itu bangun semula. Dia melihat luka pada dahi gadis malang itu.

"Oh, kuat sangat aku pukul ni," ujar Faiz Azzudin melihat darah mengalir dari lebam itu.

Faiz Azzudin membawa gadis itu menghampiri katil. "Kau duduk dulu."

Gadis itu melabuhkan punggung di atas katil seraya cuba menahan menangis. Faiz Azzudin mendekati meja tulis lalu menyelak setiap laci. Sebuah buku dijumpai, tetapi diabaikan. Laci diselak lagi. Dia temui sekotak kit kecemasan lalu mengambilnya. Dia kembali mendapatkan gadis itu. Kotak kecemasan itu dibuka. Tisu diambil lalu mengesat air mata berdarah yang mengalir itu.

"Dah. Dah. Jangan nangis," pinta Faiz Azzudin, lembut.

Kain kapas dan pita pelekat diambil. Kesan pukulan pada dahi itu dirawat.

"Nama siapa ni?" soal Faiz Azzudin merawat dahi gadis itu.

"Aisyah... Aisyah Maisarah," jawab gadis yang bernama Aisyah Maisarah itu, malu.

"Aisyah Maisarah. Sedap nama tu. Aku Faiz Azzudin. Panggil Faiz je."

Aisyah Maisarah cuba menahan tangisannya. Dia memandang Faiz Azzudin. "Selama saya mati dekat sini, tak ada siapa pun yang layan saya macam ni. Terima kasih!"

"Tak apa. Dah terbiasa dengan semua ni." Faiz Azzudin menamatkan rawatannya. "Dah siap!"

"Awak... tak takut ke?"

Faiz Azzudin melabuhkan punggung di sebelah Aisyah Maisarah. "Takut? Nak buat apa nak takut dengan orang yang dah mati? Lagipun, dari kecil lagi, aku boleh nampak 'benda' macam kau ni. Mula-mula tu, aku takut sangat. Tapi, lama-lama, aku dah terbiasa dengan ni."

"Jadi, tak apa ke saya kacau awak macam ni?"

"Tak apa, tapi jangan selalu sangat! Tak senang hidup aku dengan mati kau tu."

"Amboi, mulut! Bukan main lagi ya! Dahlah! Saya nak masuk tidur," balas Aisyah Maisarah melenting.

Aisyah Maisarah terus bangun, berjalan ke pintu bilik lalu lesap di separuh jalan.

"Hoi, hantu mana boleh tidur!" jerit Faiz Azzudin ke arah pintu bilik.

Tiada sahutan. Faiz Azzudin mengeluh kecil. Barulah dia faham mengapa rumah secantik ini disewa dengan RM100 dan mengapa tidak boleh tidur di bilik utama. Sudah 'berpenghuni' rupanya rumah ini.

⭐⭐⭐


DUIT bernilai RM100 diberikan kepada Puan Maslinda.

"Nah, RM100!" kata Faiz Azzudin, selamba.

Puan Maslinda terpegun melihat Faiz Azzudin kelihatan biasa sahaja tanpa pucat-lesi. Dia mengambil duit dari tangan lelaki itu. "Semua okey ke?"

"Okey je. Saya tidur dalam master room okey saja," jelas Faiz Azzudin, selamba dingin.

Puan Maslinda terpinga-pinga dengan kata-kata dari lelaki 17 tahun itu. "Tak kena kacau dengan 'benda' tu ke?"

Faiz Azzudin tertawa nipis. "Tak kena dan tak pernah. Lagipun, saya tak percaya dengan semua tu. Tahyul!"

Puan Maslinda menjadi bingung dengan ayat yang dilafazkan Faiz Azzudin itu tadi.

"Okeylah, puan! Saya gerak dulu ya. Assalamu'alaikum!" ucap Faiz Azzudin meminta diri.

Motosikal Yamaha 125ZR yang dinaiki Faiz Azzudin, terus ditunggang pergi dari situ. Sempat lagi membuat wheelie pada awal pagi di kawasan perumahan itu.

#vote

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro