Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 12


Sejak beberapa hari, lengan Embun bersih. Tiada lagi luka baru apabila dia memerlukan ketenangan. Dia mengikuti saranan Faid. Melukis ataupun mewarna jika dia sedang dilanda perasaan sedih.

Sedikit sebanyak, dia mengakui kehadiran lelaki itu adalah penyelamat baginya. Seperti sekarang, Faid kekal berdiri di sebelahnya dengan tenang sambil mendongak menatap langit.

Dia ikut sekali mendongak memandang langit.

"Kau memang ada aje kat mana-mana tempat aku pergi. Penyibuk." Getusnya separa berbisik. Bayu angin lembut yang menerpa di kulit wajah membuatkan bibirnya tersenyum simpul.

"Dekat sini dah jadi tempat kesukaan aku untuk melepak. Alang-alang boleh temankan kau."

"Alasan sama aje kau bagi. Takde nak tukar pula?"

Faid ketawa terbahak-bahak. Kepala menoleh ke sebelah. Namun dia sedikit menunduk kerana perbezaan ketinggian mereka.

Lapang dada melihat senyuman yang terukir di bibir Embun.

"Keep smiling," ujarnya bernada rendah.

Mati terus senyuman di bibir. Berderau darahnya mendengar suara lelaki itu sangat hampir.

"I think I can't take my eyes off you when I see you smile. You are very beautiful."

"Kau macam bintang. Bila bintang muncul, langit malam yang suram terus bertukar jadi cantik," sambungnya lagi. Kali ini Faid kalah. Dia benar-benar yakin hatinya sudah mula mencintai gadis itu. Buktinya, ke mana Embun pergi. Dia tetap menyibuk ingin turut serta.

Embun terbatuk-batuk kecil. Ayat manis lelaki itu membuatnya diterpa rasa malu. Tidak pernah dirinya dapat ayat sebegitu dari kaum lelaki. Lantas jarinya menunjuk bot kecil yang berada nun jauh dari mereka.

"Tengok sana, ada botlah!"

Aduh! Rasa nak saja dihempuk kepala. Budak umur 10 tahun pun tahu tu adalah bot! Dia cuma mahu lari dari kejanggalan yang menghimpit dirinya.

Laju jari telunjuknya naik menunjuk bintang yang bertaburan di langit malam.

"Malam ni ada bintang pula. Semalam tak ada pula."

"Bagi aku kau pun dah macam bintang. Tengok kau pun dah silau mata aku." Kedengaran kaku tapi tak apa. Asal boleh. Lagi pula dia bukanlah lelaki romantik.

Embun buat-buat gelak.

"Enough Faid. Aku tak suka keadaan janggal macam ni. Aku tak selesa," tuturnya tegas.

"Aku suka kau, Embun..."

Drastik kepala menoleh memandang Faid. Mata mereka bertembung. Dia berganjak sedikit untuk memberikan jarak antara mereka. Kenyataan yang baru saja keluar dari bibir lelaki itu menyentakkan jiwanya.

"Jangan nak main-mainlah... tak kelakar malam macam ni kau nak bergurau dengan aku."

Nafas dihela halus. Mimik wajah Faid bertukar serius. "Aku tak bergurau. Aku maksudkan kata-kata aku tadi. Aku suka kau." Ditekan nada mendalam.

Jeda. Embun tidak mahu memberikan reaksi apa. Dia lekas ingin pergi dari sini.

"Kenapa kau nak lari bila aku luahkan perasaan aku dekat kau?"

Tangan Embun mengepal seperti penumbuk. Menahan diri dari meluahkan sesuatu yang ingin disorokkan dari pengetahuan semua orang.

"Aku tak suka kau. Kau dah faham kan sekarang?" dingin nadanya.

Terpancar riak kekecewaan di wajah. Bibir menarik senyuman hambar. Penolakan gadis itu meranapkan sekeping hatinya.

"Tak apa, aku tak kisah kalau kau tak suka aku lagi. Aku tetap tunggu sampai perasaan kau berubah," ujar Faid sebelum ingin melangkah pergi.

"Jangan suka aku. Kau layak dapat perempuan yang lebih baik dari aku."

Kaki Faid tidak jadi melangkah. Dia diam
sejenak sebelum ketawa halus. "Dan perempuan yang layak tu cuma kau."

Heh. Mungkin jika lelaki itu tahu mengenai latar belakangnya, agaknya lelaki itu akan tarik semula bicara tadi.

"Aku anak luar nikah. Aku anak yang berbinti Abdullah. Kau masih nak cakap aku perempuan yang layak? Aku sendiri tak tahu siapa mak ayah aku," kata Embun keras.

Kata-kata itu mengejutkan Faid. Bukan tentang anak luar nikah. Tetapi berbinti Abdullah. Jadi, Embun Islam. Malah itu dapat menghapuskan kekecewaan di hatinya. Dia berjalan dan berdiri tepat di depan Embun. Wajah tidak beriak gadis itu dipandang dalam.

"Aku tak pernah kisah dengan latar belakang kau. Aku tak kisah semua tu. Hati aku cuma nak kau," balasnya lembut.

"Please Embun, aku betul-betul suka kau." Nadanya kedengaran merayu. Namun dia tidak kisah.

Mata Faid direnung untuk mencari kejujuran.

"Kita masih muda Faid."

"Aku boleh tunggu sampai kau betul-betul sedia."

"Aku tak layak—"

"Kau layak. Jangan terlalu merendah diri. Kau juga perempuan yang layak disayangi."

Lantas keluhan terlepas. "Bagi aku masa dulu..."

"Sampai bila?" laju Faid menyoal.

"Sampai aku dapat jumpa keluarga aku. Aku nak cari mereka dulu," ujar Embun.

Faid meraup mukanya. Wajah gembira disorokkan sebaik mungkin. Lalu matanya kembali menatap sepasang mata itu.

"Aku boleh tolong kau cari keluarga kau."

"Tak payah aku boleh cari sendiri."

"Okey, so apa yang kau dah dapat dengan pencarian kau?" tanya Faid serius.

Embun kemam bibir. Hakikatnya satu petunjuk dia belum dapat lagi kerana dia juga buntu.

"Biar aku tolong kau. Aku ikhlas."





HARI ini tubuhnya merasa tidak berapa sihat. Jadi Embun mengambil keputusan untuk cuti separuh hari. Cuaca panas terik makin membuatnya pening. Dia berjalan longlai setelah menuruni bas.
Meskipun tidak larat lagi untuk terus berjalan, namun dicekalkan juga kakinya.

Seperti biasa, dia akan melalui satu lorong sunyi untuk sampai ke rumah sewanya. Agak jauh tapi itu merupakan satu-satunya jalan yang ada bas jadi dipaksakan juga hatinya.

Matanya lekas dapat menangkap seorang lelaki yang berusia sedang berusaha menolak kerusi rodanya yang tersangkut di lubang jalan. Tidak hairan lagi, memang jalan sini banyak lubang.

Pada mulanya, dia mahu menghiraukan saja. Namun ayat Faid terlintas di benak fikirannya secara tiba-tiba.

"The happiest people are those who do the most for others." Terngiang-ngiang ayat itu.

Dia seakan teragak-agak. Namun setelah seminit berlalu, dia berjalan ke arah lelaki separuh baya itu. "Pak cik, boleh saya tolong?"

Lelaki itu memalingkan kepala ke arah Embun. Raut wajah itu serta merta berubah lega. Mungkin lega kerana ada yang sudi menolongnya daripada terperangkap ke dalam lubang ini.

"Terima kasih, dik. Roda ni dari tadi tersekat dalam lubang. Pak cik tak tahu nak mintak tolong siapa. Kawasan ni pula takde orang lalu lalang." Jelas lelaki itu dengan nada ceria.

Embun diam. Bibirnya diketap.

"Kawasan ni memang jarang orang lalu." Dipaksa juga bibir untuk membalas walaupun ringkas. Dia bukanlah seorang yang peramah. Jadi, wajar jika dia kekok ingin berbual panjang.

"Pak cik baru tahu, inipun sebab nak pergi rumah anak pak cik. Nak melawat dia dah lama tak jenguk pak cik kat kampung."

Kepala diangguk sekilas tanda memahami. Tidak mahu berlengah. Kerusi roda ditolak dengan kudrat yang ada untuk keluar dari lubang.

"Pak cik tunjuk jalan ya, saya tolak sampai rumah anak pak cik."

Embun menolak perlahan. Dia mengekori saja arah yang ditunjuk pak cik itu. Seketika, jari tua itu menunjuk belok ke satu lorong. Dia setia menolak tanpa sepatah kata.

Di waktu itu, sebuah kereta velfire berwarna hitam sedang terparkir elok di tepi mereka. Ada beberapa lelaki sedang menyandar di luar kereta. Embun perasan banyak kali juga matanya dengan mata mereka bertembung. Dia mula jadi tidak selesa.

"Pak cik dekat mana... umphh!!"

Tekupan kuat dari tangan seseorang di belakangnya mematikan suaranya. Dia meronta-ronta kuat.

"Diamlah bodoh!"

"Umph!!!" sekuat tenaga jeritan cuba
dikeluarkan.

Lelaki yang menekupnya cuba menarik dia ke dalam kereta yang sudah terbuka luas pintu.

Hatinya cemas.

"Bos kata jangan bagi dia cedera!"

"Aku tahulah!"

"Oi orang tua. Ini upah kau sebab bawa betina ni ke sini. Pandai kau umpan dia dengan muka tua kerepot kau." Satu sampul dihulurkan kepada pak cik itu.

Embun terpana. Tidak menyangka orang yang di tolongnya juga bekerjasama dengan lelaki-lelaki ini.

"Terima kasih!" gembira sahaja dka menyambut huluran itu. Badannya bingkas berdiri. Dia melihat isi dalaman sampul sebelum tersengih menampakkan beberapa batang giginya yang sudah rongak.

"Kalau kau nak hidup dekat bandar ni, satu aje yang kau kena ingat sampai mampus. Jangan cepat percaya orang adik manis..." meleret suara lelaki di belakangnya.

Telinganya rasa dihembus kuat.

Rasa jijik menjengah. Embun jarakkan kepala. Laju kaki menendang tubuh di belakangnya.

"Erghh! Sakitlah betina!"

Terlepas saja, Embun membuka langkah besar ingin lari. Namun rambutnya ditarik kuat dari belakang.

"Argh!"

"Kau nak lari mana adik manis?" sinis nada dengan gelakan mengejek.

"Lepas bodoh!" jeritnya lantang. Kaki cuba menendang.

"Kalau kau terlepas aku yang kena nanti
dengan bos aku! Jangan harap kau boleh lari."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro