Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TIGA BELAS

 Nina membetulkan tudungnya kemas. Siap. Dia menjenguk sedikit. Mengingatkan teman serumah bercuti di kampung, Nina merancang menyekat adiknya dari pulang lebih awal. Arif benar dia dengan sikap liat gadis itu untuk bertamu lama di rumahnya seperti sebelum-sebelum ini. Jadi inilah peluangnya untuk memujuk. Keluar bersiar-siar dihujung minggu.

"Tak siap lagi? Kata nak ikut aku pergi shopping. Ni duduk depan tv lagi kenapa?" tanya Nina dengan kerutan di dahi memandang adiknya yang masih berbaring.

"Bila masa aku cakap, kau yang paksa adalah." jawapan acuh tak acuh dari gadis itu. Matanya tidak berganjak memandang kaca tv."

"Habis tu kau tak nak pergi? Nak terperap dekat rumah ni? Elok lah tu. Kita ajak dia datang sini suruh cari kerja tapi tak nak, bila ajak tengok wayang pun tak nak, ni nak ajak pergi shopping pun kau tak nak. Pelik tahap serius kau ni." dengus Nina kasar. Dia berlalu ke bilik semula dengan muka mencuka.

"Nak cari kerja biar sesuai dengan jiwa. Fokus tu penting. Kalau setakat nak tangkap muat, aku lebih sanggup duduk rumah, lepak depan TV, makan, tidur. Tak payah nak pening-pening kepala." balas Dania memberitahu.

Mendengar kata-kata itu berubah mengejek reaksi Nina seketika.

"Suka hati jiwa ragalah Dania. Purata belia muda yang tak bekerja lebih banyak dari yang bekerja. Orang lain susah payah minta kerja tapi tak dapat, kau yang senang dapat mudah sangat menolak. Sekalipun ada ijazah, tapi disimpan buat apa. Jangan nanti kena jodoh dengan duda anak lima baru nak menyesal."

Dania terdiam. Dahinya berkerut dengan apa yang dikatakan oleh kakaknya tadi. Fikirannya merewang entah kemana dengan wajah selamba dia berlalu ke bilik.

Nina tersengih sendiri. Mahu saja dia ketawa berdekah-dekah saat itu kerana berjaya mematikan ayat adiknya dari terus berdebat.

"Cepat sikit. Make up tu jangan lama-lama sangat. Retak pulak cermin tu nanti." sempat pula Nina memerli adiknya.

Gadis itu yang baru masuk ke bilik kembali menjenguk. Nasib baik mood nya baik. Jika tidak sendiri mau ingat, termakan sebiji cili ibarat setahun lama pedasnya.

Hampir setengah jam Nina terpaksa menunggu giliran. Dania mengeluh menahan dahaga. Antara sabar dengan tidak saja mereka menunggu hidangan di situ. Akhirnya apa yang dipesan berada depan mata. Dania yang terlalu dahaga, tidak lagi mampu menahan kerutan diwajahnya, terus menyedut air dengan sekali sedutan.

"Hei, cuba minum perlahan-lahan. Dah baca bismillah ke belum?" tegur Nina memandang. Dia yang baru saja selesai mencuci tangan, menarik kerusi lalu duduk berhadapan adiknya.

"Dah." sepatah, hanya itu yang mampu dijawab.

Tajam jelingannya pada Nina yang sudah duduk. Air dalam cawan disedut semula dengan muka selamba. Ini semua gara-gara Nina, dia terpaksa menahan dahaga dan kelaparan yang amat sangat.

Apahal lah si Nina ni? Aku tengok semua ok je. Entah-entah mamak ambil order tu bekas boyfriend dia tak? Ketawa Dania dalam hati sempat lagi dia berfikir yang tidak-tidak.

Berbeza dengan Nina yang kembali teringat peristiwa ngeri dalam hidupnya.

"Kenapa Nina senyap aje ni. Tak bangga ke makan sambil tengok muka abang yang handsome ni?" soal Dazrin teman lelakinya. Wajah Nina mula resah dipandang.

"Bu..bukan bang. Bukan macam tu. Nina cuma...

"Cuma apa? Rindu sangat, sampai tak lalu nak makan depan abang, macam tu? Ke nak abang suapkan?" pintas Dazrin mengusik tersenyum memandang.

Tapi apa yang difikirkan oleh Dazrin, sama sekali tidak seiring dengan hati Nina yang semakin tidak menentu. Senyuman lelaki itu tidak mendapat perhatian.

Yang jelas penerimaan mata Nina tentang persekitaran restoran tersebut agak menjerut otaknya. Lebih jelas tahap kebersihan di situ amatlah di ragui. Nina mula menahan loya.

"A....tak...a..sebenarnya....." belum sempat Nina meneruskan kata-kata kali ini, dia terlebih dulu dikejutkan dengan seekor cicak yang kebetulan terjatuh betul-betul ke dalam gelas minumannya.

Apa lagi, rasa geli sudah membuak ditambah pula dengan binatang itu lagi terus bangun dan berlalu ke arah luar restoran muntah tanpa disangka-sangka. Dazrin yang pelik pantas mendekati Nina, untuk membantu. Namun begitu Nina nampak sukar untuk mengawal keadaannya. Makanan yang dipesan masih belum sempat dijamah sedikit pun oleh Nina. Dazrin yang sedikit cemas melihat keadaan Nina, terus membayar dan berlalu membawa Nina dari situ.

"Hoi.."

Meja ditepuk menyedarkan Nina dari lamunan. Tersentak lalu memandang adiknya merenung tajam.

"Eh, termenung pulak. Aku cakap dengan kaulah. Dari tadi kau keras macam tiang lampu tu kenapa? Apa masalah kau? Angau?" pertanyaan yang diselangi jelingan. Nina sudah faham maksud jelingan adiknya.

"Sorry, kau cakap apa tadi? Aku tak perasan." Nina sedikit terpinga-pinga.

"Sorry morry. Itu ajelah yang kau tau. Ni mesti ingat buah hati, sampai aku depan ni pun kau nampak macam badut yang duduk dekat kerusi luar tu. Ye tak?" jawapan serkap jarang sudah terkeluar.

"Mana ada." dalih Nina tersenyum sempat memandang pada mascot restoran tersebut.

"Ah, tak payah nak kelentong. Tengok muka pun tau. Ada bayang-bayang 'D' dalam mata kau tu." usik adiknya tidak mahu mengalah. Dia bangun mengatur langkah ke singki.

"Ish, merepeklah." sanggah Nina membela diri dengan jelingan manja.

Faham benar dia dengan perangai brutal adiknya itu. Namun, sikap manja Dania tidak pernah terselindung dari pandangan mata Nina. Cuma tak ada apa yang perlu di perdebatkan jika apa yang difikirkan Dania itu betul untuknya. Anak bongsu lah katakan.

"Aunty ok? Saya minta maaf sebab tak jalan elok-elok tadi." ucap gadis itu telah tersentuh bahu dengan seorang wanita.

"Tak apa. Aunty faham. Kamu bukan sengaja. Aunty yang salah, sebab nak cepat sangat." Jawab wanita itu berbahasa. Riak wajahnya tenang.

Tergesa-gesa kertas yang bertaburan di lantai di kutip semula. Datin Zaleha yang terkejut, masih terpinga-pinga memandang wajah gadis di hadapannya itu. Cara pandangan seolah terpegun saja.

"Aunty, saya betul-betul minta maaf. Saya tak sengaja tadi. Pasal kertas-kertas tu, saya tak tau nak susun macam mana. Lagipun tangan saya....a..nanti kotor kertas tu. Aunty tak kisah ke saya bagi macam ni?" pertanyaan yang mula diselangi rasa bersalah

"Tak apa, aunty tak kisah jangan risau. Kamu dah tolong aunty kutip kertas ni pun, dah kira bagus. Aunty pun minta maaf sebab jalan tak hati-hati tadi. By the way, nama aunty Zaleha. Panggil aunty Zal saja."

"A.. sa...saya Dania, panggil Nia je."

Owh...Dania. Siku kanannya dihulur sebagai pengganti untuk berjabat salam. Sabar jelah sikupun boleh jadi jugak. Yang tidak peliknya Datin Zaleha sedikit pun tidak rasa janggal dengan sikap yang ditunjukkan Dania itu. Wanita itu menyambut baik walaupun terpaksa bersalam dengan siku gadis tersebut.

Dania, mm.....lebih kurang sama dengan nama temannya baiknya dulu. Yang pernah satu ketika dulu sama-sama menuntut di university yang sama. Tapi sejak peristiwa dia dipaksa belajar ke luar Negara, terus hubungan dengan teman baiknya itu terputus hubungan sehingga ke hari ini.

"Aunty, aunty..." panggil Dania.

Datin Zaleha yang sempat termenung beberapa minit, dikejutkan kembali dengan suara Dania. Wanita itu memandang.

"Saya minta maaf sebab tak sengaja langgar aunty tadi. Saya minta diri dulu nak cuci tangan." beritahu Dania berbahasa.

Langkahnya diatur tanpa menoleh lagi. Pelik dengan cara renungan wanita itu padanya sedari tadi.

Datin Zaleha termanggu seketika. Wajah gadis itu saling tidak tumpah mirip dengan wajah sahabat baiknya satu ketika dahulu. Walaupun tidak dikenali, Dania kelihatan begitu manis biarpun sekadar ringkas dalam berpakaian. Seperti ada sesuatu yang istimewa pada gadis itu tadi. Dalam terleka, deringan telifon mematikan lamunan Datin Zaleha dari terus bersoal jawab.

Dania mula tidak keruan. Nina yang sudah bangun pantas lengannya di tarik kembali terduduk.

"Kau nampak tak perempuan dekat meja sana tu?" soal Dania berbisik.

Lurus jarinya menunjuk sebaik saja duduk semula selepas mencuci tangan. Tempat duduk mereka yang sedikit terselindung, memudahkan mereka curi-curi pandang seketika.

"Mm...nampak. Kenapa?" jawab Nina sedikit pelik.

"Tadi aku tak sengaja langgar dia. Tapi dia tenung aku macam nak terkam. Nak kata tak minta maaf, aku rasa dah cukup syarat tiga kali aku minta maaf. Nak kata muka aku comot, badan aku berbau tak pulak. Kau rasa kenapa?" soal Dania didatangi satu perasaan ragu-ragu.

"Ingatkan apalah tadi? Peminat agaknya? Tak pun terpegun tengok muka kau yang comel tu. Entah-entah dia suka, manalah tau dah jumpa calon menantu." usik Nina tersengih. Reaksi Dania terus berubah seketika tatkla mendengar jawapan kakaknya.

"Hoi, mulut tu jaga sikit. Menantu-menantu jangan sebut. Karang tak pasal-pasal kotak burger ni masuk dalam mulut tu. Kenyang perut tu sampai esok, tak payah sibuk-sibuk nak makan lagi" bidas Dania.

"Cakap macam tu pun nak marah. Gurau ajelah. Dah, kau tunggu sini kejap biar aku basuh tangan. Mana lah tau lepas ni aku terlanggar dia, dia nak berkenalan dengan aku pulak. Untung-untung ada peluang aku jadi calon menantu." sempat lagi Nina senyum mengejek sebelum bangun mengatur langkah.

"Aa...boleh aunty tanya sikit?" tegur Datin Zaleha dengan pertanyaan.

Nina yang baru selesai mencuci tangan tersentak apabila lengannya dipegang. Masin mulut kau Nina.

"Maaf, aunty buat kamu terkejut tadi. Sebelum tu nama aunty Zaleha panggil aunty Zal. Kamu?"

"Saya Nina." jawabnya pendek sedikit teragak-agak menghulur tangan berjabat salam. Tersenyum nipis dia di selangi rasa cuak.

"Cantik nama tu, sama padan dengan orangnya. Actually, yang duduk dekat sana tu kawan kamu ke? Pakai topi baju biru." ujar Datin Zaleha memandang ke arah Dania. Nina sudah mengagak siapa yang dimaksudkan wanita itu.

"Itu adik saya. Maaflah, kalau aunty masih marah sebab dia langgar aunty tadi. Dia ada cakap dengan saya, dia kata tak sengaja. Maaf ye aunty." ucap Nina lembut.

"Eh, aunty bukan nak cakap pasal tu. Tapi cuma nak tanya kamu kenal dia atau tidak. Pasal tadi tu salah aunty sebenarnya, bukan adik Nina. Mm...kamu dari mana?"

"Jalan-jalan makan angin. Saja bawa adik saya tu ronda-ronda KL. Habis study asyik melekat dekat rumah. Aunty nak pergi mana?"

"Aunty sebenarnya tengah tunggu driver datang jemput, tapi kereta pancit pulak. Jadi terpaksalah aunty tunggu lagi."

Datin Zaleha membelek tas tangan. Tangannya seperti mencari sesuatu dalam beg yang dipegang. Sekeping kertas dikeluarkan lalu dihulur depan Nina.

"Sebelum tu, ini kad aunty. Sekarang ni dekat office, kami sedang mencari pekerja. Kalau adik Nina perlukan kerja, boleh datang dekat office. Ikut alamat pada kad tu. Kalau tak jumpa, boleh call aunty bila-bila masa. Aunty sentiasa ada." lembut pelawaan Datin Zaleha ketika menghulurkan kad ditangannya.

Teragak-agak juga Nina untuk mengambil kad yang dihulurkan wanita itu. Bila difikir semula agak bertuah kerana Dania dipelawa untuk mendapatkan peluang kerja seperti apa yang didengar tadi. Dengan hormat dan penuh sopan, Nina mengambil juga kad pemberian wanita itu.

"Terima kasih aunty. Nanti saya bagitau dengan adik saya. Tapi aunty tak kisah, kalau saya telifon nanti? Tak mengganggu?" soal Nina inginkan kepastian. Pelik juga dia jadinya. Tapi senyuman wanita itu dibalas juga.

"Sama-sama. Nina jangan risau, telifon saja bagitau. Tak mengganggu apa-apa pun. Pastikan adik kamu setuju. " beritahu Datin Zaleha.

Bahu Nina di usap lembut sebelum bergerak mengatur langkah.

"Jangan lupa call aunty. Aunty yakin peluang ada untuk adik kamu." ayat terakhir wanita itu jelas manis senyuman yang terpamer.

Ternyata kata-kata akhir wanita itu membuat gadis ini berfikir sejenak. Inilah dikatakan peluang datang bergolek.

Datin Zaleha dilihat menghampiri pada lelaki berkaca mata yang sedang menanti di luar. Kelihatan muda, segak dan bergaya lelaki itu. Tapi jauh untuk dia membuat kesimpulan dengan apa yang dilihat. Kerana pengenalan itu terlalu singkat.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro