Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 37

2 tahun 3 bulan berlalu...

KERTAS direnyuk kasar bila merasakan lukisannya tidak kena. Tatkala itu, mata terpandang kalendar kecil yang terletak di atas meja. Tahun dilihat. Oh sekarang Faid sudah bertambah usia dua tahun. Entahlah tak terasa tahun sudah berlalu. Tapi cuma hatinya yang semakin berat merindu seseorang.

Kadang kala, Faid akan berdoa pada malam hari. Menyeru nama itu supaya menjadi jodohnya. Kerana cintanya pada Embun sangat dalam. Embun perempuan pertama yang mengajarkan dia banyak perkara. Ke mana sekarang Embun berada? Dia cuma berharap gadis itu sihat dan hidup gembira.

Pensil diletak ke tepi. Mukanya diraup setelah berjam duduk di meja kerjanya. Kertas yang berteraburan dilihat kosong.

"Izz ada mesej aku. Dia suruh ingatkan kau untuk datang galeri hari ni." Arriyan muncul dengan tangan memegang telefon. Memang dia selalu bertapak di rumah Faid. Selain risau dengan kesihatan kawannya, Arriyan juga tahu Faid kesunyian.

Faid hanya mendengar seraya mengurut tengkuk yang lenguh. "Cakap dekat Izz, aku datang lambat sikit. Nak tidur sekejap."

Arriyan angkat kening lalu bibir dicebik. Tangan berpeluk tubuh memandang lelaki itu.

"Tu lah kerja keras sangat. Aku dah cakap, rehat. Kau baru buka galeri kecil tu aje. Bayangkan kau buka galeri seni yang besar mahu botak kepala kau." Kadang, Arriyan tak faham apa yang ada dalam kepala otak Faid. Selalu saja nampak lelaki itu bersengkang mata menyiapkan lukisan. Rajin ambil tempahan melebihi had yang dia selalu ambil.

Tapi, Arriyan tahu. Faid sibukkan diri agar tidak terlalu ingat pada Embun.

"Sekarang ni kau dah ada galeri sendiri, beratur perempuan nak kau. Kau tak nak kenal-kenal ke dengan dia orang?" soalnya. Tahun sudah berganti.

Faid bangun dari duduk. Malas-malas dia memandang Arriyan. Riak wajah terlukis bosan. "Mengarutlah kau," balasnya acuh tak acuh. Kaki melangkah ke bilik kecilnya. Mahu tidur.

"Mengarut atau kau sebenarnya masih tunggu Embun Adawiyah?"

Drastik langkah Faid terhenti. Jantungnya mula mengepam laju. Kosong pandangan menghala ke dinding depan. Sebaris nama gadis yang ditunggunya terpacul di bibir Arriyan membuatnya rasa sesuatu. Bibir tersenyum kecil.

"Dua tahun Faid. Mana dia sekarang ni?" tanya Arriyan sinis.

"Takkan kau masih nak tunggu lagi setahun? Kau beria tunggu Embun, entah-entah dia dah lupakan kau." Arriyan bukan mahu provok tapi dia turut rasa kesian melihat Faid. Ramai juga perempuan yang ditolak Faid mentah-mentah. Rasanya gadis-gadis itu semuanya berupa. Kaya. Terkenal. Dibanding dengan Embun.

Faid kelu. Ada satu perasaan halus mengetuk tangkal hati. Embun—lupakan dia? Nyata kata-kata Arriyan mula membuatnya berasa tidak selesa... atau takut?

Kepala digeleng halus lalu nafas dihela.

"Aku tak nak cakap lagi pasal ni. Aku mengantuk. Kalau kau nak keluar, kunci pintu," kata Faid mengalihkan topik.

Arriyan mendecit. Telefon disimpan. Ditenung wajah kosong Faid.

"Aku cuma tak nak kau terluka lagi."

Faid membalas pandangan Arriyan. Dihadiahkan satu senyuman kecil. "Tak. Aku yakin aku tak akan terluka. Untuk kali ini." Hatta sebenarnya, Faid juga turut tertanya. Berapa lama lagi Embun perlukan masa?

Dua tahun. Tidak cukup lagi masa yang diinginkan? Faid juga sudah berhasil membuka sebuah galeri seni hasil kolaborasi dengan Izz. Meskipun hanya galeri kecil. Dia ingin meraikan juga pencapaian ini dengan Embun. Tapi... di mana gadis itu?

Langkah diteruskan. Tombol pintu dibuka. Faid masuk ke dalam bilik sebelum menutup pintu kembali. Dia pegun di situ. Namun matanya bergerak memandang lukisan yang tergantung di dinding.

"Kenapa kau masih tak guna warna kuning emas ni?"

Embun diam tidak membalas. Setelah beberapa minit barulah warna kuning emas itu disentuh. Hujung berus itu disapu atas kanvas.

"Warna ni yang terakhir sekali sebab warna ni bagi aku istimewa."

"Kenapa?"

"Sebab hidup aku cuma diwarnai warna yang gelap. Aku tak tahu bila waktunya warna emas
bersinar ni akan tiba dalam hidup aku."

Contengan dari tangan Embun. Dia simpan lagi dan tidak pernah sedetik pun terfikir untuk buang.

"Bila kau nak kembali, Embun?" Lirih suara Faid. Dia tidak jemu menunggu jika yang ditunggu itu merupakan Embun.

"IMAN! Duduk sekarang sebelum cikgu tarik telinga awak!" Memetir suara Aufiya di taska kecil ini. Terlihat gadis berpurdah itu bercekak pinggang dengan mata menjegil besar.

"No! Cikgu tak boleh tarik telinga Iman! Nanti Allah marah!"

Embun tertawa kecil. Ada saja gelagat Iman menjawab. Perbalahan kecil mereka sudah selalu ditonton. Kadang, tidak lengkap jika mereka tidak bergaduh mulut. Mentang-mentang Aufiya mak cik saudaranya. Beranilah dia.

Lalu, dia palingkan kepala memandang anak-anak kecil di depannya. Terbit senyuman simpul di bibir. Tahun berganti tahun. Hari berlalu dengan pantas. Sekarang ni, Embun rasakan dia dapat satu kehidupan baru. Kehidupan yang diimpikan. Tenang dan tidak sunyi.

"Cikgu Yaya! Tengok ni Iman ambil Auni punya pemadam!" Nyaring suara kecil Auni menyentakkan lamunannya. Terkebil-kebil matanya mencerna keadaan.

Auni mula menghamburkan tangisan. Dia tidak boleh mengambil semula pemadamnya. Jadi, langkah ingin mengambil semula barangnya dengan mengadu pada cikgu.

"Cikgu..."

Embun bingkas bangun. Dia menghampiri Auni. Bahu anak kecil itu dipegang.

"Auni tak mahulah menangis," pujuknya lembut seraya mengusap air mata Auni. Kemudian, Embun toleh merenung Iman yang membuat muka selamba.

"Iman..." cukup dengan suara meleret. Pasti anak kecil itu cair.

Iman hela nafas seperti orang dewasa. Dia menggelengkan kepala. Pemadam di tangannya dilihat sebelum menapak mendekati Embun.

Embun tersenyum. Iman selalu saja akur dengannya. "Terima kasih sayang."

"Sama-sama sayang," jawab Iman.

Embun tergelak. Ada-ada saja!

Setelah Auni kembali tenang, dia bangun menapak kembali ke tempatnya. Bibirnya melakarkan senyuman tatkala perasan mata Aufiya tidak lepas darinya. Riak wajahnya hanya tenang. Dia melabuhkan duduk di sebelah Aufiya.

Aufiya menjeling jari jemari Embun. Terbit senyuman kecil melihat jari manis gadis itu masih tersarung cincin.

"Hujung minggu ni, taska kita terpilih untuk pergi satu galeri seni." Aufiya mulakan perbualan.

Embun angkat kening sebelum memberi tumpuan.

"Saya ada dengar juga pasal tu. Tapi tak tahu pula jadi. Katanya tak jadi sebab ada taska lain yang turut hadir juga." Seingatnya itu yang dikatakan cikgu Erwin. Guru yang mengawal semua aktiviti luar taska ini.

Mula-mula taska ini diberi jemputan tetapi cikgu Erwin agak sibuk ketika itu. Jadi, mereka hampir terlepas dengan tawaran itu lalu taska lain pula mahu mengambil. Embun tak tahu selok-belok ini.

Aufiya mengerutkan kening sebelum mengangguk kecil. "Tapi cikgu Erwin ada bagitahu, taska kita tetap pergi juga." Janganlah tak jadi pergi. Hancur rancangannya. Silap. Hancur rancangan mereka.

Mereka sudah susun cantik rancangan ini. Aufiya sembunyi senyum.

Embun angguk faham. Kalau begitu, okeylah. Dapatlah juga lihat karya seni. Rasanya lama sudah tidak jejakkan kaki ke galeri. Kali terakhir dia pergi dengan—Faid.

Faid. Bagaimana sekarang lelaki itu? Sudah berjaya membuka galeri? Dia tahu impian lelaki itu. Bibir senyum payau. Embun sudah hilang semua nombor mereka. Telefon lamanya juga dia sudah buang. Sekarang, dia sudah pakai telefon baru. Lihat, betapa ingin dia larikan diri dari mereka. Apa agaknya yang mereka fikirkan tentangnya? Mesti mereka berfikir Embun sudah lupa diri.

Embun tunduk merenung jarinya. Tawar senyumannya. Kau masih tunggu aku, Faid?

"Jangan risau. Faid masih tunggu Embun," ujar Aufiya tiba-tiba seakan dapat menghidu akal fikirannya.

Embun tersentak. Berderau darahnya.

"Jangan biarkan Faid tunggu lama-lama tau. Nanti kang ada yang nak menyelit pula." Aufiya jeling penuh makna.

Ayat mendalam Aufiya cukup dia fahami. Tiba-tiba rasa tidak enak di hati muncul. Faid kacak, kaya dan sempurna. Serba-serbi mencukupi. Pasti ada mata-mata perempuan yang melirik.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro