LIMA BELAS
Datin Zaleha mengelamun panjang dengan matanya terarah pada kolam mandi. Dua tiga hari ni dia asyik teringatkan wajah gadis yang mirip dengan temannya dulu. Kali pertama dia melihat wajah gadis itu, benar-benar membuatkan hatinya berdebar. Tak ubah seperti temannya yang dulu sudah agak lama terpisah. Apa yang pasti, Datin Zaleha akan cuba mencari kepastian sama ada apa yang difikirkan itu benar mahupun tidak.
"Hai ma, termenung panjang nampak. Ada apa-apa yang nak di kongsi?" tegur Lutfi lembut.
Bahu wanita itu dipeluk lalu sempat memberikan sebuah siuman di pipi insan kesayangannya. Dia menarik kerusi di sebelah Datin Zaleha lalu duduk.
Datin Zaleha tersentak dari lamunannya seketika. Dia menoleh dengan senyuman yang manis. Manja sungguh melihat sikap Lutfi yang kelihatan mengambil berat tentang dirinya.
"Tak ada apa-apa. Mama cuma terfikir pasal masa depan anak mama ni." jawab Datin Zaleha sambil menepuk-nepuk bahu anak lelakinya itu.
Rambut Lutfi diusap lembut sambil bersandar melihat reaksi mamanya. Dia tersenyum.
"Pasal Fi? Apa yang mama nak risau kan, Fi ok. Semua cukup. Ada mama, ada Kak Pah, ada Pak Sani, ada, office , ada kereta, ada rumah, ada macam-macam lagilah. Apa lagi yang mama nak risau kan?" bernada seloroh jawapan Lutfi.
"Maksud mama bukan tu semua sayang. Ini soal jodoh Fi dengan pilihan mama. Itu yang mama tengah fikir sekarang." beritahu Datin Zaleha dengan senyuman.
Lutfi tersentak. Kerusi dipusing betul-betul menghadap wajah mamanya. Gayanya seperti berminat untuk mendengar.
"Mama rasa mama dah jumpa seseorang yang terbaik untuk Fi. Kalau boleh mama nak Fi kahwin sebelum hujung tahun ni. Lagi cepat lagi bagus." lebar senyuman Datin Zaleha memberitahu.
Lutfi yang duduk berhadapan dengannya, bungkam tiba-tiba bangun dari kerusi. Reaksinya jelas terkejut.
"What? Are you joking ma?"
Datin Zaleha menggeleng masih tersenyum manis. Tidak langsung riak wajah anak lelakinya menjadi tanda tanya. Sengaja dia ingin menduga Lutfi saat itu. Lutfi terpinga-pinga.
"Mama harap kali ni Fi ikut cakap mama. Dan mama akan bagi masa untuk Fi kenal dengan budak perempuan tu sebulan sebelum kahwin. Soal majlis akad nikah biar mama yang aturkan semuanya. Dan mama harap Fi setuju dengan cadangan mama ni." jelas Datin Zaleha menunggu jawapan dari anak lelakinya.
"No, Fi tak setuju dan Fi tetap tak setuju." bantah Lutfi.
"Ma, Fi sayangkan Rania. Tak mungkin Fi tergamak nak tinggalkan Rania macam tu. Mama please, bagi Fi sikit masa. Fi janji yang Rania akan setuju kahwin dengan Fi kali ni dan pastikan dia berubah untuk demi masa depan kami. Fi janji tak kan kecewakan mama lagi. Please...." rayu Lutfi penuh pengharapan.
Dia berlutut mohon simpati. Sayu wajahnya sambil memegang kedua-dua tangan wanita itu. Seketika itu wajah Datin Zaleha berubah. Tajam cara pandangannya apabila mendengar kata-kata Lutfi. Degil sungguh anaknya ini.
"Listen Ahmad Lutfi..."
"For one chance ma. I'm promise." pintas Lutfi.
"Tolong jangan paksa Fi. Fi tak nak kahwin dengan orang yang Fi tak kenal. Entah dari pelusuk mana mama jumpa, siuman ke tidak tiba-tiba nak kahwinkan dengan Fi. Fi tetap tak setuju. Ini bukan zaman dulu-dulu. Orang tua yang aturkan jodoh untuk anak-anak. Apa kata nya, kahwin dulu baru bercinta. Itu cuma alasan. Fi sayangkan Rania dan kami dah berjanji akan berkahwin.. Tolong restu kami berkahwin." luah Lutfi sehabis kata memujuk mamanya.
Datin Zaleha mula berangin satu badan. Nama Rania tidak sudah-sudah keluar dari mulut anaknya.
"Mama memang tak pernah suka hubungan Fi dengan Rania. Jadi jangan paksa mama terima perempuan tu inikan pula jadi menantu dan sebahagian dari keluarga kita. Mama tetap tak setuju. Sebelum ni berapa kali Fi ajak dia kahwin, tapi pernah dia terima? Ada dia fikir soal perasaan Fi? Ada Fi terfikir, kenapa dia begitu mudah tolak lamaran Fi sebelum ni? Think about that Ahmad Lutfi." sanggah Datin Zaleha geram. Alasan yang sukar untuk diterima.
Lutfi buntu dengan cadangan mamanya. Soal cinta, kasih sayang tidak boleh dipaksa-paksa. Ini akan membabitkan hati dan perasaan. Sebelum lebih melarat, dia perlu mencari akal untuk berbuat sesuatu agar rayuannya di terima.
"Mama, maafkan Fi. Fi tau Fi bukan anak yang baik. Fi jahat, Fi selalu sakitkan hati mama dan Fi sedar hidup Fi tak kan sempurna jika tak ada restu dari mama. Fi sayangkan mama dan sanggup buat apa saja untuk mama, asalkan tolong jangan suruh Fi tinggalkan Rania. Tolong restu hubungan kami. Please, untuk kali terakhir ma." rayu Lutfi bersungguh-sungguh.
Kedengaran sebak di penghujung suaranya. Kaki mamanya masih dipegang kuat.
Datin Zaleh terkaku. Lidahnya terbeku tanpa kata melihat tindakan anak lelakinya begitu. Berlutut, bersujud, itu bukan cara penerimaannya.
"Ahmad Lutfi stop it. Tolong jangan desak mama. Ini bukan cara terbaik untuk jadi seorang pemimpin baik. Jangan malukan diri sendiri." pantas lengan Lutfi ditarik untuk bangun.
Lutfi berkeras. Dia tidak mahu mengalah. Kedua-dua kaki Datin Zaleha tetap dipegang walaupun mamanya cuba mengelak. Rasanya dengan cara ini saja dia berpeluang untuk memujuk hati mamanya yang sekeras itu.
"Biar, biar semua orang dalam rumah ni tahu. Untuk sekali ni ma, Fi janji akan ikut segala kemahuan mama kalau kali Rania masih juga tolak lamaran Fi. Kahwin dengan orang asli padang pasir sekalipun Fi sanggup. Asalkan ini syarat pertama dan terakhir untuk mama setuju permintaan Fi." desak Lutfi menyesakkan fikiran Datin Zaleha.
Begitu sekali dia sanggup lakukan demi kekasihnya Rania pujaan hati. Habis semua disebutnya. Orang asli padang pasir pun jadi bahan alasan untuk memujuk.
"Fine. Tapi ingat, buktikan pada mama yang perempuan boleh berubah kalau dia betul-betul sayangkan Fi. Tapi kalau syarat yang mama bagi ni dia tak boleh nak ikut, lebih baik lupakan niat cuba masuk dalam keluarga ni. Ini janji mama. Mama sanggup buat apa saja kalau keadaan memaksa." jelas Datin Zaleha sengaja mencabar.
Tidak tergamak dia melihat anaknya berlutut, menyembah, di hadapan nya tak ubah seperti pengemis.
"Thank's ma. I love you so much. You are the best mom that I had in my life." ucap Lutfi lalu bangun memeluk mamanya dengan pantas. Lebar senyumannya terasa berbaloi dengan akal yang dibuat.
Mahu tidak mahu Datin Zaleha terpaksa akur dengan keputusan anaknya. Biarpun hatinya dihimpit rasa sakit, apa yang pasti Datin Zaleha tidak akan mengalah. Itu semua dilakukan demi kebahagiaan Lutfi.
Lutfi tersenyum meleret. Renungannya tidak beralih pada sebentuk cincin emas putih bertatahkan berlian terletak kemas dalam sebuah kotak baldu. Tidak sia-sia cincin yang dibeli tempoh hari bersama seorang gadis pelik yang tidak dikenali asal usulnya. Cantik, sepadan dan yang paling penting tepat dengan citarasanya. Inilah cincin buat dia melamar Rania nanti. Sudah tiba waktunya dia dan Rania di satukan.
"Hai senyum semacam, ada apa-apa ke?" tegur Kak Pah dari arah belakang.
Lutfi terhenti meneguk ice lemon tea kegemarannya. Kelihatan Kak Pah memandang dengan senyuman manis.
"Selalunya senyuman macam tu bermakna untuk orang yang sedang dilamun cinta. Tak gitu Encik Lutfi?" soal Kak Pah. Reaksi anak majikannya dipandang seolah menduga.
"Biasalah Kak Pah. Fi kan memang murah dengan senyuman. Lagipun sehari tak kacau Kak Pah dekat dapur ni memang tak cukup rencah." dalih Lutfi bersahaja.
Murah dengan senyuman konon. Padahal dia sudah mengagak tekaan wanita itu tepat saat melihat senyuman meleretnya tadi. Sengaja dia cuba berselindung. Dia duduk dibangku berdekatan, memerhatikan gelagat Kak Pah menyediakan bahan-bahan masakan. Wanita lingkungan pertengahan emput puluh itu masih tersenyum.
"Owh, cakaplah Fi nak tolong Kak Pah masak. Rencah semua Kak Pah dah siapkan. Tinggal nak masak aje." ujar Kak Pah pura-pura tidak faham.
"Tak nak lah. Nak tolong tengok je. Lesen masak Fi dah tamat tempoh. Belum reniew lagi. Lagipun malam ni Fi ada janji dengan buah hati nak dinner sama. Kak Pah nak joint sekali?" pelawa Lutfi menukar topik.
"Eh, tak payah. Kalau Kak Pah pergi nanti, saham Kak Pah tinggi mendadak. Silap-silap orang tak kenal mana satu buah hati kamu. Jangan buat pasal. Karang ada tayangan tomoi free pula." jawapan yang berbaur menyindir.
"Hish, mengarutlah Kak Pah ni. Orang ajak makan baukan tomoi. Dahlah, malam ni Kak Pah dengan Pak Sani temankan mama makan. Fi mungkin balik lewat sikit. Nak buat special dinner untuk Rania. Doakan untuk Fi." beritahu Lutfi dengan permintaannya.
Kak Pah mencebik. Muncungnya panjang sedepa tiada apa yang istimewa saat nama Rania disebut.
"Mm....yelah. Semoga berseronok dengan buah hati pengarang jantung awak tu. Bagilah dia makan kenyang-kenyang malam ni. Tapi ingat, lepas makan balik cepat, jangan nak menular buat perkara yang tak elok pulak." nasihat yang sempat mengingatkan anak majikannya.
Lutfi yang sudah dianggap seperti anak sendiri, tidak pula menunjukkan reaksi membantah. Nasihat pembantu rumahnya itu dib alas dengan senyuman menandakan dia menerima segala apa yang dipesan.
"Sayang, nak ke mana handsome mama ni? Nak keluar?" lembut pertanyaan Datin Zaleha.
Belakang Lutfi digosok manja. Lutfi menggaru kepala yang tidak gatal seolah mencari akal
"Fi nak jumpa Rania. I'm promise, malam ni Fi nak buat surprise untuk anniversary hubungan kami. Jadi Fi dah buat keputusan untuk lamar Rania. Mama setujukan?"
Berderau jantung Datin Zaleha bila mendengar nama Rania. Raut wajah yang manis dengan senyuman hilang tiba-tiba. Sehabis mungkin reaksi itu cuba dikawal. Berkira-kira jawapan yang ingin terkeluar.
"Really? Mm...kalau macam tu tak apalah. Yang penting anak mama ni happy. Tapi kena tiba-tiba?"
"Kenapa? Mama nak jumpa dengan bakal menantu?" pertanyaan mamanya tidak dijawab, sebaliknya dia pula mengajukan soalan pada wanita itu.
Soalan Lutfi seakan menyekat pernafasan wanita itu. Mana mungkin dia ingin bertemu dengan perempuan seperti Rania di waktu-waktu begitu. Menyebut namanya saja, sudah membuatkan wanita itu meluat, inikan mahu bersua muka. Cara percakapan, penampilan, serta layanan Rania langsung tidak mencerminkan seorang yang benar-benar layak untuk anaknya. Cukuplah sekadar dia mendengar di mulut saja, namun dihati jauh sekali untuk dia ikhlas menerima sebenarnya. Ini semua terpaksa, demi anak lelakinya Lutfi.
"Eh, tak payahlah. Mama saja tanya. Manalah tau, Fi nak keluar ni sebab nak makan dengan klien. Anak mama ni kan sibuk, kalau keluar waktu macam ni mesti nak makan dengan klien. Tak tau pulak mama, Fi nak buat surprise dekat Rania. Cuma mama nak pesan, kalau betul malam ni niat anak mama ni baik, mama doakan. Kalau boleh mama nak perkahwinan Fi berlangsung tahun ni juga. Mama tak nak Fi bagi alasan nak tangguh-tangguhkan lagi. Mama rasa dah lama sangat bertangguh. Dan mama tak nak dengar sebarang alasan dari Rania lagi. It is clear?" beritahu Datin Zaleha bernada tegas.
Wanita itu bijak mengawal emosinya saat cuba memberi kata-kata semangat hendaknya. Sedangkan dalam hati, hanya Allah yang lebih tahu, betapa sakit, pedih, gusar dalam beribu erti kata kerungsingan yang membelenggu dirinya untuk menerima permintaan Lutfi.
"Thank's ma. Fi akan buat yang terbaik. Mama doakan supaya Rania terima lamaran Fi kali ni. Fi sayang mama. Fi pergi dulu, nanti lambat pulak." tersenyum manis riak wajah Lutfi sambil mencium tangan mamanya ketika bersalam. Datin Zaleha dipeluk erat.
Mama pun sayangkan Fi. Ucap Datin Zaleha dalam hati. Simpati melihat sikap tidak putus asa Lutfi mengejar cinta yang tidak pasti. Serasa terharu memiliki anak sebaik Lutfi, biarpun adakalanya dia sukar membuat keputusan yang tepat dalam hidupnya sendiri.
Hati seringkali dihujani pertanyaan. Mampukan Lutfi memiliki kebahagiaan yang diharapkan bersama wanita seperti Rania? Apakah dirinya kuat untuk berhadapan dengan keadaan yang bakal menanti hidupnya kelak? Semuanya masih menjadi tanda tanya. Namun doa seorang ibu tidak pernah putus untuk melihat kebahagiaan anaknya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro