Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 31

"Amboi Juna, sejak dua menjak ni umi tengok bukan main lagi kamu rajin balik ke sini ya. Dulu kalau umi suruh balik ada aje banyak alasan yang Juna bagi."

Perliaan itu membuatkan bibir Faid tersengih tidak bersalah. Jarinya menguis-nguis manja bahu wanita itu.

"Kalau boleh Juna nak tinggal terus dekat sini tapi—!"

"Sabar, ada tapi..." meleret suaranya
menahan cubitan ketam uminya.

"Tapi tunggu Juna dengan Embun halal lah," katanya selamba.

"Isy. Anak siapa ni gatal sangat?" membulat mata Hajah Yasmin.

Faid ketawa terbahak-bahak.

Secara tiba-tiba Hajah Yasmin mengeluh. Bahunya mengendur. Lantas mata meliar memandang halaman rumahnya.

"Kenapa umi? Panjang sangat mengeluh tu." Tegur Faid lembut. Wajah uminya diamati dalam.

"Umi makin risau dengan Embun. Sekarang ni umi rasa Embun kena pergi jumpa psikiatri. Umi rasa macam ada yang tak kena dengan dia. Overdose
tidur. Tak nak makan. Tak nak bercakap."

Lantaran itu, ingatan Faid terus ke arah Embun. Kali terakhir dia melihat gadis itu waktu dia memberi surat dari Donzello. Seperti biasa tiada riak yang terpasang.

Pelik, umi kata terlebih tidur tapi bawah mata Embun seperti orang tidak cukup tidur sahaja. Berkerut-kerut dahinya.

"Juna pun rasa macam tu tapi kita kena tanya tuan punya badan dulu." Faid turut bersetuju. Namun perihal gadis itu yang pernah lukakan diri sendiri, tidak pernah lagi dia menceritakan kepada wanita itu.

Tiba-tiba fikirannya melayang sewaktu dia pernah menyelamatkan Embun dari bunuh diri. Berderau darahnya. Tubuhnya terus menegak.

Bunuh diri...

Kenapa dia tak pernah fikirkan hal itu? Gila! Kenapa dia terlepas pandang! Hatinya diserbu perasaan risau.

"Hey Juna nak pergi mana?!" membuntang biji mata Hajah Yasmin melihat anaknya tergesa-gesa masuk ke dalam rumah.

Dia tidak duduk diam. Lantaran itu, kakinya menapak masuk sekali.

Faid mengabaikan pertanyaan itu. Lebar langkahnya menaiki anak tangga. Bilik Embun dihampiri lantas pintu itu diketuk kuat bagai hendak dirobohkan.

"Embun! Embun! Buka pintu ni!" lagi sekali permukaan pintu itu diketuk keras. Mimik wajahnya bertukar tegang.

Matanya dipejam sesaat aabila tidak mendapat respon dari dalam. Laju sahaja dia memulas tombol pintu. Berkunci!

"Umi mana kunci bilik Embun?!" soal Faid setelah perasan kelibat uminya di belakang. Wajahnya sudah cemas sekaligus nada suara sedikit bergetar.

"Dekat laci... sekejap umi carikan." Tergesa-gesa Hajah Yasmin menyelongkar laci yang tidak jauh dari mereka. Dia yang masih kebingungan turut sekali merasai cemas.

"Embun kau dengar tak? Aku nak kau buka pintu ni," laungnya lantang.

"Embun Adawiyah! Kau jangan buat kerja gila dalam tu! Apapun yang ada dalam fikiran kau sekarang, aku mohon... cuba lawan." Jarinya mula menggigil halus. Sedaya upaya bayangan negatif cuba diusir.

"Cepat umi!"

"Nah... kenapa ni? Umi tak faham?" cemas nada Hajah Yasmin bertanya. Riak gusar anaknya dipandang dengan penuh persoalan.

Faid tidak menjawab dek kerana terlalu kalut. Sampai terjatuh gugusan kunci kerana jarinya tidak dapat menggenggam dengan kuat. Nafas ditarik menenangkan hati. Gugusan kunci dikutip.

Dengan lafaz bismillah, kunci dicucuk masuk sebelum pintu ditendang kuat.

"Embun!!!"

"Allahuakbar!"

Tempikan dua beranak itu bergema kuat tatkala mata mereka disajikan dengan keadaan Embun yang tergantung di udara. Dada Faid berdegup laju. Apa yang difikirkan akhirnya benar-benar terjadi.

Uminya kelihatan tergamam hebat sehingga tubuh itu melorot jatuh.

Faid mencengkam kuat lengan Embun. Menarik gadis itu supaya turun. Namun tanpa disangka, gadis itu menendang tubuhnya kuat.

"Jangan sentuh aku! Lepas!" kerusi yang menjadi tempatnya berdiri cuba ditolak jatuh.

"Turun Embun! Kau gila ke?!" jerkah Faid selantang mungkin.

"Memang aku gila!!!"

"Aku gila! Orang gila macam aku ni layak mati! Lepaslah bodoh! Jangan halang aku!!!" bagai histeria Embun menjerit nyaring.

Embun bukan seperti diri gadis itu. Kali ini tenaga itu luar biasa. Menendang, memukul serta mencakar tubuh dan muka Faid. Namun itu tidak melumpuhkan semangatnya untuk terus menarik gadis itu untuk turun dari kerusi.

"Ke tepilah!"

Tubuh Embun seperti tidak seimbang akhirnya dia ingin terjelepok jatuh. Faid cekap memeluk gadis itu supaya tubuh itu tidak menghentam lantai. Menggigil badannya.

"Please Embun... jangan macam ni."
Terketar-ketar suara. Takut. Cemas. Melihat Embun yang ingin menggantungkan dirinya sendiri seperti tadi membuatkan rohnya hilang dari jasad.

Bagaimana jika dia terlambat sedikit tadi?

Embun menyiku perut Faid keras. Jiwanya meneriak untuk terus memberontak. Dia sudah tidak dapat berfikir lagi. Apa yang dia nampak hanya tali yang tergantung tinggi itu.

Berkobar-kobar niatnya untuk melepaskan diri dari pelukan erat Faid.

"Jangan peluk aku. Lepas! Lepas aku cakap! Kau pekak ke?!"

Faid makin mengetatkan lilitan lengannya ke tubuh Embun.

"Umi tolong call ambulan!" jeritnya kuat apabila merasakan keadaan makin tidak terkawal. Tidak hanya dengan cakar, Embun juga menggigit kuat lengannya.

Faid mendengus.

"Argh!!!" lantas Embun menghantukkan
dahinya kuat ke lantai. Dirasakan itu saja peluang untuk dia mati. Kali kedua, dia hantuk kepalanya dengan kadar yang kuat.

"Allah... Embun tolonglah sedar!" tempik Faid. Dahi itu ditekup dengan tangan. Menahan tindakan gila gadis itu.








ZON KUNING (SEPARA KRITIKAL)

Faid orang pertama yang melawat wad itu setelah Embun dibawa pergi oleh ambulan. Setia dia menunggu gadis itu menerima rawatan tanpa terasa ingin berganjak dari kerusi menunggu. Bibirnya pula tidak jemu berzikir sepanjang dia menanti.

Tadi ada misi yang menegur luka-lukanya di lengan. Namun dia balas dengan gelengan. Tidak berniat ingin mengubati lukanya sendiri. Bimbang akan terlepas perkara penting dari doktor yang merawat Embun.

Setelah menanti dengan penuh debaran. Akhirnya dia jejak juga ke dalam wad ini. Sedang duduk memandang wajah Embun yang jelas tidak menoleh ke arahnya. Gadis itu leka merenung ke tempat lain.

"I don't care if you want to break that promise. Aku tak marah. Kenapa kau terus juga pegang janji kita kalau kau sendiri tak okey?" soal Faid memulakan bicara.

Namun Embun masih diam. Seperti suaranya tidak kedengaran di cuping telinga.

"Kau buat aku takut tadi. Nak luruh jantung aku dengan umi. Umi pula sampai menangis tengok kau tadi," ujarnya lagi.

Hening. Masih tiada respon. Faid menghela nafas panjang. Wajahnya tertekan.

"Please Embun, I want the old you back. This is not you," rayunya perlahan. Tidak betah melihat perubahan gadis itu.

Bebola mata Embun bergetar sebelum menatap datar wajah kusut Faid. Bibirnya tersenyum mengejek.

"This is me. This is the real me. Kenapa? Kau dah takut nak berkawan dengan perempuan mental macam aku?"

Faid tergamam. Halus suara itu menggamit bulu roma nya naik. "Bukan maksud aku macam tu—"

"Kenapa?! Jawablah! Kau pun menyesal kenal aku macam ibu aku menyesal lahirkan aku?!" tempelak Embun lantang. Drip ditangan dicabut kasar sebelum dibaling ke arah Faid.

Tingkahnya berubah agresif.

"SEBAB TU AKU NAK MATI! AKU BENCI DIRI AKU!"

"Embun... kau salah faham ni—" bicaranya terpotong tatkala Embun membaling barangan ke lantai. Terpaku terus Faid.

Tunak mata merenung amukan gadis itu.
Dia seperti tiada kudrat ingin menghalang.

Keadaan semakin tidak terkawal bila Embun mula menjerit nyaring sehingga beberapa orang berkerumun melihatnya.

Misi terus mendapatkan mereka. Bahu pesakit itu dipegang erat.

"Cik Embun tolong bertenang!"

"Panggil doktor!"

"Encik sila keluar! Jangan terlalu dekat

dengan pesakit. Pesakit sedang hilang kawalan!"

Tubuh kaku Faid ditolak menjauh. Lantas tirai ditutup. Menjadikan katil Embun tertutup sepenuhnya dari penglihatan. Perkara terakhir yang dapat dilihatnya adalah kedua tangan gadis itu dipegang erat.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro