DUA BELAS
Rania kaku melihat kelibat wanita separuh abad gelaran baginya tiba-tiba muncul. Yati yang turut memandang hanya bersorak dalam hati. Siaplah kau.
"Eh aunty. Bila aunty sampai? Rania tak perasan pun dari tadi." berubah lembut nada suaranya menegur.
Tegurannya disambut dengan jelingan tajam oleh Datin Zaleha. Rania pura-pura tidak nampak. Dia cuba menghampiri. Tangan wanita itu di pegang untuk bersalam. Namun Datin Zaleha membalas acuh tidak acuh saja. Meluat sungguh dia memandang. Jika tidak kerana Yati yang sedang memandang ketika itu, belum tentu tangannya dapat dipegang inikan pula mencium.
"Kebetulan Rania belum lunch, apa kata kita lunch sama-sama. Boleh kita berbual panjang. Tak selesalah berbual dekat sini." ujar Rania menyindir. Sempat lagi jelingan di lempar ke arah Yati.
Datin Zaleha tidak menjawab. Dia hanya memberi isyarat mata pada Yati sebelum kembali ke biliknya semula. Tanpa berlengah, terus Yati keluar dengan perasaan lega dari menghadap perempuan gedik itu. Sebelum keluar sekali lagi dia cuba menghubungi majikannya dan kali ini ternyata berhasil.
"Nak apa datang sini?" sinis pertanyaan Datin Zaleha.
"Saja nak jumpa aunty. Aunty sihat?"
Lembut gigi dari lidah, namun dalam hati serasa meluat. Skrit yang pendek ditarik sedikit lalu duduk tanpa di pelawa. Berbeza dengan sepasang mata ini jelas terik memandang inikan pula mahu menjawab soalan tadi. Datin Zaleha membelakangi Rania sambil berpeluk tubuh. Pandangan dilempar ke arah luar tingkap.
"Tolong jangan datang kalau tak ada urusan penting. Ini pejabat, bukan tempat untuk mengemis. Tolong malu dengan diri sendiri."
"Excuse me, aunty dah tersalah label , I bukan pengemis. Tolong betulkan ayat tu."
"Tak perlu I nak betulkan apa-apa sebab tengok daripada pakaian you saja I dah boleh kenal you perampuan jenis apa. For your information, jauhkan diri you daripada Lutfi. Dia tak sepadan langsung dengan you. Jangan tunjuk perangai gedik macam itik tersudu-sudu you tu. Jangan malukan kaum you sendiri." cemuh Datin Zaleha.
Rania yang duduk, terhenti menyelak majalah di tangan. Dia bangun dengan wajah tidak puas hati.
"Well, begini rupanya cara perempuan berkedudukan bercakap dengan bakal menantunya. I tak perlukan sesiapa jadi penasihat soal hubungan I dengan Lutfi. Sebab I rasa bukan aunty yang nak hidup dengan I, tapi Lutfi. So, aunty jangan fikir Lutfi akan tinggalkan I begitu saja. Dia dah sayang gila-gila dengan I. Perempuan cantik dan ada kerjaya hebat macam I, siapa aje yang nak lepaskan. Rugilah." balas Rania terjegil bulat matanya.
"Tak tahu malu. Kalau bukan kemewahan yang kau pandang, lelaki cacat pun you sanggup goda. Cermin diri you sebelum dapat apa you nak. Jangan nanti hidup terus dipandang tak bermaruah." bentak Datin Zaleha sebaik menoleh.
"Lutfi anak aku dan kau hanya parasit dalam hidup dia. Bagi aku, kau tak ada apa-apa yang istimewa. Jangan anggap skrit branded terbelah sana sini dengan tumit kasut cecah lima inci kau tu mampu bahagiakan anak aku. Mungkin kau boleh habiskan duit dia, tapi aku tak akan benarkan segala telunjuk perempuan murahan macam kau ni terus pengaruh anak aku." tambahnya lagi dengan kata-kata kesat.
"Untuk pengetahuan aunty, Lutfi cintakan I lebih dari segala-galanya. Dia sanggup buat apa saja termasuk ketepikan keluarganya sendiri. Dan aunty kena ingat, Lutfi satu-satunya anak harapan yang aunty ada sekarang ni. Soal kami sepadan atau tidak itu masalah bagi orang macam aunty. Yang penting Lutfi cintakan I dan tak ada sesiapa yang boleh halang hubungan kami termasuk aunty. Jadi anggaplah ini satu jodoh antara kami." biadap Rania membalas kutukan Datin Zaleha.
Terasa puas hatinya melihat wajah wanita itu berubah mendadak. Ayat dan pandangan tajam Datin Zaleha tidak sedikitpun diendah. Sebaliknya bahang di hati Datin Zaleha pula mula berbangkit. Tanpa disangka, tisu yang lama di pegang dibaling tepat ke muka Rania.
"Kau dah hancurkan keluarga aku, sekarang kau nak aku terima kau jadi menantu? Perempuan jenis apa kau ni? Jangan letakkan diri kau pada benda yang tak pasti dan cuba musnahkan kebahagiaan orang lain. Selagi aku mama dia, tak ada sesiapa yang layak ubah keputusan aku termasuk kau. Jadi sebelum aku lebih benci dengan kau, lebih baik kau putuskan hubungan dengan Lutfi dan anggap dia tak pernah wujud dengan kau sebelum ni." tempik Datin Zaleha. Nafasnya turun naik akibat amarahnya tidak dapat dibendung lagi.
"Terpulang aunty nak hina I sekalipun. Tapi Lutfi tetap sayangkan, tetap milik I dan kami tetap akan berkahwin. Dan yang paling penting I segala-galanya bagi dia. Tak ada sesiapa yang boleh pisahkan kami termasuk aunty." tidak berperasan jawapan yang terkeluar dari mulut Rania. Sempat lagi dia melemparkan jelingan tajam.
"Biadap..! Lebih baik kau fikir sebelum nak bercakap. Kau tak layak untuk anak aku. Lebih baik kau berambus sebelum aku berubah fikiran dan buat hidup kau menyesal." tempik Datin Zaleha dengan amarah yang cuba di tahan.
Kedegilan semakin mencabar kesabarannya. Sifat lembut wanita itu hilang tatkala dia tidak mampu bertolak ansur dengan kata-kata Rania.
"Aunty ingat I takut dengan ugutan tu? Jangan fikir aunty kaya, banyak duit maruah orang lain boleh pijak sesuka hati. I akan pastikan apa yang I nak akan dapat. Jadi lupakan niat busuk aunty tu, sebelum I rampas semua kebahagiaan yang aunty ada." herdik Rania melawan sehabis-habis kata.
Tanpa diduga, ringan tangan kanan Datin Zaleha menghayun ke pipi Rania. Kesabaran tidak mampu ditahan dengan ayat biadap yang kedengaran.
"Ini yang kau layak dapat. Sebelum keadaan lebih teruk, lebih baik kau berambus. Dan jangan kau berani nak tunjuk muka dekat sini lagi. Aku tak akan teragak-agak buat hidup kau menyesal." meninggi suara Datin Zaleha dengan wajah yang membahang.
Rania memegang pipinya yang sedikit perit. Perlahan rambutnya diselak kebelakang semula. Merah pipi dengan air yang sudah bertakung dipelupuk mata menahan geram. Pandangan yang tajam membangkitkan kebencian dalam diri sekaligus tangan kanannya pula diangkat untuk membalas tamparan wanita itu. Namun terlebih dulu...
"RANIAA...!!!" kuat lontaran suara menyebut namanya.
"Don't you dare touch my mother." bentak Lutfi tiba-tiba muncul.
Tepat pada masanya saat keadaan semakin tegang. Yati yang mengekori dari arah belakang, tertelan air liur seketika. Seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya waktu itu.
Rania terkaku sekali lagi. Lelaki kesayangngannya datang berdiri di tengah-tengah sambil merenung tajam.
"Apa masalah you? Kenapa sampai nak serang mama I?" soal Lutfi keras.
Dia sudah mengagak ada sesuatu yang akan berlaku. Tangan teman wanitanya cuba dipegang namun Rania pantas menepis kerana berang mendengar ayat Lutfi.
"I serang mama you? Sayang, for your information mama you yang cari pasal dengan I dulu. Dia hina I, kutuk I maki I macam-macam seolah-olah I ni pengemis. Lebih baik you tanya apa yang mama you dah buat." bentak Rania bengang.
Semakin panas situasi itu semakin panas hati Datin Zaleha mendengar kata-kata Rania.
"Hei perempuan, kau jangan tuduh aku yang bukan-bukan. Pergi cermin diri kau tu sebelum nak letak kesalahan pada orang lain. Kau ingat kau layak nak cakap macam ni depan aku?"
"Mama please..."
Yati menggeleng melihat kedua-dua reaksi wanita itu. Majikannya ditengah-tengah seolah menjadi bahan sampingan dalam pertengkaran tersebut.
"You dengar tu. Mama you memang sengaja nak sakitkan hati I. Dia tak nak mengaku dengan apa yang dia cakap tadi, sebab dia takut perangai buruk dia tu you tau. Tua tak sedar diri, ada hati nak nasihat orang." balas Rania begitu biadap dengan jelingan tajam pada Datin Zaleha.
"Stop it Rania...." tempik Lutfi kuat. Rania tersentak.
"She is my mother and please give her some respect. I tau sekarang you tak boleh kawal perasaan, sebab tu you cuba nak pukul mama I. Lebih baik you balik sekarang. Tolong jangan tambahkan masalah lagi dalam hubungan kita." arah Lutfi.
Rania seakan tidak mahu mengalah. Mencerlung matanya memandang tidak berkelip.
"I said now...!!!"
Tempikan Lutfi membuat Rania tercabar. Handbag atas meja dicapai kasar dan sempat berkata dengan jari telunjuknya menuding di dada Lutfi.
"I hate you. You memang tak pernah faham perasaan I selama ni. Jangan you ingat, you akan bahagia dengan perangai bongkak mama you tu." ujar Rania berketap giginya menahan geram
"Kurang ajar, perempuan tak sedar diri tak tahu malu. Jangan sekali-kali kau berani nak tunjuk muka depan aku lagi. Aku benci kau, berambus..." marah Datin Zaleha mambalas kata-kata Rania.
"Mama..." Lutfi pantas menarik lengan mamanya dari cuba meluru ke arah Rania.
Yati yang berdiri tegak depan pintu, turut mendapat tempiasnya.
"Apa tengok-tengok? Kau pun sama macam perempuan tua tak sedar diri nak mampus tu. Menyusahkan hidup aku." bentak Rania.
Tiada kena-mengena ayat biadap itu turut di tuju pada Yati. Kelibat Rania yang sudah berlalu, menggerakkan Yati mengatur langkah keluar bilik.
"Kenapa Fi bagi muka dengan perempuan murahan tu?"
"Mama please...jangan cakap Rania perempuan murahan. Dia ada maruah ma, dia bukan pemgemis."
"Dia memang layak dapat panggilan macam tu. Datang pejabat ikut suka hati, terjerit-jerit macam orang hilang akal langsung tak tahu adab. Dia ingat orang lain tak ada hati, tak ada perasaan nak marah macam hamba abdi. Dia fikir dia hebat sangat. Fi nampak sendiri dia berani angkat tangan nak pukul mama tadi. Itu yang Fi nampak, kalau tak nampak entah apa yang dibuat pada mama tadi. Itu perempuan yang Fi sayang? Itu perempuan yang Fi nak jadikan isteri dan ibu pada anak-anak Fi? Perempuan macam tu ke?" meninggi amarah Datin Zaleha. Bertubi-tubi pertanyaan diajukan pada anaknya.
"Kenapa mama benci sangat dengan Rania?"
"Memang mama bencikan dia. Sebab dialah keluarga kita berpecah-belah, dan sebab dia Fi tak pernah nak dengar nasihat mama."
"Dia cuba berubah ma. Salah ke untuk mama bagi dia peluang sekali ni? Boleh tak mama berlembut, layan dia elok-elok. Kalau mama terus berkasar macam ni, sampai bila pun keadaan tak akan pulih. Dan tak mungkin Rania akan boleh terima dengan layanan mama macam ni. Bukan dia saja, kalau orang lain ada dalam situasi Rania, tak mustahil perkara macam ni akan berlaku. Mama tolonglah faham Fi." luah Lutfi tidak puas hati dengan apa yang berlaku.
Buntang mata Datin Zaleha menoleh memandang anaknya. Kata-kata Lutfi sedikit sebanyak menyinggung perasaannya.
"Fi nak suruh mama layan perempuan tu elok-elok? Untuk apa? Supaya senang mama ikut telunjuk dia, macam tu? Sepatutnya Fi dengar cakap mama dari dulu lagi supaya tinggalkan perempuan tu, bukan mama kena dengar cakap perempuan tu. Mama kecewa dengan sikap Fi sebab pentingkan perempuan tu lebih dari mama Fi sendiri."
Nafasnya tercungap-cungap melepaskan amarah yang terbuku. Dadanya berombak-ombak seperti gelombang tsunami. Meradang sungguh reaksinya. Lutfi cuba mendekati mamanya yang sudah mencapai beg tangan atas meja.
"Mama, tolong maafkan Fi. Fi tak ada niat nak menyinggung perasaan mama tadi." ucap Lutfi meraih tangan mamanya lembut. Wajah wanita itu di pandang sayu.
"Tolong bagi peluang sekali ni pada Rania. Fi tahu dia pernah buat kesalahan dalam keluarga kita, tapi tak bermaksud kita harus bencikan dia sampai bila-bila. Fi tak nak hidup Rania terus hancur ma. Fi sayangkan dia. Mama fahamkan maksud Fi?" tambahnya lagi cuba memujuk.
Look Ahmad Lutfi. I'm your mother and she got nothing to you. I know what I want to do. Terpulang sama ada Fi suka atau tidak, mama tetap tak restu hubungan Fi dengan Rania. Pilih siapa yang lebih penting, mama atau perempuan tu?" ujar Datin Zaleha memberi kata dua.
Dia nekad tidak mahu berganjak dengan sebarang keputusan. Sikap Lutfi sedikit sebanyak mengguris perasaannya. Semangat yang ada hilang gara-gara pertengkaran tadi.
"Ingat Fi, mama tak kan sekali-kali berdiam diri biarkan orang lain cuba musnahkan masa depan kamu termasuk Rania. Walau apa pun yang terjadi mama tetap dengan keputusan mama." tegas Datin Zaleha memberitahu sebelum dilihat berlalu keluar.
Lutfi terduduk. Mungkinkah kata-kata itu tidak langsung dapat merubah keputusan mamanya. Fikirannya buntu membuat keputusan. Terlihat pula foto yang berada dalam bilik office arwah papanya itu, bertambah kusut fikirannya memikirkan bagaimana cara untuk memulihkan keadaan yang sedia ada agar kembali seperti dulu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro