Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 32


Meskipun tidak dibenarkan melawat Embun. Namun Faid tetap saban hari datang dan hanya duduk di salah satu kerusi yang tersedia di hospital ini. Tidak tahu kenapa, dia risau sekiranya apa-apa yang terjadi kepada gadis itu dan dia tidak ada.

"Penjaga cik Embun?"

Mendengar sebaris nama itu, lantas sahaja tubuhnya berdiri. Dia memandang wajah yang ada di depannya.

"Saya..."

"Boleh ikut saya ke pejabat sekejap? Saya ada benda nak dibincangkan tentang cik Embun. Oh, lupa nak kenalkan. Saya doktor Qazi. Doktor bahagian psikiatri yang merawat cik Embun."

"Mari ikut saya."

Lalu Faid mengekori langkah doktor Qazi. Tidak jauh dari tempat duduknya, akhirnya mereka sampai di hadapan pejabat. Faid melabuhkan punggungnya di kerusi setelah di pelawa doktor Qazi.

"Tentang cik Embun—"

"Kenapa?"

Doktor Qazi terdiam lantas dia tertawa halus.

"Sabar, bagi saya habiskan ayat dulu."

Sedar salahnya, Faid menekur malu.

"Selama ni cik Embun tak ada menerima
rawatan kesihatan mental dari mana-mana klinik atau hospital ke?"

Kepalanya digeleng menidakkan. Mungkin. Sebab tidak pernah nampak gadis itu keluar hendak pergi ke klinik.

"Setelah kami diagnosis, cik Embun menghidapi amnesia dissociative dan depression."

"Depression adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan tiada tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Perkara ni berlarutan sekurang-kurangnya 2 minggu."

Iya... ciri-ciri itu ada pada Embun. Mereka fikirkan gadis itu cuma mahu masa. Jadi, mereka biarkan Embun bersendirian.

"Amnesia dissosictive adalah salah satu daripada kumpulan kecelaruan disosiatif di mana seseorang tidak dapat mengingati maklumat penting tentang kehidupan mereka. Sifat pelupa ini mungkin terhad kepada kawasan tertentu atau mungkin termasuk sebahagian besar sejarah hidup atau identity seseorang."

"Sekejap... saya tak faham kenapa dia boleh ada amnesia dissosictive ni." Mungkin jika Embun ada depresi, dia faham. Tapi penyakit yang satu lagi ini baginya tidak logik.

Doktor Qazi tersenyum sedikit. Lalu jarinya menekan papan kekunci komputer. Lantas skrin dipusing.

"Dari hasil rakaman yang direkod, cik Embun seperti tidak mengingati kejadian sewaktu dia ingin bunuh diri. Bila saya cuba push dan secara tiba-tiba dia dapat ingat." Terangnya.

Mata Faid tidak lepas memandang skrin komputer yang memaparkan wajah Embun. Seketika dia baru teringat sesuatu. Kejadian di mana gadis itu juga lupa sewaktu dia cuba terjun jambatan! Membulat matanya.

"Doktor saya ingat! Embun pernah lupa waktu dia cuba bunuh diri kali pertama."

Raut wajah doktor Qazi berubah serius.

"Jadi ini cubaan kedua cik Embun bunuh diri?"

Faid angguk. "Saya bodoh. Tak sedar selama ni dengan penyakit dia. Saya tak bawa dia ke hospital sebab saya tengok dia baik-baik saja."

"Memang macam tu. Pesakit mental yang belum menyedari tentang penyakit mereka akan sorok atau pendam masalah mereka. Kebanyakkan pesakit itu tidak sedar mereka mula menunjukkan banyak perubahan sikap. Dalam hal ni, bantuan orang terdekat amat diperlukan."

"Doktor boleh bagitahu lebih dalam lagi tentang penyakit mental ni? Macam mana cara saya nak bercakap dengan Embun. Atau saya kena jarakkan diri dari dia?"

AGAK lama juga tubuhnya hanya terbaring kaku di katil wad. Setelah dia dipindahkan ke zon hijau, barulah dia dapat keluar juga dari wad itu. Sebenarnya nafasnya sesak apabila berada di situ.

Embun berjalan di sekitar bangunan. Tidak tahu hendak ke mana, dia cuma mengikuti gerak hatinya.

"Kakak! Kakak kita jumpa lagilah!" seluarnya terasa ditarik.

"Ni Iman! Kakak ingat tak kita pernah jumpa dekat taman?" lantas matanya jatuh memandang tubuh kecil itu. Iman juga memakai pakaian hospital sama dengannya.

"Kakak masuk hospital juga ke? Baju kita samalah!" jari telunjuk Iman menunjuk dirinya. Sebelah lagi memegang pasu kaca kecil.

"Kakak tak sihat... jangan kacau kakak ya?" Misi yang mengikuti Embun membuka mulut setelah tuan empunya badan hanya diam menekur.

"Kakak sakit ke?" Bulat mata Iman merenung wajah Embun.

"Ha'ah kakak sakit. Lepas kakak dah sembuh barulah kakak boleh main dengan Iman. Sekarang tak boleh lagi."

Secara tiba-tiba Iman memegang tangan Embun. "Ya Allah, hapuskan sakit kakak..." lalu Iman menghembus-hembus di situ.

Entah kenapa hatinya bagai dijentik perasaan halus melihat perlakuan Iman.

"Papa selalu buat Iman macam ni bila Iman sakit." Celoteh Iman lagi.

"Nah kakak ambillah bunga ni. Ini hadiah Iman tapi Iman bagi kakak." Pasu itu diletakkan ke telapak tangan Embun.

Embun tidak membalas sama sekali. Matanya saja melihat perlakuan Iman. Lalu pandangannya ke pasu kecil itu. Hanya ada tanah rata. Tiada sebarang tumbuhan yang tumbuh.

"Bye kakak, jumpa lagi!"

"Mari cik Embun."

Embun meneruskan langkahnya sehingga
mereka berada di depan kaunter. Orang ramai yang sedang duduk di kerusi menunggu dilihat kosong.

Sekejap ya cik Embun." Misi itu berlari-lari anak apabila namanya diseru oleh rakan setugasnya.

Tinggallah dia yang berdiri kaku di tengah ruangan ini dengan tangan memegang pasu. Tatkala itu telinganya menangkap satu bunyi dari televisyen yang tergantung tinggi di ruangan ini.

"Mengenai berita yang tular, kami nak puan Melly jelaskan juga tentang isu ni? Adakah betul atau netizen sekadar mereka cerita?"

Orang yang berada di sebelah wartawan itu sangat dia kenali. Siaran ini membuatkan kakinya tanpa sedar melangkah ke depan televisyen. Kepalanya didongak.

"I dah jelaskan isu ni dekat IG lagi tapi tak apalah I akan jelaskan juga di sini biar mereka tahu isu ini adalah tidak benar. I tak tahu siapa yang pandai-pandai sebarkan cerita tapi I faham mungkin you nak cari duit?"

"So I want to clear this gossip. I tak kenal siapa perempuan yang kononnya you kata tu anak luar nikah I sebab selama ni anak perempuan I cuma ada seorang dan itu anak sah. Dekat sini I cuma nak tekan kan, Jangan lagi buat gossip bodoh ni sebab my princess cemburu bila ada yang nak ambil mamanya. I don't want my princess to get hurts."

Kata-kata apakah ini?

Tak kenal?

Cuma ada seorang anak perempuan? Lantaran itu siapa dia? Dari siapa dia lahir?

Adakah perasaannya tidak penting untuk dijaga juga? Dan jika begitu, kenapa masih melahirkannya? Embun lebih rela jika wanita itu menggugurkannya. Tidaklah dia perlu rasa sakit
begini.

Dia diam lama. Tanpa sedar, jarinya
mencengkam kuat pasu itu. "ARGHH!!!"

Pasu itu dibaling ke arah skrin televisyen. Retak. Serpihan-serpihan kaca itu jatuh ke lantai.

Orang-orang yang berada di situ mula bangun dan mengundurkan diri. "Kenapa tu? Gila ke?"

"Adik jangan dekat dengan orang gila tu!"

Itulah antara bisikan yang dia dengar. Hatinya makin mengelonjak marah.

"Cik Embunn!!"

"Kau takut dengan orang gila macam aku ni??!"

"Kau pun nak kata aku tak layak hidup?!"

Merancau-rancau dia seraya menarik kuat rambutnya. Pandangan dari sekeliling membuatkan dia tenggelam dengan satu perasaan.

Pandangan mencemuh.

Pandangan jelak.

"Nurse!! Pegang dia!"

"Cik Embun, bertenang!"

"Jangan pegang aku!" lengannya yang
dipegang cuba ditarik kuat. Lantas matanya tertancap ke serpihan kaca yang berterabur itu. Laju saja dia ingin menyambar.

"Pesakit makin agresif! Suntik ubat penenang!"

Kaca tajam itu seperti memanggilnya untuk mengakhiri semua penderitaannya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro