Bab 33
Berita tentang Embun di pindahkan ke wad psikiatri telah dimaklumkan kepada umi serta abahnya. Faid ralat. Keadaan gadis itu semakin teruk. Luaran nampak baik. Namun mentalnya terbunuh.Lalu dia memandang isi di dalam buku notanya.
Cara berdepan dengan pesakit mental.
Bagaimana cara untuk menjadi pendengar yang baik untuk mereka?
Makanan apa yang tidak boleh untuk mereka?
Banyak lagi dan Faid cari semua itu demi Embun. Terasa sesak pula berada di dalam bilik lama-lama lalu dia mengambil keputusan untuk menenangkan diri di halaman rumah. Sempat tangannya mencapai telefon.
Matanya menjeling sekilas ke bilik sebelah. Drastik langkahnya terhenti. Lalu dia berjalan masuk ke dalam bilik itu. Sekeliling bilik yang suram di pandang. Tiada apa yang aneh, Faid berura-ura ingin menutup pintu. Namun di saat tu, matanya terpandang gumpalan kertas yang terpelosok di bawah kerusi. Laju saja tangannya mencapai.
"Ini bukan surat Tuan Donz bagi ke?" bisiknya sendiri.
Tanpa berlengah dia membuka kertas yang berkeronyok itu. Itu sebuah cek bernilai dua puluh ribu ringgit.
Bukan main terkejut reaksi Faid sehingga lidahnya terasa kelu sejenak.
"Kau nak bayar anak kandung kau sendiri dengan duit supaya tutup mulut?"
"Syaitan."
Lantas cek itu disimpan secara elok. Akan dia kirim kembali kepada lelaki durjana itu. "Allah..." Ucapnya panjang. Dia terduduk lemah di birai katil. Tangannya meraup muka.
Satu persatu ujian datang ke Embun. Bermula dengan pak ciknya menjualnya. Lalu emak kandungnya sendiri tidak mahu mengaku Embun anaknya. Sekarang pula, Donzello mahu gadis itu menutup mulut agar menyimpan rahsia bahawa mereka ada kena mengena.
Teringat kembali kata-kata lancang Melly sewaktu mereka bertemu tidak sampai 25 minit.
"Cerita ni habis dekat sini! I tak nak you buka mulut pasal hal ni! Sekarang hidup I musnah bila dia muncul! Keturunan dia tak habis-habis menyusahkan I !!"
Faid terkedu mendengar itu. Sama sekali tidak sangka wanita anggun itu akan mengungkapkan kata yang hina.
"Kalau dia mati sekalipun jangan pernah libatkan I !"
Itulah kata-kata yang selalu tersemat difikirannya. Sungguh tega seorang ibu mengatakan begitu. Rasanya keputusan berjumpa dengan Melly pada ketika itu adalah keputusan terburuk sekali.
Sekurang-kurangnya jika mereka tidak bertemu tidak adalah telinganya perlu mendengar kata-kata itu.
Deringan dari telefonnya menyentakkannya. Terpapar nama Doktor Qazi. Laju saja jarinya menerima panggilan itu.
"Encik Faid, boleh datang ke hospital? Ada perkara yang perlu saya tunjukkan."
USAPAN dari tangannya uminya tidak dapat meredakan rasa sedih di hati. Air mata seperti ingin terhambur keluar. Skrin komputer sedang memaparkan Embun yang sedang mengamuk pada hari kejadian membuatkan hatinya sebak.
"Kau pun nak kata aku tak layak hidup?!"
"Cik Embun!"
"Jangan pegang aku!!"
"Lepaslah!"
Dari air muka Embun pun, sesiapa yang melihat pasti akan mengatakan gadis itu sedang menanggung kesakitan yang paling dalam. Yang tidak terperi. Sehingga akal sihatnya mula beransur pergi.
"Ni semua salah Juna umi. Juna tak bawa Embun pergi ke hospital awal-awal. Semua salah Juna sebab Embun terseksa. Salah Juna..." tanpa dapat ditahan, air matanya keluar. Runtuh hatinya melihat gadis itu seperti tidak mahu lagi ingin hidup.
"Bukan salah Juna sayang... Cuma kita terlambat nak sedar." Hajah Yasmin memujuk anaknya yang sedang menangis teresak-esak. Walhal pipinya juga sudah banjir dulu.
"Juna tak sepatutnya bawa dia jumpa Embun..." tangannya menekup muka. Memikirkan salahnya. Menyesal. Sungguh menyesal.
"Dan Juna tak sepatutnya terima kiriman dari ayah dia... Juna makin menambahkan kesakitan Embun."
"Jangan salahkan diri Juna macam ni. Ini semua takdir Allah. Takdir yang tersusun cantik." Pujuk Hajah Yasmin lagi.
Doktor Qazi tersenyum nipis.
"Betul tu. Sekarang Encik sebagai ahli keluarga dia perlu sentiasa menyokong dia. Tanpa sokongan, pesakit mungkin makin parah. Tidak ada semangat untuk teruskan hidup. Sabar juga adalah kunci utama dalam memberikan sokongan."
KOSONG. Matanya memerhati kosong lampu syiling. Terkelip-kelip kelopak matanya sedari tadi. Embun bergerak ingin memisat matanya yang terasa pedih. Tangannya cuba digerakkan namun baru dia tersedar. Kedua tangannya sudah terikat kemas di palang katil.
Embun terdiam lama. Kesunyian yang menghimpit diri membuatkan satu persatu ayat kejam yang dilemparkan padanya terngiang-ngiang di otak.
"I dah buang you so that's mean it will be forever. I tak pernah sedetik pun terfikir nak cari you lagi sebab you ialah hadiah yang I paling benci."
Setitik air matanya mengalir ke pipi. Entah berapa banyak air mata yang selalu keluar pada minggu ini.
"I tak kenal siapa perempuan yang kononnya you kata tu anak luar nikah I sebab selama ni anak perempuan I cuma ada seorang dan itu anak sah..."
Serentak itu, esakannya terdengar halus. Bibir digigit kuat. Matanya bergetaran cuba menahan air mata yang terlalu deras ingin keluar.
Sebab itulah, Embun mengambil keputusan untuk menamatkan hidupnya. Kerana ia benar-benar luka yang paling sakit dia pernah hadapi. Tidak pernah terfikir, dia akan hadapi semua ini.
Mindanya berputar kembali pada hari itu. Hari yang membunuh jiwanya sekali lagi. Seperti ulang tayang.
Embun berjalan masuk ke bilik setelah dipaksa Hajah Yasmin mengambil angin diluar. Rasanya cukup sejam saja dia dapat bertahan dan cepat-cepat dia ingin naik ke bilik semula.
Waktu itu kakinya terpijak sesuatu yang kesat di lantai. Pada mulanya dia tidak mahu peduli, tetapi entah kenapa hatinya berdegil juga mahu mengambil.
Sampul surat bewarna coklat itu dilihat. Lalu jarinya mengambil isi di dalam. Sebuah cek bernilai dua puluh ribu ringgit. Lantas matanya beralih ke nama dibahagian tanda tangan.
Donzello Lanzo Santos.
Dan Embun renyuk cek itu lalu melempar jauh. Dia tidak berkata apa. Jiwanya semakin kosong. Lantas Embun menapak perlahan ke katil. Kali ini dia rasa permukaan lantai yang keras bertukar seperti jelly. Lembut hingga membuatkannya makin tenggelam.
Secara tiba-tiba perkataan mati muncul di benak fikiran. Waktu itu di fikirannya semuanya tiada harapan lagi. Dia semakin berputus asa.
Sememangnya dia sudah mati bukan? Mentalnya terbunuh banyak kali. Namun jasadnya saja yang menjalani hidup.
"Mati..."
Lantaran itu, matanya terpejam. Bibirnya menggigil halus. Kesakitan yang paling mendalam adalah kesakitan ditoreh oleh ibu bapa sendiri.
"Demi Allah... Hati aku sakit... Sangat..." Berkali-kali dilaung ucapan itu seraya hatinya yang makin sakit seperti ditikam.
___
Meh support cerita ni :/ macam sunyi sangat je
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro