Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TIGA

Jam tepat menunjukkan pukul sembilan sebaik kereta Lutfi menembusi perkarangan rumah. Deruman enjin dimatikan lalu keluar dari badan kereta. Terlakar kepenatan di wajah lelaki ini tatkala menjejakkan kaki ke dalam rumah. Tali lehernya direnggangkan sedikit dengan badannya dilepas pada sofa empuk dihadapan ruang tamu. Matanya ditutup seketika melepaskan kepenatan.

"Baru balik?"

Teguran mama menyedarkan aku yang baru saja berbaring pada sofa diruang tamu. Aku bangkit memerhati langkah itu datang mendekat.

"Mama tak tidur lagi?"

Soalan mama berbalas soalanku.

"Tak perlu risau tentang mama. Fi tu, ke mana satu hari ni? Mama call banyak kali tak dapat. Mama datang office Fi tak ada. Merayau jumpa perempuan tu kan?"

Suara tegas mama buat aku kelu. Riaknya sudah cukup buat aku faham yang mama sedang menyimpan rasa marah.

"Mama..."

"Tak payah nak sorok-sorok dengan mama. Bagitahu aje. Fi jumpa perempuan tu lagi kan?"

Pertanyaan mama buat keluhan beratku terlepas sekali gus.

"Ya, Fi memang jumpa Rania tadi. Tapi ada kerja luar juga. Mama jangan sangka yang bukan-bukan."

Pengakuan aku buat kening mama terjongket tinggi. Hati cuba bertenang walaupun aku sedia tahu ada api yang mula membuak dalam mama.

"Yelah tu. Sibuk sampai tak boleh jawab panggilan mamakan. Pentingkan perempuan tu dan sanggup batalkan meeting kat pejabat. Apa ni?"

"Bukan macam tu. Fi tunda untuk hari lain. Takut tak sempat nak meeting last minute selagi kerja luar tak siap. Fi tak nak terkejar-kejar."

"Itu alasan sajakan." Bidas mama masih tidak puas hati dengan jawapan aku.

"Mama...Fi minta maaf. Ya, Fi mengaku salah Fi. Lepas ni Fi janji tak ulang salah tu lagi. Please..."

"Maaf jelah yang Fi tahu. Apa masalah Fi sebenarnya? Fi sanggup abaikan kepentingan syarikat dan batalkan meeting semata-mata sanggup buat benda lain. Yati call mama bagitahu kalau Fi tak dapat hadirkan diri. Apa ni? Fi sengaja nak malukan mama ke?"

Suara mama berubah nada. Renungannya juga mencengkam seperti sedang menahan amarah yang terbuku dalam hati.

Aku kesal. Letih untuk berdebat soal itu ini dengan keadaan penat yang masih belum hilang.

"Jangan fikir macam tu. Fi tak ada niat nak malukan mama. Meeting tu Fi cuma tukar hari saja. Tak salahkan."

"Tak payah nak sedapkan hati mamalah. Mama tahu Fi dah termakan pujuk rayu perempuan tu kan. Ingat ya Fi, perempuan tu dah buat hidup sekeluarga kita kucar-kacir selama ni. Orang macam tu ke yang Fi layak sayang?"

"Perlu ke ungkit kisah silam tu semua?"

"Yes! Mama tak suka dia. Mama benci dia. Papa meninggal sebab dia. Fi jangan ingat mama senang-senang nak maafkan perempuan tu. Pembunuh tu tak layak ada dalam keluarga kita."

"Mama!" Nada suara ku tiba-tiba naik seoktaf.

"Tak ada salahnya untuk dia baiki hubungan ni. Fi sayangkan dia sebab dia sanggup berubah untuk Fi. Tak ada manusia yang tak pernah buat salah mama. Sampai bila kita nak menghukum dia?"

"Sampai mati!"Tekan mama.

"Mama!"

Hatiku bagai dihentak dengan sesuatu yang keras dan tajam. Berkali-kali cuba ku tahan, namun sakitnya menyengat seluruh tubuhku.

"Ingat Fi, papa tak kan kembali semula pada kita. Menangis air mata darah sekali pun perempuan tu kan dapat mengubah hati mama. Dia bukan pilihan yang terbaik untuk Fi."

Di penghujung ayat mama jelas berbunyi kecewa. Pedih hatiku jika hal ini tidak berkesudahan. Mengapa aku perlu mengalah? Panjang langkah ku atur memintas mama dari hadapan.

"Kenapa mama benci sangat dengan Rania? Tak boleh ke bagi mama peluang sekali lagi untuk dia? Fi cintakan Rania ma, Fi sayangkan dia. Tolong faham perasaan Fi." Segalanya ku luahkan dengan jujur.

"Jangan sebut cinta kalau itulah perempuannya. Mama tak kan pernah restukan Fi dengan dia. Tinggalkan perempuan tu atau Fi akan dapat susah nanti."

"Jangan macam tu ma. Rania perlukan Fi. Dan Fi sayangkan dia."

"Pergilah!"

Suara menengking mama bergema satu ruang rumah.

"Mama tak akan bertolak ansur kalau Fi cuba nak membantah. Suka atau tidak, lupakan Rania, lupakan segala-galanya tentang perempuan tu. Faham."

Sekali lagi mama bertegas. Biarpun nadanya perlahan, tapi sudah cukup buat aku tertekan mendengarnya.

Aku akui, kesilapan ini tak kan dapat mengubah keputusan mama dengan mudah. Meskipun kusut aku memikirkan bagaimana caranya, bahagia yang aku cari dengan Rania tak akan wujud selagi mama tidak menrestui kami. Kedua-duanya penting buat aku. Tapi peluangku terlalu tipis untuk bersama Rania.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro