Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 14


Kelopak matanya perlahan-lahan terbuka. Perkara pertama yang dia lihat setelah terlena lama adalah raut wajah Faid yang sungguh hampir dengannya.
Raut muka itu sungguh tenang. Hembusan nafas yang berombak perlahan mendamaikannya. Lelaki ini sedang tidur secara duduk dengan kepalanya terlentok atas sofa.

Kenangan malam tadi berputar.

"Jangan tinggalkan aku. Aku takut." Laju sahaja lengan Faid disambar. Tidak membenarkan lelaki itu melangkah pergi.

"Aku nak ambil air sekejap dekat depan tu aje. Kau mesti haus." Jari telunjuk dituju ke arah dapur.

Embun menggeleng laju.

"Tak nak. Aku tak haus." Bergetar nadanya.

"Okey." Sepatah sahaja Faid membalas. Nada pula kedengaran mendatar.

Dia melabuhkan duduk di lantai. Tubuhnya menghadap Embun yang berada atas sofa.

"Tidurlah. Nanti kalau kau dah rasa kau mampu nak cerita dekat aku, ceritalah," ujarnya dingin.

"Kau marah aku?"

"Aku tak marah kau. Tidur." Bahu Embun
ditarik agar tubuhnya terbaring ke sofa.

"Jangan marah aku..." sedari tadi tangannya masih memegang utuh tangan besar Faid. Mimik wajah ketakutan tidak disembunyikan.

Faid mengeluh berat. Rahangnya bergerak-gerak menahan perasaan marah. "Aku marah dengan orang yang berani luka kan muka kau. That's all." Luahnya sambil mengusap rambut gadis itu.

"Jadi kau marah aku. Akulah orang tu. Aku sendiri yang luka kan muka aku. Aku... aku terpaksa." Bibir diketap. Embun mengiringkan tubuh menghadap lelaki itu. Mata mereka saling bertatapan.

Pengakuan dari gadis itu sedikit sebanyak memeranjatkan dirinya. Tetapi dia memilih untuk berdiam diri walau bermacam-macam persoalan muncul di benak fikiran.

Faid mengulas senyuman nipis.

"Tak apa. Aku tak paksa kau untuk cerita..."

"Tidur. Aku teman kau," katanya lagi. Kali ini bernada sedikit lembut. Amarahnya mula beransur pergi.

Desisan halus dari bibir merah delima Faid menyedarkannya dari kenangan semalam. Lantas matanya bertembung dengan sepasang mata lelaki itu.

"Morning." Kedengaran serak basah suara itu. Tanpa disangka, jari Faid menyelitkan helaian rambutnya yang menutupi sebelah muka.

Embun terpana. Masih berproses. Kejung tubuh badannya.

"Mata aku ada tahi mata ke? Atau ada air liur basi?" tanya Faid dengan menyentuh muka.

Kepala digeleng perlahan. "Tak ada."

"Dah tu kau tenung aku macam nak tembus ni apahal?"

Spontan matanya dilarikan. Pipinya mula membahang panas. Malu ditegur begitu. Lagi-lagi riak yang terpancar di wajah lelaki itu hanyalah selamba sahaja.

Faid menegakkan tubuhnya tetapi tidak menarik tangan yang masih dipegang kemas oleh Embun. Sebelah tangan yang masih bebas bergerak mengurut belakang badan yang terasa lenguh. Fuh
tidur dalam keadaan duduk mahunya tak sakit badan.

"Sorry aku menyusahkan kau." Terbit rasa bersalah melihat keadaan lelaki itu.

Faid berhenti meregangkan tengkuknya. Matanya kembali terpasung ke arah Embun.

"Tak apa, bukan selalu kau susahkan aku," ujarnya dengan nada biasa. Tiba -tiba rasa tak selamat pula dengan keadaan sekarang. Sudahlah mereka berdua sahaja dalam studio ini. Dengan kedudukan yang sungguh dekat begini.

"So, aku memang menyusahkan orang." Embun berkata dengan nada terasa. Wajahnya tertunduk merenung pautan tangan antara mereka.

Alamak salah cakap ke?

Faid garu telinganya dengan mata menilik perubahan mimik wajah gadis di depannya. Muncul rasa bersalah dalam hati.

"I wish I didn't born in this cruel world." Datar. Ya, itulah yang didengari telinganya. Embun bersuara mendatar.

Matanya masih kekal merenung tangan mereka. Sejenak dia terkejut apabila Faid mengangkat dagunya mendongak. Muka mereka rapat. Rapat sehingga Embun terkesima kaku.

"Kalau kau tak wujud dalam dunia ni, aku takkan kenal Embun Adawiyah. Perempuan yang aku kenal sangat kuat selepas umi aku. Suka menangis tapi pura-pura kuat." Di hujung ayat, Faid tersenyum ikhlas.

Tunak mata Embun merenung sepasang mata itu. Hatinya terasa sebak. Sebak kerana sepanjang dia hidup, tiada yang pernah memandangnya dengan tatapan ikhlas begini. Selama ini, dia terkontang -kanting lalui semuanya sendiri dan bila hadirnya lelaki bernama Faid, dia bagai diberi sinar harapan baru.

Tanpa sedar air mata jatuh menuruni pipi.

Lekas-lekas ibu jari Faid mengelap air mata yang mengalir di pipi Embun. "Kenapa kau nangis?" soalnya sedikit gelabah.

Embun menunduk. Dia menggeleng beberapa kali dengan mengetap bibir menahan esakan dari terkeluar.

"You're the first one who wipes my tears."

"Then I will be the last one too."

Jeda. Matanya kembali menatap Faid. Mereka makin tenggelam dalam tatapan penuh hangat di pagi hari. Apabila berduaan begini, timbul satu perasaan di hati mereka. Yakni perasaan yang
dilarang Islam.

Ketahuilah bahawa tidaklah berdua -duaan seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan yang ketiganya adalah syaitan. (Riwayat Al-Tirmizi)(2165).

Hatinya bergelora hebat. Bisikan syaitan mula kedengaran. Bibir merah sedikit pucat milik Embun direnung tajam. Dia gerakkan kepala sehingga bibir mereka hampir bertemu. Gadis itu juga tidak menghalang sama sekali.

Embun memejamkan mata. Dadanya berdetak hebat.

"Baby Juna, umi..."

Faid tersentak. Drastik pergerakannya

terhenti. Mata membuntang besar setelah menyedari perbuatannya.

"Allahuakbar!"

"Faid Qashaf Arjuna Bin Bayu Haidi! Apa yang Juna buat ni!" memetir suara itu bagai kilatan petir yang memancar hebat dikala waktu hujan lebat.

Bersamaan itu, belakang badan Faid menerima hempukan padu dari beg tangan berkulit keras. Terkial-kial dia ingin mengelak.

"Aduh umi! Sakit umi!"

"Umi tak pernah ajar baby Juna macam ni!"

"Umi!" terjerit kecil suaranya sambil sedaya upaya mengundurkan diri.

Laju Embun bangun dari pembaringan. Terkelu dia dengan situasi di depannya. Air liur ditelan rakus di kerongkong. Seriau melihat wajah ibu Faid yang sedang mengamuk sakan itu.

"Dengar dulu apa yang Juna nak terangkan. Sabar umi! Bawa mengucap! Dalam diri umi ada syaitan sekarang ni!"

"Syaitan pun bersorak tengok keadaan kamu macam tadi tu!" Turun naik dadanya. Libasan dihentikan. Hajah Yasmin merenung tajam ke arah anaknya yang tersengih bak kerang busuk.

Pantas saja Faid melutut.

"Maaf umi, memang salah Faid tapi—" Tangan kanan diangkat tinggi tatkala dilihat wanita itu seakan ingin menerkamnya lagi.

"Tapi tak sempat buat apa-apa lagi..." janggal dia melepaskan tawa hambar.

Embun yang memerhati hanya mampu menggelengkan kepala sahaja. Baginya, Faid tidak menerangkan dengan serius. Lelaki itu bermain-main. Dia berura-ura ingin membuka mulut. Ingin menjelaskan hal sebenar.

"Tak sempat Juna kata?"

Terkatup kembali bibirnya. Bahunya mengendur layu apabila tatapan tajam wanita itu terarah pula kepadanya.

Laju kaki Hajah Yasmin menapak ke arah gadis yang berada di sofa. Ditilik atas bawah gadis itu. Raut wajah seperti berumur 20-an.

"Umi..." cepat sahaja Faid mendapatkan tubuh ibunya yang menghampiri Embun. Takut pula jikalau Hajah Yasmin melakukan tindakan kasar. Wanita ini nampak sahaja lembut tetapi bila

melibatkan soal agama terus bertukar singa.

"Cakap dengan umi, Juna ada buat apa-apa ke dekat kamu?" lembut nada Hajah Yasmin tapi terselit ketegasan.

Embun terpinga-pinga. Dia fikirkan dia akan menerima tamparan namun sebaliknya hanyalah elusan lembut di rambutnya. Tidak sedar, matanya
membulat teruja. Dia merenung dalam ke arah wanita di depannya.

Elusan ini... sungguh nyaman. Nyaman hingga mampu membuatkan traumanya, kesakitannya serta kesepiannya hilang begitu saja.

Sepasang mata Faid bergerak menatap lama mata Embun. Senyuman kecil terbit di bibirnya. Comel!

"Cakap sayang, jangan takut. Kalau Juna ada buat apa-apa dengan kamu, bagitahu umi. Umi sendiri akan buat report polis."

"Allah umi, kami—"

"Juna diam!"

Pantas jarinya menutup zip halusinasi di bibir. Seperti menutup zip sebenar.

"Tak...tak ada. Dia tak buat apa-apa. Faid

cuma tumpangkan saya. Ka...kalau puan nak marah, marahlah saya. Salah saya sebab minta tolong dia. Maaf." Tukasnya menjelaskan.

"Tak perlu minta maaf, umi yang sepatutnya minta maaf bagi pihak anak umi sebab bawa kamu duduk sini berdua dengan dia. Walaupun niat cuma nak tolong, tetap tak boleh Juna bawa kamu ke sini.

Janganlah bersunyi-sunyian seorang lelaki dan perempuan (yang ajnabi) melainkan bersama-sama perempuan tersebut mahramnya." (Hadith Riwayat Muslim: (1341).

"Umi tegur kamu berdua ni. Niat tak menghalalkan cara. Juna boleh aje kan bawa dia duduk rumah umi." Kini matanya terarah ke Faid yang berdiri tegak disebelahnya.

Sempat matanya berpandangan sesaat dengan Embun sebelum kembali membalas tatapan Hajah Yasmin.

"Maaf umi, Juna salah sebab tak fikir panjang," tuturnya kesal. Tiba-tiba terasa malu. Jikalau uminya tahu tentang mereka yang acap kali bersentuhan tangan, mesti dia akan terima lagi teruk dari ini.

Rasa rendah hati menjelma di sanubari Embun. Dia menilik pakaian wanita itu.  Labuh. Sopan. Menutup aurat. Berbanding dengan dirinya.

"Jangan ulang lagi lepas ni. Ini kali terakhir umi tangkap kamu berkeadaan macam ni!" tegas suaranya menegur.

Faid mengangguk laju bagai burung belatuk.

Hajah Yasmin menghela nafas lembut lalu dipasakkan kembali pandangan ke arah gadis di depannya yang sedari tadi menjadi pemerhati tidak berbayar.

"Yang depan umi ni tak nak bagitahu umi ke nama kamu?"

Embun tersentak sedikit. "Saya Embun Adawiyah. Panggil saja Embun."

Seulas senyuman manis terlakar di bibir Hajah Yasmin. "Cantik nama tu, jom ikut umi balik rumah. Mulai sekarang, Embun jadi anak perempuan umi."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro