Bab 42
"EMBUN datang nak ambil barang ke?" tanya Aufiya sebaik menyambut kedatangan mengejut pasangan suami isteri itu.
Embun lorek senyuman tipis. Hujung mata menjeling sekilas wajah tenang Faid. Dah kata biar dia sorang je pergi ke taska ini tapi Faid tetap berdegil mahu ikut. Entah apa nak dirisaukan padahal dia sudah terbiasa lalu di jalan ini.
"Erm, Embun nak bagi surat berhenti," bisiknya kecil serba salah. Nasib saja kerja di sini tiada kontrak jadi Embun tak perlu tunggu sebulan untuk berhenti.
Aufiya tidak terkejut. Dia faham. Kawannya dah jadi isteri orang. Surat yang dihulurkan Embun diambil. Bibirnya tersenyum disebalik kain niqab.
"Nanti Fiya bagi kat kak Mar. Hari ni kak Mar tak ada. Dia ada check up dekat klinik."
Embun hela nafas. Berat hatinya mahu berhenti kerana dia sangat sayang dengan kerjanya. Di sini fikirannya tenang. Jiwanya tidak sepi. Mukanya kembali suram.
Faid yang dari tadi memerhati sudah merasa bersalah. Dia perasan saja wajah sedih Embun. Hatinya mula berbelah bahagi tetapi dia tetap mahu isterinya menjadi suri rumah. Sekarang ni bagi la dia peluang pula mahu bersama-sama dengan Embun. Kalau isterinya kerja nanti mesti mereka tak ada masa untuk bermanja-manja.
Itulah yang difikirkannya.
"Janganlah sedih. Embun boleh je melawat kami bila-bila masa je. Kami ada saja dekat sini. Iman pun ada." Pujuk Aufiya lembut. Bahu itu digosok perlahan.
"Iman mesti marah kalau tahu Embun dah tak ada kat sini lagi." Embun sangat rapat dengan Iman. Baginya Iman merupakan penyelamatnya. Hero kecil dia semasa dia berada di titik terendah.
"Iman akan faham. Fiya akan cakap baik-baik dengan dia. Kalau Embun nak jumpa Iman, dia tak ada. Ikut mama dengan papa dia pergi kursus."
Berminit-minit mereka berbual. Embun juga sempat menyapa anak di taska ini dan beberapa cikgu yang agak rapat dengannya. Berpelukan untuk mengatakan selamat tinggal lalu setelah berjam-jam berada di sini, dia minta diri untuk pulang.
"Bye cikgu Yaya!"
Embun lambai dari tingkap kereta. Dia tahan diri dari menangis sehinggalah mereka semua hilang dari pandangan, terus air matanya mengalir perlahan ke pipi. Laju dia seka tak mahu Faid perasan. Pandangannya hanya dilempar ke luar tingkap.
Faid tenang memandu kereta. Tapi banyak kali juga dia menjeling Embun di sebelah. Nafas dihela berat. "Saya minta maaf buat keputusan macam ni. Tapi saya buat bersebab. Saya tak nak awak tak ada masa dengan saya bila awak kerja. Kalau kita dua-dua bekerja. Mesti masa kita terbatas," ujarnya lembut. Tumpuan difokuskan ke jalan.
Rasa tak logik kata-kata itu. Akhirnya Embun pandang Faid dengan dingin.
"Saya bukan kerja ofis. Saya kerja macam tu saja. Awak yang terlalu fikir buruk." Suara dikawal supaya tidak kasar.
"Saya tak nak setiap kali saya balik dari kerja, saya tak nampak awak di rumah..." Faid mengeluh. Bau-bau mahu terjadi pergaduhan ini.
"Tak apa, awak boleh kerja dari rumah. Buat kuih macam umi. Tapi kerja lain saya tak izinkan," ujarnya tegas masih tetap dengan pendirian tak mahu Embun berkerja di luar. Kalau boleh dia nak isterinya tak keluar rumah langsung. Aci tak?
Embun kunci mulut. Malas nak bertengkar. Lagipun mereka baru beberapa hari kahwin dah bermasam muka. Wajah kembali dipaling ke luar tingkap. Tengok pemandangan luar lagi tenang.
DARI belakang Embun mengekori langkah Faid. Lelaki itu terpaksa datang ke galerinya bila mendapat panggilan dari Izz mengatakan ada tetamu ingin bertemu dengan Faid. Tetamu itu tak mahu berurusan dengan Izz. Dia cuma nak Faid saja.
Nak tak nak Faid terpaksa juga datang ke sini walaupun dia sedikit mengeluh. Ralat. Dia dah minta cuti lama. Nak spend time dengan Embun tapi ada saja yang ganggu. Mendadak dia berhenti bila perasan Embun dari tadi di belakangnya. Seperti tak mahu berjalan di sebelahnya.
"Sini." Faid tarik lengan Embun ke arahnya. Tangannya menggenggam tangan halus itu, erat.
Embun sudah gelabah. Dia tarik tangannya supaya terlepas. Malu mahu berjalan macam ni. Lagipula ni tempat kerja Faid.
"Faid, jangan pegang tangan saya dekat sini. Malu nanti orang nampak," bisiknya separa merayu. Sekali lagi dia cuba tarik tangannya. Tapi hampa kerana genggaman Faid sangat erat.
Tak peduli dengan rayuan Embun, selamba Faid kembali berjalan. Bila isterinya memberatkan langkah, dia berhenti. Lurus mata merenung wajah gelisah Embun.
"Tak payah nak malu. Dia orang dah tahu kita dah kahwin. Atau awak yang malu pegang tangan saya?" Kening diangkat. Suara bertukar datar. Pandangannya mendingin.
Embun geleng laju. "Bukan macam tulah tapi nak pegang jangan kat sini."
"Okey." Faid angguk perlahan.
"Kalau kat rumah boleh pegang mana-manalah?"
Berderau darah Embun. Kecut perut melihat sengihan lebar di wajah itu. Miang! Kali ni dia gunakan tenaga untuk meleraikan genggaman mereka. Dapat saja, terus dia menjeling tajam wajah Faid.
"Gatal! Sekarang ni awak dah makin gatal! Otak tak betul! Dulu awak tak macam ni pun," tuturnya keras tapi berbisik. Malu kalau orang dengar.
Faid ketawa. "Dulu saya gatal juga. Bezanya sekarang awak dah jadi isteri saya, jadi saya tak payah sorok dah." Polos saja wajahnya.
Pipi Embun memanas menahan malu. Tak percaya Faid boleh direct cakap macam tu dengan wajah terpaling suci. Kalau macam ni susahlah mahu marah lama-lama.
"Dah habis ke drama kau orang berdua? Tetamu dah tunggu kau ni Faid." Sampuk Izz yang bersandar tenang di dinding. Bosan aje riak mukanya. Niatnya mahu keluar beli kopi di kafe depan, terpaksalah dia batalkan niat bila melihat drama tak berbayar ini. Dah tak ada rasa nak minum kopi.
Terbuntang biji mata Embun. Tak tahu nak sorok muka dekat muka sebaik melihat Izz. Lengan Faid ditampar keras. Salah lelaki itulah!
"Sakitlah! Kenapa pukul saya!" Faid mengaduh sakit sambil menggosok lengannya.
"Pergilah jumpa tetamu awak tu. Cepat!" Dah macam mak-mak Embun bercekak pinggang. Walhal sebenarnya dia mahu menutup rasa malu. Agaknya Izz dengar tak apa yang mereka bual kan?
Faid mendecit lalu kembali menggenggam tangan Embun. Menarik isterinya berjalan bersama tetapi sempat dia menjeling tajam wajah Izz. Kacau daun betul!
Pintu ofisnya ditolak. Selalunya kalau ada tetamu penting, Faid arahkan untuk biarkan tetamu itu duduk di dalam ofisnya saja sementara dia datang.
"Tak apa ke saya masuk sekali? Biarlah saya tunggu luar. Nanti apa kata tetamu awak tu." Berkeras Embun tak mahu masuk.
Faid akur. Tak apa jumpa sekejap saja. Lagipun tetamu itu datang mengejut sewaktu hari cutinya. Mereka tak ada janji temu langsung. Nafas ditarik dalam lalu wajah dimaniskan.
Tapi semuanya bagai terhenti. Kakinya mengeras di tempatnya. Pandangannya mendingin melihat seorang perempuan duduk bersilang kaki sambil membelek majalah. Bila sedar saja kedatangannya, terus majalah diletak tepi.
"Hai Faid. Long time no see. Tak sangka bila dah lama tak berjumpa, you makin berjaya and surprisingly you dah berkahwin." Kayla tersenyum manis. Sengaja buat kejutan begini kerana mahu sendiri lihat reaksi Faid.
"You buat apa dekat sini, Kayla?" Rahangnya diketap. Masih Faid ingat Kayla punca semua ini terjadi. Kalau saja perempuan itu tidak menyebarkan rahsia, pasti Embun takkan mendapat tekanan hebat.
Kayla ketawa kecil. "I nak tempah lukisan you. Well soal dulu tu, you lupakan jelah. I kat sini bukan musuh you tapi datang sebagai tetamu," ujarnya tanpa penyesalan. Dia ikuti saja perkembangan semasa. Dia tahu semua benda yang terjadi sewaktu dia tiada di Malaysia.
"Kalau tetamu tu you, I takkan segan silu suruh guard halang you masuk." Keras nada Faid. Urat di dahi mula timbul. Muncul-muncul saja langsung tidak memohon maaf tetapi hanya menayang wajah tenang.
Kayla berdiri. Menghampiri Faid. Wajah tegang lelaki itu direnung. "I tak nak gaduh. I mengaku dulu I punca semua ni jadi. I buat semua tu kerana duit. Waktu tu I terdesak nak duit."
"Pasal duit saja you memperjudikan hidup seseorang? Mana akal fikiran you?!" Jerkah Faid. Emosinya mendadak naik bila mengetahui sebabnya.
"I salah bahagian bocorkan rahsia je. But pasal Embun tu I tak pernah buat apa-apa. Dia sendiri yang pilih hidup macam tu. At least she's still alive, right?" Kayla angkat bahu.
Faid raup muka. Terkepal tangannya. Dia menahan diri dari menumbuk wajah itu. Ingat, dia perempuan. Bukan lelaki. Jangan bertindak ikut emosi marah kau. Hatinya cuba disabarkan.
"Jasadnya memang masih hidup tapi apa kau tahu jiwa dia dah lama dibunuh sejak hari tu!"
Terasa lengannya dipegang dari belakang, lantas Faid pusing melihat. Tergamam dia memandang sepasang mata Embun. Dia dapat merasa erat cengkaman isterinya.
Embun senyum nipis cuba menenangkan Faid yang sedang dilanda emosi. Dia dapat dengar suara lelaki itu dari luar kerana pintu tidak ditutup rapat. Mulanya tak faham apa yang jadi tapu setelah mencuri-curi dengar, barulah dia mengerti.
"Kenapa ni?" soalnya lembut. Masih tak berhenti mengusap lengan Faid.
Faid ketap rahang. Embun dengar semuanya ke?
Kayla angkat kening melihat pasangan suami isteri itu silih berganti. Tapi matanya lama berhenti di Embun. Atas bawah dia pandang tubuh itu. Tak dinafikan wajah itu memang ada iras Melly bila ditenung lama.
"I Kayla. You isteri Faid kan?" Kayla memperkenalkan diri tiba-tiba. Sengaja buat-buat tanya padahal dia juga sudah tahu.
Embun pandang kosong wajah Kayla. Tanpa membalas kata-kata itu, dia kembali merenung Faid. Bibirnya melorek senyuman.
"Urusan awak dengan tetamu ni dah selesai kan? Jom kita makan, saya laparlah."
Faid terdiam lama. Masih tak lepas merenung Embun. Memastikan isterinya tidak terganggu dengan kehadiran Kayla lalu beberapa minit berdiam diri, perlahan kepala diangguk.
"Oh ya cik Kayla. Terima kasih sebab sebarkan saya di media sosial. Dapat juga saya rasa jadi terkenal," ujar Embun dengan senyuman polos lalu terus berjalan keluar. Puas hati bila tengok muka Kayla macam nak mengamuk.
_____
SAYA KENA BACA BALIK PLOT CERITA NI YE SEBAB TAKUT MELALUT!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro