Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 6


"Kau nak bawa aku pergi mana ni? Aku nak kerjalah!" menderam marah suara tatkala Faid menariknya berjalan setelah mereka berdua turun dari motosikal.

"Alah sekarang waktu kau rehat kan. Ada banyak masa lagi. Aku nak bawa kau pergi studio kawan aku." Faid cengkam lengan berlapik Embun. Dia berjalan laju dengan kaki panjangnya hingga terkial -kial Embun ingin mengejar.

"Perlahanlah sikit! Kau fikir kaki aku panjang macam kaki kau?" bentaknya kasar.

Mendengar itu, Faid bertindak memperlahankan langkahnya. Faid tergelak kecil. Namun dia masih kekal menarik gadis itu berjalan. Sampai sahaja di depan sebuah kedai yang terletak sediki tersorok, tangannya bergerak menolak pintu kaca.

Mata melilau ke sekeliling arah mencari kelibat seseorang.

"Izz budak-budak yang kau ajar dah balik kan?" Faid terus bertanya tanpa sapaan. Lagak seperti terburu-buru saja.

Embun cuma melihat seorang lelaki yang
dipanggil nama Izz dengan tatapan kosong. Mata mereka sempat bertembung sebelum dia sendiri melarikan pandangan.

Kekok.

"Dah, bilik tu kosong takde pelajar aku. Kau nak guna kan?"

"Ha'ah. Tak lama pun dalam sejam macam tu," balasnya sambil menilik jam di pergelangan tangan.

Izz hanya mengangguk lalu sepasang mata beralih ke sebelah rakannya, melihat seorang gadis berketinggian separa dada mereka. Manakala ketinggian Izz dan Faid hampir setara cumanya rakannya lebih tinggi sedikit.

"Kau bawa siapa ni?" soalnya terus terang.

"Embun. Kawan aku."

"Just a friend?" Izz menekan nadanya sambil kening terjongket ke arah Faid. Matanya banyak kali menjeling pegangan tangan yang masih tidak lepas sedari tadi di lengan gadis itu.

Laju Embun merentap lengannya. Dia
melilaukan mata tidak mahu menentang mata dengan Izz. Embun melihat sekeliling. Sepertinya ini bukan kedai biasa kerana ada banyak lukisan-lukisan yang tergantung. Semuanya berseni. Lantas matanya jatuh ke arah ukiran burung yang menerbangkan sayapnya.

Dia dapat menyimpulkan di sini merupakan studio seni. Melihat Izz juga memakai apron kulit dan ada sedikit tercalit warna air di serata tangannya.

"Saya Izz." Izz menghulurkan tangan ke
arah Embun.

Terus tumpuannya terarah pada tangan
lelaki itu. Dia terdiam lama. Kaku.

"Okeylah kami nak masuk dulu. Pastikan tak ada siapa yang masuk." Lekas Faid menyambut huluran itu dengan selamba. Dia menepuk bahu Izz lalu menarik tangan Embun mengikutinya.

Izz mencebik.

"Jangan buat benda bukan-bukan pula dalam tu!" laungnya sedikit kuat.

Faid cuma beriak biasa seakan tidak terkesan.

"Kita buat apa masuk sini?" Embun
membuka mulut setelah lama dia berdiam diri.

Pintu dibiarkan terbuka luas tanpa ditutup. Faid menarik Embun duduk di satu kerusi. Di depannya pula terdapat kanvas besar yang diletakkan di pine wood easel stand berukuran 150cm. Dia memakaikan Embun apron kulit.

"Kenapa kena pakai ni, aku bukan nak
memasak pun." Getusnya kepada lelaki itu yang sedang lincah mengikat tali apron.

"Nanti cat minyak tu kena baju kerja kau," ujar Faid lembut. Selesai mengikat, dia juga memakai apron ke tubuhnya. Lantas kerusi kayu ditarik merapati Embun.

"Just use oil paint colors here. Draw what you want." Katanya. Cat minyak bersaiz kecil yang berada di bawah ditunjuk.

"Aku tak tahu."

Matanya jatuh melihat ke arah tempat yang ditunjuk Faid. Dia benar-benar tidak tahu perlu lakukan apa. Melukis? Faid ajak ke sini hanya semata-mata menyuruhnya melukis?

"Cuba kau lukis ikut gerak hati kau. Kau boleh lukis rama-rama. Apa-apa sahaja yang kau suka."

"Aku tak reti melukis haiwan."

"It's okay. Kau nak conteng-conteng pun
boleh." Sabar sahaja Faid melayan. Dia menghulurkan palette kosong.

Embun seakan teragak-agak untuk mengambil, namun dia terima juga huluran itu. Matanya memandang warna-warna yang ada. Lantas tangannya bergerak mengambil beberapa warna mengikut kehendak hatinya.

Sepasang mata Faid setia memandang gerak geri Embun. Bibirnya tersenyum simpul tatkala gadis itu mengambil cat minyak yang berbentuk tiup berwarna hitam, merah serta kuning keemasan. Namun mulutnya terkunci. Hanya membiarkan gadis itu memilih.

Setelah selesai Embun meletakkan isi warna itu dalam palette, dia terus menoleh ke arah Faid. Mengisyaratkan untuk melakukan apa seterusnya.

"Conteng kanvas tu. Untuk pertama kali ni, kau buat teknik kering atas kering." Arahnya lalu menghulurkan berus hujungnya bulu tajam,

Meskipun Embun agak blur, dia tetap mengambil berus itu. Bulu berus mula dicalitkan dengan warna hitam lantas disapu pada kanvas di depan. Beberapa kali lalu tanpa sedar tangannya sendiri bergerak mengambil berus lain untuk dicalitkan dengan warna merah.

Pada mulanya dia sedikit kekok tetapi Faid yang berada di sebelahnya cuma diam tidak mengatakan apa-apa, Embun jadi lebih selesa. Lincah tangannya mewarnai kanvas itu. Campuran dua warna iaitu hitam dan merah. Leka tangannya menconteng.

Faid melihat saja. Terkadang matanya
merenung lembut ke arah Embun.

Tidak sedar, mereka berdua masih duduk begini dalam tempoh dekat sejam. Ralit matanya melihat. Wajah gadis itu tenang. Seperti tiada masalah dalam hidupnya. Pada matanya, Embun makin selesa dalam menwarnai kanvas hingga hampir separuh sudah penuh dengan warna hitam serta merah.

"Kenapa kau masih tak guna warna kuning emas ni?" soalnya memecahkan kesunyian.

Embun diam tidak membalas. Setelah
beberapa minit barulah warna kuning emas itu disentuh. Hujung berus itu disapu atas kanvas.

"Warna ni yang terakhir sekali sebab warna ni bagi aku istimewa."

"Kenapa?"

"Sebab hidup aku cuma diwarnai warna yang gelap. Aku tak tahu bila waktunya warna emas bersinar ni akan tiba dalam hidup aku." Jelasnya kosong. Lantas sentuhan terakhir diberikan.

Lalu mata Faid tergam lama di kanvas itu. Hasil dua warna diconteng dan hujung atas kanan Embun meletakkan warna kuning emas itu. Kecil saja seperti cahaya yang segan silu masuk.

"Apa perasaan kau lepas kau buat ni?" dia hanya memandang pergerakan Embun yang meletakkan barangan yang digunakan tadi ke bawah.

Embun menegakkan tubuhnya. Dia menatap wajah Faid sekilas lalu matanya dialihkan memandang hasil sentuhannya.

"Aku rasa tenang..." desisnya perlahan.

"Betul. Aku pun kalau stres terus buat seni catan ni untuk cari ketenangan."

"Ini seni catan?" tanya Embun.

"Yup, catan berfungsi untuk menceritakan sesuatu peristiwa dan memberitahu sesuatu maksud."

"Ramai juga pelukis buat seni catan sebab catan membolehkan artis untuk meluahkan perasaan dan merakamkan gambaran pemikiran melalui imej visual yang diterjemahkan dalam bentuk nyata atau abstrak."

"Jadi lepas ni kau dah boleh tukar cara kau cari ketenangan. Dengan cara ni," ujar Faid setelah melihat Embun menekur diam.

"Kau dah macam pelukis pula," ucap Embun menukar topik.

Faid mengjungkit kedua bahu. Tidak
berminat ingin memberitahu hal sebenar.








ARRIYAN menyandarkan tubuhnya di pintu kereta. Tangannya berpeluk tubuh. Matanya tidak lekang memandang gereja di depannya. Seperti mencari sesuatu. Cepat saja matanya dapat menangkap kelibat tubuh perempuan yang baru keluar.

Pada mulanya, kaki dia ingin melangkah mendapatkan perempuan itu, namun niat dibatalkan.

"Adele..." tanpa sedar bibirnya melaung
nama itu.

Pantas Adele mencari empunya suara yang memanggilnya. Dia seakan terpana tatkala mata bundarnya menangkap tubuh tinggi lampai Arriyan. Laju kakinya menapak ke arah lelaki itu.

"Awak buat apa dekat sini Riyan?" soalnya separuh berbisik lantas kepala ditoleh ke belakang memastikan tiada sesiapa melihat mereka.

Mata Arriyan penuh dengan sarat kerinduan. Seperti ingin mendakap saja tubuh Adele. Namun ditahan niatnya walau sudah berkorbar-korbar.

"I miss you..." lirih dia mengucapkan ayat
itu.

Adele mengetap bibir. Ditahan sebak di dada. Nafas ditarik lalu matanya menatap mata Arriyan. "Please Riyan, kita dah takde apa-apa hubungan."

Tanpa dapat ditahan, Arriyan menarik kedua belah tangan Adele. Digenggam kuat tangan itu meskipun mendapat rontaan dari empunya badan.

"Kita dah tiga tahun sayang, takkan senang-senang macam tu kita nak tamatkan hubungan ni?" rayunya separa terdesak.

Tubir mata Adele sudah bergenang. Dia
sedaya upaya cuba merentap tangannya.

"Tolong tanya Tuhan awak, adakah saya
yang bukan hamba-Nya boleh mencintai
hamba-Nya?" bergetar suaranya tatkala menuturkan ayat itu.

Terkelu. Lidah Arriyan bagai keras ingin
menjawab. Dia tatap dalam wajah Adele lantas matanya jatuh ke arah rantai yang dipakai Adele.

Salib.

Perlahan-lahan dirungkai pegangan Arriyan yang mula longgar. Air mata yang mengalir setitik diseka pantas. Bibirnya mengukir senyuman pahit.

"Dari awal kita kenal memang hubungan kita dah bercanggah. Tapi kita bodoh tetap teruskan juga tanpa ambil tahu dengan realiti yang kita kena hadap. Cukup Arriyan. Saya dah nak berkahwin. Jangan cari saya lagi."

"Kau tak boleh buat aku macam ni, Adele..."

"Apa yang patut saya buat sekarang Arriyan! Cuba bagitahu saya sekarang! Kita tetap tak boleh bersama. Awak tak boleh masuk agama saya dan saya tak nak masuk agama awak!"

"Itu dah cukup untuk kita berpisah," ujar Adele lalu kakinya digagahkan juga untuk berjalan. Walau hatinya menjerit untuk tetap bersama lelaki itu tetapi dia sedar, tiada apa yang boleh dilakukannya.

Arriyan terhenyak dengan kenyataan itu. Belakang tubuh Adele dipandang dengan sebak yang makin menghimpit dadanya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro