Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

EMPAT BELAS

                     Dania menyelak-nyelak muka surat pada majalah di hadapannya. Sesekali dia tersenyum simpul, sesekali dia menggeleng gayanya seperti orang hilang akal. Pisang goreng yang dalam mulut dikunyah perlahan. Sejak balik dari bercuti di rumah kakaknya Nina, setiap saat setiap waktu idea kurang bijaknya menjadi igauan. Perkara yang berlaku sama sekali tidak boleh dilupakan.

Puan Dahlia dan encik Kazim hanya menggeleng melihat reaksi anaknya sedikit pelik. Selalunya ada saja celoteh anak manjanya itu. Tapi sejak pulang dari bercuti sikap Dania sedikit menjadi tanda tanya.

"Macam mana bercuti, ok?" tanya Encik Kazim mengembalikan dunia Dania pada yang asal.

Wajah ayahnya dipandang. Pisang goreng dalam piring diambil lagi.

"Bercuti? Mm...bolehlah, tapi bosan." jawab Dania mendatar.

Encik Kazim diam seakan sudah mengagak. Jawapan diberi sama seperti sebelumnya. Sekilas mata lelaki itu sempat melirik ke arah isterinya disebelah.

"Adik, boleh lupakan buku ni sekejap? Ibu ada perkara nak tanya." Puan Dahlia bersuara.

Reaksi Dania dipandang. Namun Dania mengeluh apabila majalahny ditarik perlahan.

"Alah bu, kejap lagi lah. Adik nak baca sikit.... je lagi." jawab Dania cuba mengelak.

Dia cuba mendapatkan kembali majalah di tangan Puan Dahlia. Namun pantas di bidas Encik Mohd Kazim.

"Siapa lebih penting? Majalah atau ibu. Dengar dulu apa ibu nak tanya. Penting sangat ke majalah tu sampai nak tanya pun kena tunggu?" soal encik Kazim bernada tegas.

Reaksi Dania dipandang tepat. Dania tunduk tidak berani membantah kata-kata ayahnya bila lelaki itu sudah bersuara.

"Tak. Adik minta maaf. Tapi adik tau apa yang ibu dengan ayah nak tanya." perlahan ucap Dania bernada rajuk.

Encik Kazim dan Puan Dahlia memandang serentak. Mereka seakan faham dengan cara percakapan anaknya.

"Bagus lah kalau dah tau. Agak-agak bila nak mula?" pertanyaan puan Dahlia inginkan kepastian.

Mula? Mula apa? Bisik hati Dania. Dahinya berkerut kurang faham. Dia diam tanpa jawapan.

"Jangan cakap dengan ibu yang adik nak fikir lagi. Sekarang dah tak ada masa nak fikir-fikir lagi. Kawan-kawan adik semua dah ada life sendiri. Kerja bagus, berhijrah sana sini, ada yang dah kahwin dan ada juga yang menunggu masa nak dapat anak. Jangan kata adik tak fikir tu semua." tegas puan Dahlia memberitahu anaknya.

"Ayah setuju dengan ibu. Kawan-kawan sebaya dengan adik semua dah ada life sendiri. Ayah nampak dia orang enjoy juga. Boleh ke sana ke mari walaupun masing-masing sibuk kerja. Takkan adik tak terfikir semua tu? Sampai bila nak duduk celah ketiak kami?" sampuk encik Kazim dengan pertanyaan.

Dania dapat meneka kata-kata kedua orang tuanya tadi. Seboleh-bolehnya dia cuba mengelak berbincang soal kerja. Sepanjang tinggal dengan Nina, sekalipun dia tidak pergi mencari peluang kerja biarpun kakak angkatnya bertegas berkali-kali. Kedegilan yang ada dalam dirinya seakan tidak mampu dilawan.

"Fikir tu memanglah fikir. Tapi belum ada kerja yang sesuai dengan adik. Ibu dengan ayah kenalah faham. Bukan senang nak cari kerja zaman sekarang ni yang betul-betul serasi dengan kita." jawab Dania sambil memegang tangan ibunya.

"Serasi apanya kalau kerja yang ada depan mata memanjang ditolak. Memang sekarang bukan senang nak dapat kerja. Melambak orang yang berkelulusan nak cari kerja, tapi sampai sekarang tak dapat. Adik dah ada peluang jangan sia-siakan. Masa ni lah kita nak gunakan kelulusan yang kita ada. Apa guna berlajar bertahun-tahun kalau jalan ini yang adik pilih?" kedengaran benar-benar tegas suara Encik Kazim kali ini.

"Tapi bu, yah adik tak sampai hati lah nak tinggal kan ibu dengan ayah dekat kampung. Abang dengan Nina dah tentulah tak tinggal sini, masing-masing kerja. Kalau adik kerja tak tinggal sini jugak, nanti apa-apa hal berlaku siapa nak jaga ibu dengan ayah?" dalih Dania memberi alasan.

"Itu alasan namaya." ujar Puan Dahlia melurut tangan Dania di lepaskan. Dia bangkit memandang.

"Jangan jadikan hidup kita susah dengan perkara yang mudah. Kalau peluang dah ada depan mata adik tak perlu nak risau. Nina dah tolong adik dapatkan kerja. Pergi aje lah. Soal jauh atau tidak kami tak halang, yang penting adik pandai jaga diri." tegas nada suara Puan Dahlia sambil bercekak pinggang dengan wajah mencuka.

"Easy. Cukup bulan ni adik mesti dapat kerja. Ibu dengan ayah tak perlu risau. Ini janji adik." bersahaja jawapan Dania sambil tersenyum senget.

"Jawapan budak umur sepuluh tahun. Ibu tahu apa yang kamu cuba fikir. Tak payah nak kelentong. Dan ibu akan buat peraturan baru. Internet dengan tv dikenakan cukai setiap kali ada permintaan." nekad wanita itu memberitahu.

Kesabaran itu sudah lama dipendam oleh hati seorang ibu untuk melihat anaknya berjaya. Akibat sikap terlalu manja, inilah cabaran yang harus dipikul oleh kedua orang tuanya. Encik Kazim sudah terlalu faham sangat dengan perangai anak bongsunya itu.

Dania gelisah mendengar peraturan yang cuba diatur. Masak. Memang kembali ke zaman gua lah jawabnya dia nanti. Sekatan cuba dibuat oleh ibunya sendiri gara-gara kedegilannya.

"Adoi...sakit perutlah bu. Pisang yang ibu goreng ni lisut. Sakit perut adik.Masuk dululah nak pergi tandas. Nanti sambung lagi." dalih Dania.

Pantas selipar di sarung ke kaki lalu berlari masuk ke dalam rumah. Dia meninggalkan kedua orang tuanya begitu saja.

"Bertuah punya budak. Ayah tengok perangai anak ayah tu, makin menjadi-jadi. Kita belum habis cakap lagi, dia sibuk nak masuk ke dalam." kata puan Dahlia bernada geram.

Melihat keadaan mula panas, encik Kazim bangun mendapatkan isterinya. Bahu puan Dahlia diusap perlahan.

"Sabar bu, tak payah nak marah-marah sangat. Cuba kawal emosi tu. Ayah fikir ikhtiarnya mudah aje. Kita kahwinkan saja adik. Tengok apa dia nak buat." kata Encik Kazim memberi cadangan.

Keningnya di angkat seolah menduga. Sebaliknya ada kerutan di dahi Puan Dahlia. Perkataan kahiwn itu seolah berat kedengarannya. Encik Kazim terus mendakap erat isteri kesayangannya dari berfikir panjang.

Jam dinding menunjuk ke pukul dua. Nina bangun mengeliat setelah kepenatan duduk menanda buku anak-anak muridnya. Apa yang pasti dia mahu berehat memandangkan kelas petang tiada. Bantal yang sudah memanggil-manggil tidak dapat menahan keletihan cepat saja dia menghempaskan badan ke atas katil.

Tidak sampai lima minit berbaring, deringan telifon menyentak saat-saat indahnya meregangkan urat saraf.

Adehh....ada saja yang mengganggu. Bebel Nina pendek. Skrin telifon sebelum menjawab. Tiada nama yang tertera. Teragak-agak mahu dijawab panggilan tersebut.

"Assalammualaikum."

"Waalaikummussalam. Boleh saya cakap dengan Cik Nur Iman Ainina?" suara di talian menjawab salam dengan pertanyaan kembali.

"Ye, saya bercakap. Siapa ni?" Nina pelik namanya disebut.

"Nina, kau tak kenal aku ke? Yati classmate Dazrin." beritahu suara tersebut memperkenalkan diri.

"Yati? Classmate Dazrin? Classmate yang mana satu ni?" soal Nina pelik. Kepalanya digaru cuba mengingat kembali.

"Classmate waktu form five dulu. Tak kan kau tak ingat. Kau kan anak angkat cikgu Dahlia. Cikgu BM aku dulu. Alah, group ice blended yang suka usik kau dengan Dazrin dulu. Tak kan tak ingat?" terang Yati dengan celoteh pendek agar Nina mengecamnya.

"Yati? Owh, kenal sangat. Kau apa khabar? Mana kau tau nombor telifon aku ni?" soal Nina seolah teruja. Perkataan ice blended mengingatkan dia kembali zaman persekolahn dulu.

"Rahsia. Dah merata aku jaja nama kau dalam fb , dekat twitter dan akhirnya aku aku jumpa jugak. Rupa-rupanya kau dekat sangat dengan aku kat sini. Jangan cuba nak sembunyi lagi. Aku dah tau dah." ujar Yati yang turut sama teruja.

"Nanti dulu. Apa mimpi pulak kau tiba-tiba call aku? Mana selama ni kau menghilang. Lepas tu tau-tau dengar suara dalam telifon pula. Entah-entah ni bukan Yati tak. Kau nak menyamar ye? Aku kenal suara Yati. Dia kalau gelak tak ingat dunia." ujar Nina cuba menduga. Dia ingin kepastian sama ada itu benar temannya Yati atau tidak.

"Memanglah aku Yati, budak ice blended yang kau gelar dulu. Kalau kau tak percaya, kau dengar ni." kataYati terus menggilai dengan ketawanya.

Nina yang sudah menjarakkan sedikit telinganya dari telifon bimbit, akhirnya memperdengarkan aksi ketawa yang menggerunkan dari temannya itu. Begitu lantang hilai tawa Yati sedikit pun tak berubah masih sama dengan yang dulu. Nina yang tidak dapat menahan ketawa turut terburai gelaknya.

"Kau ni memang tak berubah. Gelak kau yang macam nenek sihir tu buat urat saraf telinga aku ni kejang kejap." usik Nina bergurau.

"Berubah apanya? Aku masih sama macam dulu. Still single and available." jawab Yati.

"Ye lah tu. Banyak sangat aku nak tau ni. Sebelum tu aku nak tanya dulu. Kau kata tadi, aku dekat sini? Dekat macam mana tu? Kau kerja mana?" soal Nina. Dia mengerut dahi inginkan kepastian.

"Kalau nak tau, apa kata kita jumpa.. Sebab petang ni aku free. Esok lusa aku dah sibuk. Entah bila-bila lah aku nak jumpa dengan kau. Ini pun kira bernasib baik dapat contact kau. Amacam?" ajak Yati bersungguh-sungguh nada suaranya.

Sekilas Nina melihat jam di dinding. Mungkin inilah peluang dia bertemu semula dengan teman lamanya itu.

"Boleh, lagipun aku tak ada kelas hari ni." jawab Nina tanda setuju.

Yati tersenyum ditalian berfikir dimana tempat yang paling sesuai untuk mereka bertemu. Niat Nina yang asalnya ingin bergolek atas kati untuk berehat, terpaksa ditolak ketepi.

Selang satu jam....

"Macam-macamlah perangai kau ni. Tak larat aku nak ingat zaman sekolah dulu. Rasa macam nak koyak mulut ni tergelak." ujar Yati menahan ketawa yang masih bersisa.

Pelbagai cerita lucu yang terungkai semula. Riuh rendah hilai tawa mereka berdua. Nasib saja tidak ramai pelanggan masuk di restotan yang mereka singgah. Jika tidak tentu ramai mata yang memandang pelik.

"Gelak-gelak juga, soalan aku yang tadi kau tak jawab lagi." pintas Nina mematikan ketawa Yati. Perlahan air laici dalam gelas disedut.

"Soalan? Soalan apa?"

"Soalan kau kerja dekat mana? Jangan nak buat-buat lupa."

"Owh, Ingatkan soalan apa tadi." Yati tersenyum.

"Sekarang ni aku kerja jadi secretary dekat syarikat AL Holding. Baru tak baru hampir tiga tahun juga. Sebelum ni aku kerja dengan syarikat kecil untuk jawatan yang sama. Tapi dapat peluang bagus, aku pergilah." jelas Yati ringkas. Mee dalam pinggang disuap ke dalam mulut.

"Syarikat apa kau cakap tadi?" tanya Nina seakan teringat sesuatu. Dia memandang tepat wajah temannya.

"AL Holding. Kenapa? Kau pernah kerja dekat situ ke?" Yati pelik dengan reaksi Nina. Air jus di depannya disedut sedikit.

Nina pantas mengelap mulutnya dengan tisu lalu mencapai sesuatu dalam tas tangannya.

"Maksud kau ini?" sekeping kad dihulur depan Yati.

Yati yang sedang menelan air hampir tersedak namun dapat dikawal. Dia terkejut unta padang pasir sekejap. Kad ditangan Nina dicapai.

"Ye, ni lah tempat kerja aku.Tapi mana kau dapat bisnes card ni? Bukan sebarang orang dapat simpan bisnes card ni. Nak pula ada nama bos aku CEO syarikat." kata Yati lagi masih tertanya-tanya.

Tidak percaya dengan apa yang dilihat. Kad yang ada ditangannya kini memang sah majikan tempatnya bekerja. Tapi bagaimana temannya dengan mudah mendapat kad tersebut? Yati bersoal jawab dalam hati.

"Ini semua berpunca dari adik akulah. Tak sengaja terlanggar seorang aunty ni hari tu. Ingatkan dia nak marah, rupanya dia nak interview aku. Last-last dia bagi kad ni. Ada jawatan kosong katanya. Dia suruh aku bawa Dania kalau nak minta kerja dekat office ni." beritahu Nina ringkas.

"Biar betul kau ni? Aku macam tak percaya kau jumpa Datin Zaleha." ujar Yati terpinga-pinga melihat reaksi temannya itu.

"Datin Zaleha? Siapa tu?" soal Nina keningnya bertemu.

"Perempuan yang kau jumpa hari tu, dialah big boss aku sekarang. Bukan senang tau dia nak pelawa orang sembarangan datang minta kerja dekat office tu. Kiranya adik kau bertuah dapat offer dari big boss aku sendiri. Selalunya orang susah payah cari kerja, tapi ni dah terbalik kerja cari orang. So, kau dah bincang hal ni dengan Dania?" Yati inginkan kepastian dari temannya.

"Belum. Aku takut dia tolak sebab teringat cerita lama. Kau tahu jelah adik aku tu memilih sikit bab kerja ni. Tapi memang patut pun dia buat macam tu." bebel Nina mengata adiknya Dania.

"Buat apa?"

"Belasah ada sorang mamat tu cuba nak meraba dia masa waktu kerja. Tak pasal-pasal balik muka bengkak. Padan muka." jawab Nina tersengih.

"Memang patut sangatlah. Mungkin sebab tu dia serik. Tapi apa-apa pun kau kena fikir dulu sebelum nak suruh dia minta kerja dekat sini. Aku takut nanti badan dia tak tahan panas dengan cuaca dalam office tu. Macam kau cakap tadi, dia pernah belasah mamat yang cuba nak buat tak senonoh dekat dia. Aku takut, ada jugak yang rasa nasib yang sama nanti. Faham-faham sendiri sudah lah." pesan Yati ringkas.

Nina sudah berteka-teki dengan apa yang dikatakan Yati. Itu saja sudah membuatkan hati Nina mula dibelenggu rasa risau. Tapi sampai bila? Dania perlu bermula dari sekarang. Peluang kerja depan mata tak mungkin dilepaskan begitu mudah. Seboleh-bolehnya dia inginkan yang terbaik buat adiknya Dania.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro