Bab 23
Pintu bilik air dikuak dari dalam. Kakinya menapak menuju ke arah katil dengan sebelah tangan sedang mengelap rambut yang basah.
Komputer riba yang sedia terbuka atas katil didekati. Lantas tuala kecil yang menjadi kain untuk mengelap rambutnya disangkut ke leher. Faid melabuhkan punggung di birai katil. Kompuer riba
di letak atas pehanya. Lalu jari jemarinya menekan-nekan papan kekunci. Matanya tidak lepas memandang skrin.
Beberapa saat, dia membaca dokumen yang dihantar Izz melalui e-mail.
Melinda Reiskha
39 tahun.
Seorang isteri businessman terkenal.
Menatap di US.
Mempunyai seorang anak perempuan.
Pernah tinggal di bandaraya XXX...
Alamat yang tertera dibaca berulang kali. Sebentar, kenapa dia rasakan alamat ini seperti pernah lihat sahaja. Lalu Faid kembali menekan papan kekunci. Lantas alamat kedai menjahit baju mak Maria yang pernah di cari Izz dibuka.
Bingo!
Sama! Alamat rumah lama Melly sangat hampir dengan kedai menjahit Maria! Laju dadanya berdegup kencang. Dia merenung lama butiran itu memikirkan sesuatu. Seketika dia mengingati sesuatu.
"Kau tak perlu marah aku. Lagipun waktu tu kita buat suka sama suka. Oh ya, aku lupa nak tanya. After that incident, I found out you were pregnant. So where is our child?"
"Aku dah bunuh sebab aku benci anak tu ada darah keturunan lelaki tak guna macam kau!"
Tsk. Kenapa dia langsung tidak menyedari tentang itu? Iya pada waktu itu, telinga Faid sempat mendengar perbualan mereka tapi selepas itu dia
terus lupakan kerana baginya tidak penting dan tiada kena mengena dengannya.
Lantaran itu, telefonnya yang terdampar atas meja digapai. Nombor seseoramg didail laju.
"Hello Kayla."
"Yes Faid?"
"I nak jumpa you. Kalau boleh secepat
mungkin," ujarnya serius.
"Sorry I tak ada dekat Selangor sekarang. I dekat Perlis tengah shoot. I balik dalam tiga hari lagi."
Keluhan berat dilepaskan sebaik mendengar itu. Mukanya diraup.
"Alright kita jumpa waktu you balik sini. Nanti biar I jemput you dekat airport."
Setelah mendapat persetujuan Kayla, lekas sahaja dia mematikan panggilan. Tangannya mencampak telefon ke atas katil dan komputer riba diletak ke tepi.
Faid condongkan tubuhnya dengan siku diletakkan atas peha. Rahangnya bergerak-gerak memikirkan sesuatu. Sejujurnya, dia sedikit takut dengan kemungkinan ini. Takut jika Embun terluka. Takut jika gadis itu tersakiti lagi.
Faid sedar, mental Embun diparas bahaya. Jadi dia perlu berjaga-jaga dalam setiap kata-katanya.
Tok!Tok!Tok!
Tubuhnya sedikit mengeras mendengar bunyi ketukan itu. Lantas dia bangun menuju ke pintu setelah menyarung t-shirt ke badan. Nafas ditarik sebelum tombol pintu dipulas.
"Umi suruh turun bawah, minum petang
sama-sama." Bibirnya mengulas senyuman apabila wajah Embun menjamah pandangan matanya.
"Nanti aku turun."
"Turun cepat sikit aku tak nak ketuk pintu kau buat kali kedua."
"Okey, three minute."
Embun tidak berkata apa, dia terus berlalu pergi. Melihat wajah sedikit tegang lelaki itu, tidak mahulah dia ingin kacau.
Pintu ditutup. Pelipis diurut. Tertekan sungguh.
MINUM-MINUM petang mereka di gazebo yang berada di halaman rumah. Itulah pilihan Hajah Yasmin setelah dikatakan mahu menikmati angin petang.
Tanpa banyak bunyi, Embun patuh sahaja. Piring-piring kecil yang berisi kuih di susun satu persatu. Dia elok bersimpuh di sebelah Hajah Yasmin. Masing-masing menunggu ketibaan Faid.
"Turun pun, ingatkan nak terperuk aje dalam bilik tu." Hajah Yasmin menegur anaknya yang berjalan penuh selamba ke arah mereka.
Lelaki itu mengenakan pakaian yang cukup santai. Seluar pendek paras bawah lutut. Baju t-shirt biru cair. Nampak seperti budak sekolah menengah pula.
Faid menyengih. Lalu mengambil tempat berhadapan Embun. "Busy sikitlah umi."
Hajah Yasmin hanya tergeleng saja. Lantas cawan berisi air dihulur kepada anaknya.
"Rajin pula umi buat kuih lapis dengan seri muka ni," katanya sekadar menghidupkan suasana lalu tangannya mengambil kuih lapis di pinggan. Bersama bacaan bismillah, kuih itu selamat masuk ke dalam mulut dengan sekali suap.
"Ada Embun tolong umi buat, itu yang rajin. Inipun umi tolong ajarkan Embun saja. So basicly dia yang buat semua ni."
Embun yang sedang meneguk air rasa ingin tersedak. Pantas dia meletakkan kembali cawan. Malu pula bila mata mereka terarah kepadanya.
"M... mana ada. Embun tolong apa yang patut aje. Jadi yang buat kuih ni semuanya umi lah." Sangkalnya laju.
"Hm yeke umi buat? Kenapa lain aje rasanya. Abah dah lama hidup dengan umi boleh dapat beza air tangan isteri abah." Haji Bayu Haidi menyampuk
dengan tangannya yang memegang kuih seri muka. Kedua kening diangkat.
"Betul tu! Tak macam umi yang buat kuih ni!" Faid menyibuk juga dalam perbualan ini.
Embun sudah cuak. "Kenapa? Tak sedap ke?"
Faid tersengih sedikit lalu tangannya mengambil kuih seri muka. Matanya memandang wajah gadis itu. Tidak mengenakan sebarang solekan pun masih cantik. Dia mula senyum-senyum sendiri.
"Sedap tapi beza air tangan umi ni, umi selalu buat tawar sikit sebab abah kurang makan makanan manis-manis ni." Haji Bayu Haidi menjelaskan dengan nada lembut.
"Lah manis sangat ke? Kalau macam tu Embun buat baru."
"Eh tak payahlah, nak buat lagi lambat pula. Tak apalah bukan selalu abah nak makan manis-manis ni, kang bang?" sampuk umi.
Haji Bayu Haidi angguk setuju dengan kata-kata isterinya.
"Tengok tu Faid dah melantak banyak mana."
Mahu tersedak rasanya bila nama tiba-tiba diseru. Faid menghentikan suapannya. Dia tersengih menunjukkan barisan gigi yang tersusun cantik.
"Sedap sangat ni umi. Pandai Embun buat." Pujian diselitkan sekali.
Entah kenapa Embun malu sendiri mendengar pujian secara berhadapan itu. Meskipun raut wajah itu hanya selamba sahaja.
"SO kenapa you nak jumpa I?" Tanpa berbasa-basi terus ditanya dek kerana tubuhnya yang lenguh perlukan rehat. Kalau boleh dia mahukan perbincangan ini berlaku dengan pantas.
Mereka memasuki sebuah kafe. Kayla duduk berhadapan dengan Faid.
"Look Kayla, I betul-betul nak minta tolong you. Benda ni hanya you aje yang boleh buat. So can you help me?"
Dahi Kayla sedikit berkerut tidak mengerti. Dia perlukan penjelasan. Sudahlah bukan main susah dia mahu bertemu Faid. Alih-alih lelaki itu pula mengajak untuk berjumpa.
Faid menarik nafas dalam. Tangannya diletakkan atas meja.
"I nak you ambil beberapa helai rambut aunty Melly," ujarnya serius.
"What?! Are you out of your mind? Kenapa you nak rambut dia?" Kayla menempelak keras.
Lekas-lekas Faid menaikkan tangannya.
Mengisyaratkan supaya gadis itu bertenang.
"Dengar dulu apa yang I nak cakap. I bukan buat apa pun dengan rambut aunty Melly. I cuma nak pastikan sesuatu aje. Benda ni bukan macam apa yang you fikirkan."
"Okey so bagitahu I benda apa yang you nak buat?"
"I tak boleh nak bagitahu you lebih
terperinci. Maaf Kayla tapi boleh tak you tolong I?" penuh terdesak Faid meminta tolong. Hanya Kayla sahaja harapannya.
"Okey! Kalau you tak nak cerita jangan minta tolong I." Kayla bingkas bangun. Namun pantas saja Faid mencekup lengan berlapik gadis itu.
"Duduk dulu. Okey I boleh cerita, tapi please jangan sebarkan hal ni!"
"Fine!"
Faid menyebak anak rambutnya ke belakang. Dia mengambil masa beberapa saat untuk memulakan bicara. Jujur dia buntu sekarang.
"It's about Melly life."
"I... I rasa Melly ada seorang anak
perempuan."
"You merepek apa? Memang aunty Melly ada anak perempuan pun!" Kayla menyangkal laju.
"Yes! But I think she has two daughters,"
ujar Faid bernada rendah.
Mencerlung tajam matanya menatap Faid garang. "You jangan nak reka cerita! You boleh kena saman sebab buat cerita entah apa-apa ni! I'm done!"
"Listens here Kayla, I tak menuduh. I takkan cakap perkara ni depan you kalau I tak selidik dulu! I dah sehabis daya siasat fasal ni dan perkara ni tergantung macam tu saja selagi I tak buat ujian
DNA."
Kayla terdiam lama.
"Macam mana you tahu?"
"Kawan I minta tolong I cari keluarga dia dan dari situ semuanya terungkai."
"So you nak percayalah apa yang kawan you kata?" tegang wajah Kayla.
"That's why I need to do DNA as soon as possible."
Lantaran itu, suasana antara mereka terus sepi. Kayla masih memikirkan dan Faid yang tidak jemu mendoakan supaya gadis itu dilembutkan hati untuk membantunya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro