Bab 3
"Lewat kau bangun?" soal Arriyan tatkala matanya dapat menangkap tubuh tidak berbaju Faid baru keluar dari bilik. Rambut pula serabai sahaja.
Faid menjeling sekilas ke arah Arriyan yang sedang duduk bermain telefon. Dia bergerak ke dapur ingin mengambil air lalu kembali semula duduk di sebelah rakannya.
"Malam tadi aku balik lambat," balasnya ringkas. Air tin dibuka dan di teguk laju.
Arriyan menggeleng saja apabila melihat lelaki itu meneguk air gas. Bangun-bangun terus minum air gas. Haih.
"Seingat aku, kau orang pertama yang balik dulu dari Neo snooker semalam."
Leher diregangkan tatkala merasa lenguh. "Aku hantar kawan aku balik rumah dia dulu," ujarnya.
Dia tidak tipu. Memang dia hantar Embun pulang selepas gadis itu sudah tenang. Namun tiada satu pun yang keluar dari mulut gadis itu.
"Siapa?"
"Adalah." Acuh tak acuh nada Faid. Rambutnya yang terjuntai di dahi diselak ke belakang. Rimas dibuatnya.
"Jangan lupa hari ni jumpa Kayla." Sempat diingatkan Arriyan. Bimbang rakannya lupa.
"Apa lagi dia nak? Semalam bukan dah jumpa ke." Faid melentok kepala ke bahu Arriyan. Matanya dipejam erat. Masih merasa mengantuk.
"Adalah tu benda yang nak dibincangkan lagi. Pergi jelah, customer VVIP tu." Seketika suasana kembali jeda. Arriyan membiarkan Faid di bahunya manakala dia fokus bermain telefon.
Faid teringat akan Embun. Sebelum tidur, ada juga dia mencari punca utama seseorang ingin membunuh diri. Dia terjumpa pula tentang isu kesihatan mental. Gadis itu menghidapi masalah mental ke?
"Aku nak tanya kau. Apa pendapat kau dengan orang yang lukakan diri sendiri. Contoh yang selalu kita nampak, toreh tangan."
Dahi Arriyan sedikit berkerut mendengar soalan itu yang terpacul di bibir lelaki itu. Dia menjeling sisi wajah Faid yang sedang termenung sebelum kembali menumpukan ke telefon.
"Entah, maybe they want attention. Kita ni orang Islam, dah tahu benda macam tu berdosa lagi nak buat. Kalau ada masalah sikit terus nak self harming. Bagi aku mereka cuma tak boleh fikir panjang." Pendapatnya diluahkan.
Mendadak Faid mengangkat kepala. Lantas pandangan tajam diberikan kepada Arriyan. Rasa tidak gemar dengan kata-kata itu.
"Kita tak tahu apa yang mereka lalui sampai sanggup self harming. Mungkin hidup mereka tak seindah macam hidup kita."
"Allah takkan uji hambanya diluar kemampuan hambanya. So, kemampuan mereka belum sampai limit lagi lah tu," bidas Arriyan tak nak kalah. Pelik pula bila melihat raut wajah Faid berubah tegang.
Apa? Dia ada salah cakap ke?
"Duduk kat tempat dorang dulu Riyan, baru kau berani nak cakap semua ni." Faid mendengus. Badannya bingkas bangun meninggalkan Arriyan berseorangan.
HARI cuti pun, Embun tetap bangun. Ingin mencari kerja yang memberi gaji hari. Dia memakai baju lengan panjang untuk menutup parut di lengan. Pagar rumah ditutup. Sedikit kehairan dia melihat seorang lelaki sedang duduk atas superbike berwarna hitam di depan rumah ini.
Tidak mahu mengambil kisah, dia menapak kaki ke arah station bus. Jam ditangan dikerling sekilas.
Faid sudah menggaru topi keledarnya. Dia teragak-agak ingin memanggil apabila gadis itu cuma melihatnya sepintas lalu. Tanpa menghidupkan enjin, Faid tolak superbike dengan kaki.
"Embun!"
Kaki terhenti tatkala namanya dipanggil kuat. Lantas Embun paling badan ke belakang. Lagi berkerut hebat dahi bila lelaki yang dililhat sebentar tadi memanggilnya.
"Embun nak pergi mana?" soal Faid perlahan.
"Kau siapa?"
Lidahnya terkelu. Wajah serius Embun ditenung lama disebalik helmet. Jap ini betul-betul tak ingat atau sengaja aje?
"Yang semalam selamatkan Embun..."
Embun kebingungan. Semalam?
"Aku tak faham. Kenapa dengan semalam? Selamatkan aku?"
Kali ini Faid pula terlihat kebingungan. Tiba-tiba dia baru teringat yang kepalanya masih tersarung helmet. Lantas dia membuka lalu rambut dibetulkan sebelum pandangannya di tala ke arah Embun semula. Bibirnya tersenyum kecil.
"Dah kenal belum? Atau masih pura-pura tak kenal hero yang selamatkan kau semalam?" sempat berloyar buruk.
"Sorry but I really don't know who are you," ucap Embun senada lalu badannya berura-ura ingin berpaling.
"Semalam kau nak bunuh diri Embun! Kau cuba nak terjun jambatan. Kau tak ingat?"
Drastik tubuhnya terhenti. Bunuh diri? Terjun jambatan? Apa ni? Jari Embun mula menggeletar halus. Lantas dia memalingkan tubuh dan kakinya laju menerpa ke arah Faid yang masih di atas motosikal. Jari telunjuknya dihunus tepat depan mata lelaki itu.
"Kau jangan nak mereka cerita! Aku tak kenal kau siapa! Aku tak tahu macam mana kau boleh tahu tempat tinggal aku! Leave or I will call police!" bisiknya keras. Menandakan dia tidak bermain-main.
Badan Faid automatik terundur ke belakang. Kedua tangannya disilang ke dada lagak seperti melindungi diri.
"Seriuslah macam ni cara kau berterima kasih dengan orang yang selamatkan kau? Kalau aku takde semalam agaknya nyawa kau—"
"Kalau kau nampak aku tengah nazak sekali pun tak payah nak susahkan diri tolong aku! Orang yang takde nilai macam aku ni tak layak untuk diselamatkan." Potong Embun laju. Matanya dipincingkan tajam menatap wajah terpinga-pinga itu.
Bibir terkatup rapat. Tidak tahu ingin membalas apa. Matanya tidak dialihkan sesaat pun dari wajah Embun. Hatinya jelas pelik. Gadis ini marah atau tidak? Kenapa wajahnya terlihat kosong saja.
"Fine! Mungkin kau ada amnesia sementara! Tak apa aku kenalah faham."
Tangan kanannya bergerak menyeluk sesuatu di poket hoodie. Satu kotak kecil dihulurkan kepada Embun. "Nah, jangan lupa sapu luka dekat lengan yang kau hiris tu."
Mata Embun melihat huluran itu. Bepanthen First Aid Cream. Perlahan tangannya jatuh ke sisi badan.
"Lu-luka lengan?" bisiknya perlahan.
Bagaimana lelaki di depannya tahu tentang luka-luka di lengannya? Bagaimana lelaki ini tahu dia menghiris lengannya? Kedua bebola matanya naik memandang wajah itu. Dia cuba mengecam tapi tampak asing saja di pandangan.
"Iya, lengan kau..." lantas dengan selamba menarik tangan kiri Embun dan disingkap lengan baju itu hingga ke siku.
Pang!
Kepala Faid terteleng ke tepi menerima tamparan hebat itu. Berdesing telinganya. Rahangnya mula bergerak-gerak.
"Kau siapa!?" Embun rentap lengannya. Lengan baju diturunkan. Marah dengan sikap kurang ajar lelaki yang tidak dikenali itu.
"Macam mana kau boleh tahu fasal lengan aku!!" jerkah Embun. Dadanya berdebar hebat.
Riak wajah Faid berubah tegang. Nafasnya ditarik menahan sabar. Lantas dia turun dari motosikal. Kakinya melangkah setapak merapati tubuh Embun. Cepat saja dia menyambar lengan Embun tatkala badan itu ingin melarikan diri.
Kepala dia menunduk ingin merapati wajah Embun yang terdongak. Terasa hembusan nafas gadis itu di wajahnya.
"Kau buka luas-luas mata kau Embun! Kau tengok betul-betul muka aku!?"
Bebola mata Embun sudah bergerak-gerak. Lekas-lekas dia mencengkam fabrik baju Faid tatkala tubuhnya terasa ingin longlai.
"Pagi tu bila aku nak balik, aku nampak kau cuba nak terjun jambatan. Aku yang tarik kau Embun. Aku yang pegang kau waktu kau meronta macam orang gila!" keras nadanya menjelaskan.
Kenapa pada waktu begini pun, raut wajah Embun terlihat kosong?
Mimik muka Embun berubah pucat. Dia tatap sepasang mata itu ingin mencari kepercayaan. Penjelasan lelaki itu satu persatu membuatkan kepalanya berputar hebat.
JAM yang melilit di pergelangan tangan dilihat lebih daripada sepuluh kali. Kayla mendengus sebal. Sudah setengah jam dia menunggu ketibaan Faid di café ini, namun batang hidung lelaki itu pun dia tidak nampak.
Nombor Faid ditekan lagi. Beberapa minit menunggu tetap tidak diangkat, Kayla sudah mengalah. Minumannya disedut buat kali terakhir sebelum punggung diangkat dari kerusi. Beberapa pasang mata yang melihatnya, dia abaikan.
Tiada mood ingin melayan peminatnya. Baru saja dia ingin menolak pintu café, langkahnya ditahan tatkala ada peminat minta bergambar.
"Sorry I dah lambat..."
"I pun nak bergambar dengan you." Pada mulanya Kayla ingin mengabaikan saja akan tetapi suara itu cukup dia kenali. Lantas kepalanya ditoleh sebelum matanya membulat besar.
"Aunty Melly!" teriaknya riang.
Melly tersenyum penuh anggun sebelum tubuhnya didakap erat oleh Kayla.
"Bila you balik Malaysia? Dekat instagram takde update pun." Meleret nada Kayla.
Sepasang matanya tidak lekang melihat wajah Melly. Dalam hati tidak jemu memuji raut wajah itu. Anggun. Jelita. Walaupun sudah mempunyai seorang anak tetapi gayanya tetap seperti anak dara. Padanlah dengan kerjanya sebagai model terkenal.
"I balik sini sebab dapat job kat sini. Nanti dah habis I balik US lagi. My husband does not allow me to stay here for a long time."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro