SEPULUH
Lutfi mengeluh dalam menunggu kesesakan di lampu isyarat. Secara tidak sengaja matanya telah menangkap sesuatu. Sesuatu yang berdiri tidak jauh dari kereta miliknya. Memang sah, itulah gadis sewel yang memberi tumbukan ke pipinya tadi. Perasaan marah kembali bertandang. Dia perlu segera melunaskan hutang sakitnya pada gadis itu. Lutfi cuba bertindak.
"Dah lama tunggu saya"
Dania menoleh tatkala ditegur dari arah belakang. Terbeliak biji matanya tiba-tiba. Lelaki yang ditumbuk tadi tersengih kerang busuk. Nak lari rasanya tak sempat lagi. Dania turut tersengih.
"Mari ikut aku." tangan Dania ditarik kuat.
"Ishh...lepaslah. Apahal peluk-peluk aku? Kau nak bawa kau pergi mana ni? Tak malu ke? Aku tak kenal kaulah. Lepaskan aku." marah Dania menolak tubuh lelaki itu.
"Diam. Aku sumbat mulut kau dengan benda ni karang." pewangi berbentuk buah epal ditunjuk depan Dania.
"Aku nak bagi pengajaran untuk perempuan otak senget macam kau. Lain kali fikir dulu sebelum bertindak. Jangan ingat kau senang-senang boleh lari macam tu. Siapa nak bayar ganti rugi buah hati aku yang calar tu?" bentak Lutfi bengang. Dia melemparkan jelingan pada gadis itu.
Dania menggosok pergelangan tangannya yang sakit. Si EGO sengal ni? Desis hati Dania geram membalas jelingan lelaki itu.
"Apa kau cakap?"
"Tak cakap apa pun." balas Dania. Giginya diketap menahan geram.
"Apa sengal-sengal. Kau ingat aku tak dengar kau kutuk aku?"
Dania terkedu. Sekilas reaksi selamba lelaki itu dipandang. Yang jelas tiada apa yang mencurigakan. Tapi bagaimana tekaan lelaki itu tepat. Sedangkan dia cuma bercakap dalam hati. Pelik.
Nampak comel muka kau. Makin masam makin geram aku tengok. Karang tak pasal-pasal kena cubit-cubit pipi tu. Lonjak hati Lutfi tiba-tiba. Dia pelik perasaannya rasa begitu, sedangkan sikap biadap dan kelakuan gadis itu terhadapnya sama sekali tidak boleh dimaafkan. Lutfi menolak tepi perasaan tadi. Dia nekad bertindak jika gadis sewel itu cuba berdalih atau melarikan diri. Sekali lagi tangan Dania ditarik kuat berlalu mengikut gerak langkahnya. Namun Dania cuba memberontak untuk melepaskan diri sewaktu melintas. Lutfi menolak tapi terlebih dulu jatuh dan mereka nyaris dilanggar dari jarak dekat.
"Aduhh..."
"Kau nak bunuh aku ke" soal Dania bengis.
Dia menahan sakit pada lengannya yang luka akibat jatuh. Mencerlung mata Lutfi. Kalau bukan kerana dia berbuat demikian tentu gadis sewel dihadapannya itu terlambung dua ratus meter ke depan.
Pemilik lori itu cemas. Dengan pantas dia turun mendapatkan Lutfi dan Dania yang ketika itu terbaring di atas jalan.
"Encik tak apa-apa? Sa...saya minta maaf. Saya tak sengaja tadi. Nak saya call ambulans?" tanya pemandu lori itu.
"Tak payah. Lain kali jangan nak sms masa bawa lori tu. Kalau terlanggar tadi macam mana? Tak pasal-pasal awak kena saman dengan saya nanti." jawab Lutfi.
"Maaflah bang, memang salah saya pun. Saya tak perasan pulak, isteri abang melintas tadi. Tau-tau dah jadi macam ni. A.. isteri abang ok?" tanya pemandu lori itu ingin kepastian.
Dia memandang gadis itu dipeluk erat oleh Lutfi sedari tadi. Lutfi tersengih. Dia pura-pura senyum tidak mahu pemandu lori itu menyesak tentang apa yang berlaku.
"A...a..isteri? Ha...ha..ok tak apa-apa." teragak-agak Lutfi menjawab.
Dania tyang terasa kecut dipeluk, mula meradang. Dia pantas bersuara.
"Lepaslah. Bila masa aku jadi bini kau? Tak malu ke? Encik, encik jangan percaya cakap lelaki ni. Dia cuba nak.....mm..." lutfi cepat menekup mulut gadis yang dipeluknya itu. Ayat Dania tidak sempat dihabiskan. Dia masih cuba meronta-ronta minta dilepaskan.
"Diam," bisik Lutfi geram.
Berketap gigi lelaki ini memandang Dania dengan perasaan yang semaki meluap-luap geramnya. Tindakan Dania untuk melepaskan diri kali ini, benar-benar mencabar kesabaran Lutfi. Walau apa sekali pun dia tetap tidak akan membiarkan gadis itu terlepas dari pelukannya.
"Maaflah, isteri abang ni sakit otak. Kadang-kadang dia ok. Tapi kalau tak ok, macam nilah jadinya. Merayau-rayau tak tentu hala, lepas tu suka meracau cakap yang bukan-bukan." beritahu sengaja Lutfi mereka cerita.
Pemandu lori itu yang merasa sedikit pelik tidak pula berani untuk bertanya. Cukuplah kesalahannya ber sms semasa memandu tadi dimaafkan. Rasanya tidak perlulah dia mencampuri urusan peribadi suami isteri itu. Tanpa menunggu lama, pemandu lori tersebut terus berlalu.
"Lepaskan aku, kau tak faham bahasa ke? Kaulah yang sakit otak." balas Dania kesat ayatnya.
Ramai mata yang memandang seolah pelik dengan kelakuan mereka berdua. Lutfi tidak peduli pada mata yang memerhatikan mereka ketika itu. Yang dia tahu, gadis biadap seperti Dania perlu bertanggungjawab dengan apa yang telah dilakukan terhadap keretanya.
"Diam aku cakap diam. Kau nak aku malukan kau dekat sini?' bentak Lutfi sekali lagi tidak mahu mengalah.
"Apa masalah kau ni ha?" soal Dania yang turut berang.
"Masalahnya sekarang aku nak kau ganti rugi kereta aku yang calar. Bayar sekarang, baru aku lepaskan kau.' Jawab Lutfi bulat matanya memandang.
"Kenapa aku? Sepatutnya kau yang minta maaf sebab kau cuba nak bunuh aku tadi. Nyaris tak mati katak. Kalau jadi apa-apa dekat aku tadi, belum tentu kotak buruk kau tu mampu nak bayar insurans nyawa aku." Bidas Dania geram.
"Hei, kenapa mulut kau ni jahat sangat ha? Aku tak pernah jumpa perempuan sewel kuat menjawab macam kau ni. Dengar sini, kau ingat aku suka-suka nak buat macam tadi tu. Kalau aku tak tarik kau tadi, memang kau dah mati katak. Aku juga yang rugi, sebab kau tak dapat bayar ganti rugi kereta aku. Aku tak nak banyak cakap. Sekarang aku nak kau minta maaf dan bayar ganti rugi. Sekarang..!!" tempik Lutfi kuat.
Kesabarannya sudah hilang. Dalam kemarahan yang teramat sangat tidak sedar dia sempat menolak gadis itu hingga jatuh ke jalan. Dania tergamam. Hatinya sakit diperlakukan seperti itu. Lelaki dihadapanya ini agak berlainan biadapnya.
"Kenapa kau diam? Dah bisu? Susah sangat nak minta maaf?" marah Lutfi yang masih bersisa.
Dia mencangkung meluat dengan tenungan tajam Dania. Gadis itu bangun membetulkan beg sandangnya. Baju di tarik dikemas dengan topi yang sedikit senget. Nasib baik sewaktu jatuh tadi topinya tidak terbuka. Kalu tidak tentu rambutnya yang panjang itu terlerai serta-merta.
"Padanlah muka." perlahan perkataan itu disebut.
"Apa kau cakap?" Lutfi semakin bengang. Tangan Dania sekali lagi di tarik kuat.
"Padan muka, padan muka, padan muka. Boleh tak kau lepaskan aku. Sakit tau tak?" jerit Dania keras.
Pergelangan tangannya merah dengan siku yang sedikit luka. Patutlah dia terasa pedih.
Lutfi tidak simpati langsung dengan kecederaan Dania jika di bandingkan tumbukan yang mengena pada mukanya tadi.
"Apahal ni? Kau jangan nak macam-macam dengan aku. Nanti...
"Diam!" pintas Lutfi.
"Sekarang jalan dan jangan banyak cakap. Ini atas ucapan tahniah, sebab kau dah berjaya calarkan buah hati aku. Sebelum aku hantar kau tidur dekat balai, kau kena tunaikan permintaan aku dulu. Ingat, ini bukan kehendak aku tapi kau yang paksa aku buat semua ni." mencerlung pandangan yang dilemparkan Lutfi diselangi dengan kata berbaur ugutan depan Dania.
Dania mengeluh memandang reaski lelaki itu tegas memberi arahan padanya. Dengan gaya terpaksa lengannya ditarik kuat oleh lelaki Mr. Ego gelarannya. Langkahnya diatur mengikut jejak lelaki itu masuk ke dalam sebuah kedai.
Ah, sudah Dania mula alergik dengan situasi itu. Dia mula rasa tidak selesa. Macam bakal penganti saja gayanya mereka berdua disitu. Apa tujuan lelaki ini sebenarnya? Mungkinkah dia kan dijadikan bahan eksperiman? Hatinya berteka-teki sendiri. Inilah akibat jika terlalu ikutkan kata hati.
"Nah, cuba ni." sebentuk cincin berlian dihulur depan Dania.
"Tak nak. Nak buat suruh saya pakai? Suruh jelah amoi tu pakai." jawab Dania menolak.
Terjegil mata Lutfi memandang Dania. Sempat lagi kaki gadis itu dipijak seakan memberi ugutan keras.
"Jangan banyak bunyi. Aku cakap cuba,cubalah. Ini bukan untuk aku, ini untuk buah hati aku. Lelaki malang aje yang nak belikan cincin ni untuk kau. Jadi tak payah nak perasan." bisik Lutfi cuba mengawal barannya.
Dania diam. Hatinya sakit semakin melarat mendengar kata-kata angkuh lelaki itu mengutuknya. Kaki yang dipijak perlahan ditarik. Perit sungguh. Arghh....aku benci dia...ucap Dania menyinga wajahnya.
Jurujual kedai emas tersebut senyum memandang tingkah laku mereka berdua. Seakan romantik saja gaya pasangan itu berbisik sambil memilih cincin. Tidak ada apa yang nampak pelik melihat reaksi begitu setiap kali pelanggan mereka berkunjung untuk membeli cincin. Itu sudah menjadi kebiasaan. Namun apa yang difikirkan tidak seperti yang disangka.
"Iye.." kasar cincin itu di ambil. Malas dia mahu bertekak lagi dan lagi.
"Pilih mana-mana yang sayang suka. Mahal atau murah itu semua abang tak peduli. Janji saiznya sesuai, faham sayang.." tiba-tiba berubah ayat Lutfi cuba menarik perhatian Dania. Dia tidak mahu jurujual kedai itu perasan tingkah mereka sedikit pelik.
Dania mencebik geram. Perkataan sayang itu sudah cukup menambah meluat di hati Dania. Namun dengan tiba-tiba reaksi spontan lelaki itu seakan menduga. Wajah yang bengis bertukar manis. Serasa mahu gugur jantung Dania melihat lirikan mata dan senyuman manis yang dipamerkan. Ditambah pula dengan gaya segak menyerlahkan lagi wajah kacak lelaki itu, biarpun bibir sedikit bengkak. Tapi sayang, sedikit pun tidak menepati citarasa Dania.
"Siapalah gadis malang yang kau pilih tu? Kesian..." kutuk Dania perlahan bunyi di penghujung ayatnya.
"Apa kau cakap?" soal Lutfi antara dengar dengan tidak.
"Tak..aa.. maksud aku cantik, sesuai sangat dengan bidadari pilihan hati kau tu. Nah." Dania hulur cincin yang dicubanya tadi. Dia senyum mengejek dengan ketidak pekaan lelaki itu dengan apa yang dikatakan tadi.
Lutfi tidak pula memberi sebarang komen tentang pilihan yang dibuat oleh Dania. Sama ada dia suka mahupun tidak, terus saja cincin di tangan Dania disambut.
" Not bad." Lutfi mengangguk. Ternyata pilihan gadis si loyar buruk itu tidak menolak citarasanya.
"Amoi, bagi I yang ini dengan kotaknya sekali. Duit, nanti dia bayar." beritahu Lutfi. Cincin berlian tadi dihulur bersama.
"Ok, you tunggu sekejap ha." kata jurujual kedai emas itu.
"Apa tengok? Bayarlah." arah Lutfi.
Buntang mata Dania mendengarnya. Melampau sungguh lelaki ini. Mana dia ada duit untuk membayar sebentuk cincin berlian saat itu. Yang jelas, sekeping kad kredit dihulur dengan sekeping kertas.
"Ini bukti kau berhutang dengan aku." kata Lutfi sekeping resit dikipas depan muka Dania.
"Nasib baik muka tu comel. Kalau tak, dari tadi aku dah cekik-cekik kau." tambahnya lagi. Berketap Lutfi menahan geramnya.
"Ada aku kisah. Kau yang buat mulakan dulu, kenapa aku nak minta maaf? Jangan harap aku nak mulakan dulu. Tak sedar diri. Jangan ingat kau tu anak orang kaya, boleh berlagak hidup dekat muka bumi ni. Ingat aku heran sangat. Sesuka hati nak marah orang. Semua harta dalam dunia ni hanya pinjaman semata-mata. Tak payahlah nak berlagak. Nanti masuk dalam lubang kubur bukannya dapat bawa semua harta kau tu." balas Dania tidak berperasaan.
Dia cuba merumitkan keadaan. Semakin lama dia berhadapan dengan lelaki itu, semakin meluat Dania jadinya. Ditambah pula dengan tindakan drastik lelaki itu memeluk, menyentap, menolak serta merta membuatkan Dania bertambah geram.
"FINE..!!" tempik Lutfi kuat menepuk bumbung kereta kuat.
Kesabaran Lutfi semakin menipis dengan ayat biadap Dania. Rasanya tidak perlulah dia berlembut atau membuat rundingan kerana sememangnya gadis itu tidak akan mengalah. Dia juga tidak mungkin akan mengalah. Sukar menyebut kata maaf jadi kedua-duanya semakin panas.
"Degil, keras kepala, hati batu. Kau ingat aku nak biarkan kau macam tu. Nak sangat tengok aku marahkan? Biar aku tunjukkan macam mana caranya. Untung-untung kau tak jumpa jalan balik lepas ni. Biar padan muka kau." bentak Lutfi sebaik saja menolak Dania masuk ke dalam badan kereta miliknya.
Dania terjelopok di kerusi. Dia cuba memberontak untuk melepaskan diri. Namun pegangan lelaki ini seakan tidak mampu dilawan. Lutfi tidak memberi peluang lagi kali ini. Dengan pantas dia mencapai palster yang terdapat di tempat duduk belakang. Tangan dan kaki Dania di palster kuat. Kali ini tiada perkataan tolak ansur.
Dania tidak mampu berbuat apa-apa. Perasaan marah, takut dan cemas sudah bercampur dalam diri. Mana tidaknya sekarang ni banyak saja kes culik, rogol, bunuh, mungkin saja lelaki itu akan berbuat demikian. Tak pasal-pasal hidupnya sia-sia dengan lelaki gila meroyan itu. Dania semakin cemas.
"Lepaslah, jangan lah buat aku macam ni. Aku jerit nanti. Sakit tau tak."
"Lebih baik kau diam sebelum aku plaster mulut tu."
Enjin kereta sudah hidup. Lutfi menekan pedal minyak lalu memecut laju keretanya.
"Aku tak kan diam selagi kau tak lepaskan aku. Tolong..tolong.." jerit Dania. Suaranya tidak kedengaran dari badan kereta.
Lutfi terus penampal plaster di mulut Dania. Dia nekad membawa gadis itu untuk dikenakan tindakan undang-undang.
Seboleh-boleh dia tidak mahu perkara ini melarat hingga ke balai, tapi melihatkan sikap biadap gadis tersebut itu memang kepantangannya. Jadi secara tidak langsung akan memberi pengajaran.
"Mmm..." dania meronta-ronta.
Ayatnya tidak jelas akibat mulut sudah di palster. Kerusi tempat duduknya sengaja dibaringkan lelaki itu. Dia tidak mampu berbuat apa-apa hanya cuba meronta lagi.
"Mmm..." kali ni suara Dania seolah meminta maaf.
Lutfi tersenyum sinis. Gaya badut saja gadis sewel itu disebelahnya. Padan muka. Balasan akibat mencari pasal dengannya. Tidak pernah dia berkelakuan kejam dan biadap begini terhadap perempuan. Rasa bersalah pula tiba-tiba. Dia berhenti memandu.
"Sakit?"
Dania mengangguk.
"Nak jerit lagi?
Dania menggeleng. Tapi Lutfi ketawa kecil lucu melihat reaksi gadis itu.
"Aku boleh lepaskan kau tapi ada syarat. Aku nak kau minta maaf dulu."
Dania mengangguk beberapa kali sungguh-sungguh setuju dengan apa yang dikatakan oleh lelaki itu. Matanya memandang tepat saat lelaki berkenan mendekatinya.
Muka handsome. Rambut ala-ala korea pula tu. Tapi perangai mengalahkan gergasi bertanduk dua. Sempat lagi Dania mengutuk dalam hati sebiak palster di mulutnya dibuka.
"Apa tengok? Cakaplah."
"Ye, ye nak cakaplah ni. Aku minta maaf, aku minta maaf, aku minta maaf. Puas hati?" soal Dania
"Ha....kalau dari tadi kau minta maaf kan senang. Tak adalah aku nak buat semua ni. Tapi apa-apa pun aku masih belum puas hati lagi. Setakat minta maaf tu apalah sangat pada kau kan. Ganti rugi aku belum tentu kau boleh bayar. Jadi, aku nak kau buat sesuatu untuk aku dulu baru aku maafkan kau. Sekarang aku nak kau cium kereta ni sambil cakap 'minta maaf sayang' sampai aku cakap berhenti, baru kau berhenti. Sekarang..!!!" arah Lutfi kasar sebaik mendekatkan Dania pada kesan calar keretanya.
"Eh, apahal pulak?" soal Dania seakan membantah.
"Apahal apa? Buat sekarang." bidas Lutfi tidak menjawab. Sebaliknya dia kembali bertanya dengan pandangan yang bengis.
Gerutu hati Dania mematikan akalnya untuk membantah. Takut juga dia melihat mata dan wajah lelaki itu yang tidak ubah seperti mahu bertukar menjadi hijau. Karang tak pasal baju dengan seluar koyak. E...tak nak aku.
Jika tadi terpaksa menahan sakit di lengan akibat luka dan sekarang dia dipaksa berlakon menjadi burung belatuk semata-mata untuk berkata maaf pada kotak buruk lelaki itu. Memang tidak berbaloi. Adoi hai, sakitnya hati. Jeritan Dania tersekat di kerongkong.
"Dah, lepaskan aku. Kau tak kesian ke? Tangan aku sakit ni. Perut aku lapar. Aku janji lepas ni aku tak buat lagi." ujar Dania lembut.
"Boleh, tapi bayar RM5000.00 dulu baru aku lepaskan kau. Itupun kalau kau nak aku lepaskan cara baiklah." kata Lutfi sengaja mempamerkan reaksi nakal sambil tersenyum mengangkat kening.
"Hilang akal ke apa? Mana aku ada duit sebanyak tu. Agak-agaklah sikit."
"Ok kalau macam tu." lelaki itu dilihat membuka beg sandang Dania. Terdapat dompet di dalamnya. Dania mula cuak tatkala lelaki itu sudah bertindak membuka dompetnya tanpa kebenaran.
"Apahal kau usik barang aku?"
"Diam. Aku ambil ni sebagai ganti rugi. Nak benda ni, cari aku dan bawa duit sekali. Kalau tak, kita jumpa di mahkamah." beritahu lelaki itu sebaik mengambil sekeping kad.
Ternyata kad tersebut kad pengenalan dirinya. Bertemu kening Dania dengan kata putus yang cuba diberi lelaki itu. Selamba lelaki itu membalas dengan reaksi tidak berperasaan melangkah memasuki badan kereta tanpa sempat untuk dia bertindak. Kelu lidah tidak mampu berkata rasa takut sekali gus menyerbu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro