DUA
Dania sempat berhayal sambil menguyah keropok dalam mulut. Tangannya sebelah lagi memegang sekotak air laici yang masih belum dibuka. Sedang elok kakinya melangkah untuk melintas, tiba-tiba bunyi hon dari sebuah kereta lalu berhenti secara mengejut. Dania tergamam.
"Hoi..!!!" sergah pemilik kereta tersebut.
Kelihatan seorang lelaki dengan kemeja berlipat paras siku turun. Sempat lagi dia memandang hadapan keretanya sebelum melihat keadaan Dania. Mukanya berang tatkala menoleh pada Dania yang masih terduduk kaku atas jalan.
"Dah lama hidup ke? Nak mati? Melintas ikut suka hati je. Mata mana mata? Letak dekat kepala lutut? Lain kali nak jalan, pandang dengan mata bukan dengan mulut, faham." bentak lelaki tersebut mencerlun matanya memandang Dania.
Tanpa menunggu dia terus berlalu kembali masuk ke badan kereta. Tenungan Dania padanya tidak langsung diendahkan.
"Mangkuk. Ada otak tak nak guna. Main redah aje." bebel Lutfi sebaik saja masuk ke dalam badan kereta.
Dania kembali bangun. Lutfi yang memandang sekali lagi didatangi rasa tidak puas hati. Hon keretaya ditekan. Cermin tingkap diturunkan lalu kepalanya menjenguk sedikit.
"Ketepilah, tercegat dekat situ lagi apahal. Nak aku langgar kau ke? Urgh.." bengis muka lelaki itu dengan suara meninggi.
Dania tersentak. Pantas dia beralih ketepi. Tak pasal-pasal nanti lelaki berlagak itu sengaja melanggarnya. Saat kereta itu bergerak sedikit, Lutfi sempat lagi melemparkan jelingan tajam pada Dania sebelum memecut laju keretanya.
Apa lagi, terbakar hati Dania dengan kata kesat yang keluar dari mulut lelaki itu tadi. Pantang sungguh dia dengan orang yang berkelakuan biadap. Pedih terlinga dengan cebisan ayat akhir lelaki itu. Sepatah pun tidak sempat dia menjawab. Sudahlah tidak berbudi bahasa, jauh sekali untuk meminta maaf.
"Kurang ajar. Dia ingat dia siapa? Mentang-mentang kereta besar nak berlagak. Hebat sangat ke kau nak tempik-tempik aku macam tu. Tak pe, kalau aku jumpa kau sekali lagi siap. Taulah aku nak bagi pengajaran nanti. " marah Dania sendiri.
Lutfi tergesa-gesa memasuki ke bilik office. Jam tangan di pandang sekilas. Kelewatannya pagi itu benar-benar menguji diri. Elok saja duduk, dia ditangi satu suara tiba-tiba masuk.
"Maaf encik Lutfi, saya dah cuba beritahu cik Rania yang encik Lutfi sibuk, tapi..."
"Tak apa awak boleh keluar." beritahu Lutfi memandang.
Yati yang berdiri di sisi pintu, tidak mahu menuggu lama di situ. Meluat sungguh dia melihat wajah perempuan biadap dengan pakaian yang menjolok mata, bercakap ikut sedap mulut masuk tanpa kebenaran majikannya. Sebelum keluar sempat lagi dia melemparkan jelingan tajam.
Wanita yang diperkatakan itu turut meluat dengan cara layanan setiusaha Lutfi. Dia turut membalas dengan senyuman mengejek. Langkah diatur mendekati Lutfi yang sudah duduk.
"Sayang... lama I tunggu you. I call you tak angkat, sms you tak replay. You ni kenapa? Janji nak temankan I pergi sain kontrak tu. Ni sekarang ada satu jam lagi kita nak sampai sana. You nak teman kan I atau tidak?" rengek Rania dengan gaya menggoda. Dia duduk dipangku Lutfi sambil melurut tali leher lelaki itu.
"Rania, I'm sorry ok. Kerja I banyak. Mungkin I tak dapat temankan you hari ni. Kejap lagi I ada meeting, lepas tu pulak I kena jumpa klien. Mana sempat nak semua sekali dalam satu masa. I'm sorry sayang. Lain kali je I temankan you ok. You faham I kan?" tangan Rania diraih seolah memujuk.
Mendengar saja kata-kata itu, pantas Rania menepis tangan Lutfi lalu bangun dari pangkuan. Dia berdiri berpeluk tubuh membelakangi Lutfi yang masih duduk.
"You sengaja buat I macam ni kan? You memang tak sayang kan I. You lebih pentingkan kerja you dari I. Sekarang you pilih, kerja atau I." bentak Rania tidak puas hati. Mukanya bengis.
Lutfi bangun mendekati Rania yang rajuk dengan kata-katanya. Perlahan dagu wanita itu ditolak agar mendongak memandangnya.
"Rania, jangan cakap macam ni. I sayangkan you, and of cause I sayangkan kerja I jugak. Ini semua untuk masa depan kita. Boleh tak you sabar sikit. Bagi I masa untuk settle kan semua kerja-kerja ni. Lepas tu I janji I akan ambil cuti untuk luangkan masa dengan you. Puas?" lembut Lutfi cuba memujuk Rania. Begitu sabar dia meyan kerenah teman wanitanya.
"No, you dah janji dengan I. So you mesti temankan I sain kontrak tu hari ni. Kalau you tetap dengan keputusan you, maknanya you memang tak sayangkan I lagi. Lebih baik I pergi pada orang yang lebih sayangkan I daripada tunggu you yang tak pernah nak faham kemahuan I." desak Rania mahu lelaki kesayangannya menurut segala kemahuannya.
Lutfi bungkam. Desakan Rania sekali gus menyesak fikiran. Tentu sekali dia tidak mahu kehilangan wanita yang disayang. Dan dalam masa yang sama hatinya berbelah bagi untuk memilih antara kerjaya dan cinta. Yang mana lebih utama untuk dirinya. Lutfi menarik tangan Rania apabila dilihat wanita itu cuba mengatur langkah.
"Wait sayang, dengar apa I nak cakap dulu."
"Tak apa I faham sangat dengan status anak datuk macam you. You memang sibuk selalu sebab semua benda you nak uruskan. Syarikat keluarga you, mama you, sampai tak ada masa untuk I. Dahlah susah nak jumpa, nak manja-manja dengan you mimpilah. Bosan. Lepas ni tak payah nak jumpa-jumpa I lagi." rungut Rania. Lutfi yang sedang memegang tanganya, tidak dipandang.
"Sayang, janganlah cakap macam ni. You tau kan I sanggup buat apa saja untuk you. You merajuk macam ni tak cantiklah sayang. Dah, tak payah nak buat muka macam tu. Hari ni I temankan you pergi sain kontrak tu. Tapi next time I tak janji. You kena faham kerja I bukan macam kerja orang lain. You faham kan kenapa I kerja kuat. Semua ni untuk masa depan kita juga. Kalau you sayangkan I, lain kali tak nak merajuk macam ni lagi. Senyum sikit. Senyum..." pujuk Lutfi sedaya-upaya cuba menjaga hubungan cintanya bersama Rania.
Masa yang terhad terpaksa juga dilepaskan untuk seketika demi wanita tersayang. Rania kembali tersenyum memandang. Akhirnya lelaki ini termakan juga dengan lakonannya tadi.
Inilah dikatakan, cinta itu buta. Buta pada insan yang memejamkan mata, menutupkan hati serta memekakkan telinga. Tidak mahu membandingkan antara cinta sejati dan cinta hiasan. Hakikatnya cinta yang dikejarnya itu sekadar terlafaz dibibir sedangkan dihati insan yang disayang jauh sekali ikhlas menerimanya.
Aku tak tahu dari mana datangnya sabar menunggu Rania lama-lama di situ. Rasa bosan memang tak mampu aku sorokkan lagi. Perlahan aku bangkit dari terus duduk. Tidak selesa menjadi tumpuan wanita-wanita sekerjaya dengan Rania di situ. Masing-masing tersenyum seolah mencari perhatian.
"You..."
Tiba-tiba dalam melayan perasaan sendiri, bahuku dipeluk seseorang dari belakang.
"Kenapa dari tadi I tengok you moody aje sayang? Bosan ya?"
Perlahan aku berpaling. Rania kelihatan begitu anggun berpakaian maxi singkat berona merah, membuatkan mata aku pegun merenung.
"I letih duduk lama-lama. Kalau sekejap tak apa, masalahnya dah sejam kat sini."
"Sabarlah. Sekejap aje lagi. Selesai foto shoot ni, kita pergi makan ya. I tahu you mesti lapar duduk lama-lamakan."
"Hmm..."
"Senyumlah sikit."
Dalam kepayahan aku paksa bibir tersenyum. Tangan halus Rania perlahan mengucap wajahku. Sempat tangannya ku kucup sekali.
"Tolong zipkan belakang baju I." Bisiknya perlahan.
Terus dia berpusing membelakangkan aku. Kulit badan Ranis yang terdedah membawa ke paras pinggang, menjadi santapan mataku seketika.
Kulit tubuh itu cukup cantik. Mana-mana mata lelaki yang memandang pun bakal tergoda jika ditayang begini selalu. Jujur hati aku cemburu. Cemburu untuk berkongsi kecantikan wanita yang aku sayang dengan lelaki lain.
"Lepas kita kahwin, I tak nak you jadi model lagi. I nak you jadi model I kat rumah saja." Kening ku angkat menunggu reaksi balas Rania.
"Okay sayang. Untuk you apa pun I sanggup buat. Tapi...."
Rania merapat. Kolar bajuku sempat dikemaskan sebelum tangan itu memaut kemas batang leherku. Ada senyum yang turut dihias bersama.
"..... bagi I puas enjoy dengan kerja I ni dulu lepas tu baru kita fikir soal kahwin. Tak ada masalahkan sayang?"
"Okay.."
Aku lakukan demi Rania. Wanita yang bakal menjadi permaisuri dalam hidupku satu saat nanti.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro