Bab 7
Suis lampu dibuka. Bilik yang tadinya gelap gelita menjadi terang benderang. Embun pandang sekeliling biliknya yang sempit, namun di sinilah menjadi saksi bagaimana dia sedaya upaya menahan kepahitan hidupnya.
Senyuman tawar diukir. Lalu beg sandangnya diletakkan atas katil. Telefon dikeluarkan. Banyak panggilan tidak berjawab dari pak ciknya. Lantas keluhan di bibir terlepas. Baru saja dia ingin meletakkan kembali telefon itu, ada satu panggilan masuk. Tubuhnya terenjat sedikit.
Faid.
Lantas jarinya menggesek menerima
panggilan itu. Telefonnya ditekap ke telinga.
"Keluar sekejap, aku dekat depan rumah kau ni. Ada nak bagi barang." Faid mematikan panggilan.
Bibirnya tercebik tanpa sedar. Tetapi
kakinya tetap melangkah keluar bilik Pintu rumah dibuka malas, terkaku terus dia.
Dia melihat, Aufiya penyewa dalam rumah ini juga sedang berbual berdua dengan Faid. Ramah sahaja mereka. Embun teragak-agak ingin keluar. Dia
mengambil keputusan untuk masuk kembali.
"Embun Adawiyah!" panggil Faid sedikit
kuat tatkala matanya dapat menangkap tubuh itu.
Bibirnya diketap kuat. Embun menggerutu marah. Sejak lelaki itu tahu nama panjangnya, memang gemar betul namanya disebut berulang-ulang kali.
Lantas kakinya menyarung selipar dan berjalan mendekati mereka. Sempat matanya menangkap mata Aufiya yang turut memandangnya dengan tatapan sukar ditafsir.
"Kawan Embun ke?" soalan itu terpacul di bibir Aufiya. Silih berganti dia memandang Faid serta Embun.
Embun tidak menjawab. Dia berdiri kaku.
Faid tersengih janggal. "Ha'ah Faid kawan Embun, datang sini pun nak jumpa dia."
Kepala Aufiya jatuh beberapa kali.
"Boleh tinggalkan kami berdua tak?" pintanya selamba.
Aufiya sedikit tersentak. "Dah malam ni, tak elok pula kalau berduaan macam ni. Tak apa lah saya tunggu sini sekali," balasnya lembut.
Embun berkerut sedikit tapi bibirnya tetap terkunci.
"Kalau macam tu, tunggu jauh sikit boleh? Faid nak bercakap hal privasi dengan Embun."
Pada mulanya, Aufiya seperti berat saja ingin melangkah, tetapi tetap juga dia berjalan ke depan. Jauh sedikit kedudukan mereka.
Mata Faid terus dialihkan ke wajah beku Embun. Dia menghulurkan beg kertas berwarna coklat cair di depan gadis itu.
"Apa ni?"
"Tengoklah sendiri."
Embun merengus perlahan. Dia mengambil beg kertas itu dengan kasar. Lantas isi di dalamnya dilihat. Buku lukisan, palette, berus serta poster
colour.
"Buat apa kau bagi aku benda ni semua? Aku tak ada masa nak warna-warna ni," ujarnya kosong.
"Aku tahu kau takde masa nak beli semua ni, so aku tolong belikan. Ingat pesan aku, kalau kau nak cari ketenangan, terus conteng aje isi hati kau dalam buku lukisan tu. Okey?" Faid berkata dengan nada lembut. Wajah Embun ditenung dengan pelbagai perasaan. Waktu malam begini memang wajah itu seperti bercahaya.
"Terima kasih."
"Cuba senyum sikit," arahnya.
"Malas."
"Sikit je, please Embun Adawiyah..."
Laju senyuman tidak ikhlas dipamerkan ke bibir. "Dah puas? Jangan sebut lagi nama penuh aku. Aku tak suka," ucapnya keras. Kecil besar saja dia melihat Faid yang tersengih bak kerrang busuk.
Faid ketawa terbahak-bahak.
"Baik cik Embun Adawiyah—"
Bak!
"Aduh sakitlah!" dadanya yang baru menerima libasan dari Embun, diusap dengan dahi berkerut.
"AKU janji aku bayar! Sekarang anak aku belum gaji! Aku tak boleh bayar lagi hutang tu. Nanti dia dah gaji aku sendiri datang jumpa kau dan bayar!" Adham merapatkan tangannya sembari melutut di depan ahlong yang datang ke sini ingin mengutip semula hutang.
"Anak lu kerja apa?" soal Xi Chen kasar.
Adham telan air liur yang tercampur darah. "Anak aku kerja kedai makan tapi..."
"Lu fikir kerja kedai makan cukup nak bayar hutang lu?"
"Aku bayar sikit-sikit," ujarnya dengan nada rendah.
"Lu ni memang lancau lah! Hutang lu makin banyak woo! Aku tak boleh bersabar lagi, aku ambil aja lu punya mata ka boleh juga aku jual," kata Xi Chen dengan keras.
Hati Adham bertukar gusar. Kiri kanan dipandang untuk melihat sama ada dia mempunyai peluang untuk lari ataupun tidak.
"Aku—aku boleh jual anak aku dekat kau!"
Xi Chen terdiam lama. Mata sepetnya merenung tajam wajah Adham. "Anak lu perempuan atau laki?"
"Perempuan. Dia cantik..."
"Lu ada gambar? Aku mahu tengok."
Dengan tergesa-gesa, Adham menyeluk telefonnya yang berada di kocek seluar. Dia membuka galeri. Dalam hati sudah berharap supaya adalah sekeping dua gambar Embun yang dia simpan. Adham beriak lega apabila matanya dapat menangkap gambar Embun berpakaian sekolah. Gambar ini diberarwah isterinya. Lantas dia tunjuk skrin yang terpapar gambar Embun di depan Xi Chen.
"Wah banyak cantik ini olang! Anak lu kah? Muka lu macam penyangak dapat anak cantik macam ni," dilihat gambar Embun dengan penuh teliti. Dagunya diusap.
"Bukan anak sebenar aku. Anak angkat."
Jawab Adham.
"Ini anak masih sekolah?"
"Dah habis sekolah."
"Okey deal. Aku mahu anak ini."
BELAKANG tubuh Arriyan yang sedang merokok dipandang. Lantas Faid mendapatkan rakannya. Dia menepuk bahu Arriyan.
"Kau kenapa? Sejak akhir-akhir ni banyak termenung?" soalnya memulakan bicara. Sebatang rokok dalam kotak rokok Arriyan diambil. Hujung rokok di bakar dengan api mancis.
Arriyan diam. Masih termenung jauh memandang dinding di depannya.
"Kau okay tak Riyan?"
Keluhan berat keluar dari bibir Arriyan. Lalu rokok disedut dalam. Beberapa saat barulah dilepaskan asap keluar. "Okay je," balasnya acuh tak acuh.
Faid menghembuskan asap ke atas. Dia
mengepit rokoknya dengan jari. Tubuh dicondongkan sedikit memandang Arriyan.
"Gaduh lagi dengan papa kau ke?"
"Bukan pasal papa aku."
"Dah tu pasal apa?"
Wajah Arriyan kelihatan tertekan. Rambutnya diserabaikan. "Sakit Faid..."
"Dia—dia dah nak kahwin," tuturnya dengan nada bergetar. Air matanya ditahan sedaya upaya dari mengalir.
Faid menegakkan tubuh. "Dia? Siapa? Kekasih kau? Jap sejak bila kau ada kekasih ni?" bertalu-talu soalan keluar. Namun reaksi Arriyan hanya beku. Kosong. Kelam. Faid menghembuskan nafas. Lantas hujung rokok dicucuh atas bekas rokok untuk memadamkan bara api.
Kedua tangan Faid di depa luas.
"Sini peluk aku," arahnya ikhlas. Polos saja wajahnya.
Arriyan menjeling tajam. "Kau fikir aku
budak kecil nak menangis dalam pelukan kau?"
"Sinilah," laju dia sauk kepala Arriyan. Dipeluk erat kepala itu ke dadanya.
"Kita bukan patung, Riyan. Kita pun ada rasa sedih dan kecewa. Jangan lupa kita sebagai lelaki pun manusia yang mempunyai perasaan," ucapnya bernada.
Pada mulanya, Arriyan berkeras menolak. Namun jatuh juga tangisan yang dipendam cukup lama. Teresak-esak dia menangis. Siap pakej hingusnya terkeluar. Dengan penuh selamba Arriyan mengelap hingusnya di baju Faid.
Basaklah! Nak sangat kan suruh aku nangis.
"Aku sayang dia..."
Faid terangguk-angguk. Diusap kepala Arriyan lagak memujuk.
"Dah tiga tahun aku dengan dia."
Bibir Faid sedikit melongo. Mak aih lamanya. Sejak bila Arriyan mempunyai kekasih?
"Tapi dia nak kahwin dengan orang lain..."
"Dah lah macam gay pula." Katanya lalu tubuhnya menjauh. Sisa air mata dilap tidak mahu ada kesan lagi.
"Aku tak tahu pula selama ni kau ada kekasih," ujar Faid perlahan.
Senyuman hambar ditarik ke bibr Arriyan.
"Dia katolik."
Faid terkedu. Matanya merenung lama ke arah rakannya. Tiba-tiba terlintas wajah Embun. Tapi nama hujung Embun ialah Adawiyah.
Adawiyah makna nama dalam Islam, penawar, seorang perempuan Sufi.
"Kau pun lately ni selalu keluar, pergi mana?" soalnya menukar topik. Rasa tidak perlu lagi dipanjangkan topik berkaitan dirinya. Pandailah Arriyan simpan sendiri.
Bibir Faid tersenyum lebar. Dia mengusap tengkuk. Janggal. "Adalah busy sikit..."
"Jangan nak menipu, kau fikir aku tak tahu kau bawa seorang perempuan nama Embun dekat studio Izz kan?"
Berubah terus mimik wajah Faid. Arriyan menyinis.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro