Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

SATU

                  Kepekatan malam sekian mengaburi pandangan seorang wanita yang masih sabar menunggu. Biarpun bersabar menunggu namun hatinya masih gelisah sedari tadi. Tanpa disangka kelihatan anaknya dipapah masuk ke dalam rumah. Berubah terkejut reaksi wanita itu seketika.

"Apahal ni?" soalan pertama Datin Zaleha.

"Maaf datin, Encik Lutfi mabuk. Mungkin terlebih minum agaknya." jawab seorang lelaki.

Pak Sani namanya. Lelaki tua yang lingkungan pertengahan lima puluhan, selaku pemandu peribadi di rumah agam itu. Pertanyaan wanita mengundang rasa bersalah.

Lutfi dibaringkan atas sofa tidak bergarit dengan mata yang sudah pejam. Tajam cara pandangan Datin Zaleha pada wajah anak terunanya. Pantas dia mendekati Lutfi ketika itu.

"Fi, bangun Fi. Bangun mama kata bangun. Fi bangun." kejut Datin Zaleha duduk disebelah anaknya.

Badan Lutfi digoyang-goyangkan sedikit, namun Lutfi sudah jauh hanyut dibawa dengan mimpinya saat itu. Lutfi yang antara sedar dengan tidak.

"Fi bangun." keras suara Datin Zaleha kali ini. Wajah anaknya ditepuk-tepuk.

"Mm.....jangan kacau, letihlah sayang. Esok je lah kita cakap. I nak tidur ni." dengus Lutfi malas. Tangan mamanya ditepis dengan mata yang masih lelap.

"Sayang? Ahmad Lutfi, bangun...!! Ini mama Fi. Sampai bila kamu nak jadi macam ni?" bernada geram suara Datin Zaleha dengan pertanyaannya.

Pak Sani memandang reaksi majikannya. Jelas berubah wajah wanita itu seakan menahan marah.

"Kenapa Pak Sani tak halang biarkan dia teguk air setan tu? Saya dah cakap banyak kali, jangan ikutkan sangat kehendak dia ni nanti menjadi-jadi. Sekarang tengoklah, asal balik mabuk. Sampai bila kita nak kena tengok dia terus hanyut macam ni? Susah sangat ke nak dengar cakap saya?" ujar Datin Zaleha dengan nada suara meninggi.

Tak pasal-pasal Pak Sani menjadi tempat melepaskan geramnya. Lutfi yang masih berbaring, dipandang semula. Serasa mahu saja dia mencurahkan air ke muka anaknya supaya kembali sedar.

"Saya minta maaf Datin. Sebenarnya saya tak sangka encik Lutfi mabuk lepas jumpa dengan cik Rania. Cik Rania kata bukan selalu cuma malam ni saja. Itu pun sebab nak celebrate party birthday kawan Cik Rania. Saya terkejut , tapi saya tak tau nak buat macam mana lagi. Saya terus bawa dia balik." terang Pak Sani tenang.

Dengan wajah yang bengis Datin Zaleha bangun. Nipis telinganya mendengar nama itu.

"Rania? Jadi semua ni sebab dia? Perempuan tu memang dah melampau." kata Datin Zaleha berbaur amarah.

"Datin, saya minta maaf. Saya faham perasaan datin sekarang ni. Walaupun Encik Lutfi bukan anak saya, tapi saya dah anggap dia macam anak saya sendiri. Masalah keluarga ni, dah jadi sebahagian daripada masalah saya. Datin rasa susah, saya turut sama susah. Cubalah datin nasihatkan Encik Lutfi lagi. Saya percaya dia seorang anak yang baik dan mendengar kata. Mungkin sekarang dia susah nak berkongsi masalah dengan orang lain ataupun dia malu nak terus-terang. " beritahu Pak Sani lembut.

Prihatin sungguh dia terhadap keluarga majikannya yang sudah dianggap seperti keluarganya sendiri.

"Terima kasih Pak Sani, sebab tolong saya papah Lutfi naik atas. Kalau Pak Sani tak ada, memang tak taulah saya apa nak jadi dengan si Lutfi ni. Maaf, sebab saya terlepas marah pada Pak Sani tadi." ucap Datin Zaleha lembut.

Lelaki tua itu tersenyum. Gerak langkahnya di atur. Pintu yang terbuka ditarik perlahan. Datin Zaleha diam termanggu seketika berbicara dengan dirinya sendiri.

Abang, kenapa cepat sangat abang tinggalkan Zal? Zal keseorangan bang. Zal tak kuat. Zal tak berdaya mengharungi semua ni tanpa abang. Rintih hati kecil wanita itu.

Air mata yang mengalir, dibiarkan saja.Wajah Lutfi dilihat, sedikit pun tiada gangguan pada anaknya yang terus lena dibuai mimpi ketika itu. Semakin dipandang semakin perit hatinya menahan sebak memikirkan untuk hari-hari seterusnya.

Terasa berat ujianmu Ya Allah. Haruskah dia membiarkan saja Lutfi terus hanyut dengan kehidupannya sekarang ini? Tidak, itu pastinya tidak akan dibiarkan berlaku.

Dia akan bangkit dengan semangat yang ada. Dia harus kuat tidak boleh lemah dan mudah mengalah. Dia juga perlu menjadi tonggak utama untuk melihat masa depan Lutfi lebih terjamin. Itulah kata semangat yang berbisik dalam diri Datin Zaleha. Dia menarik nafas sedalam yang mungkin mencari kekuatan diri.

Lutfi tenang memandu. Pandangan dilempar keluar tingkap. Kejadian mabuk semalam cuba dibuang jauh. Fikirannya bercelaru memikirkan masalah yang sedia ada. Ditambah pula dengan pelawaan mamanya. Bingung sungguh untuk dia menyelesaikan masalah yang satu persatu menanti di hujung otak bila mengingatkan kata-kata mamanya.

"Fi, hari ni balik awal sikit. Mama nak ajak Fi pergi rumah aunty Julie. Dia ada buat majlis makan-makan untuk celebrate Lisa petang ni. Dengar kata Lisa baru habis study dekat US. Itupun aunty Julie call mama semalam bagitau yang dua hari lepas si Lisa tu balik sini. Kita pergi ye? Mama pun dah lama tak jumpa diorang." beritahu Datin Zaleha senyum memandang wajah anaknya.

Tapi tidak bagi Lutfi yang tersenyum pendek mendengar pelawaan mamanya. Reaksinya kelihatan serba salah.

"A...a...sorrylah ma. Hari ni Fi dah janji dengan kawan nak jumpa. Mungkin Fi balik lewat. Mama pergilah. Mungkin lain kali Fi temankan mama. Tak apa kan?" jawab Lutfi sedikit teragak-agak.

"Tak kan tak boleh langsung nak temankan mama. Lagipun Fi kan dah lama tak jumpa dengan Lisa. Kawan Fi masa sekolah dulu. Mesti seronok kalau sekarang ni Fi jumpa dengan dia balik. Pasal nak jumpa kawan tu, tangguh hari lain tak boleh? Penting sangat ke?" soal Datin Zaleha inginkan kepastian.

"Penting sangat tu tidaklah, tapi Fi dah janji dengan orang. Nanti apa pulak kata kawan Fi. Lagipun pagi ni Fi ada meeting dengan klien, jadi terpaksalah Fi jumpa kawan sebelah petang. Sorry ma Fi betul-betul tak boleh teman mama hari ni.Fi minta maaf ye." gelisah saja nada suaranya berkata.

"Siapa? Rania?"

Kerutan di dahi Datin Zaleha jelas terlihat. Lutfi mengangguk perlahan tatkala melihat reaksi mamanya berubah.

"Rania, Rania, Rania." terus terhenti Datin Zaleha untuk menghabiskan makanan dalam pinggannya. Sudu diletak dengan wajah yang bertukar mencuka. Dia bangun.

"Pedih hati mama ni bila Fi pentingkan orang lain dari mama Fi sendiri. Kenapa Fi tak pernah dengar cakap mama dari dulu. Tinggalkan perempuan tu dan lupakan dia. Rania tak sesuai untuk Fi. Banyak lagi perempuan dalam dunia ni yang lebih cantik , lebih hebat malah lebih baik dari dia. Kenapa perempuan macam tu jugak Fi kejar. Dia tak sesuai nak dijadikan calon isteri Fi. Tolonglah, tolonglah dengar cakap mama kali ni." tambah Datin Zaleha dengan marahnya yang mula meninggi.

Baru saja langkahnya diatur meninggalkan meja makan, Lutfi bangun kembali bersuara.

"Mama tak boleh cakap macam tu. Fi cintakan dia. Fi percayakan dia. Fi tak boleh hidup tanpa dia ma. Mama tolong faham Fi. Tak salahkan kalau kita bagi dia peluang untuk berubah. Fi sayangkan dia ma, Fi sayangkan Rania." luah Lutfi bersungguh-sungguh cuba menyakinkan mamanya.

Datin Zaleha menggeleng lalu menoleh anaknya. Dia cuba menahan perasaannya saat itu.

"Mama dah tak tau nak cakap apa dengan Fi lagi. Kenapa Fi susah nak lupakan orang yang cuba musnahkan keluarga kita? Kerana dia, Fi sanggup ketepikan adik-beradik, Fi sanggup lukakan hati mama. Kenapa Fi sanggup buat semua ni? Mana letaknya pendirian Fi selama ni? Apa hebatnya perempuan tu dalam hidup Fi? Sampai Fi sanggup ketepikan kami semua." jelas kekecewaan dari nada suara Datin Zaleha.

Air mata mula bertakung dipelupuk matanya. Dia cuba dia mengawal rasa hiba di hati tatkala Lutfi mendekati memegang tangannya.

"Mama, tolong faham perasaan Fi. Fi minta maaf sangat-sangat selama ni Fi selalu buat mama susah hati. Fi sayangkan Rania dan Fi nak kahwin dengan dia. Fi tak akan tinggalkan dia." ucap Lutfi memandang wajah Datin Zaleha dengan menggunung harapan, agar mamanya setuju dengan pujukannya kali ini.

Tapi tidak wanita itu, yang semakin sakit mendengar ayat Lutfi yang masih juga tidak berganjak dengan keputusannya.

" Enough Ahmad Lutfi. Jangan ingat dengan perasaan cinta, Fi dapat beli kebahagiaan. Selagi tiada restu daripada mama, mama tak izinkan Fi kahwin dengan perempuan tu. Ingat Fi, papa dah tinggalkan kita. Tif dengan Keera semakin menjauh hati dan mama tiada siapa-siapa kecuali Fi. Tolong jangan hancurkan permintaan mama. Mama tak nak Fi menyesal kemudian nanti." ujar Datin Zaleha semakin sebak dihatinya saat itu.

Lutfi tidak mampu melihat kesedihan mamanya. Air mata yang gugur membuatkan dirinya dirundung perasaan bersalah. Perasaan tidak mengembalikan kebahagiaan milik keluarganya. Mungkin kerana sikapnya selama ini, secara tidak sedar banyak hati yang telah terluka. Lamunan yang panjang tiba-tiba tersentak ketika pedal brek terpaksa ditekan cemas.


*Terbitan 2015
*SOLD OUT

Follow CA di :

https://m.facebook.com/groups/2851659798435473/?ref=share&mibextid=NSMWBT

https://www.facebook.com/ca.pis.5?mibextid=ZbWKwL



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro