Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 8


"Lain kali nak kerja tu buat cara nak kerja! Layan pelanggan elok-elok! Pelanggan ni lah yang bayar gaji kau tahu!" jerit satu suara nyaring.

Embun diam. Dimalukan begitu sudah terbiasa bila kakinya mula melangkah masuk kerja di sini. Beku saja riak wajahnya seakan tidak terkesan.

"Saya minta maaf," ucapnya senada.

"Maaf! Maaf! Dah jatuhkan makanan aku lepastu senang-senang aje kau nak minta maaf. Dengan muka tak bersalah kau lagi buat aku tahu kau tak ikhlas nak minta maaf!"

"Saya boleh ganti balik makanan puan."

"Tak payahlah! Menyampah aku tengok muka kau! Tak hormat langsung dengan orang tua. Ni ambil duit ni, aku bayar semua makanan aku." Satu not wang dua puluh ringgit dilemparkan ke wajah Embun.

"Siapa mak ayah kau? Kenapa tak ajar cara beradab dengan orang. Kalau aku jumpa mereka memang aku bagi nasihat percuma tentang cara penjagaan anak. Huh!" bentaknya geram lalu melangkah keluar.

Hati masih mendidih panas. Memang akan diberi bintang satu kedai makanan ini.

Embun kutip duit itu dengan wajah kosong. Lalu dia berjalan ke arah kaunter. Duit itu dihulurkan kepada pekerja yang bertugas dengannya. Tanpa sepatah kata, kakinya menapak ke tandas.

Pintu tandas dikunci rapat, Embun pulas air kuat-kuat. Dia renung air yang mengalir itu bersamaan dengan air mata yang mula mengalir. Bibir digigit kuat menahan esakan yang keluar. Lantas tanpa dapat ditahan, akhirnya esakan sayu keluar juga.

Sakit...

Berapa lama lagi dia perlu kuat menahan cemuhan orang sekeliling? Jijik sangatkah kelahiran dia sehingga Tuhan juga seolah-olah mengujinya dengan sesuatu yang makin dia tidak mampu untuk tanggung.

"Kenapa buang Embun..."

Kejadian petang tadi seringkali diingati. Meskipun dia ingin melupuskan ingatan itu. Namun siapalah dia ingin berbuat begitu.

Nafasnya dihela perlahan.

Stok maggi yang berada di dalam kotak dilihat. Terbit keluhan halus tatkala matanya dapat menangkap cuma ada tiga bungkus sahaja maggi yang tinggal. Tangannya mencapai juga satu maggi untuk mengisi perut yang seharian cuma menerima beberapa teguk air.

Plastik dibuka. Dia melihat maggi itu beberapa saat sebelum maggi itu dipatahkan dua. Selebihnya, dia simpan kembali untuk menjamahnya pada keesokan hari. Perencah juga digunakan sedikit. Setelah itu, dia tuang air panas yang diambil dari dapur. Selesai, Embun tutup mangkuk dengan pinggan.

Badannya mengesot untuk menyandar ke kaki katil. Kedua lututnya dipeluk erat ke dada.

Sepi. Kesunyian yang berterusan menghimpit jiwanya. Embun terkapai-kapai sendiri untuk berjuang di dunia ini bersendirian. Puas memberontak dengan takdir hidupnya tetapi tiada apa yang berubah.

Bodohkah Embun jika dia pernah bermimpi semoga, apabila dia bangun dari tidur, ibu bapanya datang ingin mengambilnya. Membawanya tinggal
bersama mereka.

Mangkuk berisi maggi dicapai setelah beberapa minit berlalu, pinggan diletakkan atas lantai. Maggi di suap ke mulut tanpa ditiup dahulu. Tatkala lidahnya terasa melecur, laju dia memuntahkan kembali.

Bibir terketap dengan birai mata yang sudah bergenang.

"Mak cik tak pernah cakap dengan Embun, pahitnya hidup sendiri dalam dunia ni." Bawah bibir bergetar mengungkapkan ayat itu.

Perlahan air mata mengalir di pipi.

Biarlah kali ini, Embun tidak mahu menyeka air mata ini. "Dunia ni kejam untuk Embun..."

"Dorang jahat dengan Embun mak cik..." usai itu, bilik hening ini dipenuhi tangisan kesakitan gadis itu.

Embun Adawiyah yang memeluk erat lukanya sendiri tanpa sedikit pun berniat untuk berkongsi ceritanya dengan orang lain. Berjuang berseorangan di dalam dunia yang penuh kejam.









BUNYI ketukan bertalu-talu di pintu bilik menyedarkan lena sang gadis. Lantas kepalanya diangkat dari lutut. Beberapa saat, Embun pandang sekeliling biliknya. Maggi yang sudah kembang tanpa di usik direnung. Keadaan semalam masih sama, bahkan Embun terlena sendiri dengan keadaan duduk memeluk lutut.

Tok!Tok!Tok!

"Embun!"

Matanya lekas menoleh ke arah pintu bilik tatkala namanya diseru dari luar. Dia gagahkan diri untuk berdiri. Seketika, tangan laju memegang kepalanya apabila terasa sakit yang menyegat tiba-tiba.

Bibirnya digigit menahan rasa. Setelah merasakan makin stabil, dia bergerak memulas tombol pintu.

Terpampang wajah berpurdah Aufiya.

"Lamanya nak buka pintu, dari tadi Fiya ketuk bilik Embun." Rungut Aufiya.

"Sorry."

Matanya meneliti Embun dari rambut hingga ke kaki. Setelah itu, wajah gadis itu dilihat dalam.

"Embun okey? Mata Embun nampak bengkak."

Laju tangannya mengusap mata. Embun berdehem perlahan sebelum menjatuhkan kepalanya beberapa kali.

"Kenapa ketuk pintu bilik saya?" soalnya tanpa berbasa-basi. Seakan tergesa-gesa ingin menamatkan perbualan dengan gadis berpurdah di
depannya.

"Faid ada kat luar, dia kata nak jumpa Embun," ucap Aufiya memberitahu.

Berkerut dahi Embun lalu badannya dibawa keluar. Pintu bilik ditutup rapat sebelum dia berura-ura ingin melangkah.

Aufiya selar lengan kecil Embun. Laju kepalanya berpaling ke belakang menatap Aufiya dengan tatapan pelik.

"Embun ada apa-apa dengan Faid?"

"Tak ada." Bersamaan itu, Embun rentap lengannya perlahan. Lalu langkah diteruskan.

Faid terus berdiri tegak tatkala matanya dapat menangkap kelibat Embun yang sedang keluar rumah. Tajam matanya merenung wajah gadis itu. Hatinya diserbu rasa tidak sedap hati.

"Nak tangan kau." Serius nadanya berkata.

Tepat-tepat kaki Embun berhenti di depan Faid, permintaan lelaki itu membuatnya hairan. Namun melihat wajah serius itu, dengan malas dia hulurkan juga tangan kanannya.

Tangan besar Faid pantas menggengam lengan itu tidak terlalu kuat. Cukup-cukup buat Embun merasa haba panas di telapak tangan lelaki itu.

Dia bagai tersedar sesuatu. Lantas matanya jatuh ke lengan. Embun baru tersedar tidak memakai baju lengan panjang! Ah dia memang cuai. Baru saja berniat ingin menarik lengan menjauh, suara halus Faid menghentikan tindakannya.

"Baguslah, tak ada luka baru," ujarnya
lembut. Parut-parut panjang itu diusap lembut.

Tubuh Embun mengeras. Matanya ikut sekali memandang jari itu yang bergerak-gerak di serata
parutnya.

"Well done, Embun. I'm proud of you." Kepala Embun diusap lembut. Bibirnya menarik senyuman manis.

I'm proud of you...

Ayat ini... sungguh ayat yang dia mahu daripada seseorang untuk berkata kepadanya. Perasaan halus menyusup di hatinya. Lantas kepala didongak. Mata mereka bersambung lama.

Faid tatap dalam mata Embun. Berkaca-kaca mata itu. Cantik. Jantungnya mengepam laju. Dia tidak tahu apakah perasaan ini yang penting, dia menyukai dengan situasi ini.

"Pipi kau merah." Tegur Embun sekadar ingin melepaskan diri dari situasi yang membuatnya janggal.

Terlepas pegangan Faid. Laju dia memegang kedua pipinya. Ditekup kuat. Raut wajah gadis itu seperti serius menjadikan dia diserbu malu. Laju tubuhnya dipusing menghadap kereta. Cermin sisi dilihat. Berkerut dahinya.

Biasa aje. Tak ada perubahan warna di pipi.

"Kau tipu aku kan," katanya setelah memusingkan badan.

"Tadi je merah. Sekarang dah tak," ujar Embun bersamaan mimik muka beku.

Anak rambutnya yang mengenai dahi diselak ke belakang. Terlepas keluhan di bibirnya. "Kalau nak bergurau tapi muka tetap beku, baik tak payah." Getus Faid.

"Dah pergi siap cepat! Hari ni aku nak ambil masa kau." Arahnya senada. Jari telunjuk dihunus ke arah pintu rumah sewa.

Embun mendengus. Mulutnya yang baru saja ingin membidas terus terkatup.

"Tak boleh, aku kerja."

"Kerja apanya dah pukul 1 sekarang!"

"Aku nak cari kerja yang gaji hari..."

"Tak payah! Hari ni kau kerja dengan aku. Aku bayar gaji kau dua kali ganda. Kerjanya cuma kau kena ikut aje ke mana aku pergi. Jangan membantah." Cepat saja Faid memotong bicara Embun.

"Ada ke kerja macam tu?"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro