Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 4


Di antara mereka berdua tiada langsung percakapan. Embun dengan pandangan yang kosong masih utuh melawan sepasang mata Faid. Kenangan pagi itu makin lama makin terlihat jelas di otaknya.

Saat ini, dia terasa seperti berada di kejadian itu, melihat diri dia dan lelaki ini di tepi jambatan. Dengan mata sendiri dia melihat 'Embun' yang cukup rapuh.

Rapuh sehingga rasa dunia bukan lagi tempat untuk gadis sepertinya.

"Did you remember it, Embun?"

Embun geleng kepala perlahan dengan linangan air mata. Bibirnya digigit menahan rasa.

"Why?" lirihnya berbisik. Sepasang matanya yang bergenang masih tidak lepas dari memandang Faid.

Faid dirundung pilu melihat Embun. Ibu jarinya bergerak sendiri menyeka air mata yang mengalir di pipi gadis itu.

"Why did you save me?"

"Kalau orang lain berada di tempat aku pun, dia orang mesti akan selamatkan kau juga." Jelasnya dengan nada rendah.

Bibir Embun ternaik senyuman mengejek. Huh? Orang lain?

"Kalau kau tak selamatkan aku, mungkin sekarang aku dah bahagia kat sana."

Faid terkesima mendengar. Hatinya tidak berkenaan dengan kata-kata itu.

"Membunuh diri walau apa pun alasannya adalah perbuatan putus asa daripada rahmat Allah SWT dan seolah-olah menentang takdir yang ditentukan oleh Allah SWT. Orang yang bunuh diri diharamkan daripada memasuki syurga," jelasnya dengan nada ditekan.

"Jundab bin 'Abdullah RA berkata Rasulluah bersabda, "Ada seorang lelaki di antara umat sebelum kalian menderita luka parah, namun dia tidak sabar lalu dia mengambil sebilah pisau kemudian mengelar tangannya yang mengakibatkan darah mengalir tidak berhenti hingga dia mati."

"Lalu Allah berfirman: "Hamba-Ku mendahului-Ku dengan membunuh dirinya, maka Aku haramkan baginya syurga." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hasil semalam mencari di internet tentang isu bunuh diri, terjumpa pula dengan ayat ini. Elok sangat kalau Faid menasihati Embun.

Embun tergelak kecil. Dia menjarakkan tubuhnya menjauh. Beberapa tapak ke belakang barulah dia berhenti.

"Cuba kau tenung muka ni..." jari telunjuk diangkat mengarah ke wajahnya sendiri.

"Muka macam ni percaya ke dengan Tuhan?"

Dum! Hati Faid berdetak hebat. Riaknya bagai tidak percaya dengan apa yang baru saja keluar dari mulut gadis itu.

"We don't know each other. Aku tak tahu siapa kau, apa nama kau dan kau hanya tahu nama aku tapi kau tak tahu kisah hidup aku. Jadi jangan bercerita hukum hakam depan aku."

Embun paling badan ingin berlalu pergi. Namun lagi sekali lengannya dipegang. Kali ni tubuhnya hanya kaku, cuma berdiri statik tanpa merentap lengannya.

Faid meletakkan kotak ubat itu dalam tangan Embun. "Nama aku Faid. Ingat tu." Lantas dilepaskan pegangannya. Hanya membiarkan Embun berlalu pergi tanpa berpaling lagi.

Wajah Embun tidak beriak. Cuma sebaris nama pendek itu berlegar-legar dalam fikirannya. Faid. Lalu matanya jatuh memandang ubat ditangan.







BERUS lukisan yang sudah tercalit warna biru laut di sapu atas kanvas. Sebelah tangannya memegang palette. Lincah tangannya menyapu kanvas itu dengan watercolour.

"Muka macam ni percaya ke dengan Tuhan?"

Jeda. Tangan yang memegang berus terhenti sebentar. Fikirannya sungguh runsing. Nafas dihela lantas tangannya bergerak kembali.

"Did she atheist?"

"Kenapa kau perlu kisah Faid?" bisiknya seorang. Laju kepala digelengkan. Tumpuannya cuba difokuskan dengan melukis.

"Kau suka dia kan?"

"Suka siapa?"

"Astagfirullah!" terkejut beruk dia tatkala
disergah begitu dengan Arriyan. Hampir nak tercampak palette di tangannya.

Arriyan memandang Faid bagai tidak percaya.

"Impressive! Selalu kalau kau terkejut bukan main kau mencarut," perlinya.

Faid mendengus geram. Dia letakkan barangan yang dipegang di atas lantai yang berlapik surat khabar. Kemudian badannya dipusing menghadap Arriyan.

"Kau tak ada kerja asyik lepak sini je?"

Arriyan menarik kerusi kosong lalu dilabuhkan punggungnya atas kerusi itu. Matanya merenung ke arah kanvas yang sudah dicalit pelbagai warna.

"Kau okey Faid?" soalnya. Selalu jika Faid melukis sebegini, memang adalah tu masalah.

Tanpa sedar Faid mengeluh kuat. Tiada apa yang perlu disembunyikan dari Arriyan kerana lelaki itu tahu sangat dengan dirinya. "Hm..." jujur, dia tidak tahu ingin memulakan dari mana.

"Ini lebih kepada masalah orang lain tapi aku—aku tak tahu kenapa aku selalu terfikir." Luahnya.

Kening Arriyan terangkat.

"Masalah orang lain tapi kenapa kau sibuk nak fikir juga? Biarlah, tak payah fikir. Lebih baik kau fikir masalah kau sekarang ni. Aku nak tanya asal kau tak pergi jumpa Kayla? Kau tahu dia call aku semata-mata nak bebel kat aku pasal kau."

Faid menepuk dahi perlahan. Dia tersengih bak kerang busuk kepada Arriyan.

"Aku lupa bro. Takpe nanti aku call dia, minta maaf baik-baik," ujarnya dengan nada seperti tidak bersalah. Lantas berus yang terdampar diambil. Faid meneruskan warnanya.

Tidak berkata apa Arriyan dengan perangai Faid. Dia cuma memerhati rakannya yang leka dalam dunia sendiri.

"What if you like a woman who is an atheist?" Faid menyoal tiba-tiba dengan nada rendah. Seperti tidak mahu sesiapa yang dengar. Walhal tiada orang lain selain mereka berdua dalam studio ini.

"I don't know but maybe I will let her go."

Sesaat tangannya terhenti sebelum kembali bergerak. Dadanya tiba-tiba berdegup seakan cemas.

"Kenapa kau pilih untuk lepaskan?"

"Kadang Tuhan menguji manusia dengan cinta berlainan agama, hanya untuk memastikan adakah manusia lebih mencintai pencipta-Nya atau ciptaan-Nya."

Sejurus itu, kesunyian menghimpit mereka berdua. Faid betul-betul terkesan dengan ayat yang dilemparkan Arriyan. Meskipun hatinya cuma terdetik dia tertarik dengan gadis itu tapi dia belum benar-benar yakin adakah dia menyukai Embun.

"Kau ni kadang-kadang jiwang juga." Usiknya untuk menghilangkan kesunyian.

Arriyan tergelak hambar. Hanya dia saja tahu tentang makna ketawanya.

"Kenapa kau tiba-tiba tanya? Jangan cakap kau..."

"Aku cuma tertarik dengan dia aje tapi suka tu belum lagi kut..."

"Faid Qashaf Arjuna yang aku kenal takkan suka-suka cerita pasal perempuan. Sebab hidup dia memang 24 jam fikir pasal art aje. Mengaku ajelah Faid." Menyinis Arriyan.

"Tapi aku tak pasti sama ada dia atheist atau tak."

"Lah macam tu pula? Kau tak kenal lagi lepas tu kau dah cop perempuan tu atheist." Pelik-peliklah perangai Faid.

Faid tidak memandang Arriyan. Dari tadi dia bergerak mewarnai kanvas di depan. Namun mulut serta telinga tetap digunakan.

"Dia ada cakap yang dia tak percaya Tuhan..."

Arriyan tergemap. Kepala yang tidak gatal di garu. Lantas dia bangun. Bahu lelaki itu ditepuk.

"Cuba kau tengok kawan-kawan kita yang lain. Muslim tapi tetap keluar masuk club. So kat sini kita dah boleh nampak yang kita tak boleh fikir melulu. Mana tahu mulutnya aje cakap macam tu tapi sebenarnya dia lahir Islam." Selesai berkata, Arriyan bergerak ke dapur ingin membasahkan tekak.






BADANNYA diregangkan ke kiri ke kanan apabila terasa lenguh kerana seharian dia bekerja di kedai runcit. Dapatlah juga wang saku untuk dia melangsungkan hidup sebelum menerima gaji. Perut yang berkeroncong hebat dari tadi diabaikan.

Semestinya Embun lapar kerana tidak menjamah makan sedikit pun, cuma meneguk air mineral saja.

Kakinya dilencongkan ke arah 7E yang masih buka. Lantas rak yang menjual roti dihampiri. Embun memberi ruang sedikit tatkala ada seorang anak perempuan serta seorang ibu ingin memilih roti yang berada di depannya.

"Adik tak suka perisa jagung! Tak nak! Kalau mama beli, adik buang!" Embun yang masih berada di sebelah mereka hanya memasang telinga.

"Papa tak bagi adik makan roti coklat. Mama beli roti perisa strawberi boleh, sayang?" lembut suara si ibu memujuk si anak gadisnya yang cemberut.

Raut wajah Embun hanya terbias kosong seperti tidak berminat ingin mengambil tahu tetapi jauh di sudut hati, dia cemburu.

Cemburu dengan anak kecil ini yang dapat merasai kasih sayang ibubapa. Yang dapat memanggil 'mama' dan 'papa'. Sedangkan Embun? Asal usul dia pun tidak tahu. Bahkan namanya berbinti kan Abdullah.

Hatinya berbelah bahagi. Terkadang rasa ingin membenci dengan ibu bapa sendiri. Namun di sudut hati yang paling dalam, Embun masih berharap semoga dia dapat bertentang mata dengan orang yang sudi melahirkannya.

Malas mahu melayan kesedihan, Embun bergerak ke kaunter ingin membayar. Dia meletakkan tiga plastik roti di atas meja.

"Bayar sekali dik."

"Hah?"

"Takpe, aunty bayarkan sekali adik punya roti," ujar wanita tadi sebelum mengulurkan not lima puluh ringgit.

"Terima kasih." Usai mengucapkan itu tanpa senyuman, dia berlalu pergi keluar dari kedai ini.

Embun berjalan di tepi jambatan semalam. Menyelusuri kepekatan malam yang sunyi seiring dengan jiwanya.

Dia sunyi. Dia kesepian. Ingin berteriak tentang ini dengan siapa? Tiada sesiapa. Embun cuma ada diri sendiri sahaja.

Kakinya berhenti melangkah. Satu roti dikeluarkan dan plastik dikoyakkan. Embun menggigit roti sambil menikmati pemandangan sungai di depannya yang mengalir deras.

Birai matanya mula bergenang. Bibirnya merengus geram. Cengeng! Laju dia seka hujung matanya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro