Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

LAPAN

Di meja makan aku memerhati layanan mama pada tetamunya. Tak adalah nampak kekampungan sangat walaupun datang dari kampung. Penampilan up to date juga. Cara bercakap pun nampak tersusun dan penuh adab. Di situ aku ada rasa selesa.

"Lama kita tak jumpakan. Kalau dulu anak kecil lagi, sekarang masing-masing dah besar. Dah tak berapa nak ingat muka dia orang."

"Kalau dulu masa kecil masing-masing comel. Bila dah besar ni bukan comel lagi, dah kategori kacak, macho semua tu. Maklumlah dah berjambang."

"Orang lelaki berjambang tak apa jangan orang perempuan."

Meletus ketawa masing-masing. Sebaliknya berbeza dengan aku yang sedikit kebosanan menunggu sedari tadi.

"Bosan."

"Sabar..."

"Aku nak keluarlah.Tak ada topik nak dibualkan."

"Kau jangan mengada. Tak kan nak tinggalkan bakal mentua kau macam tu aje? Dia orang tu dahlah tetamu. Paling tidak pun tunggulah bakal isteri kau datang dulu."

"Bakal isteri? Uhh! Kau jangan cakap ya. Muka pun tak pernah tengok nak jadi bakal isteri apanya. Buatnya hidung dia senget, mata dia juling, malulah aku dapat orang macam tu. Ingat aku tak ada taste ke?"

Dean tahan suara tergelak. Sempat tayang senyum mengejeknya dalam masa yang sama.

"Kau jangan gelak ya."

"Memilih? Patutnya kau redha tahu. Pilihan orang tuakan berkat. Hidung senget boleh adjust lah. Sugery made in Thailand kan ado."

"Ah!"

Makin galak Dean tergelak. Bengang sungguh aku dengar ayat dia.

Dania mengeluh. Perutnya mula lapar mencari restoran berdekatan. Tiket bas yang dibeli tadi disimpan. Nina yang cuba dihubungi masih tidak berjawab hanya peti pesanan suara yang kedengaran. Dania menarik nafas panjang. Dalam pada dia sibuk cuba membuat panggilan lagi, Dania terpandang sesuatu.

Mm...inilah kereta jantan berlagak tu. Desis hatinya memandang segenap sisi. Matanya tidak salah pandang dengan kereta yang memiliki warna dan nombor plat yang sama seperti kereta yang hampir-hampir saja melanggarnya kelmarin. Perut yang lapar bertukar kenyang tiba-tiba. Otaknya mula berfikir sesuatu yang tidak-tidak.

"Suka-suka hati kau nak marah aku kan. Ingat dunia ni besar kau nak menyorok. Dahlah tak pandai nak minta maaf, siap kau tempik aku lagi. Kau dengan tuan kau sama aje. Sekarang kau tengok aku marah pulak.Tunggu kejap." bebel Dania pada kereta tersebut.

Caranya seperti bercakap dengan benda hidup pula. Dia terhedap-hendap seperti gaya pencuri. Pantas di menyeluk poket seluarnya. Sekeping duit syiling dua puluh sen dipegang. Nakal reaksi Dania tersenyum sendiri. Tanpa berfikir panjang dan akibat yang akan diterima, selamba Dania melunaskan niatnya tanpa rasa bersalah sedikit pun.

"Ini tanda salam perkenalan dari aku untuk tuan kau yang biadap tu." ucap Dania tersenyum puas.

Mula dari pintu depan dia menarik duit syiling tersebut membawa ke ke pintu belakang. Mungkin bagi gadis ini dia akan terlepas dengan perbuatannya itu. Dalam keseronokan yang diselangi dengan senyuman, dia sekali lagi disergah.

" Hoi...!"

Dania tersentak. Perlahan tangannya ditarik. Gerak kakinya kaku. Dia pula tidak berani menoleh pada suara itu. Rasanya dia dapat mengangak siapa dia.

Lutfi pelik melihat aksi Dania disitu. Pantas dia mendekati disisi keretanya. Jelas kelihatan apabila kesan calar terukir dibadan kereta miliknya. Terbeliak mata Lutfi seketika.

"Mangkuk ayun." kesat perkataan yang terkeluar dari mulut lelaki ini.

Dia menoleh pada gadis tersebut. Dania apa lagi, mendengar saja perkataan itu dia terlebih dulu mengatur langkah berlari.

"Hoi, mana kau nak pergi tu? Jangan lari." Teriak Lutfi kuat.

Dania tidak mengendahkan panggilan itu. Baginya selamatkan diri dari tertangkap oleh lelaki biadap tadi. Lutfi tidak menunggu, pantas segenap langkah kakinya turut berlari cuba mengejar.

Tidak sampai beberapa meter berlari, Dania terlebih dulu dapat ditangkap. Mereka seiring terjatuh.

"Kau lagi?" soal Lutfi mendekat wajahnya depan Dania.

"Hei apa masalah kau ni ha?"

"Lepaslah. Sesuka hati nak tarik orang ni apahal hal?" marah Dania.

Dia cuba menyentap lengannya kembali. Namun pegangan lelaki itu tidak mampu untuk dilepaskan. Dia terdorong mengikut gerak langkah lelaki itu.

"Mari sini, kau jangan nak lari. Kalau kau tu orang, otak kau letak dekat mana? Kenapa kau calarkan kereta aku?' bentak Lutfi menolak tubuh Dania kuat. Gadis itu terduduk.

"Nasiblah. Siapa yang cari pasal dulu? Dah nak langgar orang tak reti nak minta maaf.

"Diam...!"herdik Lutfi geram.

Kali ini bukan lengan saja, malah telinga gadis itu juga ditarik sama akibat terlalu geram dengan apa yang berlaku. Sekilas jelingan tajam Lutfi depan Dania.

"Apahal ni? Kau ingat ni kerbau nak tarik-tarik pangkal telinga aku? Lepaslah!!." balas Dania dengan amarahnya.

Mukanya sudah merah menahan sakit apabila diperlakukan sebegitu. Lutfi tidak menghiraukan orang yang lalu lalang. Yang penting gadis itu tidak lari begitu saja dari cengkamanya.

"Memang kau kerbau. Kalau kau tu manusia guna akal guna otak sebelum bertindak. Tak pasal-pasal buah hati aku kau sakitkan. Kau tengok apa kau dah buat ? Suka-suka hati kau je nak calarkan. Kau ingat kau ada syer beli kereta ni? Sekarang aku nak kau bayar ganti rugi." ujar Lutfi meninggi suaranya.

" Nasiblah. Setakat kotak buruk kau ni apalah sangat.' jawab Dania selamba. Lengan dan telinga yang sudah dilepaskan, membuat gadis ini berani menjawab sedemikian.

"Amboi berlagak kau ye. Aku siat-siat mulut tu karang. Boleh je kau jawab macam tu. Kau ingat spray kereta ni bayar dengan air liur? Aku nak kau ganti sekarang." bidas Lutfi makin menyinga riak wajahnya memandang Dania.

"Kotak buruk. Samalah macam tuan dia, perangai buruk. Dah langgar orang tak reti nak minta maaf. Boleh pulak kau kutuk aku lagikan. Ingat aku tak dengar apa kau cakap tadi. Ingat aku ni tiang lampu, tak ada mulut nak jawab? Suka hati akulah nak ganti ataupun tak. Itu masalah orang yang tak tau adab macam kau." jawab Dania tidak mahu mengalah.

Matanya membalas pandangan lelaki itu begitu tajam. Seolah mahu saja dia menelan hidup-hidup. Sedikit sebanyak ayat Dania menambahkan lagi geram lelaki itu terhadapnya secara tidak langsung.

"Hei minah senget, kau jangan nak lebih-lebih." lurus terlunjuk Lutfi depan Dania.

"Aku nak kau bayar ganti rugi kereta aku sekarang. Karang tak pasal-pasal aku potong lidah tu. Mulut jahat. Bila masa aku langgar kau? Kau yang tak sedar diri jalan tak guna mata. Ada otak tak nak guna. Eloknya aku langgar je kau tadi. Biar padan muka." tambah lelaki itu lagi sambil bercekak pinggang memandang.

Dania pura-pura tidak dengar. Senjaga dia membuat reaksi selamba atas kesalahannya. Lutfi bengang. Reaksi dan perlakuan biadap gadis itu seolah mencabar kesabarannya. Tidak pernah dia berjumpa dengan mana-mana gadis sebelum ini, yang berani membentak mahupun menjawab segala kata-katanya. Jika ada, memang sengaja mencari pasal dengannya.

"Mari sini ikut aku." lutfi menyentap tangan Dania kuat.

"Sakit, lepaslah. Kau nak bawa aku pergi mana ni?

"Aku nak bagi pengajaran untuk perempuan macam kau. Biar kau tahu betapa sakitnya hati aku bila kau calarkan sakitkan buah hati aku tadi." jawab Lutfi.

Dia membuka pintu belakang kereta lalu ditolak gadis itu kedalam. Sepertinya Lutfi mencari sesuatu membuatkan Dania sedikit cuak dengan situasi itu. Tangannya masih dipegang.

"Lepaslah, jangan berani kau nak sentuh aku. Jangan nak cari pasal." dania memberontak lagi.

"Baik kau diam. Siapa yang cari pasal? Kau ke aku? Sedar diri tu sikit, awak tu perempuan. Kalau dengan lelaki lain aku rasa memang kau dah kena bogel dekat sini. Nasib baik dengan aku. Sebab aku tak selera dengan perempuan biadap macam kau." beritahu Lutfi dengan suara yang meninggi.

Tangan Dania terlepas. Otaknya masih berlegar berfikir bagaimana cara untuk melepaskan diri. Lutfi sengaja mendekatkan wajahnya untuk menakut-nakutkan gadis itu. Dania mengundur sedikit apabila reaksi miang lelaki itu sengaja ditonjolkan depannya. Dania nekad. Jika berlaku sesuatu yang tidak di ingini, dia perlu bertindak diluar batasan.

"Aku rasalah kan, kau ni memang ada penyakit mental. Orang kata kalau dah kena penyakit tu memang dia tak sedar diri. Nak minta maaf pun sepuluh kali bisu mulut dia nak cakap. Sia-sia mak ayah kau belanja hantar pergi sekolah. Tapi anak biadap tak bermoral." ujar Lutfi kesat dengan kata-katanya.

Panas telinga Dania apabila nama ibu dan ayahnya dibabit sekali dalam masalah itu. Tanpa menunggu, singgah sebiji penumbuk ke muka lelaki dihadapannya itu tanpa disangka-sangka. Lalu terus perut Lutfi ditendang kuat oleh Dania. Akibat tendangan yang kuat, Lutfi terjelopok jatuh atas jalan dan Dania terus berlari dari cengkaman lelaki itu. Lutfi yang masih terkejut mempamerkan wajah berang dengan tindakan gadis itu. Dia bangun perlahan memandang dengan perutnya masih dipegang.

"Woi..! Kurang ajar punya perempuan. Kau memang nak kena dengan aku ni. Jangan lari. Aku cari kau sampai lubang cacing. Hoi.." teriak Lutfi kuat.

Sakit mata boleh dicuci dengan pemandangan yang indah-indah. Tapi sakit hati, seakan dikorek-korek menambah lopak dihati lelaki ini. Lutfi makin bengang. Dania sudah ligat berlari. Berlari tanpa menoleh lagi. Sakitnya cuba ditahan. Terbatas pergerakannya seketika. Bibirnya berdarah. Perut pula sedikit senak akibat ditendang. Memang tercabar sungguh dia berdepan dengan gadis itu. Siaplah, jika bertembung sekali lagi. Tentu saja niatnya terbalas. Jam tangan dijeling. Ah, sudah terlewat.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro