Bab 21
Nafas ditarik lalu bibir menarik senyuman. "Tak mak. Saya Faid. Yang sebelah ni Izz, kami berdua datang cuma nak bertanya sesuatu. Bolehkan?"
Mak Maria hanya mengangguk sekali. Matanya menjeling Izz yang turut memandangnya.
"Macam ni mak, dulu mak ada medai menjahit baju kan?" soalnya dengan nada rendah. Matanya membalas pandang dengan mata lesu itu.
Sekali lagi, wanita itu mengangguk.
"Okey, kedai tu ada CCTV kan?"
"Ada..."
"Mak pernah ingat tak dulu masa 21 tahun, ada seorang perempuan terakam dalam CCTV dekat ledai mak. Perempuan tu buang baby dalam tong sampah?"
Mak Maria berdiam diri seperti sedang berfikir. Matanya melihat wajah penuh berharap milik pemuda itu. Perlahan -lahan dia menggeleng. "Mak tak ingat. Lama sangat dah 21 tahun tu. Mak pula makin lupa banyak perkara." Lemah nada mak Maria mengutarakan ayat.
Bahu Faid mengendur. Riak wajahnya kecewa. namun pantas saja dikawal. Dia mengangguk kecil. "Tak apalah mak."
"Kenapa? Penting sangat ke perkara tu?"
Anak mak Maria menegur dengan melangkah menghampiri mereka dengan menatang dulang.
Izz cepat-cepat menolong meletakkan dulang itu atas lantai. Sedari tadi dia hanya menjadi pendengar setia. Mahu menyampuk, dia bukanlah orang yang berhak masuk campur.
"Penting untuk kawan saya kak. Dia tengah cari mak ayah dia. Tapi satu hint pun tak ada sekarang." Luahnya sedikit tertekan. Pelipis diurut.
"Oh, jadi kenapa kamu berdua cari mak akak?"
"Sebab orang yang ambil dan jaga kawan saya ada cakap tentang kedai jahit mak Maria. Dia kata, dia jumpa kawan saya dalam tong sampah dan dari situ kami cuba cari mak Maria untuk tanya fasal hal ni."
Dia mengangguk faham. Lalu dia berdiri menuju ke dalam bilik. Meninggalkan mereka berdua dalam kebingungan.
Izz mengangkat kedua kening ke arah Faid. Manakala Faid hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.
Izz meletakkan kembali cawan ditangan tatkala melihat anak mak Maria baru saja kelua bilik dengan memegang sebuah buku yang sedikit usang warnanya.
"Minum ajelah, jangan malu-malu." Tegurnya lalu melabuhkan punggung kembali di hadapan mereka.
Dahi digaru. Izz tersengih malu.
"Ini diari mak. Sebenarnya apa yang kamu cakapkan tu, akak ada terbaca dekat satu muka surat dalam diari ni yang mak tulis waktu muda-muda dulu," ujarnya sambil menghulurkan buku yang sudah terbuka di satu muka surat ke arah Faid.
Matanya membulat sedikit sebelum tangan tangkas mengambil buku itu. Halaman itu dibacanya.
Pada 11 Julai,
Aku ternampak satu tubuh seorang perempuan muda dalam keadaan yang berlumuran darah sedang berjalan kaki menuju ke tong sampah.
Dia seperti sedang memegang sesuatu di dalam dakapannya. Tetapi aku tidak dapat mengecam apakah itu. Aku melihat perempuan muda itu melemparkan benda yang berbalut kain putih ke arah tong sampah. Jujur aku hairan, apakah itu?
Namun aku kuburkan niat ingin mengambil tahu lebih dalam kerana di waktu itu ada pelanggan masuk ke dalam kedaiku.
Faid terkedu. Tidak tergamak rasanya ingin membaca lebih lanjut. Pilu hatinya. Kejam. Satu perkataan itu sajalah yang timbul di benak fikiran.
"Mak memang suka menulis start dapat tahu mak ada penyakit. Mak kata mak risau, penyakit dia akan menyebabkan dia lupa banyak perkara," tutur wanita itu.
Dia diam mendengar. Namun fokusnya masih di buku itu. Nafas ditarik dalam untuk menguatkan diri supaya dapat menyambung bacaan seterusnya.
Apabila aku toleh semula, gadis muda itu telah berlalu pergi. Aku hanya melihat saja. Namun pelik, keadaan gadis itu seperti baru lepas bersalin.
Dan aku abaikan...
Apabila masuk hari petang, aku melihat pula satu tubuh lelaki mengambil sesuatu di dalam tong sampah itu. Aku ingin tahu apakah itu. Dan alangkah terkejutnya aku, itu adalah bayi! Kenapa aku tak tahu di situ ada bayi yang terbuang. Lantas aku ingin mengejar langkah lelaki itu tetapi kelibatnya hilang begitu sahaja.
Maria.
"Allahuakbar..." buku itu ditutup setelah
menghabiskan bacaanya.
"Mula-mula akak baca pun, berjurai juga air mata. Akak pelik kenapa mak tulis benda ni tapi sekarang akak dah tahu. Mungkin mak nak memudahkan orang itu mencari ibunya sendiri. Takdir Allah yang tersusun tu memang cantik."
Mereka hanya menadah telinga mendengar. Faid masih diam tidak bereaksi. Masih terkedu. Sungguh hebat dugaan Embun. Bagaimana gadis sekecil itu masih boleh terima dengan semua ini?
"Mak Maria ingat lagi tak muka perempuan tu?" Izz mengutarakan pertanyaan setelah dari tadi
membuka mulut.
"Kan tadi kita dah tanya, mestilah—"
"Ada!"
Lantaran itu, mereka menumpukan kembali tumpuan ke arah wanita di hadapan mereka.
"Model terkenal. Nama dia Melly. Mak asyik kata muka model Melly macam muka yang dia kenallah, pernah nampaklah. Entahlah, akak rasa mungkin mak salah pandang kut."
"SEBANYAK 79 lukisan dari 25 pelukis
ditampilkan di DZ hotel kerana harapan kami karya-karya seni yang ditampilkan bukan hanya untuk mempercantikkan ruangan saja, melainkan sebagai semangat para pelukis lokal untuk terus berkarya dan terus menyokong perkembangan seni dan budaya."
Di waktu lelaki yang tidak dikenalinya sedang berucap di pentas kecil, Embun palingkan wajah memandang lelaki di sebelahnya. Terkesima. Terkelu. Bagai tidak percaya rupanya Faid selama ini ialah pelukis! Biar pun masih belum terkenal, dia yakin. Faid hebat kerana dapat berkolaborasi dengan hotel mewah ini.
"Kau tak cakap pun selama ni kau pelukis," bisiknya perlahan. Tidak mahu terlalu kuat kerana khuatir mengganggu perhatian orang di belakangnya.
Faid toleh menatap Embun di sebelah. Senyuman manis diulas. "Kau tak tanya," ujarnya selamba.
"Isy. Aku ingat Izz saja pelukis. Itupun sebab aku tahu dia ada buat kelas melukis. Tapi kau aku tengok santai aje."
"Aku ada ambil juga tempahan melukis. Tapi buat masa sekarang aku tutup order sebab banyak benda aku kena urus." Jelasnya tanpa dipinta.
Embun terangguk faham. Patutlah di studio Faid, banyak juga lukisan-lukisan yang ada. Difikirkan, lelaki itu membeli semua karya itu. Satu lagi, ada waktu Faid mengajaknya melukis di studio Izz. Ah kenapa dia lembab sangat nak tahu?
"Juga kami berharap, DZ Art Space ini menjadi pusat kreativiti dan dapat menginspirasi banyak pelukis khususnya di negara ini untuk hadir ke sini. Di sini juga boleh dimanfaatkan sebagai galeri seni, ruang pameran dan pelbagai kegiatan seni lain." Ucapan itu diselesaikan dengan tepukan gemuruh.
Embun ikut sekali menepuk. Beberapa minit itu, dia melihat lelaki di pentas turun diikuti perempuan di belakangnya.
"Aku nak bergambar sekejap dengan dia orang. Kau tengok-tengoklah dulu karya dekat sini. Jangan pergi jauh-jauh pula," ujar Faid sekali diselitkan peringatan. Risau sungguh lagaknya.
Setelah itu, dia melihat pemergian Faid. Hari ini, lelaki itu terlihat sangat segak memakai kot. Dia pula mengenakan dress putih labuh hingga ke buku lali serta berlengan panjang. Faid yang menyuruhnya untuk memakai. Embun yang tidak tahu apa-apa hanya menurut saja.
Lantaran itu, kakinya bergerak menuju ke ruangan karya Faid. Dia berhenti tepat ke satu gambar. Lukisan bangunan Sultan Abdul Samad. Cantik. Embun beralih pula ke lukisan di sebelah. Apa yang boleh disimpulkannya, lelaki itu gemar melukis bangunan dan hanya melukis menggunakan pensil. Tiada warna yang terlihat. Namun tetap cantik.Tidak jemu dia memuji.
"Cantikkan?"
Embun tersentak. Pantas dia memalingkan kspala ke suara yang menegurnya. Terkedu dia melihat wanita itu di sebelahnya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro