Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 24


Gemuruh dirinya yang berada di sebelah Melly. Sesekali matanya menjeling ke arah wanita itu yang sedang memejam mata. Ketika ini, mereka berada di saloon rambut terkenal. Dia yang mengajak wanita itu. Namun bil semuanya dibayar oleh Faid.

Kayla hanya mengikuti rancangan lelaki itu saja asalkan kalau apa-apa yang terjadi, namanya takkan terlibat.

Pekerja yang mengambil tugas mencuci rambut Melly menjeling ke arah Kayla. Seperti mengisyaratkan sesuatu.

Kayla angguk sekilas.

"Apa yang merasuk you tiba-tiba aje nak
belanja I dekat saloon ni."

Kata-kata Melly menyentakkan mereka.
Lantas gunting besi berdenting jatuh. Kayla membulatkan matanya. Bibirnya digigit seriau.

"Err...I'm sorry Mrs...saya minta izin nak
tukar gunting sekejap." Tergesa-gesa pekerja itu berlalu pergi.

"I rasa I dah cakap cuma nak cuci rambut I aje. Tak adalah pula nak potong rambut," tukas Melly senada.

Kayla terbatuk-batuk perlahan. Jarinya yang menggigil disorokkan.

"I rasa dia terbawa kut," ujarnya perlahan.

"Aunty Mell, I nak pergi tandas sekejap." Tubuhnya bingkas bangun dari kerusi. Lalu tanpa menunggu balasan, Kayla laju sahaja menapak ke arah tandas.

Pintu tandas dibuka laju. Matanya bertembung dengan sepasang mata pekerja itu. Terlihat wajahnya sedikit pucat.

"Mana?!" nadanya ditekan mendalam. Jantungnya tak usah dikata, berdegup laju.

"I...ini cik Kayla." Zip lock plastic bag
berukuran kecil diserahkan kepada Kayla.

"Good. Ini upah you. Ingat apa yang I cakap! Jangan sesekali buka mulut tentang hal ni! Nahas you kalau you berani bagitahu sesiapa!"

Sampul coklat berisi duit dihulur. Pekerja itu mengangguk kepala banyak kali lantas tergesa-gesa berjalan keluar.

Plastik ditangan diangkat separa mata. Lalu helaian rambut yang berada di dalamnya dilihat. Lekas-lekas Kayla menyimpan ke dalam beg tangannya apabila mendengar pintu dibuka. Nafas
ditarik sebelum kakinya menapak ke luar.

"JOM keluar sekejap." Terhenti tangannya yang sedang menguli tepung. Kepala diangkat merenung wajah Faid di sebelah. Tegang sahaja riak itu.

"Keluar pergi mana? Nantilah aku ada kerja sikit ni." Acuh tak acuh Embun melayan. Tumpuannya difokuskan kembali.

"Sekarang," ujar Faid sedikit keras.

Embun diam. Matanya kembali merenung wajah lelaki itu. Dia diterjah rasa pelik. Kenapa mimik wajah itu serius benar? Ada sesuatu berlaku ke? Berkerut dahinya berfikir.

"Okey." Embun memutuskan untuk ikut. Malas ingin berbalah. Bukan selalu Faid berperangai begini. Selalu tenang saja lelaki itu.

Tangan dibasuh bersih ke sinki sebelum kaki mengikuti langkah Faid tanpa banyak bunyi. Baju pun dia tidak tukar lagi. Dia memandang baju yang tersarung. Okeylah ni. Tidaklah terlalu buruk.

Lelaki itu memasuki kereta, dia tetap diam tanpa membantah. Hanya mengekori sahaja. Pintu kereta ditutup. Akhirnya kereta bergerak membelah jalan raya. Masing-masing diam dari membuka mulut.

Embun boleh merasai suasana ini agak tegang. Matanya menjeling sekilas ke sebelah. Lihat saja dari tangan lelaki itu yang mencengkam kuat stereng kereta hingga timbul urat-urat.

Kereta berhenti di hadapan taman tasik yang dipenuhi orang. Tidak terlalu jauh dari rumah umi. Faid keluar dari perut kereta. Kening terangkat tinggi. Nafas dihela sebelum pintu kereta dibuka.

"Duduk." Arah Faid sepatah setelah mereka berdua sampai ke bangku. Namun lelaki itu hanya berdiri tegak. Tidak melabuhkan punggung. Hanya
membiarkan dia saja yang duduk.

"Ada benda penting ke kau nak cakap sampai tak boleh nak kata dekat rumah aje?" tanya Embun memulakan bicara.

Faid meraup rambutnya ke belakang. Jelas wajahnya seperti tertekan. Pelipis diurut sebelum tasik di hadapannya ditenung dalam.

"Promise me, whatever happens after this, you have to accept it with an open heart," ujarnya dengan nada perlahan.

Kata-kata itu sedikit sebanyak menakutkan hati Embun. Dia cuba tenung raut wajah Faid dari sisi. Ingin mencari apa yang tersembunyi.

"Ada benda jadi ke? Cuba bagitau aku. Kau buat aku macam tunggul pula."

"Just please... promise me." Suara Faid kedengaran merayu. Lantas matanya merenung sepasang mata yang dari tadi melihatnya.

Embun kemam bibir. "Aku janji."

Sejurus itu, senyuman hambar dipamerkan Faid. "I kept your promise."

"Boleh bagitahu aku tak apa yang jadi? Aku tak suka macam ni. Kau biarkan aku bingung sendiri," kata Embun keras.

Faid berpeluk tubuh.

"Sampai masa aku bagitahu kau."

"Is this about my family?"

Bahunya menegang. Faid melarikan matanya. Mimik wajah cuba dikawal.

"Kalau ini tentang keluarga aku, kau tak perlu risau. Aku akan okey. Lagipun aku kena hargai jasa kau yang bersusah payah nak mencari keluarga aku."

"Aku tak pernah rasa ralat sepanjang aku cari keluarga kau," ujarnya menyangkal laju.

"Aku rasa kau patut berhenti pencarian ni."

"No Embun. Aku tahu sebenarnya kau takut nak tahu siapa ibu bapa kandung kau." Bibir yang kering dibasahkan.

"Yes! Kau betul! Aku memang takut. Aku takut kalau mereka tak terima aku. Aku takut macam mana reaksi dia orang kalau aku ada depan mereka. Aku takut nak dengar alasan kenapa dia orang sanggup buang aku." Riak wajah kosong. Embun cekalkan hati.

Tiada kesedihan yang dipamerkan. Namun suaranya bergetar hebat.

Faid terkedu. Matanya dipejam sesaat sebelum dibuka kembali. Penuh kasih dia menatap gadis itu. "Aku ada, aku sentiasa ada di sisi kau. Jangan takut. Umi dan abah pun sentiasa ada," katanya lembut.







SURAT paterniti dilihat dengan pandangan kosong. Surat itu berada di dalam sampul coklat. Faid masih tiada kekuatan hendak membuka. Nafas ditarik dalam sebelum tangannya bergerak membuka sampul itu. Pergerakannya dihentikan seketika sebelum membaca isi DNA test.

Probability of Paternity: 99.9999995%

Terlepas surat itu dari tanganm Rahangnya bergerak-gerak menahan rasa. Jadi telahan mak Maria benar belaka. Tidak perlu susah payah mencari bapa kandung Embun. Memang pasti

Donzello ialah ayah kepada gadis itu. Kecil sahaja dunia ini kan?

Faid tertawa halus. Secara tiba-tiba wajah kosong Embun terlintas di fikiran. Bibir diketap.

Arriyan mengerutkan dahi. Dia keluar dari dapur sambil memegang mug. Kakinya menghampiri rakannya yang berada di sofa. Surat yang terjatuh ke lantai, dilihat dengan pandangan pelik.

"Bro kau baca apa sampai terlepas surat tu?" Arriyan menunduk mengambil kertas itu. Mug diletakkan atas meja sebelum melabuhkan duduk.

Secara tiba-tiba Faid tiada kudrat ingin merampas surat itu. Dia hanya termenung jauh. Bagaimana reaksi Embun jika mengetahui semua ini? Dia mula rasa tidak sedap hati.

Melihat tiada balasan dari mulut itu, bahunya diangkat. Lantas isi di dalam surat itu dibaca. Spontan matanya membuntang besar. Mulut ditekup tidak percaya. "I... ini aku tak bermimpi kan?"

Faid mengeluh. Kertas ditangan rakannya diambil dan disimpan semula.

"Tak. Kalau kau tengah bermimpi sekarang, aku rasa kau terus terjaga dari tidur." Badannya disandarkan penuh ke sofa. Dahi diurut.

"Ma...macam mana kau tahu...?"

"Panjang ceritanya."

Arriyan merengus. "Kau boleh cerita secara ringkas kalau terlalu panjang untuk kau." Wajah tidak bermaya Faid ditenung dalam. Bermacam-macam soalan berlegar difikirannya.

"Embun sekarang ada dekat rumah umi dan aku tolong dia cari siapa keluarga kandung dia," ujar Faid datar.

"Hah?! Sejak bila pula Embun ada dekat rumah umi? Banyak sangat ni aku terlepas." Riak wajah terkejut tidak disorokkan langsung.

"Siapa suruh kau menghilang lama sangat? Padanlah muka tertinggal bas."

"Kalau kau tak nak ceritakan kenapa Embun tiba-tiba boleh duduk dekat rumah umi tu tak apa. Yang penting aku nak tahu macam mana kau boleh tahu model tu ibu kandung Embun? Bermakna Embun ni anak yang hilang ke?" soal Arriyan bertubi-tubi.

"Jap... Jadi Aunty Melly tu pernah berkahwin dua kali ke? Embun tu anak dengan suami pertama?"

"Tak. Aunty Melly cuma pernah berkahwin sekali aje." Datar nada Faid berkata.

Alis Arriyan terangkat. Namun, dia tertawa kecil. "Lah Embun ni anak aunty Melly dengan suami dia tapi Embun pernah hilang waktu bayi ke?"

Faid geleng.

Lantas Arriyan meraup mukanya. Dia tersenyum hambar.  "Aku cuba nak fikir positif dekat sini tapi cara kau buat fikiran aku terus ke arah negatif," ujarnya halus.

"Then believe the negative thoughts," kata Faid mudah.

"What the..." membulat besar biji mata Arriyan.

"Okey aku faham. Embun tu anak luar nikah aunty Melly dengan suami dia." Kepalanya terangguk-angguk.

"Embun anak luar nikah tu dah betul. Tapi yang salah bukan dengan suami dia. Dengan orang lain." Lantas Faid mengangkat punggung untuk berlalu pergi.

"Hah?" berubah terus muka Arriyan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro