Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TUJUH BELAS

    Lutfi menaiki lif menuju ke apartment Rania. Hatinya kuat mengatakan Rania pasti sedang menunggunya saat itu. Kebiasaannya wanita itu arif darinya bagi mengingati tarikh dan hari penting buat mereka sebelum ni. Dan kali ni Lutfi pasti tidak mengecewakan Rania dengan kejutannya.

Jambangan bunga di tangan dicium berkali-kali. Tentu Rania suka dengan kejutan ini nanti. Apa yang penting pujukannya mesti menjadi. Pintu lif terbuka. Makin melebar senyuman lelaki ini dengan perasaan sedikit gementar sedari dalam lif tadi. Sempat lagi dia membetulkan kolar bajunya kemas.

Tiba di depan pintu...

"You ni nakal lah sayang." ketawa manja Rania kedengarannya.

"I nakal sebab you selalu goda I. Mana boleh tahan." jawab suara itu.

Perasaan gementar berubah mengombak seketika. Pintu diselak perlahan dengan mata yang terarah memandang kemesraan yang jelas terlihat.

"Rania." perlahan nama itu disebut.

Hatinya bagai dicurah minyak yang panas. Gelombang jantung berdegup pantas tidak mampu mengawal perasan yang bertandang. Kaku seakan tak percaya dengan apa yang dilihat. Panggilan telifon yang berkali-kali tidak berjawab, rupanya ini yang harus diterima. Rania sedang bermadu kasih dengan lelaki lain.

Rania menoleh tatkala mendengar sesuatu terjatuh. Jantungnya berkocak laju serentak meleraikan pelukan Danny. Lutfi yang berdiri tidak jauh dipandang beserta jambangan bunga dan sebuah kotak di lantai. Kecuaian telah membongkar perbuatannya tanpa disangka.

"Sayang... ma..macam mana you boleh ada dekat sini?" terketar suara Rania mula panik

Danny yang sedikit pelik hanya memandang reaksi Lutfi saat itu.

"Memang aku dah agak dah semua ni akan jadi. Kenapa kau tergamak buat aku macam ni Rania? Tergamak kau tipu aku, kau curang Rania." seakan tersekat ayat Lutfi menahan amarah.

Hancur luluh bagai ditoreh-toreh hati yang satu ini. Apakah ini yang harus diterima? Rania yang dihimpun dosa dan beribu kesalahan pada cintanya sendiri, bagai hilang kata-kata untuk bersuara cuba membela diri. Namun kerana sikap tidak berperasaan dan rasa malu dengan apa yang telah dilakukan sebelum ini, lebih baik dia memberitahu apa yang terlintas difikirannya saat itu.

"Fi, I..

"Diam...!!!" tengking Lutfi kuat.

Rania yang tidak sempat meneruskan niatnya untuk berkata-kata.

"Kau dengar, selama ni aku susah payah nak bagi kau happy, buat macam-macam untuk kau sampai ke tahap ni, dan aku sanggup ketepikan soal kerja, soal mama sebab aku nak jadikan kau orang yang paling penting dalam hidup aku. Tapi ini yang aku dapat? Kenapa Rania, kenapa kau buat aku macam ni? Kau curang..!" bentak Lutfi dengan suara yang meninggi.

"Hei apa masalah kau ni? Datang tak diundang, masuk tak dijemput tiba-tiba nak marah ni apahal. Kau siapa?" sampuk Danny tiba-tiba. Dia sama sekali tidak faham situasi itu.

"Kau diam.!" tengking Lutfi sekali lagi.

Matanya tajam memandang pada lelaki yang berada di belakang Rania ketika itu. Hatinya panas melihat Rania dalam keadaan berkemban dengan mudah berdua-duaan dengan lelaki yang tidak dikenali.

"Aku betul-betul kecewa dengan kau Rania. Kecewa dengan sikap kau yang tak pernah nak berubah. Selama ni aku sanggup ketepikan semua orang yang aku sayang, sebab aku rasa kau adalah kebahagiaan aku. Tapi aku silap. Semuanya dah hancur. Memang betul apa yang mama cakap sebelum ni. Aku tak kan bahagia dengan perempuan macam kau. Kepercayaan aku selama ni kau sia-siakan." ucap Lutfi bergetar di penghujung ayatnya.

Tiada apa yang mampu diungkap lagi. Hanya rasa sedih dan pilu membaluti perasaannya kini. Belum sempat kakinya mengatur langkah, Rania kembali bersuara.

"Fi, I dengan Danny cuma sepupu tak lebih dari tu. Kami tak ada apa-apa hubungan istimewa." dalih Rania

"Sayang, apa you cakap ni?" berubah air muka Danny dengan pengakuan Rania. Kehadirannya disitu seakan tercabar.

"Danny please, tolong tinggalkan I sekarang." marah Rania tiba-tiba.

"Sayang, abang I baru balik dari overseas semalam. Kebetulan dia orang nak tumpang tidur dekat sini. I'm so sorry terlupa nak bagitau you. I tau you percayakan I." tambah Rania berbohong cuba menutup kesalahannya.

Tangan Lutfi dipegang seolah menarik kepercayaan lelaki itu dengan apa yang cuba diberitahu.

"Ran, I sayangkan you. Siapa lelaki ni yang perlu tahu hubungan kita?" Danny mula tidak puas hati melihat aksi Rania.

"Diam..!!"

Hati Lutfi semakin terbakar seperti api yang menjulang tinggi. Lurus jari telunjuknya menghala ke arah Danny. Lelaki itu turut membalas pandangan tajam Lutfi sambil bercekak pinggang.

"Sepupu? Sepupu sampai kau tak sempat nak pakai baju dan perlu berpeluk-peluk mesra dengan jantan ni. Itu yang aku nampak Rania. Kau jangan fikir aku buta."

"Sayang, apa masalahnya you setiap kali kita berjumpa nak bertekak. Boleh tak you faham I? I'm so sorry sebab terlupa pasal hal ni. I sebenarnya..." tidak sempat Rania menghabiskan kata-kata Lutfi terlebih dulu memangkah.

"Sebenarnya kau memang kemaruk sangat nak tidur dengan jantan ni kan? Sebab tulah kau terkejut bila aku datang sini." herdik Lutfi menghamburkan kemarahannya lagi.

Tangan Rania ditepis kuat.Rania tidak keruan sekaligus menjadi takut dan gagap untuk menjawab. Mata lelaki itu sudah cukup membuatkan dia sukar untuk berdalih lagi. Danny yang sedari tadi diam, sudah bengang dengan tengkingan Lutfi.

"Hei, kau siapa nak sibuk urusan aku dengan dia? Tak tau malu masuk rumah orang nak cari pasal? Kau ingat kau siapa?" balas Danny mula menunjuk taring.

Dia mendekati Lutfi dan berhadapan sendiri membela Rania. Mata bertentang mata yang jelas menaikkan lagi api kemarahan yang sudah berbahang di hati Lutfi.

Dari jarak yang dekat hinggap tumbukan tepat di muka Danny. Lelaki itu terjelopok jatuh. Lutfi menarik kasar dan melepaskan tumbukan demi tumbukan pada wajah dan perut Danny. Seperti di rasuk syaitan Lutfi saat itu sukar untuk mengawal amarahnya.

Rania yang cuba meleraikan keadaan, tidak mampu berbuat apa-apa. Dia menjerit dan cuba menolak Lutfi tapi gagal. Danny yang lemah tidak melawan, terjelopok sekali lagi jatuh dengan pukulan Lutfi. Rania bertambah panik tatkala wajah Danny dipenuhi darah.

Lutfi bertambah berang melihat Rania yang cuba membantu lelaki itu. Dia menarik Danny semula lalu menolak Rania ketepi. Pukulan yang bertubi-tubi mengena lagi pada Danny. Begitu pantas pukulan Lutfi sehinggakan tidak dapat dibalas sekali pun oleh Danny.

"Stop it Lutfi, stop it..!!" jerit Rania menolak kuat tubuh Lutfi. Sehabis daya dia jumpa membantu Danny dari terus dipukul.



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro