Bab 13
Belakang tubuhnya di hempas ke bonet kereta. Turun naik dadanya menahan takut. Lekas mata menyorot tajam ke arah lelaki di depannya.
"Kau siapa? Siapa bos kau? Apa hak kau nak culik aku!" bibir bawahnya menggeletar ketakutan.
Lelaki-lelaki itu berpandangan sesama sendiri sebelum mereka ketawa terbahak-bahak.
"Bos aku ada hak! Sebab Adham tak guna tu dah jual kau dekat bos aku!"
Zap! Kenyataan itu bagai pisau belati yang menghiris hatinya. Embun jeda. Kaku. Setitik perasaan sakit hinggap di hati.
"Menyerah sajalah. Jangan nak lari. Kau dah dijual. Kalau nak lari juga, bayar balik semua hutang Adham." Sinis suara itu berucap.
Bibir diketap. Fikirannya kosong. Tatkala itu, matanya dapat melihat sebilah pisau kecil terselit di belakang seluar lelaki disebelah. Terbit satu idea.
Lengannya ditarik kasar. Embun mengikuti langkah mereka yang mengheretnya untuk masuk. Dia diam dengan hati yang berkemuncak.
"Bagus, macam ni lah adik manis. Tak memberontak."
Kuat tubuhnya ditolak masuk ke dalam ruangan kereta menyebabkan kaki tidak dapat seimbang. Dia tersemban jatuh.
"Aish kau ni lembik betul lah! Aku tolak sikit kau dah jatuh." Bebel lelaki di sebelahnya lantas ikut sekali mencangkung ingin menolong gadis itu.
Di kesempatan yang ada, laju tangannya mengambil pisau. Embun bingkas bangun. Pisau di acu ke arah mereka.
"Jangan dekat atau aku hiris muka aku!" teriak Embun sekuat hati.
Mereka sedikit tergamam dengan tindakan berani gadis itu. Hilang kosa kata.
"Bad jangan dekat bodoh! Kalau muka perempuan tu cedera kau juga mati kena bunuh dengan bos!" lelaki yang mempunyai kumis menegur tegas Bad yang mendekatinya.
Bad merengus kuat.
"Dah tu nak biar dia lari? Kau takde otak ke? Sama je kita akan kena bantai juga dengan bos!"
"Biar aku pujuk dia." Lantas kakinya berjalan perlahan ke arah Embun. Kedua tangan diangkat ke udara. Mimik wajah dingin.
"Kami tak nak sakitkan kau. Jadi tolong ikut kami sekarang!"
"Aku cakap jangan datang dekat!" pisau makin dihala ke arah mereka tatkala tubuhnya dikepung.
"Okey macam ni, lepas urusan kau dengan bos dah selesai. Kami hantar kau balik semula."
"Kau fikir aku bodoh?! Orang-orang macam kau ni yang rosakkan masa depan kami!" kakinya mula berundur ke belakang. Namun mata tetap memerhati mereka tanpa lepas.
"Huh! Susahlah! Tarik jelah dia!" gerutu Bad.
"Setapak kau melangkah, aku hiris muka aku." Embun mengugut dengan hujung pisau diacu ke pipi kiri.
"Shit!!"
Bad meraup muka. Matanya tajam merenung wajah gadis itu yang tidak bermain-main. Dengan geram, dia berjalan laju untuk mendapatkan Embun.
Kesabarannya mula menipis.
"Bad!!!"
Setitik. Dua titik. Akhirnya laju darah mengalir menuruni pipi Embun.
"Kau memang bodoh Bad!" mereka bertelingkah sesama sendiri. Lelaki berkumis mula menolak kuat dada Bad.
Embun mengambil kesempatan itu untuk lari. Laju tanpa menoleh ke kiri kanan. Setahunya, ini adalah larian kencang dan pantas yang pernah dia lakukan.
"Kau tengok dia dah lari! Kau menjawab lah nanti dengan bos!"
"Kejarlah dia! Kau orang tunggu apa lagi!"
Beberapa tapak kaki kedengaran mengejarnya. Pandangan Embun makin kelam. Penat. Lelah. Tubuhnya tidak berapa sihat hari ini. Namun dia kena hadap pula situasi ini. Sesaat pun lariannya tidak diperlahankan.
Kakinya tetap gagah berlari laju sehingga dia mula nampak jalan yang mempunyai banyak kereta lalu lalang.
Pon! Pon!
Bunyi hon bertalu-talu kedengaran apabila Embun berlari di tengah jalan sewaktu lampu merah untuk pejalan kaki. Tangannya menahan beberapa kereta tapi tiada satu pun yang berhenti. Malah di hon kuat ke arahnya.
Tuhan di waktu aku sedang kesusahan begini pun, Engkau tidak menurunkan pertolongan untuk aku?
Dia tidak punya pilihan. Laju dia berlari ke arah taman permainan. Di situ ramai jadi Embun rasakan dia boleh meminta pertolongan di sana dan mungkin mereka tidak berani hendak menyerangnya di kawasan sebegitu.
Sampai saja, Embun sorokkan tubuh di dalam gelongsor yang bertutup. Membaringkan dirinya agar tidak dilihat oleh mereka. Terdengar nafas kencangnya.
"Kakak... kakak pun nak main juga?"
Laju kepalanya mendongak ke atas. Mahu luruh jantung mendengar suara yang muncul tiba-tiba. Matanya melihat sekujur tubuh kecil lelaki sedang menahan kedua tangannya di tepi gelongsor. Menahan diri agar tidak menggelongsor dek kerana terhalang dengan tubuhnya.
"Iman nak turun tapi kakak ada macam mana Iman nak keluar?"
"Shh!"
Laju jari telunjuknya ditekan ke bibir kecil Iman. "Suara perlahan sikit! Ada orang jahat dekat luar tengah cari aku!"
Pantas Iman kemam bibirnya.
"Kakak tak elok cakap aku dekat budak
kecil..." bisik Iman.
Embun diam seakan terpukul sedikit. Dia berkeadaan begini hingga beberapa minit untuk memastikan mereka sudah tiada. Setelah dirasakan tenang, baru dia memberanikan diri keluar. Satu hembusan nafas lega terbit. Tiada mereka. Yang ada cumalah beberapa ibu dan anak kecil sedang bermain.
"Kakak... pipi kakak ada darah."
Tidak sedar, tubuh kecil Iman sudah berdiri di sebelahnya. Sedang mendongak merenungnya. Lekas-lekas Embun raba pipinya.
"Sikit aje ni." Telapak tangannya yang tersalut darah direnung kosong. Pipinya yang berdarah di lap dengan lengan baju.
Sakit? Hatinya lebih sakit.
Sekarang dia tidak tahu hala tujunya ingin ke mana. Mahu kembali semula ke rumah sewanya? Yakin benar, orang -orang itu akan menunggunya di sana.
"Iman!"
"Mama!"
Lekas-lekas dilihatnya tubuh kecil Iman mendakap kaki ibunya.
"Iman cakap dengan siapa tu?" soal wanita itu.
"Kakak tu kata ada orang jahat tadi! Kami sama-sama sorok dalam gelongsor!"
"Ha orang jahat?!"
Embun geleng kepala perlahan sambil tangan menekup luka. Kakinya mengorak langkah ingin menjauh, namun terlintas sesuatu difikiran. Dia memberhentikan langkah.
"A...akak ada telefon? Boleh saya pinjam?" terbelit-belit lidahnya. Janggal.
Wanita itu tidak banyak menyoal. Dia memberikan telefonnya.
"Faid ni aku, tolong..."
NOMBOR telefon Arriyan ditelefon beberapa kali. Masuk kali ni, hanya operator suara sahaja kedengaran. Lantas rambut dikusutkan dek merasa
had sabarnya sudah melayang.
"Apa susah sangat dia nak angkat call ni?" bebelnya sendiri. Kakinya bingkas berdiri sambil jari menekan laju skrin telefon. Banyak mesej diberi kepada Arriyan tapi satu pun tidak dibalas.
"Mamat ni kalau aku dapat dia memang aku sekeh kepala dia."
Baru saja ingin meletakkan telefonya kembali di atas meja, deringan masuk menandakan ada panggilan. Pada mulanya, dia ingin mengabaikan sahaja.
Macam mana ni sebenarnya Arriyan?
Laju jarinya menggesek ke tepi. Menerima panggilan itu. Telefonnya ditekap ke telinga. Mulutnya terbuka ingin bertanya, namun terus terkatup.
"Kau dekat mana sekarang Embun?!"
Bingkas Faid bangun dari duduk. Apron ditanggal. Kakinya laju menapak ke dalam bilik. Mengambil kunci superbike saja tanpa menukar pakaian.
"Tunggu aku kat situ! Jangan pergi mana-mana! Sekejap lagi aku sampai!"
Tergesa-gesa tombol pintu dibuka. Tidak sempat dikunci langsung. Di dalam fikirannya hanyalah risau tentang keadaan Embun!
Dekat setengah jam juga Embun menunggu kehadiran Faid. Dalam masa itu, beberapa kali dia ingin menghamburkan tangisan. Namun ditahan. Ketakutannya masih ada.
"Faid..." panggilnya halus tatkala melihat tubuh tinggi lampai lelaki itu menghampirinya dengan langkah laju.
"Aku..."
"Shh."
Bibirnya terkunci rapat. Mata mereka bertentangan. Dia mendongakkan kepala manakala Faid menundukkan wajah.
Mata Faid memerhati serata wajah itu. Lalu terhenti di luka sedikit panjang di pipi kiri gadis itu. "Siapa yang buat ni?" soal Faid keras.
"Aku takut..." kedua tangannya yang
menggigil hebat digenggam sesama sendiri.
Faid tahan diri dari menghambur marah
setelah melihat keadaan Embun yang seperti trauma.
"Bangun. Ikut aku." Tegang wajahnya.
Embun tidak banyak bunyi. Hanya mengekori langkah lelaki itu dari belakang. Topi keledar terus dipakaikan ke kepalanya.
Enjin motosikal dihidupkan. Mengaum kuat bunyi enjin itu di kawasan ini. "Pegang aku kuat-kuat." Mendatar nadanya.
Dia memulakan perjalanan dengan had laju yang sederhana. Amarahnya tidak surut. Bermacam-macam fikiran negatif yang timbul di otak.
Siapa yang berani memperlakukan Embun sebegitu?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro