Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

LAPAN BELAS

"Hai sayang..." satu suara telah meragut ketenangannya.

Lutfi yang sudah mengecam nada suara itu, tidak sedikit pun berminat untuk memandang. Siapa lagi kalau bukan Rania, wanita yang telah menghancurkan harapannya sekelip mata. Jika setiap mata jejaka yang memandang pastinya berkeinginan mendekati wanita itu. Tetapi tidak pada Lutfi yang penuh kebenciaan hanya menganggap tidak ubah seperti manusia bertopengkan syaitan.

"I call you banyak kali tak jawab so I datang sini. Actually I nak explain pasal semalam..."

"Tolong keluar kalau tak ada apa-apa urusan. Ini bukan tempat untuk bersoal jawab. KELUAR..!!!" tengking Lutfi.

Matanya masih tertumpu ke arah luar tingkap. Reaksi Rania tidak mendapat perhatiannya. Tapi Rania sama sekali tidak peduli dengan amarah Lutfi. Terus tubuh lelaki itu didekati dan dipeluk sekuat hati dari arah belakang. Dengan harapan, lelaki itu akan mendengar segala penjelasannya nanti.

"Sayang, I'm sorry about last night. I tau you datang nak wish anniversary kita malam tu. I betul-betul tak sengaja. I lupa, sorry.

"Tak penting Rania. Semuanya dah hancur."

"Fi, jangan cakap macam ni. Fine, this is my fault. Tapi semuaya berlaku secara kebetulan and I tak sangka abang I balik, tiba-tiba nak tumpang tidur dekat rumah. I tak sempat nak bagitau. I'm sorry ok, forgive me." jelas Rania.

Tubuhnya yang gebu sengaja digesel-gesel cuba menggoda Lutfi agar termakan dengan pujuk rayunya itu. Namun apa yang diharapkan tidak menjadi. Lutfi dengan perasaan meluat menolaknya terlebih dulu jatuh ke sofa. Mencerlung mata Lutfi membalas.

"Hipokrit. Aku benci perempuan curang. Cukup-cukuplah bohong Rania. Aku bukan lelaki complicated yang susah kau nak faham. Kepercayaan aku bukan untuk dipermainkan. Jangan anggap mudah untuk aku maafkan kau dengan apa yang dah berlaku. Peluang tamat Rania. Sebab aku fikir kau memang tak akan berubah. Berubah untuk lebih baik untuk masa depan kita." mendatar suara Lutfi memberitahu.

Tiada apa yang tinggal, hanya sisa kesakitan yang semakin membarah dihati.

"Apa you cakap ni sayang? I tak curang dengan you. Boleh tak you jangan nak salah anggap dengan perkara kecil macam ni? Last minute abang I bagitau dia dah sampai. I nak buat macam mana. Tak kan I nak halau abang I sendiri. Lagipun I bukan tinggal berdua dengan Danny abang I ada sekali. Tak kan itu pun you nak cemburu? Please, you have to believe me. I sayangkan you. Kenapa I nak kena buat semua tu? I still love you. Love you so much." Rania cuba membela diri.

Dia bangun cuba merepati lelaki itu semula. Lutfi menepis.

"Do not thing I'm stupid Rania." tengking Lutfi mula baran.

Penipuan Rania, menghilangkan terus kepercayaan lelaki ini sekaligus. Sudah pasti hatinya tidak mampu dipulihkan lagi.

"Deen sekarang di overseas dan dia cakap dengan aku dua hari lepas dia tak jadi balik. And for you information, Danny is not your cousin but he is a pantner bisness. Itu yang aku tau. Kenapa kau berani nak mengaku jantan tu sepupu kau. Kau tak rasa malu ke? Tergamak kau tipu aku sebab sanggup buat perkara terkutuk tu dengan jantan tu, sedangkan aku sendiri tak pernah sentuh kau lebih macam jantan tu buat. Kau memang tak gunalah Rania. Lebih baik kau berambus sebelum aku lebih benci dengan kau." usir Lutfi semakin meluat.

"Fine, I mengaku I salah. Tapi I datang sini cara baik nak minta maaf dengan you, bukan nak gaduh atau nak tambahkan lagi masalah. Boleh tak you ketepikan sekejap cemburu dan ego you tu. I tak ada niat nak sakitkan hati sesiapa termasuk you. I jumpa Danny secara kebetulan. So tolong faham." jelas Rania cuba menyakinkan Lutfi seboleh-bolehnya.

Lutfi tersenyum mengejek dengan apa yang di dengar.

"Sepatutnya dari awal aku lagi patut timbus cinta kelabu manusia hipokrit macam kau. Tapi sayang, kau butakan hati aku dengan janji manis. Kau goda aku dengan penampilan ghairah kau. Sampai aku susah nak bezakan cinta asli dengan cinta plastik." ujar Lutfi melemparkan senyuman sinis depan Rania.

"Come on Fi, you tak payahlah nak pertikaikan pakaian I. I tahu taste you macam mana. Sebenarnya you cemburu pasal hal semalam kan? Jadi sebab tulah you sengaja cakap macam ni untuk sakitkan hati I. Sayang.. please forget about that day. I promise you this will not happen again. Lupakan hal ni. I janji lepas ni I tak akan buat apa yang you tak suka, ok." pujuk Rania lembut menggoda memaut kuat lengan Lutfi.

Sebaliknya Lutfi tiba-tiba ketawa berbeza dengan rasa hati yang sudah mati untuk wanita itu.

"Terima kasih Rania. Aku tak peduli sekalipun alasan kau. Mungkin bagi kau masalah ni kecil, tapi bagi aku besar Rania. Aku tak boleh terima untuk berkongsi dengan orang lain. Kau faham kan maksud aku? Lebih baik kau lupakan aku." tegas Lutfi dengan keputusan yang dibuat.

Tipis kesabarannya untuk berahadapan dengan Rania lebih lama disitu. Namun langkah yang diatur dipintas dengan pelukan erat Rania dari arah depan. Wajah Rania menyembang ke dada Lutfi.

"No, bukan macam tu sayang. I... I betul-betul sayangkan you. I tak ada niat nak sakitkan hati you malam tu. Danny yang degil katanya nak tumpang tidur dekat apartment I sementara tunggu Deen balik. And I tak sangka semua ni akan berlaku. Please, maafkan I sayang. I need you in my life." pelukan Rania masih kuat seperti tidak mahu dilepaskan lagi.

"Tolong jangan buat aku jijik Rania." pelukan dilerai kasar.

Penuh kebencian cara pandangan Lutfi sambil memegang kasar wajah Rania.

"Lebih baik kau simpan kata-kata tu. Kau tak layak untuk cinta dan sayang aku. Itu semua untuk wanita yang tahu menghargai semua pengorbanan aku. Tapi bukan kau Rania. BERAMBUS..!!!" tubuh Rania di tolak terdorong jatuh ke sofa.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro