Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Empat belas

"Sudahlah tu, Mulianasari, jom kita duduk dan makan di sini," ajak Boea, penat mengikutkan kerenah sang permaisuri pemerintah Marikh yang mengidam nak beli itu dan ini.

Mentang-mentanglah dayang-dayangnya sudah berjaya menjual mineral yang dipanggil emas di Bumi dan mendapat banyak wang, tiga wanita yang sebenarnya makhluk asing itu seronok benar membeli-belah.

Hantaran untuk majlis Boea dan Mila, semua diuruskan. Bayaran katering, khemah dan pelamin, turut mereka bayarkan.

Dan sekarang mereka menggila membeli barangan untuk diberi kepada tetamu... Bunga telur, tasbih, biskit kering dan entah apa lagi diborong tadi. Boea teringin sangat nak tukarkan dirinya jadi makhluk Noa agar tubuhnya dapat berehat.

"Saya nak ke tandas sekejap," mohon Boea untuk berubah tubuh.

Mila, Permaisuri Mulianasari, Firi dan Zaya sudah terduduk di sebuah meja di Kafe Seri Muka, dan membelek menu.

"Indah sekali kehidupan Bumi, Merantau di gedung penuh sari, Mendapat hadiah milik sendiri." titah Permaisuri, berhaiku kerana terlalu gembira.

"Permaisuri, tak penat ke? Awak kan berbadan dua?" tanya Mila.

"Maksud Mila, berbadan tiga, kan? Permaisuri kan bakal dapat anak kembar?" tanya Firi.

"Ish, awak ni terikut-ikutkan Al dan Wi lah Firi," usik Mila. "Berbadan dua tu maksudnya, mengandunglah. Tak perlu kira berapa anaknya," terang Mila tergelak, hilang penatnya sedikit.

Firi tergelak, comel saja bunyinya. 

"Teringatkan Wi lah tu," usik Zaya pula.

"Saya dah beri mereka cuti untuk berkahwin, tapi sibuk nak tunggu kelahiran kembar ni," kata Mulianasari. "Kamu dan Al pun, Zaya."

Giliran Zaya tersipu lalu ditatapnya menu. 

Permaisuri, teringat Putera Ue ke tu? tanya Mila secara telepati. 

Ya, tapi dia tak mahu bercakap dengan saya lama-lama sejak tiga hari kami semua turun ke Bumi. Pasti dia langsung tak rindukan saya, balas Permaisuri, tanpa diketahui Firi dan Zaya yang sibuk memesan makanan.

Boea kembali dari tandas.

"Bob akan ambil kita semua pukul 4 nanti, katanya, nak bawa kita ke tempat makan istimewa di Putrajaya. Firi, Zaya, jangan pesan makanan berlebihan," katanya.

Mereka terus makan sambil bersembang tentang persiapan perkahwinan Bob dan Boea yang hampir selesai, serta persiapan perkahwinan Mila dan Wira, yang sudah ditetapkan akan berlangsung dua minggu selepas Bob dan Boea selamat bernikah.

Sampai saja Bob dengan kereta Proton Exora, lima wanita itu terus masuk ke dalam kereta beserta beg-beg yang penuh dengan pembelian.

"Saya nak bawa awak semua ke restoren makanan laut, kegemaran Permaisuri dan Firi, kan?" kata Bob, cuba berlagak normal.

Walhal dia menyimpan amanah diraja.

****

"Itu pun mereka dah sampai, Putera Ue," kata Wira sebaik saja nampak kereta Bob masuk ke tempat parkir. "Jom, kita tunggu mereka di meja makan," ajaknya lagi.

"Saya harap, cadangan Norman ini akan berjaya," kata Putera Ue sambil ikut melangkah.

(Nota khas untuk pembaca: Masih ingat lagi ke kisah Gadis Penyelamat? Rindu pula pada not, Norman dan Jelita.)

****

"Kita makan di atas bot? Wow, seronoknya!" kata Boea. Memang warga Noa sukakan pergerakan. Mereka tak suka berada di suatu tempat lama-lama tanpa membuat sebarang pergerakan. Tenaga kinetik sentiasa perlu dihasilkan, kerana itu hukum alam, begitulah katanya pada Bob dulu. Sebab itu Bob sekarang rajin bersukan.

Bob pimpin tangan Boea, manakala Mila dan Permaisuri Mulianasari berpegangan tangan menaiki bot yang bakal membawa mereka mengelilingi Tasik Putrajaya.

Mereka masuk ke ruang makan.

Di hujung ruang yang terhias cantik itu, Putera Ue dan Wira sudah menunggu. Cuma ada dua meja. Satu lebih kecil, sesuai untuk duduk berdua.

"Dinda, apa khabar? Sudi jadi teman saya malam ini? Beta rindukan kekasih beta," ajak Putera Ue, penuh romantis, pada isterinya.

Permaisuri Mulianasari terus memeluk suaminya. "Mestilah sudi. Beta sangka, Raja Marikh yang sudah tak sudi," katanya.

Pasangan suami isteri itu memilih meja kecil.

Wira, secara telepati memberitahu yang lain-lain. Rakan-rakan, dua syarat. Pertama, malam ini kita jangan ganggu mereka. Kedua, jangan sesiapa pun sebut perkataan 'anak' atau 'nama', OK?

Semua bersetuju, dan beredar ke sebuah lagi meja, yang lebih besar, di hujung lagi satu ruang yang sama.

Mila sempat menghantar mesej kepada pemerintah Marikh yang sudah dianggap sahabatnya:

Malam ini wahai permaisuri, lupakan segala sengketa diri, ingatlah cinta yang mekar dihati.

Lalu permaisuri berjanji:
Malam ini malam pertemuan, Dua hati saling tak keruan, Takkan beta sia-siakan.

****

"Tidak boleh,
tidak sesuai,
tidak sanggup."

Tiba-tiba mereka terdengar Permaisuri bertitah dari hujung sana ruang makan yang terletak di atas bot yang sedang menyusuri tepian Tasik Putrajaya.

"Fikir dulu,
timbang dulu,
bayangkan dulu." 

Putera Ue memujuk.

Permaisuri bangun daripada kerusinya. Dia keluar daripada perut bot lalu ke dek yang terbuka. 

Suaminya mahu menuruti, tapi segera dipujuk Wira. "Sabar dulu, Putera Ue, beri dia beberapa minit untuk bertenang."

"Macam mana ni, Wira. Awak kata, cadangan Norman, berdating di atas bot pasti berjaya," Putera mengomel pada mereka semua yang sudah mendekati dia yang masih tercegat di tepi meja. Ue tak sangka Mulianasari sanggup menolak mentah-mentah cadangannya.

"Kan Norman dah pesan, jangan diungkit soal anak atau nama. Manalah Permaisuri tak melompat," kata Wira menggeleng kesal.

Mengangguk, si putera akur. "Ya, salah saya. Tadi mood dia sangat baik tadi dan dia nampak macam boleh dibawa berbincang. Saya baru cadangkan nama Bu dan Du dimasukkan ke dalam nama pilihannya, jadi Buharwibawa dan Dutiratnasari. OK apa?" tanyanya, macam tak puas hati.

"Mila dan Boea, pujuklah Permaisuri?" cadang Bob.

Dua wanita itu menurut jejak bangsawan yang merajuk itu lalu Bob berpaling kepada Putera Ue. 

"Putera, tak bolehkah kalau ikutkan saja permintaan Permaisuri, biarlah dia saja namakan budak-budak tu?" Bob tanya, sedikit geram dengan sikap Ue yang padanya, mementingkan diri sendiri.

Ue menggeleng. "Kamu takkan faham, Bob, ia soal maruah. Anak-anak saya keturunan gas dan mereka perlu sedar jati diri mereka. Saduran mineral Marikh yang wujud dalam komposisi tubuh mereka nanti akan buat mereka lebih kuat daripada gas-gas biasa di Jupiter. Kalau mereka dibuli bila pulang ke planet ayahanda mereka, awak rasa apa akan jadi bila mereka naik marah?"

Bob mulai faham. "Macam melepaskan Hulk lah..." 

"Ya! Dan saya dah kata pada dia, dia boleh pilih apa saja nama Jupiter kalau dia tak sukakan cadangan saya, Bu dan Du. Tapi saya tetap fikir dua nama ni comel," keluh Ue.

Wira yang sudah pernah cadangkan hal yang sama lebih asyik memandang keluar bot, melihat tunangnya memujuk Permaisuri dengan bantuan Boea.

****

"Permaisuri, patik mohon beri peluang pada Putera Ue habiskan dulu hujahnya," Boea memohon. 

Dek kerana dia pernah mensabotaj hubungan Mulianasari dan Ue dulu, dia segan-segan nak memujuk walaupun sudah berhari-hari melepak bersama bangsawan itu dengan Mila.

"Marikh kekurangan penduduk. Waris-waris ini harus meneruskan tradisi," balas Mulianasari, langsung tidak teringatkan waktu Boea menganggu minda ayahandanya hingga pernah menitahkan agar Mulianasari dan Ue berpisah saja.

"Tak semua tradisi perlu diteruskan, Permaisuri. Tengok saja Noa dengan tradisi menunggang komet. Tak bermanfaat langsung. Biarlah komet-komet itu bebas, nak buat apa ditunggangi dan dipengaruhi minda hidupan ini?" pujuk Boea, sentimen dalam dirinya cepat sekali terarah kepada isu yang membelenggu dirinya sendiri.

Terkesima Permaisuri Mulianasari. "Tapi Boea, adat Marikh dan cara kami memberi nama tidak merugikan sesiapa. Malah, serata semesta kenal, kalau warga Marikh, pasti panjang nama mereka. Kalau Jupiter, pendek. Ini kan kebiasaan. Kalau diubah, kan menimbulkan kekeliruan?"

Mila pegang tangan kedua-dua bangsawan yang masing-masing punya konflik. "Berubah atau tidak, ia tak perlu jadi sebab bermasam muka, Permaisuri. Dan Boea, awak sendiri nampak, kalau nak buat perubahan, perlu ada sebab kukuh dan tak boleh dipaksa. Kena hati-hati mencaturnya," pujuk Mila.

Kedua wanita makhluk asing itu mengangguk. 

Mila makin risau. Wira yang ternampak wajah kekasihnya di luar jendela dek bot mewah, ikut merana.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro