Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 36

Embun tunduk memandang cincin di jari manisnya. Dia bermain-main cincin itu seraya minda memutarkan kenangannya bersama Faid. Pasti lelaki itu sekarang sibuk dekat studio.

Keluhan dilepaskan perlahan. Dia hanya termenung jauh di beranda tingkap. Tidak terasa mahu keluar rumah. Mahu keluar ke mana jika Embun langsung tidak tahu menahu jalan di tempat ini. Tempat kelahiran Aufiya.

Dia yang minta untuk membawanya jauh dari keluarga Faid. Jauh dari penderitaan. Sekali lagi, Embun mengeluh. Bengkak di mata bukti segalanya.

Aufiya jengul kepala. Dia curi-curi melihat Embun. Tadi ingatkan mahu lalu di depan bilik gadis itu saja setelah pulang dari kerja. Tapi, hatinya risau lihat Embun seakan menyendiri dalam bilik. Risau menjejaskan kesihatan mental gadis itu.

"Embun, Fiya masuk ya?"

Tiada balasan. Sah gadis itu mengelamun.

Perlahan kakinya menghampiri Embun. Ingin menyedarkan gadis itu. Matanya kosong melihat Embun bermain dengan cincin di jari manisnya.

"Awak tak kesian dengan Faid?" soalnya tanpa berbasa-basi.

Embun terkejut. Lekas dia pusing ke belakang. Pandangan Aufiya dibalas dengan tatapan yang sukar ditafsirkan. 

"Kalau pun awak tak kesian dengan Faid... kesian dengan keluarga dia. Embun kata, keluarga Faid layan awak baik kan?"

Mereka bertatapan. Aufiya dengan padangan kosong masih menanti jawapan Embun.

Bagai susah bibir Embun ingin membalas. Lidahnya terasa kelu. Dia ambil keputusan untuk mengalihkan pandangan. Jarinya yang menggigil halus disembunyikan.

Aufiya hela nafas. Laju bibirnya berselawat halus setelah sedar kesilapannya. Mata dipejam sebelum dibuka kembali. Pandangan lembut diberikan.

"Fiya minta maaf. Bukan bermaksud Fiya nak—"

"Mungkin... untuk saat ini, saya lebih kesiankan diri saya," pintas Embun halus. Binar mata terlihat berkaca. Sejak bila dia jadi lemah begini? Di mana Embun yang selalu ambil tidak peduli?

"Saya selalu takut dengan diri saya sendiri Fiya..." lirihnya dengan tangan makin menggigil.

Bahu Embun dielus. "Embun, dah... dah... tak payah cakap lagi pasal ni. Shh..." lembut pujukannya tatkala tersedar dengan gigilan di tubuh itu.

Embun kesat air matanya. Mata dipejam. Bibir berselawat menenangkan hati. Kemudian, mata dibuka semula seraya bibir tarik senyum tawar. Aufiya dipandang.

"Maaf. Saya terlebih emosi pula," getusnya cuba ceriakan suara.

"Tak apa. Teruskan tunjuk emosi, tapi cuba kawal sebaik mungkin." Tidak jemu bahu Embun diusap. Selagi gigilan itu tidak surut, selagi itulah Aufiya usap.

Embun tarik nafas lalu dilepas perlahan. Dia ulang semula perbuatannya sehingga tubuhnya mula tenang. Beberapa minit berlalu, barulah dia minta Aufiya memberhentikan usapan.

Aufiya tersenyum lega. Rambut panjang Embun yang berterbangan di tiup angin luar dilihat.

"Embun nak mula berhijab?"

Embun jeda sebelum kepalanya menunduk.

"Saya nak tapi saya tak tahu nak mula dari mana." Sudah lama terdetik perasaan ingin berhijab namun selalu tergendala kerana tidak yakin.

"Sejak saya tinggal dengan umi Faid, saya rasa niat untuk berhijab tu ada tapi waktu tu saya hapuskan semula niat sebab saya fikirkan niat ni muncul kerana selalu melihat umi bertudung."

Aufiya senyum manis. Bahu Embun didakap. "Tak. Itu namanya hidayah dari Allah. Banyak hidayah yang Allah beri pada kita secara tiba-tiba," ujarnya.

"Nak keluar tak pergi bandar sekejap?"

Terkebil-kebil mata Embun. "Kita nak pergi bandar buat apa?" Tak mengerti tatapan dari sepasang mata itu.

"Buat apa lagi? Borong tudung untuk Embun lah!"

MATA dipejam rapat. Rasa pening yang menyerang di kepala cuba diredakan namun suasana bising di sekeliling menambahkan sakitnya.

"Kenapa kau makan bubur tu?! Aku buat untuk Faid gila!" Jerit Arriyan lantang. Dia yang masih memakai apron di badan memandang tajam wajah polos Izz. Buat penat aje berperang dekat dapur.

Izz terkebil-kebil memandang mangkuk bubur yang hampir kosong. Kemudian dia angkat semula kepala merenung Arriyan.

"Tapi aku lapar..." polos mukanya berkata seraya menyuapkan satu sudu di mulut.

"Lepas tu aku nampak bubur ni sedap sangat, aku makanlah," sambung Izz dengan sengihan lebar.

Arriyan mendengus. Meluat tengok wajah Izz. "Kau muntahkan balik semua bubur yang kau dah makan!" Kolar baju Izz direngkuh.

Izz kerut dahi. Tubuhnya terangkat. Tak bersedia dengan tindakan Arriyan. "Apasal pula?!" Nadanya tidak puas hati.

"Sebab aku masak untuk Faid! Bukan untuk kau!" Makin tinggi suara Arriyan menggemakan studio.

Faid buka kelopak mata sedikit. Dia dengar dua rakannya bertelingkah namun dia tiada kudrat ingin menghalang mereka. Memang tak boleh berjumpa dua orang tu. Ada aje benda nak digaduhkan. Tubuhnya terasa tidak bermaya. Tenaga pula bagai disedut habis.

"Kenapa kau masak untuk Faid aje? Untuk aku mana? Aku ni bukan kawan kau ke?" Soal Izz kebudak-budakkan.

Arriyan tarik nafas dalam. Kolar baju Izz dilepaskan. Pelipis dipicit. Tangan sudah bercekak pinggang.

"Kau—"

"Izz... habiskan aje. Aku tak lapar," cantas Faid lemah. Mahu mematikan pergaduhan yang akan berlanjut nanti. Bibirnya terasa kering.

Izz serta Arriyan laju memandang Faid. Bibir mereka terus terkunci. Wajah pucat Faid menggamit perhatian mereka.

Izz letak mangkuk yang sudah kosong di meja. Dia beralih duduk di sofa yang menempatkan Faid. Tangannya melekap ke dahi lelaki itu untuk merasai bahang panas.

"Makin bertambah panas aje ni. Kau dah berapa lama demam?" soalnya risau. Dia pun baru dapat tahu Faid tidak sihat. Ikutkan ingin mengajak Faid keluar.

Faid kembali menutup mata. Soalan Izz dibiarkan sepi. Tidak larat ingin membalas.

"Dah tiga hari dia demam. Sejak Embun pergi," jawab Arriyan tanpa tapis bagi pihak Faid. Dia menarik kerusi lalu melabuhkan punggung.

Izz berbalas pandang dengan Arriyan. Kening dijongket. Arriyan hanya angkat bahu malas.

"Tapi aku tak puas hati dengan Embun," gerutu Arriyan yang tiba-tiba membuka topik tentang Embun. Wajahnya berubah tegang.

"Dia macam tak kenang budi. Pergi macam tu aje. Mentang-mentang dah sihat." Hatinya panas bila teringat balik keadaan Faid semasa pulang ke studio. Basah kuyup. Reaksi wajah hanya kosong. Bila ditanya tidak mahu jawap. Sampailah Arriyan paksa, barulah Faid ceritakan semuanya.

Dan dia saksi, air mata Faid jatuh hanya kerana Embun meninggalkannya.

Izz menggeleng kecil. Mengisyaratkan supaya Arriyan menjaga mulut. Dia tahu Faid tidak tidur lagi. Malah mesti lelaki itu dengar semuanya dengan jelas.

Arriyan jeling tajam wajah Izz.

"Dia belum sihat lagi."

Mereka merenung Faid yang bersuara tiba-tiba. Kelopak mata lelaki itu kekal tertutup. Mungkin tidak mahu bertentangan mata dengan mereka berdua.

"Embun masih sakit lagi. Sakit dia mesti akan muncul balik," sambung Faid lagi. Terbayang wajah gadis itu yang menyimpan beribu kesedihan.

"Tapi kenapa dia ambil keputusan untuk pergi? Kalau Embun tetap tinggal dekat rumah umi mesti lebih baik." Bantah Arriyan yang jelas masih tidak berpuas hati.

"Embun akan kembali semula..." jeda. Faid teringat cincin yang di sarung pada Embun.

"Dia dah janji dengan aku. Dia tak akan mungkir janji."

Arriyan mendecit seraya menolak kerusi sehingga menghasilkan bunyi. Malas ingin berbalah. Faid pasti akan menyebelahi Embun. Dia bukan marah dengan gadis itu. Tetapi dia marah bila Embun seakan ego. Tidak fikir perasaan Faid sekeluarga.

Pemergian Arriyan dipandang Izz. Kemudian dia beralih merenung wajah pucat Faid. Keluhan dilepas panjang. Pening kepala memikir masalah percintaan kawannya.

"Kau tak nak cari dekat mana Embun sekarang ni?" soal Izz senada. Rasanya itu aje lah jalan penyelesaian buat Faid.

"Tak perlu. Aku hormat keputusan dia." Faid mengiringkan badan membelakangi Izz.

Izz akur. Walaupun dia tahu di mana Embun berada. Dia selalu juga berbalas mesej dengan Aufiya. Jadi, kadang kala ada juga gadis itu terlepas kata.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro