Bab 20
Jujurlah, memang semenjak menerima tawaran berkolaborasi dengan DZ hotel, masanya sangat padat. Mahu rehatkan diri pun terhad kerana lukisan-lukisan yang perlu dia siapkan sebelum pameran di galeri hotel itu di buka. Kerana itulah, Faid tidak sempat ingin pulang ke rumah keluarganya.
Tetapi selalu juga dia menelefon abah untuk bertanya khabar seisi rumah. Jika dia menelefon uminya, risau kena paksa pulang. Bukanlah dia tidak mahu, tetapi tunggu kerja-kerjanya siap dulu barulah dia boleh bernafas lega. Ditambah lagi sekarang dia sedang sibuk mencari ibu bapa Embun.
"Yow, sibuk nampak sampai aku buka pintu pun kau tak dengar."
Pantas kepalanya terangkat. Dia terpana melihat tubuh Arriyan berdiri tegak di
depannya sedang tersengih busuk. Bingkas tubuhnya bangun dari kerusi untuk mendapatkan rakannya.
"Bro! Kau pergi mana sampai hilang lama sangat? Aku call tak angkat. Mesej apa semua tak balas. Aku siap e-mail kau lagi tahu tak! Aku cari kau dekat rumah keluarga kau tapi mama papa kau pun tak tahu kau pergi mana. Aku—"
"Shh... meh sini baby Juna peluk abang Riyan. Alololo kenapa monyok sangat muka ni?" kepala Faid ditekan rapat ke dada. Dilabuhkan ciuman beberapa kali di kepala itu.
"Ya! baby rindu abang Riyan sangat -sangat. Sampai hati tinggalkan baby!" Suara dikepitkan. Lalu dada berlapik Arriyan di cium. Laju sahaja Arriyan menolak kuat kepala rakannya menjauh. Mimik muka bertukar geli.
"Jijiklah setan! Serupa gay aje suara kau tu!" semburnya kuat.
Faid ketawa terbahak-bahak. Punggungnya disandarkan ke bucu meja.
"Okey kali ni serius aku tanya. Kau pergi
mana selama ni?" soalnya serius setelah
menghabiskan sisa tawa.
Arriyan meletakkan begnya ke sofa. Lantas dia berjalan perlahan ke arah kanvas-kanvas yang tergantung. Baginya gambar ini seperti baru lagi.
"Adalah. Tenangkan fikiran sekejap," jawabnya ringkas sambil berpeluk tubuh. Ditenung dalam lukisan di depan. Lukisan ini baginya sungguh pelik. Seperti bukan karya Faid kerana dia kenal sungguh hasil tangan lelaki itu. Kebanyakkan rakannya banyak melukis bangunan-bangunan sama ada di dalam negara ini ataupun di luar negara.
"Kau ada masalah ke sampai nak bawa diri lama sangat."
Soalan itu diabaikan. Malah dia makin
mendekatkan wajah ke arah lukisan itu.
"Kau ke yang buat ni?"
"Hm?"
Mata Faid beralih ke satu lukisan yang di tunjuk Arriyan. Kepalanya terjengul sedikit dek kerana tubuh lelaki itu menghalangnya.
"Bukan."
Jawapan itu membuatkan dahi Arriyan
berkerut. Lantas tubuhnya kembali ditegakkan. Pandangan dilemparkan ke arah rakannya.
"Habis tu siapa?"
"Manusia."
"Aku tahulah manusia, takkan iblis pula. Tapi nama dia siapa?" jengkel pula dengan wajah tidak bersalah itu.
"Cuba teka. Kalau betul aku belanja coki-coki."
"Tak payah! Dah tak ada hati pula aku nak tahu."
"Hm lemah. Macam ni nak jadi suami
orang?" Faid masih galak mengusik. Wajah tegang Arriyan di pandang.
"Tak ada kena mengena mat antara lukisan dengan suami orang," ujarnya keras.
Lantas sekali lagi Faid menghamburkan ketawa kuat. Suka melihat wajah bengis lelaki itu.
Arriyan mendengus. Perlahan-lahan dia kembali ke tempat meja kerja Faid yang dipenuhi kertas yang berselerak dengan lukisan-lukisan bangunan. Ada yang kertasnya sudah renyuk.
"Kau ada ambil tempahan ke? Kenapa banyak betul lukisan ni semua. Kali ni orang order banyak ke?" tanyanya sambil jari mengambil satu kertas.
"Kau kalau jawab main-main, aku blah terus Faid. Memang kau dah tak dapat jumpa aku lagi nanti." Amaran sempat dikeluarkan.
Faid yang sudah selesai tawanya kembali tergelak. Tangannya memegang perut yang sudah senak. Keluar air matanya kerana terlalu banyak ketawa. Nafas ditarik sebelum dia kembali melabuhkan punggung di kerusi.
"Aku ada dapat kolaborasi dengan satu hotel ni. Dorang e-mail aku dulu. Aku apa lagi. Terus setujulah." Mimik wajahnya bertukar serius.
"Hotel? Apa nama hotel tu?"
"DZ hotel. Hotel baru Donzello dari Itali."
Mata Arriyan sedikit terbuntang.
"Seriuslah? Businessman terkenal tu?"
Melihat anggukan dari Faid membuatkan tangannya laju menekup mulut. Masih tidak percaya. "Wow. Hebatlah. Aku selalu tengok artikel fasal dia. Selalu orang yang berkolaborasi dengan dia, memang akan terus terkenal. Aura bekerjaya Donzello tu sedikit sebanyak terpalit sama." Wajah lelaki itu cuba diingati.
"Entah. Kalau ada rezeki aku tu, adalah."
Rasanya tidak gemar pula dia ingin bermegah sekarang.
"Lepas ni kau bolehlah buka galeri sendiri."
"Insya-Allah," ucapnya perlahan. Lalu
matanya tertancap ke lukisan Embun yang tergantung di dinding.
DISEBABKAN lif di rumah flat ini rosak, mereka berdua pasrah sahaja menaiki tangga. Nasib baik rumah mak Maria hanya di tingkat tiga. Orang-orang yang memandang mereka dengan hairan hanya dibalas dengan senyuman simpul. Barangkali pelik kerana tidak pernah melihat wajah mereka di sini.
"Aku rasa hujung tu," ujar Faid dengan nafas ditarik dalam. Melepaskan lelah.
Izz termengah-mengah. Dia membongkok memegang kedua lututnya. "Bergetar lutut aku naik tangga ni." Rungutnya.
Faid menjeling sekilas lalu. Dia bergerak ke depan tanpa menunggu rakannya. Harus cepat kerana banyak lagi perkara yang dia perlu lakukan! Bak kata pepatah, masa itu emas! Sempat dia melemparkan senyuman ke arah beberapa orang yang sedang melepak di tembok.
"Rumah mak Maria sini ke?" soalnya penuh sopan dengan jari menunjuk ke satu arah yang tidak jauh dari mereka.
Mereka perpandangan sesama sendiri sebelum masing-masing mengangguk. Faid perasan mereka memandangnya atas bawah.
"Abang ni siapa? Tak pernah nampak pun dekat sini."
Dia tidak membalas. Tangannya menyeluk poket lalu dompet dikeluarkan. Tiga keping not sepuluh ringgit dikeluarkan lantas di hulur ke arah mereka.
"Nah. Buat beli aiskrim. Jangan beli benda bukan-bukan pula. Duit tu kongsi sama-sama okey!"
Laju saja duit itu disambar dari tangannya.
"Terima kasih abang!" ucap mereka serentak.
Izz yang dari tadi melihat hanya mampu tergeleng saja. "Kita datang ke sini bukan nak jadi penderma. Tapi nak cari mak Maria aje! Haih kau ni jangan jadi baik sangatlah."
"Takkanlah nak berkongsi rezeki sikit tak boleh? Apa salahnya bukan selalu pun. Takkan nak tunggu kaya dulu baru boleh bagi. Lagipun itu aku jadikan upah juga sebab dorang jawab pertanyaan aku," tukasnya senada sebelum menyimpan semula dompetnya.
Izz terpegun. Sedas kena!
"Assalamualaikum..."
Faid memberi salam dengan kadar sedikit kuat setelah kakinya tepat berdiri di hadapan pintu.
"Assalamualaikum..." salam kedua diberi. Terjengul-jengul kepalanya memandang tingkap yang terbuka sedikit.
"Tak ada orang kut," ujar Izz di sebelah. Kepalanya ikut sekali terjengul.
"Tapi aku dengar bunyi kipas terbuka tu." Masih tidak berputus asa. Baru sahja dia ingin memberi salam yang ketiga, pintu dibuka perlahan. Masing-masing terus terdiam.
"Waalaikumsalam..."
Faid melihat orang di depan. Yang keluar seorang perempuan sedikit berumur yakni dia rasa anak kepada mak Maria.
"Cari siapa ya?" wanita itu bertanya sambil memandang mereka silih berganti.
Izz menyiku perlahan lengan rakannya.
Mengisyaratkan untuk lelaki itu membuka mulut.
Lekas-lekas Faid membuka mulut. "Ini rumah mak Maria kan? Saya cari dia sebab nak tanya satu soalan penting. Boleh benarkan saya jumpa dia?" pintanya lembut.
Wanita itu berdiam diri dalam seminit sebelum membuka pintu lebar.
"Masuklah."
Kening terangkat tinggi merenung Izz sebelum mereka membuka kasutnya. Lalu kaki menapak ke dalam rumah. Sekeliling ruangan di rumah ini diperhati. Bersih dan kemas. Lagipun tiada banyak barang yang ada. Kakinya berhenti di depan sekujur tubuh yang sedang terbaring.
Dia melihat wajah itu. Cengkung dan berkedut. Tubuhnya pula kurus kering.
"Duduklah dulu. Maaf rumah kecil aje. Akak nak buat air sekejap. Pergilah tanya soalan yang awak nak dekat mak. Akak izinkan." Usai itu, tubuh wanita itu menghilang di sebalik dinding dapur.
Pantas Faid melabuhkan duduknya bersebelahan tubuh itu. Diikuti Izz dari belakang. Air liur ditelan sebelum mulutnya terbuka ingin bertanya.
"Assalamualaikum, mak Maria. Maaf saya ada beberapa soalan nak tanya dekat mak Maria."
Bebola mata mak Maria hanya memandang pemuda-pemuda di sebelahnya.
"Waalaikumsalam, kamu berdua siapa nak? mak kenal ke?" nada perlahan dalam bertanya seperti berbisik. Dengan keadaannya yang sebegini. Kudrat sudah tiada.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro