Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 19


Rasanya ini bukan dirinya. Ya, bukan. Tidak pernah seumur hidup, seorang Embun Adawiyah sanggup mencari lelaki hanya semata-mata dia sudah lama tidak bertemu dengan lelaki itu.

Embun meramas telapak tangannya setelah dia berdiri di depan pintu studio milik Faid. Pintu itu tidak tertutup rapat. Nafas ditarik dalam untuk menenangkan hatinya. Setelah beberapa saat, barulah tangannya terangkat untuk mengetuk pintu.

"Salah! Bukan pegang berus macam tu. Jari Fiya kena genggam macam saya tunjuk ni barulah boleh buat bayang."

Pergerakannya terhenti tatkala telinga dapat menangkap suara yang cukup di kenalinya.

"Lah sama aje Fiya rasa pegang berus macam mana pun. Awak yang kecoh."

Deg! Fiya? Siapa Fiya?

Lantaran itu, dia menolak kasar pintu supaya terbuka luas. Pemandangan pertama yang dilihatnya sungguh menyesakkan dada. Muncul perasaan sakit tatkala melihat kedudukan Faid dan perempuan yang cukup dikenalinya sangat rapat! Intim.

"Embun!" drastik Faid bangkit dari
duduknya. Riak wajahnya jelas terkejut melihat Embun. Tidak menyangka dengan kehadiran gadis itu di studionya hari ini.

"Wow. Congrats for both of you." Tiga

tepukan diberikan. Bibirnya tersenyum sinis.

Aufiya jelas tergamam. Dia tidak berkata apa. Namun terlintas sesuatu difikiran, di mana selama ini Embun berada? Sudah tidak menyewa ke? Mahu bertanya, tapi mereka tidak rapat.

"Embun ini bukan apa yang kau fikir! Kami cuma melukis saja dekat sini..."

"Melukis berdua saja? Kenapa kau tak bawa Fiya dekat studio Izz? Kenapa mesti kat sini juga?"

Faid mengangkat kedua tangan tinggi.

"Dengar dulu apa yang aku nak terangkan ni."

"Enough Faid! Aku dekat rumah umi

macam orang bodoh tunggu kau dan kau pula dekat sini tengah berseronok. Wow."

Kata-kata gadis itu membuatkan dia terdiam lama. Sedikit sebenyak terbit senyuman di bibir.

"Lah...kenapa tak cakap kau tunggu aku? Kalau kau bagitahu, tak sampai satu saat aku dah datang," ujarnya ceria.

"Kau fikir aku tengah main-main?!"

Mati terus senyuman Faid. Terkebil-kebil dia memandang wajah dingin Embun.

Hati Aufiya makin dilanda pelik. Gadis itu tinggal di rumah ibu bapa Faid?

"Embun, ini memang bukan salah Faid. Dia cuma tolong Fiya untuk melukis saja. Lagipun dia ada kerja dia juga. Tadi tu Fiya yang minta tolong," katanya cuba menjelaskan juga salah faham gadis itu.

"Sejak bila kau minat fasal melukis ni?"

Kenyataan sinis itu menyebabkan bibirnya terkatup rapat di sebalik purdah yang di pakai. Terkebil-kebil matanya.

"Teruskan. Aku tak nak ganggu masa

korang." Datar nada Embun berkata. Lantaran itu, dia berlalu keluar. Rasa sakit di hati cuba dibuang.

"Embun Adawiyah! Stay where you are!"

Laungan itu diabaikannya. Malah dia semakin melajukan langkah.

Faid mendecit. Tidak berkata apa, laju dia mengejar. Kaki dilebarkan besar. Dalam beberapa langkah, dia sudah mampu menyaingi langkah Embun. Mendadak dia berhenti di depan gadis itu. Kedua tangan di depa luas. Mimik wajah bertukar serius.

"Look. Dengar sini Embun. Aku bukan berdua aje dengan Fiya tapi ada Izz sekali. Kalau kau tak percaya, jomlah kita tengok sekarang."

Tunak mata merenung tajam ke mata Faid. Wajahnya juga serius. "Tipu! Aku ada matalah! Aku tak nampak pun dia!" bentaknya kasar.

Mengecil sepasang mata Faid. Tangannya bertukar mencekak pinggang. Riak wajahnya di pasang garang.

"Okey jom pergi balik studio aku kalau kau tak percaya. Cepat jalan!" jari telunjuk di hala ke studio.

Embun diam. Dia menarik nafas sedikit

sebelum kakinya berundur kembali. Tangannya membentuk penumbuk.

"Kenapa ni?" soal Izz yang tiba-tiba muncul di muka pintu dengan riak tanda tanya. Seketika keningnya terangkat apabila menyedari kehadiran Embun.

"Eh Embun pun ada?"

Tubuhnya mengeras. Rasa malu menyinggah di hati. Tidak tega rasanya ingin melihat wajah Faid serta Aufiya. Muncul perasaan kesal menuduh
begitu...

"M...maaf Fiya," ucapnya perlahan sebelum tergesa-gesa melangkah pergi.

"Apa cerita ni? Kenapa tiba-tiba Embun

minta maaf dekat Fiya pula?"

"Aku nak kejar Embun sekejap. Kau tunggu kat luar Izz, jangan duduk dalam rumah. Kang kena tangkap basah pula," tukasnya kelam kabut. Langkah besar dibuka.

Keluhan terlepas. Gadis itu memang suka bermain kejar-kejaran ke? Laju

jarinya menarik kolar baju Embun dari arah belakang.

"Tunggulah dulu. Laju-laju nak ke mana?"

"Kau gila ke tarik baju aku macam tu? Kalau terkoyak macam mana?!"

"Masalahnya tak terkoyak pun sekarang." Sarkastik suaranya.

Embun jeling tajam. Nada yang di guna lelaki itu sungguh menjengkelkan hatinya.

"Jom aku hantar kau balik." Faid berjalan dahulu ke depan bersamaan tangan yang menyeluk poket.

"Tak nak aku boleh balik sendiri." Bantah Embun laju. Dia berpeluk tubuh.

"Amboi sombong. Dahlah aku tak dengar langsung perkataan maaf dari mulut kau. Ini pula sekarang tolak ajakan aku dengan kasar."

Embun tersentap. Namun entah kenapa tiba-tiba egonya menjulang tinggi. Payah benar ingin mengungkapkan kata maaf walhal dengan Aufiya ringan saja bibirnya.

Faid tersenyum simpul. Matanya hanya melihat riak beku gadis itu.

"Tak apa. aku tahu kau ni ego tinggi melangit. Tapi aku harap lepas kita kahwin nanti, kurangkan sikit ego kau tu," ujarnya selamba. Melebar senyumannya tatkala melihat riak wajah itu berubah seakan malu.

"Jangan nak merepek!" nada Embun keras dalam menyangkal. Pipinya yang membahang panas cuba di sorok.

"Aku tak merepek! Aku tahu kau pun nak. Buktinya kau sanggup cari aku dekat sini. Kenapa? Rindu aku ke?" kening dijongket beberapa kali.

Penumbuk dikepal erat. Lalu Embun

tayangkan depan lelaki itu. "Ni kau nampak ni! Nak makan penumbuk aku ke?" dilayangkan beberapa kali penumbuknya depan wajah itu.

"Sekejap!" suara Faid tegas. Riak wajahnya berubah serius. Tiada lagi riak mengusik. Dahinya berkerut.

Embun sudah cuak. Dilihat lelaki itu serius sahja memandang jarinya yang terkepal penumbuk. Kenapa ada yang salahkah? Dia berniat ingin menarik tangannya.

"Okey noted. Saiz jari kau 4. Senang aku nak cari cincin nikah kita."

Berubah wajahnya. Malu bercampur geram. Yang pasti perasaan geram sedikit banyak. "Kau ni kan..." gigi berlaga sesama sendiri. Mukanya garang ingin menerkam lelaki itu.

Belum sempat dia mahu mendapatkan Faid, lelaki itu terlebih dahulu membuka langkah.

"Lawak weh muka cuak kau! Hahaha."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro